PERLEMBAGAAN
KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MANGGIS
PERLEMBAGAAN
KELAB KEBAJIKAN GURU & KAKITANGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MANGGIS,
42700 BANTING, SELANGOR.
BBA 1004
(Pindaan)
Perkara 1 – Nama & Tujuan
1.1 Nama badan ini ialah Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Sungai Manggis
atau KKGK SKSM (selepas ini disebut Kelab)
1.2 Tujuan badan ini ditubuhkan adalah untuk mengeratkan hubungan sesama ahli dan keluarganya
melalui aktiviti kebajikan, rekreasi dan sosial.
Perkara 2 – Keahlian & Yuran
2.1 Keahlian Kelab ini hendaklah terdiri daripada semua guru-guru dan kakitangan sokongan tetap
Sekolah Kebangsaan Sungai Manggis termasuk kakitangan PKG Banting.
2.2 Keahlian tidak termasuk guru praktikum, guru ganti atau mana-mana perjawatan yang bersifat
sementara.
2.3 Keahlian terbatal apabila ahli bersara, bertukar, berhenti, dibuang kerja atau melanjutkan
pelajaran ke universiti secara sepenuh masa.
2.4 Yuran keahlian ialah RM 15.00 bagi guru dan RM 10.00 bagi kakitangan bukan guru yang dibayar
tidak lewat dari 28 haribulan pada setiap bulan.
Perkara 3 – Jawatankuasa Kelab, Tugas dan Tanggungjawab.
3.1 Jawatankuasa Kelab terdiri daripada;
a) Seorang penasihat iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Manggis.
b) Seorang Pengerusi
c) Seorang Timbalan Pengerusi
d) Seorang Setiausaha
e) Seorang Penolong Setiausaha
f) Seorang Bendahari
g) Tidak lebih dari 5 orang ahli jawatankuasa yang sekurang-kurangnya seorang mewakili
kakitangan sokongan atau kakitangan PKG.
h) Dua orang pemeriksa kira-kira.
1
3.2 Kesemua ahli jawatankuasa hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan akan
memegang jawatan selama tempoh dua tahun kecuali jawatan Penasihat yang disandang secara
ex-officio.
3.3 Kecuali Pengerusi, jika ahli jawatankuasa yang dipilih bertukar atau bersara, mesyuarat ahli
jawatankuasa bolehlah melantik seorang dari kalangan ahli Kelab untuk menggantikan kekosongan
bagi tempoh perkhidmatan yang masih berbaki.
3.4 Barisan pentadbir dari kalangan Penolong Kanan sekolah tidak boleh dilantik sebagai Pengerusi
kelab. Namun mereka layak dipilih dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.
3.5 Semua ahli kelab berhak dipilih dan dilantik sebagai ahli jawatankuasa walaupun tidak hadir ke
Mesyuarat Agung.
3.6 Ahli Jawatankuasa sesi semasa tidak boleh dilantik semula sebagai AJK untuk sesi baharu kecuali
atas persetujuan atau kerelaannya sendiri. Setelah tamat sesi baharu, maka mereka layak dilantik
kembali.
3.7 Pengerusi bertanggungjawab mengadakan mesyuarat AJK dari semasa ke semasa mengikut
keperluan dan mesyuarat tersebut hendaklah dihadiri sekurang-kurangnya 5 orang ahli.
3.8 Setiausaha dan / atau Penolong Setiausaha bertanggungjawab atas urusan surat menyurat dan
dokumen laporan berkaitan.
3.9 Bendahari bertanggungjawab mengadakan kutipan yuran pada setiap bulan dan merekodkan
bayaran dalam satu buku rekod. Segala kutipan hendaklah dimasukkan dalam akaun Kelab dan
bendahari tidak boleh memegang wang tunai Kelab lebih daripada RM 300.00 pada satu-satu
masa.
3.10 Satu akaun bank dengan kuasa tandatangan dua daripada tiga pemegang amanah iaitu Pengerusi,
Setiusaha dan Bendahari Kelab hendaklah dibuka atas nama Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan
SKSM.
Perkara 4 – Mesyuarat Agung Tahunan
4.1 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan tidak lewat dari bulan MAC setiapa tahun dan
dihadiri oleh sekurang-kurangnya ½ dari jumlah keseluruhan ahli.
4.2 Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut;
a) Memilih seorang Pengerusi Mesyuarat.
b) Ucapan Pengerusi Kelab
c) Ucapan Penasihat Kelab
d) Membentang dan menerima minit mesyuarat agung sebelumnya.
e) Membentang, membahas dan menerima Laporan Tahunan
2
f) Membentang dan menerima Penyata Kewangan Kelab berakhir pada 31 Disember tahun
sebelumnya.
Jika Mesyuarat Agung Tahunan yang ada pemilihan;
g) Pembubaran AJK tahun semasa.
h) Pemilihan AJK ang baru untuk tempoh 2 tahun
i) Membentang dan menerima usul
j) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi, seorang wakil ahli dan Penasihat.
