The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SK Kepala Batas

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-20215255, 2021-09-25 11:28:48

PIBG SK Kepala Batas

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SK Kepala Batas

Mesyuarat Agung

Kali ke-19/2021

TARIKH : 26 SEPTEMBER 2021

HARI : AHAD

MASA : 9.00 PAGI

TEMPAT : LOKASI MASING-MASING

PELANTAR : GOOGLE MEET

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

• Aturcara Majlis 3
• Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-19 4
• Minit Mesyuarat Agung Kali ke-18 (2020) 5 - 12
• Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2020 13
• Penyata Kewangan PIBG 2020 14
• Usul 2020 15
• AJK PIBG sesi 2020 16
• Senarai Jawatankuasa Kerja
17
Mesyuarat Agung PIBG ke - 10 18
• Penghargaan

2

ATURCARA MAJLIS

8.50 pagi : Kehadiran waris secara atas talian / Montaj
9.00 pagi : Ucapan aluan Pengacara Majlis
9.05 pagi : Bacaan doa

9.10 pagi oleh Ustaz Muhammad Amirul Uzair b. Mohd Khairi
: Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG

En. Mohd Rodzi bin Desa

9.20 pagi : Persembahan Multimedia PDPr

9.30 pagi : Ucapan Perasmian
Pn. Sharida bt Shaharudin
(Guru Besar SK Kepala Batas)

9.40 pagi : Persembahan Boria Cilik SKKB
9.50 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke -19
10.50 pagi : Persembahan Murid
11.00 pagi : Cabutan Bertuah
11.30 pagi : Bersurai

3

AGENDA MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE-19

➢ Ucapan Aluan YDP PIBG
➢ Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung

kali ke-18
➢ Pembentangan dan Pengesahan Laporan Aktiviti Tahunan

Sesi 2020
➢ Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan PIBG

berakhir 31 Disember 2020
➢ Membahas Usul

➢ Ucapan Penangguhan

4

SEKOLAH KEBANGSAAN KEPALA BATAS
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG BIL 18 TAHUN 2020

TARIKH : 15 FEBRUARI 2020
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK KEPALA BATAS

KEHADIRAN: (Penasihat)
1. Puan Sharida bt Shaharudin (Pengerusi)
2. Encik Mohd Rodzi bin Desa (Naib Pengerusi)
3. Dr. Mahathir bin Yahaya (Setiausaha)
4. Puan Zyafydah bt Mohamad Zin (Bendahari)
5. Puan Umul Hna bt Idris
6. Encik Khairul Nizam bin Mat Piah
7. Encik Suffian Merican bt Yahaya Merican
8. Puan Rohayu bt Ismail
9. Dr Mohd Najib bin Abdullah sani
10. Puan Norzipah bt Ramli
11. Puan Masrurah bt Mohamad
12. Encik Muhamad Zamri bin Zakaria
13. Encik Ahmad Nazri bin Haron
14. Encik Ridzuwan bin Abdul Wahab
15. Puan Latifah bt Mohamad
16. Encik Mohd Hasnadi bin Hassan

38 orang guru dan 277 orang waris

Tidak Hadir Bersebab:
1. Encik Syed Sapawee bin Syed Ismail

1.0 UCAPAN MANTAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2019/2020

1.1 Encik Mohamad Firdaus b Hussin Misagu selaku YDP PIBG telah memulakan
slot ucapan beliau dengan tayangan video tentang teknologi masa depan yang
mengubah kehidupan manusia. Sehubungan itu, QR code telah diperkenalkan dan
telah dilaksanakan semasa pendaftaran kehadiran ke Mesyuarat Agung PIBG pada
kali ini.

5

1.2 Oleh yang demikian, beliau menegaskan anak-anak di sekolah ini juga patut
diterapkan minat agar meminati bidang Sains dan Teknologi, Matematik dan Bahasa
Inggeris. Seiring dengan SJKT yang telah berjaya meraih anugerah emas dalam bidang
inovasi Sains dan Teknologi .

