The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lornadola, 2020-04-06 01:34:01

POKOK KELAPA DENGAN RUMPUT

POKOK KELAPA DENGAN RUMPUT

Di tepi padang,
tumbuh sebatang pokok
kelapa. Pokok kelapa itu
sangat tinggi.

Pokok kelapa itu selalu mengejek rumput.
"Wahai Sang Rumput, engkau sangat pendek! Aku adalah
pokok yang tinggi dan kuat."

Setiap hari, rumput selalu diejek oleh pokok kelapa.
Namun, rumput berdiam diri sahaja.

Pada suatu hari, datang ribut yang kuat.
"Tolong! Tolong!" terdengar suara pokok kelapa menjerit
minta tolong.

Dum! Terdengar pula bunyi yang sangat kuat.
Pokok kelapa itu tumbang.

Rumput pun berkata, "Wahai Sang Kelapa, walaupun
aku pendek, tetapi ribut tidak dapat menumbangkan diri-
ku!" Pokok kelapa berasa malu. Pokok kelapa sangat menyesal
kerana pernah mengejek rumput.

Akhirnya, matilah pokok kelapa itu.
NILAI MURNI

Kita tidak boleh memandang hina pada
orang miskin dan lemah. Setiap orang
mempunyai kelebihan dan keistimewaan
masing-masing.

CERITA DARI OOM A


Click to View FlipBook Version