Perkara 5 – Tanggungjawab dan Hak Ahli serta Sumbangan
5.1 Ahli Kelab beratnggungjawab untuk membayar yuran tepat pada tempeh yang ditentukan,
menyertai sebarang aktiviti yang diadakan dan menjaga nama baik Kelab dan Jabatan tempat
bertugas.
5.2 Ahli Kelab bertanggungjwab untuk melibatkan diri dalan semua aktiviti yang telah diputuskan
secara majoriti oleh ahli yang keputusan itu telah dibuat sama ada dalam Mesyuarat Agung
Tahunan, Masyurat Khas atau melalui mana-mana cara yang difikirkan sesuai dan mendapat
pengesahan Guru Besar.
5.3 Ahli Kelab layak membuat tuntutan atas sumbangan yang berikut (tertakluk kepada
kedudukan kewangan kelab dan pembayaran yuran keahlian) ;
Bil Tuntutan / kelayakkan Jumlah Tuntutan Catatan
1 Pekahwinan kali pertama RM50.00 Sekali dalam tempoh keahlian
2 Kematian Ahli RM100.00
RM 50.00 Pasangan sah / anak kandung /
3 Kematian ahli keluarga anak angkat berkanun
RM 40.00
4 Kematian ibu bapa kandung RM 30.00 Tanpa had
5 Bersalin ( ahli / isteri )
6 Ahli masuk wad; RM 10.00 Sekali gus (lump sum)
RM 50.00 Sekali gus (lump sum
1-3 malam RM 30.00 Tanpa had
4 malam ke atas
7 Mengadakan resepsi perkahwinan / RM 30.00 Kali pertama sahaja
mengkhatankan anak RM 20.00 Kali pertama sahaja
8 Menunaikan haji kali pertama ;
Ahli RM 30.00
Pasangan RM 30.00
9 Kecemerlangan anak; RM 30.00
UPSR 6A RM 40.00
UPSRA Mumtaz
UPKK 8A 3
PT3 6A
SPM Cemerlang 5A ke atas RM 50.00
SMA Mumtaz RM 50.00
STAM Jayyid Jiddan ke atas RM 50.00
STPM CGPA 3.0 ke atas / Diploma RM 50.00
Tertiari RM 100.00
(Ijazah dan keatas sekali sahaja)
10 Pertukaran / bersara; RM 50.00 sekali sepanjang keahlian
Bersara kurang 5 tahun RM 100.00
Bersara 5 tahun ke atas RM 10.00 x
Bertukar selepas 6 tahun tahun berkhidmat
RM 50.00
Bertukar selepas 5 tahun RM 40.00
Bertukar Selepas 2 tahun RM 30.00
Bertukar selepas 1 tahun RM 20.00
Bertukar kurang 1 tahun RM 30.00
11 Sumbangan Derma luar
12 Ahli Lulus Ijazah Pertama ke atas RM 100.00
5.4 Untuk hal-hal tertentu seperti kematian ibu bapa atau ahli keluarga atau apa-apa musibah atas
budi bicara Pengerusi dan AJK bolehlah diadakan satu kutipan khas sumbangan ikhlas daripada
ahli-ahli setelah mendapat kelulusan daripada Guru Besar.
5.5 Sekiranya ahli tidak memperolehi atau tiada sebarang tuntutan yang perlu dibuat selama
tempoh 3 tahun, maka satu rebat atau inisiatif khas akan diberikan dengan syarat ahli
membayar yuran secara konsisten.
Perkara 6 – Pindaan Perlembagaan dan Pembubaran Kelab
6.1 Perlembagaan ini boleh dipinda melalui Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesuarat Khas yang
dihadiri oleh sekurang-kurangnya 3/5 ahli yang sah.
6.2 Kelab ini boleh dibubarkan oleh Guru Besar atau mana-mana pihak berkuasa undang-undang
atau jika dipersetujui oleh 4/5 ahli-ahli dalam Mesuarat Khas yang dihadiri oleh sekurang-
kurangnya 9/10 ahli.
Perkara 7 – Hak Prerogatif dan Tafsiran
7.1 Walau apa pun peruntukan dalam perlembagaan ini ia tidak menjejaskan kuasa dan hak
prerogatif Guru Besar selaku pihak yang diberi kuasa menurut mana-mana undang-undang
yang berkaitan.
7.2 Guru Besar berhak memberikan keputusan terhadap apa-apa pertikaian yang timbul dalam
Kelab dan / atau apa-apa tafsiran yang tidak dapat diputuskan oleh AJK Kelab.
4
Perkara 8 – Kuatkuasa Perlembagaan
8.1 Dengan lulusnya perlembagaan ini, maka perlembagaan Kelab yang sebelumnya adalah
terbatal.
- TAMAT -
*Pindaan terkini pada Februari 2022.
5