1.3 YDP PIBG juga telah menyatakan masih terdapat segelintir waris yang tidak
membayar yuran PIBG. Disebabkan sekolah tidak mempunyai OC, pihak sekolah
terpaksa menggunakan dana PIBG untuk penyelenggaraan kerosakan yang berlaku di
sekolah. Sehubungan itu, beliau amat berharap kerjasama daripada waris agar lebih
prihatin dalam pembayaran yuran untuk kegunaan sekolah.

1.4 Pelbagai program dan kejayaan telah dihasilkan melalui PIBG. Antaranya
termasuklah mewujudkan lampu isyarat pejalan kaki, surau, CALTEX Fuel Towards
School, peralatan ICT dan sebagainya.

1.5 Beliau berharap agar AJK PIBG yang bakal dilantik dapat meneruskan
kegemilangan di masa lalu.

2.0 UCAPAN PERASMI

2.1 YB Khaliq Mehtab b. Mohd Ishaq mewakili Pusat Khidmat ADUN Bertam
selaku perasmi mengucapkan terima kasih kepada barisan pentadbir dan pihak PIBG
kerana dijemput bagi merasmikan mesyuarat PIBG kali ke 18 dan mengucapkan
tahniah di atas kehadiran semua ibu bapa dalam mesyuarat ini.

2.2 Beliau juga menyarankan agar ibu bapa sentiasa memberi kerjasama kepada
guru di sekolah. Kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru dapat melahirkan murid
yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.

2.3 Pemantauan daripada pihak sekolah dan ibu bapa perlu berikutan berlakunya
penjualan makanan daripada pihak luar di luar kawasan sekolah. Adalah menjadi
tanggungjawab pihak sekolah dan ibu bapa untuk bersama-sama membendung
penjualan makanan yang tidak sihat di luar kawasan sekolah. Begitu juga penularan
gejala sosial melalui penjualan dadah dalam makanan ringan daripada pihak luar.

2.4 Oleh yang demikian, apabila berlakunya pemantauan daripada pihak sekolah,
PIBG dan para waris perlulah saling bekerjasama memberi teguran kepada anak-anak
demi kejayaan dan kecemerlangan mereka.

2.5 YB Khaliq Mehtab juga memaklumkan khidmat tuisyen percuma diadakan di Pusat
Khidmat ADUN Bertam, Kepala Batas.

6

3.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI
KE-17

3.1 Puan Noraini bt. Saad, Setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat
PIBG kali ke-17 untuk disokong dan disahkan.

Keputusan : Diterima majoriti sebulat suara

4.0 PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
SESI 2018/2019

4.1 Puan Noraini bt. Saad, Setiausaha PIBG membentangkan Laporan Aktiviti
Tahunan sesi 2018/2019 untuk diterima dan disahkan.

Keputusan : Diterima majoriti sebulat suara

5.0 PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN PENYATA KEWANGAN PIBG
BERAKHIR 31 DISEMBER 2019

5.1 Bendahari PIBG, Puan Latifah Bt Mohamad, membentangkan Penyata
Kewangan PIBG, Penyata Kewangan Dana Tahun 6 , yang berakhir pada 31 Disember
2019 untuk diterima dan disahkan.

Keputusan : Diterima dan disahkan oleh Encik Mahathir bin Yahaya

6.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

6.1 Perkara berbangkit 2.3 Encik Ahmad Irwan bertanyakan tentang jumlah
sumbangan waris sebanyak RM 6000 tetapi di dalam penyata sebanyak RM3000. Encik
Mohd Rodzi bin Desa memaklumkan jumlah tersebut adalah jumlah untuk tahun 2018

7.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2019/2020

7.1 Naib Pengerusi, Encik Mohd Rodzi bin Desa, dengan rasminya telah
membubarkan AJK PIBG sesi 2019/2020.

7.2 Encik Jafri bin Mohamad mencadangkan En Mahathir bin Yahaya sebagai
Pengerusi Sementara disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

7

8.0 PERLANTIKAN AJK PIBG SESI 2020/2021

8.1 Encik Khairul Nizam bin Mat Piah mencadangkan Encik Mohd Rodzi bin Desa
sebagai YDP PIBG dan disokong sebulat suara

8.2 Encik Jafri bin Mohamad telah mencadangkan Dr. Mahathir bin Yahaya
sebagai NYDP PIBG dan cadangan disokong sebulat suara.

