SEJARAH RINGKAS
JAMES BROOKE
sitinurnadirah
SEJARAH RINGKAS TOKOH :
JAMES BROOKE
Biodata James Brooke
Pemerintahan :18 Ogos 1842 - 11 Jun 1867
Diikuti oleh : Charles Brooke
Keputeraan : James Bertram Lionel
29 April 1803
Secrole, Benares, British India
Kemangkatan : 11 Jun 1868 (umur 65)
Burrator, United Kingdom
Pemakaman : St Leonard's Church Sheepstor, Dartmoor
Kerabat : Dinasti Brooke
Ayahanda : Thomas Brooke
: Anna Maria Brooke
Bonda : Christinity Church of England
Agama
sitinurnadirah
SEJARAH RINGKAS TOKOH :
JAMES BROOKE
Awal Hidup
Selepas sekolah tatabahasa di England, dia menyertai perkhidmatan Syarikat
Hindia Timur Inggeris pada tahun 1825 dan ditempatkan di India. Selepas
ketibaannya, permusuhan timbul di Burma, dan Brooke dihantar ke Burma
bersama-sama dengan sepasukan askar Syarikat Hindia Timur Inggeris ke
Lembah Brahmaputra, pada tahun 1825. Ketika di sana, Brooke mengalami
kecederaan teruk ketika memimpin kalavari sukarelawan tempatan, dan
dihantar kembali ke England untuk dirawat. Ia mengambil masa beberapa
tahun untuk Brooke pulih kembali dan pada tahun 1830, dia kembali ke Madras
tetapi telah terlewat untuk dihantar berperang.
Dia kemudian mengembara ke China dan semasa melalui kepulauan Indies
Timur. Ketika itulah Brooke memutuskan bahawa ia merupakan tempat yang
baik bagi menubuhkan kuasa Inggeris dan menambah kekayaan keluarganya
Dia mencuba untuk berdagang di Timur Jauh tetapi tidak begitu berjaya.
sitinurnadirah
SEJARAH RINGKAS TOKOH:
JAMES BROOKE
Permulaan di Sarawak
Pada tahun 1835, ayahnya mati dan meninggalkan harta berjumlah £30,000,
yang dia gunakan untuk membeli sebuah kapal bernama Royalist.[2] Selepas
belayar ke Borneo pada tahun 1838, dia tiba di Kuching pada bulan Ogos
tahun yang sama di mana dia mendapati perkampungan itu menghadapi
pemberontakan kaum Dayak menentang Kesultanan Brunei. Dia membantu
Raja Muda Hassim, bapa saudara dan raja muda pada Sultan Brunei yang
memerintah menumpaskan pemberontakan Dayak, dan sebagai balasan
Raja Muda Hassim menamakannya sebagai Raja Sarawak pada 1841.
Gelaran itu kemudiannya disahkan oleh Sultan Brunei dan diberi gelaran Raja
Putih Sarawak
sitinurnadirah
SEJARAH RINGKAS TOKOH:
JAMES BROOKE
Pemerintahan
James Brooke membuat segala macam persiapan bagi mengukuhkan
kedudukannya di Sarawak seperti mengubah corak pentadbiran dan sebagainya.
Brooke menghabiskan masa beberapa tahun bagi menubuhkan kod perundangan
bagi Sarawak, melancarkan rancangan pembangunan ekonomi bagi wilayah
tersebut, dan menumpaskan lanun. Pada tahun tersebut, dia bekerjasama rapat
dengan pegawai tentera laut British dalam operasi terhadap lanun Dayak dan
Melayu di laut Borneo.
Pada tahun 1847, James Brooke kembali ke England di mana dia bertemu
dengan Ratu Victoria dan dianugerah K.C.B. (Knight Commander of the Bath)
pada tahun 1848 dan dilantik menjadi gabenor dan komander Labuan (yang
telah diserahkan pada British oleh Sultan Brunai pada tahun 1846) dan
menjadi Konsul Jeneral British di Borneo.
sitinurnadirah
SEJARAH RINGKAS TOKOH :
JAMES BROOKE
Pemerintahan
Brooke sekali lagi memimpin pasukan British menentang lanun Dayak pada
tahun 1849 dan berjaya menumpaskan mereka dengan teruk. Pada tahun 1851,
James Brooke menjadi tumpuan selepas kontroversi mengenai dirinya timbul.
Dia dituduh rasuah dan salah tingkah laku termasuk tindakan kejam dan tidak
berperikemanusiaan terhadap penduduk tempatan termasuk lanun yang
didakwa menjadi mangsa kekejaman oleh Brooke. Tuduhan ini ditimbulkan di
Dewan Rakyat British oleh ahli politik radikal Joseph Hume dan ahli lain yang
anti-imperialis. Selepas beberapa penyiasatan dijalankan Brooke didapati tidak
bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan tersebut. Namun demikian, perkara
ini menjejaskan nama baiknya dan Brooke dilucutkan jawatan sebagai gabenor
Labuan.[3]
Pada tahun 1857, dia nyaris terkorban semasa pemberontakan serius
pendatang China di Sarawak; tetapi dengan sokongan oleh orang Melayu dan
Dayak yang setia pemberontakan tersebut berjaya ditumpaskan dan Brooke
kembali mengawal kerajaannya.
sitinurnadirah
SEJARAH RINGKASAN TOKOH:
JAMES BROOKE
Senja Hidup james brooke pada usia tua
Brooke akhirnya bersara ke sitinurnadirah
England pada tahun 1863
sungguhpun begitu, dia kembali
sekurang-kurangnya dua kali ke
Sarawak untuk melawan lanun dan
menumpaskan pemberontakan.
Dia memerintah Sarawak
sehinggalah kematiannya
diestatnya di Devonshhire, England
pada tahun 1868, selepas tiga kali
serangan strok dalam tempoh 10
tahun. Dia diganti oleh anak
saudaranya iaitu Charles Brooke
yang menjadi Raja Putih kedua
Sarawak.