The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afifahnorazam208, 2021-10-14 00:54:46

PROJEK SAINS TINGKATAN 2

PROJEK SAINS TINGKATAN 2

SAM UNWANUS SAADAH

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK 2021
SAINS TINGKATAN 2

TAJUK :
PENYAKIT DEMAM DENGGI

NAMA:NUR AFIFAH BINTI NORAZAM
TINGKATAN:2 ZAMRUD
NAMA GURU:PUAN FAUZIYAH ANIM

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Pembelajaran berasaskan
projek (PBL) sains Tingkatan 2 . Saya ingin merakamkan rasa terima kasih kepada
semua pihak yang telah membantu saya untuk menjayakan projek ini.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua
Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah iaitu Puan Hajah Norlina, kerana
beliau telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan projek ini.
Selain itu, kepada guru mata pelajaran sains saya Pn.fauziyah Anim . Saya juga
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana beliau telah banyak memberi
tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sepanjang projek ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu saya Rosilah Binti Abd Razak
dan bapa saya Norazam Bin Ismail , mereka telah banyak memberi sokongan dan
dorongan kepada saya demi memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya.

PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan projek tentang penyakit demam denggi.
Saya menjalankan projek ini selama 3 hari bermula pada 12

October 2021 hingga 14 October 2021. Penulisan projek sains
dilakukan di rumah (Pengajaran dan Pembelajaran diRumah,
PdPR) pada waktu pengajaran dan pembelajaran Sains .

OBJEKTIF KAJIAN

1 Mentakrifkan maksud penyakit demam denggi .

2 Menyatakan dan menghuraikan tanda dan gejala demam
denggi

3 Menghuraikan cara penyebaran penyakit demam denggi

4 Menghuraikan Langkah pencengahan dan cara menangani
penyakit demam denggi

MAKSUD PENYAKIT DEMAM DENGGI

• Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak
melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

• Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi
(DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

• Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap
virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi,
mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

• Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur
Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

TANDA DAN GEJALA DEMAM DENGGI

• Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat
belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di
antara 4 hingga 7 hari.

• Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit
kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-
otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.

• Demam ini boleh mencapai suhu 40 – 41 C, dan selalunya akan
berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan
sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada
tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali
sebagai “breakbone fever”.

• Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya
demam.

• Muntah dan kurang selera makan.

Demam dengPgi UadaNlahCsAejenDis EpeMnyaAkitMbawDaaEn nNyaGmuGk AIedes yang

dijangkiti virus Denggi. Apabila nyamuk Aedes yang dijangkiti mengigit
manusia, virus tersebut akan menjangkiti manusia.

Virus denggi mempunya beberapa jenis iaitu, DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN
4. Sekiranya anda pernah dijangkiti oleh salah satu jenis virus tersebut, anda
akan mempunyai imuniti terhadap virus tersebut sahaja. Oleh itu, anda boleh
dijangkiti demam denggi lebih dari satu kali dalam hidup anda.

Nyamuk Aedes jenis aegypti pula adalah vektor atau pembawa virus ini.
Nyamuk ini boleh dikenalpasti melalui belang hitam putih pada badan dan
kakinya. Nyamuk aedes mula aktif sewaktu awal pagi dan lewat senja. Ia
membiak di dalam kawasan air bertakung yang bersih dan jernih. Kitaran
hidupnya dari telur, jejentik, kepompong dan nyamuk dewasa hanya
mengambil masa 7 hari menyebabkan populasi mereka sangat cepat
membesar.

CARA PENCENGAHAN DEMAM DENGGI

1.Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan
jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan
(fogging) juga boleh membantu menghapuskan aedes dewasa dengan
mudah
2.Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk

- Membuang bekas yang boleh menakung air
- Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
- Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya
sekurang- kurangnya seminggu sekali
- Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
- Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
3.Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk

LANGKAH –LANGKAH MELINDUNGI DIRI UNTUK
MENGELAKKAN DARI GIGITAN NYAMUK

• Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
• Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah

kepada gigitan nyamuk
• Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan

seluar panjang sewaktu keluar rumah
• Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik

di kawasan tertutup



KESIMPULAN

Wabak ini berlaku disebabkan pendedahan kepada persekitaran
yang sensitif dan merebak di lokasi tersebut atas sebab
kepadatan vektor yang tinggi hasil daripada sikap tidak ambil
peduli oleh masyarakat setempat yang membiarkan pembiakan
aedes dipersekitaran.Dan disebabkan kelewatan mengesan
status awal kes memberi ruang kepada merebaknya virus ini
sehingga wabak ini berada tanpa kawalan yang dapat dijalankan
pada hari ke-7 selepas pembiakan melalui kes indek. Kewujudan
premis kediaman yang tiada penghuni dan rumah rumah terbiar
sangat memberi kesan negatif kepada kerja-kerja kawalan yang

dijalankan.

SUMBER RUJUKAN

http://www.myhealth.gov.my/demam-denggi/

https://rootofscience.com/blog/2020/kesihatan/perubatan/demam-denggi-
punca-simptom-dan-rawatan/

https://sarsoutlet.wordpress.com/tag/bagaimana-demam-denggi-boleh-
berjangkit/

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/dari-
januari-sehingga-6-jun-2020-sebanyak-48584-kes-demam-denggi-telah-
dilaporka/10157118734461237/

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version