8.3 AJK PIBG sesi 2019/2020 adalah seperti berikut :

Penasihat : Puan Sharida bt Shaharudin

YDP : Encik Mohd Rodzi bin Desa

NYDP : Dr. Mahathir bin Yahaya

Setiausaha : Puan Zyafydah bt Mohamad Zin

Bendahari : Puan Umul Hna bt Idris

Setiausaha PIBK : Puan Zyafydah bt Mohamad Zin

AJK Waris :
1. Encik Syed Sapawee bin Syed Ismail
2. Encik Khairul Nizam bin Mat Piah
3. Encik Suffian Merican bt Yahaya Merican
4. Puan Rohayu bt Ismail
5. Dr Mohd Najib bin Abdullah Sani
6. En Jafri bin Mohamed

AJK Guru :
1. Puan Norzipah bt Ramli
2. Puan Masrurah bt Mohamad
3. Encik Muhamad Zamri bin Zakaria
4. Encik Ahmad Nazri bin Haron
5. Encik Ridzuwan bin Abdul Wahab

Juru audit guru : Puan Latifah bt Mohamed
Juru audit waris : Encik Mohd Hasnadi bin Hassan

8.4 Dengan perlantikan AJK baru, Guru Besar mencadangkan proses pertukaran
tanda tangan bagi pengeluaran cek akaun PIBG dilakukan dengan segera agar
segala program yang akan dirancang dapat dilaksanakan. Oleh itu, semua AJK
bersetuju sebulat suara untuk mewajibkan tanda tangan bendahari dan salah
seorang daripada YDP atau setiausaha diperlukan untuk tandatangan cek
pengeluaran.

8

9.0 MEMBAHAS USUL

9.1 Usul 1
Encik Mahathir bin Yahya mengemukakan usul wujudkan KAFA di sekolah.
Jawapan daripada Encik Khairul Nizam, AJK PIBG:
Kelas KAFA masih belum boleh diwujudkan kerana bimbang tiada
pemantauan di sekolah terutama pada waktu petang serta bimbang terhadap
keselamatan pelajar.
Jawapan daripada Puan Sharida bt Shaharudin, Guru Besar:
Kelas KAFA belum dapat diwujudkan kerana risaukan keselamatan
disebabkan tingkap jeriji dan keadaan sekolah. Tambahan pula, kelas KAFA
seharusnya mempunyai seorang mudir. PIBG juga harus melalui proses
kelulusan Majlis Agama Islam serta Audit Keselamatan.

9.2 Usul 2 – tidak hadir
9.3 Usul 3 – tidak hadir

9.4 Usul 4
Encik Mahathir bin Yahaya mengemukakan usul penyimpanan buku di
sekolah untuk elakkan anak-anak menggalas beg yang berat.
Jawapan daripada Puan Che Azmawati Bt. Yob, Penolong Kanan Kokurikulum:
Sekolah ada membincangkan isu ini semasa mesyuarat PIBG yang lepas.
Maka pihak sekolah akan membuat tempahan ‘storage box’ berharga RM15.90
di mana bekas ini dapat menyimpan buku yang akan digunakan sepanjang
pembelajaran. Surat makluman penggunaan ‘storage box’ akan dikeluarkan
bulan Februari dan ‘storage box’ akan disediakan bulan Mac.

9.5 Usul 5 – tidak hadir
9.6 Usul 6 – tidak hadir
9.7 Usul 7 - tidak hadir

9.8 Usul 8
Encik Jafri bin Mohamad mengemukakan usul untuk mempelbagaikan menu
di kantin sekolah.
Jawapan daripada Puan Sharida bt Shaharudin, Guru Besar:
Pengusaha kantin telah menyediakan kepelbagaian makanan tetapi murid
masih memilih menu yang sama sahaja dan makanan yang telah disediakan
kurang mendapat sambutan. Malah, pentadbir SKKB juga telah membawa
pengusaha kantin ke kantin sekolah SK Pauh Jaya untuk berkongsi idea
tentang menu yang dijual di situ. Hasil dari lawatan tersebut, pengusaha
kantin bersetuju untuk membuat menu makanan lain juga. Kos persediaan
makanan serta harga jualan akan ditetapkan bersesuaian dengan harga
makanan.

9

9.9 Usul 9
Encik Mohd Hasnadi bin Hasan mengemukakan usul tentang pengawal
keselamatan untuk menjaga keselamatan di luar kawasan sekolah terutama di
laluan jalan raya berhadapan sekolah.
Jawapan daripada Pn Sharida bt Shaharudin, Guru Besar:
Perbincangan telah dibuat dengan pengawal keselamatan giliran pagi.
Jawapan yang diberikan bahawa kawalan keselamatan di hadapan sekolah
adalah di luar daripada bidang kerja pengawal keselamatan. Beliau memohon
cadangan dari waris tentang kawalan keselamatan yang diperlukan di tempat-
tempat yang sepatutnya

9.10 Usul 10
Puan Siti Ajar Binti Abd. Ghani mengemukakan usul supaya padang sekolah
dinaik taraf dan tidak memberi keizinan kepada orang luar untuk
menggunakan padang sekolah
Jawapan daripada Puan Che Azmawati Bt. Yob, Penolong Kanan Kokurikulum
Padang sekolah dikongsi bersama dengan Sek Men Keb Kepala Batas. Agak
sukar untuk mengehadkan penggunaan padang kepada orang luar kerana
sekolah berada di kawasan kejiranan berdekatan Kos untuk membuat pagar di
keliling padang memerlukan jumlah kewangan yang tinggi begitu juga jika
hendak membuat penanaman semula rumput yang rosak atau botak.
Jawapan daripada Puan Sharida bt Shaharudin, Guru Besar:
Perbincangan mengenai padang sekolah pernah dibincangkan dengan pihak
PPD. PPD juga pernah melawat padang sekolah dan ada kawasan yang tidak
memerlukan pagar.

9.11 Usul 11 – Usul PIBG

Pencadang : Encik Mohd Rodzi b. Desa

Usul : Sumbangan PIBG dikekalkan RM50.00 perkeluarga

Keputusan : Diterima majoriti sebulat suara

Cadangan untuk mengutip duit sumbangan PIBG selepas Mesyuarat

Agong dipersetujui dimana semua guru kelas akan terlibat dan

kaunter akan dibuka

9.12 Usul 12 – Usul PIBG
Encik Mohd. Rodzi b. Desa memohon sumbangan untuk pemasangan jeriji dan
‘awning’ di kelas di tingkat atas (RM20) diteruskan.
Keputusan: Diterima majoriti sebulat suara

9.13 Usul 13 – Usul PIBG
Puan Sharida bt Shaharudin mencadangkan program Fun Run yang akan
diadakan pada bulan Oktober sepanjang 5km untuk mengutip dana PIBG
Keputusan: Diterima majoriti sebulat suara

10

9.14 Usul 14 – Usul PIBG
Puan Sharida Bt. Shaharudin menerangkan berkenaan hidangan sihat di
kantin iaitu murid boleh membayar dengan menggunakan kupon. Kupon yang
dibeli berharga RM2.50 sehari dan bayaran boleh dibuat secara mingguan.
Senarai menu akan diambil dari Pejabat Kesihatan Daerah.
Keputusan: Diterima majoriti sebulat suara

9.15 Usul 15 -Usul PIBG
Puan Sharida bt Shaharudin wang kutipan lawatan atau aktiviti luar murid
akan diuruskan oleh PIBG. Pihak PIBG akan mengeluarkan surat untuk
kutipan lawatan.

10.0 HAL-HAL LAIN

10.1. Encik Ismail bin Din telah memaklumkan bahawa LED Signboard telah rosak
dan memohon agar dibaiki. Encik Mohammad Zamri bin Zakaria telah memberi
maklum balas bahawa sekolah kekurangan dana untuk memperbaiki LED Signboard
tersebut dan meminta para waris agar mendapatkan maklumat daripada Buku
Catatan Harian yang telah dibekalkan kepada murid-murid untuk mendapatkan
sebarang maklmat dan pemberitahuan tentang aktiviti sekolah.

10.2 Beliau juga telah memaklumkan tentang kerosakan tandas murid

berhampiran Bilik Gerakan PIBG dan meminta kerosakan tersebut dibaiki.

Pihak sekolah telah memaklumkan bahawa kerosakan tersebut akan dibaiki secepat

mungkin setelah mendapat peruntukan kewangan.

10.3 Encik Ismail bin Din juga telah memaklumkan bahawa nametag dan t-shirt
sekolah belum diperolehi oleh anaknya. Puan Che Azmawati selaku PK Ko-kurikulum
dan Puan Hazlina bt Haron selaku PK HEM memaklumkan agar bersabar kerana
tempahan t-shirt dan nametag dilakukan secara banyak dan tidak dapat dilakukan
dalam kuantiti yang sedikit. Jika ada murid yang melakukan pesanan lewat dari tarikh
yang ditetapkan mereka terpaksa menunggu giliran yang berikutnya. Ini disebabkan
pembekal tidak mahu berlakunya pertindihan pesanan. Baju t-shirt sukan fasa 1
dijangka sampai pada hujung bulan Februari. Puan Che Azmawati meminta murid
yang belum mendapat t-shirt boleh berjumpa beliau.

10.4 Puan Sharida bt Shaharudin memaklumkan berita gembira di mana pihak
sekolah akan mendapat sumbangan RM 200 000 untuk tandas dan cat sekolah dan
peruntukan tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk tujuan baik pulih tandas

.

11

10.5 Encik Mohd Rodzi bin Desa memaklumkan dana tahun 6 perlu dijelaskan
sebelum Mac tetapi hanya 20% yang baru bayar. Beliau meminta waris supaya
menjelaskan bayaran tersebut memandangkan pelbagai aktiviti telah dirancang

10.6 Encik Jafri bin Mohamad mencadangkan agar diadakan satu jamuan makan
malam perdana untuk tahun ini. Encik Mohd Rodzi bin Desa memberitahu bahawa
perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG yang akan datang.

10.7 Puan Melati bt Ramli memaklumkan buku teks anak beliau selalu hilang dan
beliau terpaksa membeli buku teks yang baru. Puan Hazlina bt Harun memaklumkan
tiada jaminan buku teks yang diperolehi tidak boleh hilang kerana guru tidak dapat
menjaga buku teks untuk semua murid dalam kelasnya. Semua buku teks yang
diperolehi perlu ditulis nama murid sendiri untuk mengelakkan kecurian. Beliau juga
memaklumkan guru kelas selalu berpesan tentang penjagaan buku teks telah dibuat
setiap hari

11.0 UCAPAN PENANGGUHAN

11.1 Encik Mohd Rodzi bin Desa mengumumkan mesyuarat ditangguhkan pada jam
11.02 pagi.

Disediakan oleh,

Zyafydah…………………………………………

( ZYAFYDAH BT MOHAMAD ZIN )
Setiausaha PIBG
SK Kepala Batas

Disemak oleh,

…………M…o…hd…R…o…dz…i ……………

( MOHD RODZI BIN DESA )
Yang Dipertua PIBG
SK Kepala Batas

12

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2020

1. Bekerjasama menjayakan Kejohanan Merentas Desa
peringkat sekolah

2. Memberi sumbangan Kejohanan Merentas Desa
peringkat sekolah

3. Bekerjasama semasa Gotong-royong Pasca PKPP
4. Memberi sumbangan Gotong-royong Pasca PKPP
5. Memberi sumbangan hadiah Sambutan Koko-Raya

atas talian
6. Memberi sumbangan untuk hadiah Pertandingan

Bulan Kemerdekaan atas talian
7. Memberi sumbangan dalam mengelenggara keperluan

sekolah.

13

PENYATA KEWANGAN

PENDAPATAN PENYATA PIBG YANG BERAKHIR PADA 31.12.2020 RM
BAKI PADA 31.12.2019 1080.00
SUMBANGAN PIBG RM PERBELANJAAN 300.00
JERIJI 500.00
KOTAK BUKU 1947.67 SAGUHATI UPSR 2019 260.00
17350.00 SAGUHATI AJK PIBG 2019
LAIN-LAIN 7060.00 SINKI DI LALUAN MASUK MURID 1000.00
FAEDAH BANK 7184.00 HANDLESS SANITIZER 638.00
322.50
MAKANAN DAN MINUMAN MURID 720.00
23.00 MERENTAS DESA 500.00
9.31 DUIT MAKAN AJK PIBG 2019
1000.00
MAKANAN & MINUMAN JAYA WARIS 2019 700.00
HADIAH KOKU-RAYA 1000.00
KEPERLUAN GOTONG-ROYONG PASCA PKPP 816.00
HADIAH PERTANDINGAN BULAN 8400.00
KEMERDEKAAN 3500.00
SELENGGARA GRILL 1940.00
SELENGGARA PA SYSTEM 37.00
BAYARAN BALIK KOTAK BUKU TAHUN 6
KOTAK BUKU (STORAGE BOX)
STICKER STORAGE BOX
CAT/BATU/SET DRUM/SIGN BOARD TS25
CAJ BANK

JUMLAH 33573.98 22713.50
BAKI PADA 31.12.2020 10860.48

Disediakan oleh : Disemak oleh :

Umul Hna Mohd Rodzi

…………………………………….. …………………………………….
( UMUL HNA BT IDRIS ) ( MOHD RODZI BIN DESA )
Bendahari PIBG YDP PIBG
SK Kepala Batas SK Kepala Batas

DisemaLkaotilfeahh: DiseMmaokhodleHha:snadi

…………………………………….. ……………………………………
(LATIFAH BT MOHAMAD ) (MOHD HASNADI BIN HASSAN)
Juru Audit Guru Juru Audit Waris

14

USUL 2021

Usul 1
NAMA PEMBAWA USUL
Muhd Afif Othman - Afkar Ahmad Faiq Bin Muhd Afif (5 Arif)
Tiada usul. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu-cikgu
yg membuat pelbagai inisiatif sepanjang tempoh PDPR. Secara jujur saya
sangat risau dengan tahap perkembangan akademik anak perempuan saya di
darjah 1 berbanding anak lelaki saya ketika darjah 1 dulu (sebelum Covid).
Cuma ada 1 soalan saya, ada kaedah yang sekolah sediakan apabila sekolah
dibuka semula supaya pelajar-pelajar ini tidak tercicir?
Usul 2
NAMA PEMBAWA USUL
Arzlie Bin Amir - Amsyar Muzaffar Bin Arzlie (6 Arif)
1) Aktiviti Pelajar diluar Bilik Darjah
2) Langkah Keselamatan dari pihak sekolah untuk menyambut kepulangan

pelajar ke sekolah
3) Langkah dari Pihak Sekolah untuk meningkatkan peratus lulus pelajar

dengan cemerlang dalam peperiksaan PKSK untuk Tahun 6.

15

AHLI JAWATANKUASA PIBG

SK KEPALA BATAS
SESI 2020/2021

BIL NAMA JAWATAN PIBG
Penasihat
1 Pn. Sharida Binti Shaharudin
Yang Dipertua
2 En. Mohd Rodzi Bin Desa Naib Yang Dipertua

3 Dr. Mahathir bin Yahaya Setiausaha
4 Pn. Zyafydah bt Mohamad Zin Bendahari
AJK (Waris)
5 Pn. Umul Hna bt Idris AJK (Waris)
AJK (Waris)
6 En. Syed Sapawee Bin Syed Ismail AJK (Waris)
AJK (Waris)
7 Dr. Mohd Najib bin Abdullah Sani AJK (Waris)
AJK (Guru)
8 En. Khairul Nizam Bin Mat Piah AJK (Guru)
AJK (Guru)
9 En. Suffian Merican Bin Yahaya Merican AJK (Guru)
AJK (Guru)
10 Pn. Rohayu Binti Ismail Juru Audit (Guru)
Juru Audit (Waris)
11 En Jafri bin Mohamed
12 En. Ridzuwan bin Abdul Wahab

13 En. Muhamad Zamri bin Zakaria

14 En. Ahmad Nazri bin Haron

15 Pn. Norzipah bt Ramli

16 Pn. Masrurah bt Mohamad
17 Pn. Latifah bt Mohamed (Audit)

18 En. Mohd Hasnadi bin Hassan (Audit)

16

JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 19

Penasihat : Pn. Sharida bt Shaharuddin (Guru Besar)
Pengerusi : Pn. Basmina Balqis bt Baharuddin (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Hazlina bt Harun (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Che Azmawati bt Yob (PK Kokurikulum)
Setiausaha : Pn. Zyafydah bt Mohamad Zin
Bendahari : Pn. Ummu Hna bt Idris

Pencatat Minit Dokumentasi
Pn. Sholeha bt. Ali (k) Pn. Suita bt Ali (K)
Pn. Latifah bt Mohamad Pn. Hidayani bt Mahadzir
Pn. Karimah bt. Mohd Noor Pn. Norlilawati bt. Yamin
Pn. Suzaini bt. Abdullah Pn. Zurina bt. Hasan

Persembahan Tuntutan Hadiah
Pn. Nurulhudha bt Abd Halim (K) Pn. Norzipah bt Ramli (K)
Pn. Rizawati bt Aziz Pn. Hashimah bt. Hamdan
Pn. Norkhadijah bt Ismail Pn. Mahani bt Saidin
Pn. Hazliza bt Azali
En. Ahmad Nazri b. Haron Hadiah Cabutan Bertuah
Pn. Norsham bt. Othman (K)
AJK Teknikal Pn. Azura Bt. Mohamad
En. Anuar b. Ismail (K) Pn. Noorliawati bt Ismail
En. Fadzil b. Ahmad Pn. Noor Azizan bt Mahmud
En. Mohd Hariri b. Md Hassan
Sumbangan Hadiah
AJK Hebahan dan Montaj Pn. Zurina Bt. Puteh (K)
En. Muhamad Zamri b. Zakaria (k) Pn. Siti Kalsum Bt. Din
En. Mohamad Dinie Dasuki b. Mohamad Nasri Pn. Faridah Bt. Said
En. Muhammad Afiq Hakimi b. Muhd Azhar En. Jalaluddin B. Mohd Dzhahir
Cik Ragini a/p Muniandy En. Abd Nasir B. Fathil
Semua Guru Kelas
Bacaan Doa
Backdrop dan poster Utz Muhammad Amirul Uzair b. Mohd Khairi
En. Ridzuwan b. Abdul Wahab (K)
En. Muhammad Hakimi b. Abd Naser Pengacara Majlis
En. Muhammad Faris b. Ahmad En. Ahmad Baqi b. Yahaya
En. Muhammad Ifwat b. Muhammad Yusof Cik Nafis Izzati bt. Ramli

Pendaftaran dan Cabutan Bertuah Peserta
Pn. Norhasliza bt. Md. Hussin (K) - SEMUA GURU SK KEPALA BATAS
Pn. Norliah bt. Salleh

Pn. Fatma Najwa Bt. Hj. Haroon

17

PENGHARGAAN

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Yang Dipertua dan Ahli-ahli Jawatan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) Sekolah Kebangsaan Kepala Batas serta murid-murid dengan hati

yang tulus dan ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada :

EN. MOHD RODZI BIN DESA
Yang Dipertua PIBG SK Kepala Batas 2020/2021

PN. SHARIDA BT. SHAHARUDIN
Yang Berusaha Guru Besar SK Kepala Batas

AJK PIBG
SK Kepala Batas

Guru-guru dan Guru Pelatih
SK Kepala Batas

serta

semua komuniti Kepala Batas yang telah menyumbangkan masa dan
tenaga bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-19 ini dan mana-
mana pihak yang Namanya tidak tercatat di sini. Segala sumbangan yang

telah diberikan hanya Allah SWT jualah yang dapat membalasnya dan
mudah-mudahan kita mendapat taufiq serta hidayah dari-Nya, Aamin.

18

CATATAN

19


Click to View FlipBook Version