afhiza mat Download PDF
  • 2
  • 0
MALANG TIDAK BERBAU
Kisah ini mengenai seorang kanak-kanak yang berumur 8 tahun mengalami masalah penglihatan. Pada suatu petang Si Amer keluar bermain bola bersama-sama rakannya di sebuah taman berdekatan dengan rumahnya. Setelah selesai bermain Amer pulang ke rumah dengan menaiki basikalnya. Tetapi malang tidak berbau Amer terlibat dalam kemalangan yang melibatkan sebuah kenderaan iaitu kereta. Punca kemalangan adalah kecuaian pemandu kereta tersebut. Oleh itu, dengan bantuan orang awam menghubungi ambulans dan Amer dikejarkan ke hospital bahagian kecemasan. Oleh hal demikian, Amer mengalami kecederaan pada mata akibat percikan kaca cermin kereta terkena matanya. Kecederaan yang dialami Amer menyebabkan Amer disahkan hilang keupayaan penglihatan atau buta. Bagaimanapun, ibu bapa dan kakak Amer sentiasa memberi semangat, dorongan dan membantu Amer meningkatkan keupayaan bagi menjalani kehidupan harian. Kakaknya selalu mencari inisiatif untuk membantu Amer dengan pelbagai alatan dan teknologi. Akhirnya, Amer dapat menyesuaikan dirinya dengan kehidupan baharunya.
View Text Version Category : 36
  • Follow
  • 0
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications