The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MAIMUNAH MOHAMED, 2020-04-25 20:42:25

DAYA

Daya geseran.

DAYA

Daya ialah tarikan atau tolakan yang
bertindak ke atas sesuatu objek.

Daya tarikan ialah daya yang
menggerakkan objek mendekati kita.

Daya tolakan ialah daya yang
bergerak menjauhi kita.

Apakah daya yang terlibat dalam

aktiviti tersebut?

• Pendaki bukit. Tarikan dan tolakan

• Bermain skuter. Tarikan dan tolakan

• Bermain kasut roda. Tarikan dan tolakan

• Menggerakkan kereta sorong bayi. Tolakan

• Aktiviti memancing. Tarikan

• Bermain layang-layang. Tarikan dan tolakan

• Pengayuh kayak. Tarikan

• Kerja memangkas pokok. Tarikan dan tolakan

Apakah daya yang terlibat dalam
aktiviti tersebut?

• Tarik upih. Tarikan

• Tuju tin. Tolakan

• Tari buluh. Tarikan dan tolakan

• Mengetuk paku. Tolakan

• Mencabut paku. Tarikan

• Bermain gasing. Tolakan dan tarikan

KESAN DAYA

1. Daya mengubah bentuk objek.
2. Daya mengubah arah pergerakan objek.
3. Daya memberhentikan objek yang bergerak.
4. Daya menggerakkan objek pegun.
5. Daya mengubah kelajuan objek.

APAKAH DAYA GESERAN?

• Contoh:
• Buah karom bergerak disebabkan oleh daya

yang dikenakan semasa menjentik. Manakala
buah karom pula berhenti kerana ada daya
geseran di antara buah karom dengan
permukaan papan karom.

MAKSUD DAYA GESERAN
• Daya geseran ialah daya yang

terhasil apabila dua permukaan
bersentuhan antara satu sama
lain.

• Contoh: Arah daya geseran menentang arah
pergerakan buah karom.

Daya geseran sentiasa menentang arah.

Daya geseran

• Daya geseran sentiasa menentang
arah pergerakan objek.

• Daya geseran juga akan
menyebabkan pergerakan sesuatu
objek menjadi perlahan dan akhirnya
berhenti.

Pilih pernyataan yang benar tentang

daya geseran.

• Daya geseran berlaku apabila dua permukaan
bersentuhan.

• Daya geseran bertindak selari dengan arah
pergerakan objek.

• Daya geseran sentiasa melawan arah
pergerakan objek.

• Daya geseran menyebabkan objek yang
bergerak semakin perlahan dan akhirnya
berhenti.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI DAYA
GESERAN

Jenis Jisim objek
permukaan

Contoh Jenis Permukaan

• Lantai simen
• Rumput
• Permaidani
• Kertas pasir
• Permukaan mozek
• Permukaan batu

PENTING!!!!

• Jenis permukaan kasar: Daya geseran bertambah.
• Jenis permukaan licin: Daya geseran berkurang.

Contoh Jisim Objek

• Berat……bergerak paling dekat
• Ringan… bergerak paling jauh

PENTING!!!!

• Jisim objek berat: Daya geseran bertambah.
• Jisim objek ringan: Daya geseran __________.

KEBAIKAN DAYA GESERAN

• Daya geseran di antara permukaan tangan
dengan objek membolehkan kita memegang
objek dengan cengkaman yang baik.

• Daya geseran di antara tapak kasut dengan
permukaan lantai membolehkan kita berjalan
tanpa tergelincir.

• Daya geseran membolehkan objek kekal
pegun.

KEBURUKAN DAYA GESERAN

• Daya geseran menyebabkan meja yang berat
sukar digerakkan.

• Daya geseran menghasilkan bunyi yang tidak
diingini seperti gear basikal yang berkarat.

• Daya geseran mengakibatkan permukaan
menjadi haus seperti tapak kasut.

• Daya geseran menyebabkan bola berhenti
bergerak.

MENAMBAHKAN DAN
MENGURANGKAN DAYA GESERAN

MENAMBAHKAN DAYA GESERAN

• Penggunaan pelapik anti gelincir dapat
menambahkan daya geseran pada permukaan
lantai yang basah.

• Tapak kasut yang bercorak dan kasar dapat
mengelakkan kita daripada tergelincir semasa
berjalan atau berlari.

• Pelapik tetikus dapat menambahkan daya
geseran pada tetikus agar mudah dikawal.

MENAMBAHKAN DAYA GESERAN

• Ahli sukan angkat berat menggunakan serbuk
kapur magnesium karbonat untuk
mengangkat pemberat besi agar tidak mudah
terlucut.

• Corak pada permukaan sarung tangan
menambahkan daya geseran dan
memudahkan objek dicengkam.

MENGURANGKAN DAYA GESERAN

• Meletakkan minyak gris pada permukaan yang
berkarat seperti pembuka tingkap yang berbunyi
dan sukar dibuka.

• Penggunaan penggolek dan roda mengurangkan
daya geseran dan memudahkan pergerakan
objek.

• Penggunaan minyak pelincir dalam kenderaan
bermotor boleh mengurangkan daya geseran
yang berlebihan di dalam bahagian enjin.

MENGURANGKAN DAYA GESERAN

• Penggunaan tepung asid borik dapat
memudahkan pergerakan buah karom.

• Permukaan laci disapu dengan lilin supaya mudah
dibuka dan ditutup.

UJI MINDA

• Pisau tumpul.
• Lantai basah dan mudah tergelincir.

SOALAN KBAT

• Bagaimanakah bunyi dihasilkan apabila biola
digesek?

• Mengapakah omboh mengasilkan haba?
• Mengapakah kereta api mengambil masa yang

lama untuk berhenti di landasan?
• Mengapakah gelas kaca yang berisi air sejuk

boleh bergerak sendiri apabila diletakkan di atas
meja kaca?
• Bagaimanakah topi keselamatan membantu
penunggang basikal bergerak dengan laju?

JAWAPAN

• Apabila biola digesek, tali pada kayu biola dan tali
pada biola akan bergeser. Geseran menghasilkan
bunyi.

• Injap piston yang bergerak akan bergeser.
Geseran menghasilkan haba dan bunyi.

• Geseran yang terhasil di antara tayar kereta api
dan landasan adalah sedikit kerana permukaan
landasan yang licin. Oleh itu, kereta api
memerlukan masa yang lama untuk berhenti.

JAWAPAN

• Udara yang berada disekeliling gelas akan
disejukkan oleh permukaan gelas yang sejuk.
Udara akan terkondensasi menjadi wap air,
menyebabkan gelas menjadi basah, gelas yang
basah dan permukaan meja kaca yang licin
menyebabkan daya geseran yang terhasil
berkurangan dan menyebabkan gelas kaca
boleh bergerak.

JAWAPAN

• Topi keselamatan penunggang
basikal berbentuk aerodinamik iaitu
bentuk yang dapat mengurangkan
geseran semasa penunggang
mengayuh dengan laju.


Click to View FlipBook Version