The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Unit Bimbingan & Kaunseling - SKSP, 2020-04-18 10:37:25

Tips Belajar Berkesan

Tips Belajar

Keywords: Tips Belajar



Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri.
Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti
merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran.
Kajian menunjukkan bahawa:
•Kita ingat 10% apa yang dibaca
•Kita ingat 20% apa yang didengar
•Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
•Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
•Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas
selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
Ulangkaji sekerap mungkin.

UBK-SKSP

Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study
according to your biological clock). Waktu-waktu yang
sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun
tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-
Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

Manfaatkan kemahiran mengingat:
•Tampal nota-nota penting di dinding
•Gunakan kaedah akronim
•Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk
gambar atau rajah
•Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu
diingat

Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik.
Tanya guru apabila tidak faham

UBK-SKSP

Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak,
menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal
maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.

Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual
belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh
diikuti

Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-
angan kosong, bertangguh dan malas.

Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih
atau mengantuk.

UBK-SKSP

Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas
‘BERJAYA’ belajar seperti membaca surat khabar,
melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.

Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan
yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada
guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah
dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan
menyayangi guru.

Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

Terima Kasih...

UBK-SKSP


Click to View FlipBook Version