REZQ MEDINA BINTI MOHD BURHAN
SK ZAINAB (2) KOTA BHARU
KELANTAN
REZQ MEDINA BINTI MOHD BURHAN
SK ZAINAB (2) KOTA BHARU
KELANTAN
CHEONGSAM
MERAH
UNTUK
MEDINA
REZQ MEDINA BINTI MOHD BURHAN
SK ZAINAB (2) KOTA BHARU
KELANTAN
Namaku Rezq Medina. Aku adalah pesakit Nephrotic Syndrome, sejenis
penyakit yang berkaitan kebocoran buah pinggang. Sewaktu usiaku 6 tahun,
seluruh badanku menjadi besar, mukaku bengkak dan kakiku mengembang. Ibu
dan ayah risau tidak terkata. Mujurlah rumah kami tidak jauh dari Hospital
Universiti Sains Malaysia. Kami terus ke Unit Kecemasan dan apabila didiagnosis,
jelas bahawa bacaan protein dalam urinku menunjukkan bahawa akumengalami
masalah buah pinggang. Aku ditempatkan di wad kanak-kanak selama hampir 2
minggu. Melalui hari-hari yang membosankan. Benarlah kata orang, kasih ibu
membawa ke syurga, kasih ayah berkorban nyawa. Ibu dan ayah menjagaku
sehinggalah aku dibenarkan keluar wad. Setiap bulan, kami akan ke hospital
untuk rawatan susulan. Aku dinasihatkan oleh doktor untuk menjaga pemakanan
sebaiknya. Hari berganti hari, saban tahun menyapa.
Beberapa tahun kemudian, simptom itu datang kembali. Lantas, aku
dimasukkan kembali ke wad kanak-kanak. Pada ketika itulah, aku ditempatkan
di katil nombor 1, katil pertama selepas melepasi pintu utama. Di sebelahku
kelihatan seorang kanak-kanak perempuan hampir sebaya denganku. Aku
membaca nama yang digantung di kepala katil. Phan Mey Mey. 10 tahun. Oh,
cuma setahun tua dariku!. Kami berkenalan semasa ibu meninggalkanku untuk
menunaikan solat Zohor. Aku lihat dia keseorangan.
“Hai, saya Medina” sapaku sambal menghulurkan tangan kananku.
Dia tersenyum. Terserlah lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Tanganku
disambut lembut.“Saya Mey Mey”, katanya.
REZQ MEDINA BINTI MOHD BURHAN
SK ZAINAB (2) KOTA BHARU
KELANTAN
Kami berbual tentang penyakit kami.
Phan Mey Mey mengalami Knock Knee atau Genu Valgum. Kedua-dua kakinya
pengkar ke luar. Aku tidak perasan pada mulanya kerana dia menutup kakinya
dengan selimut. Proses tumbesarannya terjejas kerana lututnya perlahan-lahan
membengkok ke dalam menyebabkan kedua-dua lutut berlaga, manakala jarak
buku lali pula jauh ketika berdiri. Dia memerlukan pembedahan dan seperti
dijadualkan, pembedahannya akan berlaku 2 hari lagi. Penderitaannya tidak
terhenti di situ. Mey Mey turut mengalami masalah jantung kongenital iaitu
berlaku kecacatan jantung akibat masalah ketika masih bayi. Aku yang
mendengarnya terkesima. Sebelum bertemunya, aku merasakan nasibku
sungguh malang. Diuji oleh Allah SWT di usia yang muda. Namun setelah
beberapa kali dimasukkan ke wad, aku menyedari bahawa ujian tuhan itu
pelbagai untuk hamba-hambaNya. Ada pesakit dari kampung yang jauh,
terpaksa “berkampung” di hospital semata-mata kerana menjaga orang yang
tersayang. Jadualku pula, pada waktu siang aku ditemani oleh ibu dan malamnya
pula ayah akan menemaniku.
Setelah 2 hari, aku merasa pelik kerana Mey Mey hanya ditemani oleh seorang
wanita yang agak muda, mungkin dalam usia 20-an. Pagi itu, aku memberanikan
diri bertanya,
“Mey Mey, siapa yang selalu datang temankan awak?”
“Oh, itu kakak saudara saya, namanya Mey Lin “katanya. sambil
tersenyum.“Medina…” katanya tersekat-sekat.
“Sebenarnya, saya keseorangan di Malaysia. Ibu dan ayah saya berada di
London. Mereka tinggalkan saya dari saya kecil kerana mereka malu dengan
keadaan saya” Mey Mey bercerita sambil matanya berkaca. Aku terdiam.
REZQ MEDINA BINTI MOHD BURHAN
SK ZAINAB (2) KOTA BHARU
KELANTAN
Tangannya kuraih, kuletak di riba.
“Saya dibesarkan oleh nenek. Kasihnya pada saya tiada ganti. Sayangnya nenek
sudah meninggal dunia pada tahun lepas” hiba suara Mey Mey menambahkan
lagi sebak di dadaku. Tanpa aku sedari, aku memeluknya. Mey Mey terus
bercerita. Dia dilahirkan dalam keluarga yang mewah. Ayahnya seorang ahli
perniagaan yang berjaya. Mempunyai perniagaan yang kukuh. Ibunya pula
pemilik butik kecantikan. Semasa mengandungkannya, mereka benar- benar
berharap bayi yang dilahirkan sempurna dan comel. Disangka panas hingga ke
petang, rupanya hujan di tengahari. Apabila lahir, dia bukanlah bayi yang
diharapkan. Lantas dia diserahkan kepada neneknya untuk dijaga dan mereka
berhijrah ke London. Dia ditinggalkan.
