The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahasmahan, 2018-02-03 01:04:14

kertas kerja stadium sejarah 2017

kertas kerja stadium sejarah 2017

KERTAS KERJA
SMART STUDY : “ STADIUM SEJARAH ”
(Memperkasakan Subjek Sejarah Tingkatan 4)

1.0 Pendahuluan
Pelbagai usaha untuk meningkatkan kecemerlangan akademik para pelajar perlu
disusun dari awal untuk memastikan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM.
Kecemerlangan dalam SPM bermula dengan penguasaan sepenuhnya semasa di
Tingkatan Empat. Untuk mencapai kecemerlangan itu, pihak sekolah sentiasa
berusaha untuk memberikan program yang terbaik sebagai persediaan kepada
semua pelajar sebelum mereka menduduki peperiksaan SPM. Sejajar dengan hasrat
ini, panitia Sejarah telah merancang untuk mengadakan program Smart Study:
“STADIUM SEJARAH” (Memperkasakan Subjek Sejarah Tingkatan 4) untuk
membantu dan menyediakan pelajar tingkatan 4 dan 5 supaya cepat memahami dan
mengingati fakta sejarah, senang menguasai dan skor subjek Sejarah dalam
peperiksaan Akhir Tahun (Tingkatan 4) dan Sijil Pelajaran Malaysia (Tingkatan 5).
Dalam program ini, pelajar tingkatan 4 SDAR akan membuat projek, pameran dan
pembentangan hasil daripada pembelajaran berasaskan projek mereka mengikut
tajuk-tajuk penting mata pelajaran Sejarah tingkatan 4 untuk SPM. Program ini
merupakan satu inovasi dalam memudahkan pelajar memahami dan mengingati
topik-topik Sejarah tingkatan 4 melalui projek-projek yang dihasilkan.

2.0 Matlamat
Matlamat utama program ini adalah sebagai persediaan awal pelajar tingkatan 4
untuk menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun 2017 dan pelajar tingkatan 5 SPM
2017. Ia juga juga akan menunjukkan kerjasama erat antara pelajar tingkatan 4
dengan pelajar tingkatan 5 dan secara tidak langsung mewujudkan ‘brotherhood’
antara pelajar.

3.0 Objektif
3.1 Memberikan pendedahan dan memudahkan pelajar dalam memahami fakta
topik-topik tingkatan 4.
3.2 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri proses
pembelajaran melalui Project Based-Learning (PBL).
1

3.3 Meningkatkan prestasi dan keputusan pelajar dalam subjek Sejarah tingkatan 4
dan Tingkatan 5.

4.0 Tarikh
18 dan 20 September 2017

5.0 Lokasi
Dewan Tun Abdul Razak , SDAR

6.0 Bilangan Peserta

Guru : 4 orang guru subjek Sejarah ( fasilitator )
Semua Pelajar Tingkatan 4 dan 5 SDAR
Pelajar :

7.0 Ahli Jawatankuasa

Pengerusi : En. Safuan Bin Haji Raba’ai, PPT

(Pengetua)

Timbalan Pengerusi : Pn. Shariah Binti Mohd Shariff

(Penolong Kanan)

Naib Pengerusi : En. Zaili Azmi bin Mustafa Alfandi

(Penolong Kanan HEM)

: Pn. Haslina Binti Mohd Ali

(Penolong Kanan Kokurikulum)

Penyelaras : En Zanuri Bin Badri

(Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan)

Setiausaha : Pn. Hasmahan Binti Abdul Rahman

(Ketua Panitia Sejarah)

Ahli panitia : Pn Fatimah Binti Ab Rahim

: Pn Herzanila Binti Mhd Selamat

: En Muhamad Kamarulshahrizat Bin Razali

2

8.0 Tentatif Program AKTIVITI
TARIKH / MASA
HARI “ STADIUM SEJARAH ” - SIRI 1
18 September (Memperkasakan Subjek Sejarah Tingkatan 4)
2017
(Pelajar Slot 1
Tingkatan 4) Persembahan Project Based-Learning (Tema 6 - 7)
Kelas 4H, 4T
8.00 pagi - 10.00 pagi

Rehat REHAT/ MINUM PAGI

10.30 tengah hari - Slot 2
1.00 petang Persembahan Project Based-Learning (Tema 8 - 9)
Kelas 4S,4R dan 4K

20 September “ STADIUM SEJARAH ” - SIRI 2
2017 (Memperkasakan Subjek Sejarah Tingkatan 4)
(Pelajar
Tingkatan 5) Slot 1
Perasmian Pameran ‘Stadium Sejarah’
8.00 pagi- 8.30 pagi oleh En. Safuan Bin Haji Raba’ai (Pengetua SDAR)
Pameran Pembelajaran Berasaskan Projek Sejarah
8.30 pagi-10.30 pagi Tingkatan 4 bermula.

10.00 pagi-10.30 pagi REHAT/MINUM PAGI

Slot 2
10.30pagi-12.30 t/hari Sambungan Pameran Sejarah tingkatan 4

3

9.0 Kos Pengendalian Program HURAIAN JUMLAH ( RM )
BIL PERKARA Bahan projek PBL RM1180.00
(melibatkan penggunaan
1 Bahan projek pelbagai bahan untuk RM520.00
menghasilkan projek RM100.00
2 Modul sejarah seperti kadbod,
3 Minuman polistrin, warna air,
plestosin, gam dan lain-
lain)
260 set

10 katon

JUMLAH RM1800.00

10.0 Sumber Kewangan
Peruntukan PIBG dan PCG

11.0 Penutup
Semoga dengan pelaksanaan program ini akan dapat meningkatkan
kecemerlangan pelajar tingkatan 4 dan 5 dalam mata pelajaran Sejarah. Harapan
Panitia Sejarah SDAR supaya program ini dapat meningkatkan motivasi diri,
mengembangkan pengetahuan pelajar untuk fakta-fakta dalam mata pelajaran
Sejarah dan seterusnya meningkatkan semangat untuk mengejar kegemilangan
bersama-sama bagi mengharumkan nama Sekolah Dato’ Abdul Razak.

Disediakan oleh,

………………………………….
(HASMAHAN BINTIABD RAHMAN
Setiausaha Program ‘Smart Study’: STADIUM SEJARAH TINGKATAN 4 ’

4


Click to View FlipBook Version