SAM UNWANUS SAADAH
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK 2021
SAINS TINGKATAN 2
TAJUK :
PENYAKIT DEMAM DENGGI
NAMA:NUR AFIFAH BINTI NORAZAM
TINGKATAN:2 ZAMRUD
NAMA GURU:PUAN FAUZIYAH ANIM
PENGHARGAAN
Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Pembelajaran berasaskan projek (PBL)
sains Tingkatan 2 . Saya ingin merakamkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang
telah membantu saya untuk menjayakan projek ini.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah
Agama Menengah Unwanus Saadah iaitu Puan Hajah Norlina, kerana beliau telah memberi
kebenaran kepada saya untuk menjalankan projek ini. Selain itu, kepada guru mata
pelajaran sains saya Pn.fauziyah Anim . Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sepanjang
projek ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu saya Rosilah Binti Abd Razak dan bapa
saya Norazam Bin Ismail , mereka telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada
saya demi memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan projek tentang penyakit demam denggi .Saya
menjalankan projek ini selama 3 hari bermula pada 12 October 2021 hingga
14 October 2021. Penulisan projek sains dilakukan di rumah (Pengajaran
dan Pembelajaran diRumah, PdPR) pada waktu pengajaran dan
pembelajaran Sains .
OBJEKTIF KAJIAN
1 Mentakrifkan maksud penyakit demam denggi .
2 Menyatakan dan menghuraikan tanda dan gejala demam denggi
3 Menghuraikan cara penyebaran penyakit demam denggi
4 Menghuraikan Langkah pencengahan dan cara menangani penyakit
demam denggi
MAKSUD PENYAKIT DEMAM DENGGI
• Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui
gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
• Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1,
DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
• Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus
jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka
boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
• Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur
Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.
TANDA DAN GEJALA DEMAM DENGGI
• Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas
(14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga
7 hari.
• Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala
yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-
sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
• Demam ini boleh mencapai suhu 40 – 41 C, dan selalunya akan berlarutan
selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan
kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot
dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai “breakbone fever”.
• Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
• Muntah dan kurang selera makan.
PUNCA DEMAM DENGGI
Demam denggi adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk Aedes yang dijangkiti
virus Denggi. Apabila nyamuk Aedes yang dijangkiti mengigit manusia, virus
tersebut akan menjangkiti manusia.
Virus denggi mempunya beberapa jenis iaitu, DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4.
Sekiranya anda pernah dijangkiti oleh salah satu jenis virus tersebut, anda akan
mempunyai imuniti terhadap virus tersebut sahaja. Oleh itu, anda boleh dijangkiti
demam denggi lebih dari satu kali dalam hidup anda.
Nyamuk Aedes jenis aegypti pula adalah vektor atau pembawa virus ini. Nyamuk
ini boleh dikenalpasti melalui belang hitam putih pada badan dan kakinya.
Nyamuk aedes mula aktif sewaktu awal pagi dan lewat senja. Ia membiak di
dalam kawasan air bertakung yang bersih dan jernih. Kitaran hidupnya dari telur,
jejentik, kepompong dan nyamuk dewasa hanya mengambil masa 7 hari
menyebabkan populasi mereka sangat cepat membesar.
CARA PENCENGAHAN DEMAM DENGGI
1.Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik,
manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu
menghapuskan aedes dewasa dengan mudah
2.Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
- Membuang bekas yang boleh menakung air
- Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
- Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-
kurangnya seminggu sekali
- Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
- Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
3.Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
LANGKAH –LANGKAH MELINDUNGI DIRI UNTUK
MENGELAKKAN DARI GIGITAN NYAMUK
• Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
• Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan
nyamuk
• Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang
sewaktu keluar rumah
• Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan
tertutup
KESIMPULAN
Wabak ini berlaku disebabkan pendedahan kepada persekitaran yang sensitif dan
merebak di lokasi tersebut atas sebab kepadatan vektor yang tinggi hasil daripada
sikap tidak ambil peduli oleh masyarakat setempat yang membiarkan pembiakan
aedes dipersekitaran.Dan disebabkan kelewatan mengesan status awal kes memberi
ruang kepada merebaknya virus ini sehingga wabak ini berada tanpa kawalan yang
dapat dijalankan pada hari ke-7 selepas pembiakan melalui kes indek. Kewujudan
premis kediaman yang tiada penghuni dan rumah rumah terbiar sangat memberi
kesan negatif kepada kerja-kerja kawalan yang dijalankan. Kempen kesedaran dan
penguatkuasaan yang berterusan sedikit sebanyak telah menyedarkan masyarakat
mengenai bahaya penyakit demam denggi sehingga wabak berakhir dan distiharkan
tamat. Dari hal tersebut perlu adanya seseuatu benda dijadikan penyelesaian dalam
kes, iaitu masyarakat sendiri perlu mencari jalan untuk melakukan mencegah benda
tersebut. Dari sini perlukan medium pemberitahuan yang cepat disampai kepada
masyarakat dengan mudah.
SUMBER RUJUKAN
http://www.myhealth.gov.my/demam-denggi/
https://rootofscience.com/blog/2020/kesihatan/perubatan/demam-denggi-
punca-simptom-dan-rawatan/
https://sarsoutlet.wordpress.com/tag/bagaimana-demam-denggi-boleh-
berjangkit/
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/dari-
januari-sehingga-6-jun-2020-sebanyak-48584-kes-demam-denggi-telah-
dilaporka/10157118734461237/
LAMPIRAN