Begitulah adat dunia, bukankah yang indah itu sering dipuja-puja? Tidakkah
mereka sedar, tiada siapa minta dilahirkan begitu. Membawa kesedihan,
mengirimkan bebanan. Kami berdua tenggelam bersama air mata.
Hari itu adalah hari pembedahan Mey Mey. Pagi itu, sebelum pembedahan
yang dijadualkan pada pukul 9.00 pagi, Mey Mey memanggilku. Aku
merapatinya. Dia mengeluarkan sesuatu dari laci di sebelah katilnya. Cheongsam
merah bersaiz bayi. Diletakkan di dalam kotak kecil. Sambil menarik tanganku
untuk memegang kotak itu, dia berbisik, “Medina, inilah baju yang saya pakai
pada hari mama dan papa tinggalkan saya. Saya tiada apa-apa untuk diberikan
kepada kamu selain cheongsam merah ini. Simpanlah buat kenangan”.
REZQ MEDINA BINTI MOHD BURHAN
SK ZAINAB (2) KOTA BHARU
KELANTAN
Aku menyambut kotak itu. Tiada kata yang terluah, cuma anggukan tanda
setuju. Setengah jam kemudian, Mey Mey ditolak ke bilik pembedahan. Aku
memeluknya erat. Walaupun baru berkenalan, terasa kami sangat erat. Tidak
lama selepas Mey Mey menjalani pembedahan, Doktor Vikram Singh datang
memeriksaku dan aku dibenarkan keluar wad pada hari itu kerana kesihatanku
sudah kembali pulih dan catatan proteinku juga sudah kembali normal. Selepas
selesai urusan pembayaran, ibu bersiap-siap untuk aku “discharge” dari wad.
Malangnya ketika itu, pembedahan Mey Mey belum selesai.
Aku merasa sungguh ralat kerana tidak sempat bertemunya sebelum keluar
wad. Kotak pemberiannya kupeluk erat. Aku hanya mampu mendoakan
pembedahannya berjaya. Masa berlalu pergi, bulan berganti bulan, saban tahun
menyapa. Setiap kali mengingatinya, cheongsam itu kutenung. Bagaimanakah
keadaan Mey Mey pada saat ini?
Hari ini hari lahirku ke-12. Pagi itu, tiba-tiba loceng pintu utama rumahku
berbunyi.
“Ting tong. Ting tong…”
Aku segera membuka pintu. Sangkaku penghantar barangan pos kerana aku ada
membuat pesanan buku melalui laman web Lazada, namun sangkaanku meleset.
Seorang wanita cantik berdiri di depan pintu rumahku. Sebelum sempat aku
berkata-kata, dia bertanya,
“Boleh saya berjumpa Medina?”
REZQ MEDINA BINTI MOHD BURHAN
SK ZAINAB (2) KOTA BHARU
KELANTAN
“Ya, saya Medina” jawabku sambil menghulurkan tangan. Tanganku disambut.
Wanita cantikitu iras seseorang yang sangat kukenali. Seseorang yang sering
dalam ingatanku. Mey Mey! “Saya Mei Lan, mama Mey Mey” katanya, lantas
aku mengangguk dalam keadaan terkejut. Dia menghulurkan sekeping gambar
kepadaku. Gambar aku dan Mey Mey di atas katil hospital 3 tahun yang lalu.
Semasa gambar itu kutenung, kedengaran suara halus memanggilku
“Medina…….”
Tatkala mengangkat kepala, seorang gadis manis berlesung pipit tersenyum
kepadaku. Aku terus memeluknya. “Mey Mey…” air mataku mengalir laju.
Kami berpelukan.Rupa-rupanya, selepas pembedahan 3 tahun yang lalu, kaki
Mey Mey berjaya dipulihkan.Beberapa bulan selepas pembedahan itu, mama
dan papanya pulang dari London kerana perniagaan mereka mengalami
kerugian. Mereka mencari semula Mey Mey. Begitulah pertemuan semula
mereka. Aku lantas mengambil cheongsam m e r a h yang pernah dihadiahkan
buatku. Aunty Mei Lan terus menangis tatkala melihat cheongsam itu. Dia
kelihatan sangat menyesal dengan apa yang telah dilakukan terhadap Mey Mey
sebelum ini.
Selepas melalui proses fisiologi beberapa tahun dan dapat berjalan secara
normal, Mey Mey mencari alamatku melalui Doktor Vikram Singh yang
pernah merawatku dahulu. Nasib menyebelahinya kerana alamatku berjaya
diperoleh. Kami ditakdirkan bertemu kembali. Inilah hadiah hari lahir terindah
dalam hidupku. Semoga persahabatan kami mendapat keberkatan biarpun
berbeza bangsa dan agama. Aku berterima kasih kepada Dokto Vikram Singh
yang berjaya menyatukan kami. Aku, Mey Mey dan Doktor Vikram Singh adalah
lambang “Keluarga Malaysia” yang bersatu hati.