The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perincian tentang AJK dan Pembahagian Tugas Gotong-Royong Mini

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Neela Ramasamy, 2022-10-31 01:22:10

GOTONG ROYONG MINI

Perincian tentang AJK dan Pembahagian Tugas Gotong-Royong Mini

SMK CONVENT BUKIT NANAS
KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
GOTONG – ROYONG MINI

TAHUN 2022

TEMPAT:

BILIK KHAS SMK CONVENT BUKIT NANAS

TARIKH:
3 NOVEMBER 2022

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan
berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu
faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan
persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh
sesebuah institusi pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan
sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan
Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong Mini . Aktiviti
ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa
pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping
itu, aktiviti ini akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu,
Seragam dan Sentiasa Amal. Adalah menjadi harapan agar para murid dan warga SMKCBN
akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai
matlamat 3K.

2.0 MATLAMAT

2.1 Membentuk persekitaran sekolah yang bersih dan kemas melalui amalan 5S.

2.2 Memastikan data Aset Sekolah sentiasa di kemaskini, diselanggara dan dilupuskan
dengan cara yang betul.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,
indah, selamat dan ceria.
3.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
3.3 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan murid terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.

3.4 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan
aktiviti.

4.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan : 3 NOVEMBER 2022 (KHAMIS)

Tempat : BILIK KHAS SMKCBN
Masa : 7.30 pg – 1.10 tgh (Guru)

: Murid Tingkatan 1 Kelas Relief / Pantau

Pakaian : Pakaian sukan

5.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS

5.1 Menyisihkan kelengkapan dan peralatan yang boleh dan tidak boleh digunakan
5.2 Mengenal pasti dan Melabel Aset Alih, Aset Tidak Alih, Barangan Stok
5.3 Menyenaraikan Aset Alih, Aset Tidak Alih, Barangan Stok yang tidak boleh

digunakan dan melengkapkan Borang yang dibekalkan
5.4 Menghantar peralatan yang tidak boleh digunakan ke Stor Pelupusan
5.5 Menyusun dan menyimpan peralatan yang boleh digunakan
5.6 Menyenaraikan set Alih, Aset Tidak Alih, Barangan Stok boleh digunakan
5.7 Mengisi Borang Kew PA 7 dan di tampal di pintu masuk Bilik Khas
5.8 Membersih, Menyapu dan menceriakan Bilik Khas

6.0 AJK PELAKSANA PROGRAM

Pengerusi : Pn Rosemand a/p A. Lawrence(Pengetua)
Naib Pengerusi : Pn Neela a/p Ramasamy(PK Kokurikulum)
Setiausaha : Pn Rohana Binti Ab Rahman
Dokumentasi : Cik Nur Amalina Farhah binti Rosli
Juru Gambar : Pn Rohana Binti Ab Rahman
Persiapan Peralatan : Pn Farah Hazwani Binti Jalludin

BIL NAMA BILIK-BILIK KHAS GURU
LALUAN SUMBER & BILIK STOR PN MAIZATUL AKMAL BINTI MUSA
EN MUHAMMAD IZZUDDIN BIN
1 DOKUMEN LAMA HASSIM
1. PN ANIS AMELIN BINTI MOHAMED
PUSAT SUMBER SEKOLAH SUHAMI
2 2. PN CLARA A/P MARIA SOSEY
EN HOOD BIN KAMARULZAMAN
3 BILIK I-SMART 1. PN NEELA A/P RAMASAMY
PKG & BILIK SEGAK 2. CIK NUR FATEN FATIHAH BINTI
SOBARI
4 CIK ANUSUYA A/P SARANGAPANY
PN IFFAHTUL-AULIA BT MOHD
BELAKANG BILIK GURU KANAN KHAIRUDDIN
5 PN RAZILAWATI BINTI RAZALI

6 BILIK MESYUARAT & BILIK SAKIT PN IZYAN BINTI ADNAN

7 STOR PJK & STOR SUKAN&MINI CIK NUR AFIQAH BINTI MUSLIM
GIMNASIUM
PN NORAZILAH BINTI ANOWAR
8 STOR KOKURIKULUM EN BAKHTIAR RAMON BIN NOR
RAHMAT
9 PEJABAT DAN BILIK PEPERIKSAAN

7.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
7.30 pagi – 1.30 tgh
1. Bergerak ke tempat yang disediakan
2. Melaksanakan 5S dengan bantuan murid kelas relief/pantau
3. Mengenalpasti dan menyenaraikan Aset Alih Nilai Rendah,
Modal, Barangan Stok dan Aset Sumbangan dan mencatatkan dalam
Borang yang disediakan
4. Melengkapkan Borang Kew PA 7 dan menampal di dalam bilik
yang dipertanggungjawabkan
5. Menyapu dan menceriakan Bilik Khas

PENUTUP

Adalah diharapkan agar segala objektif dan tujuan yang telah dirancang dalam kertas kerja ini
dapat dicapai dengan jayanya. Sehubungan itu, kami amat berharap agar kertas kerja ini
mendapat pertimbangan dan kelulusan yang sewajarnya daripada pihak puan.

TERIMA KASIH ATAS SEGALA KERJASAMA.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………….. ………………………………..
(NEELA A/P RAMASAMY) (ROSEMAND A/P A. LAWRENCE)
Penolong Kanan Kokurikulum Pengetua


Click to View FlipBook Version