T5/B9: MALAYSIA DALAM
KERJASAMA ANTARABANGSA
Apakah kesan Perang Dunia Pertama?
APAKAH KESAN PERANG DUNIA PERTAMA?
Perang Dunia Pertama memberi
kesan politik seperti menamatkan
pemerintahan beraja di Eropah.
Kesan politik yang lain ialah termeterainya
Perjanjian Versailles.
Perjanjian ini telah mengubah peta Eropah
membentuk beberapa buah negara baru.
Perjanjian ini juga
membawa kepada
pembentukan Liga
Bangsa.
Selain itu, Perang
Dunia Pertama
juga memberi
kesan ekonomi
seperti hutang
peperangan yang
tinggi.
Negara-negara yang berperang mengalami masalah inflasi.
Hal ini adalah
kerana
perbelanjaan
perang yang
terlalu besar.
Akhirnya, Perang
Dunia Pertama
juga memberi
kesan sosial iaitu
kehilangan
nyawa yang
begitu ramai.
Kesan perang dunia pertama
● Politik
○ menamatkan pemerintahan beraja
○ termeterainya Perjanjian Versailles
■ mengubah peta Eropah membentuk beberapa buah negara baru
■ pembentukan Liga Bangsa
● Ekonomi
○ hutang peperangan yang tinggi
○ masalah inflasi
○ perbelanjaan perang yang terlalu besar
● Sosial
○ Kehilangan nyawa yang begitu ramai
Kesan Contoh soalan esei
Akibat
1. Apakah implikasi daripada Perang Dunia Pertama terhadap pelbagai
bidang? ( 8 markah)
Perang Dunia Pertama memberi implikasi politik seperti menamatkan
pemerntahan beraja. Selain itu, termeterainya Perjanjian Versailles yang
mengubah peta Eropah membentuk beberapa buah negara baru dan
membawa kepada pembentukan Liga Bangsa.
Perang Dunia Pertama juga memberi implikasi ekonomi seperti hutang
peperangan yang tinggi dan masalah inflasi. Hal ini adalah kerana
perbelanjaan perang yang terlalu besar.
Akhirnya, Perang Dunia Pertama memberi implikasi sosial iaitu kehilangan
nyawa yang begitu ramai.
Sekian, terima kasih.