*TADABBUR RINGKAS JUZUK 3
(SURAH AL-BAQARAH 253-286 & SURAH ALI-IMRAN 1-91)*
_10 Points_
*Sumber: Ust Abdullah Bukhari *
1. Mengandungi 2 Surah, iaitu bahagian akhir Surah Al-Baqarah dan bahagian awal Surah Ali-Imran.
2. Ayat Kursi yang selalu dibaca berada di dalam Juzuk ini (Ayat 255).
Ayat ini diiktiraf sebagai ayat yang paling agung di dalam Al-Quran
kerana di dalam ayat ini sahaja, mengandungi 17 kali pengulangan nama ALLAH SWT.
3. Di dalam Juzuk ini terdapat 2 kisah berkenaan orang yang mati dan
dihidupkan semula iaitu; i) seorang lelaki yang tidur selama 100 tahun (Ayat 259),
ii) Eksperimen yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim untuk diyakini bahawa
ALLAH mampu menghidupkan kembali makhluk yang dah mati.
4. Juzuk 3 juga menceritakan berkenaan Sedekah (Ayat 261-274).
Antaranya ialah satu sedekah digandakan pahalanya sehingga 700 kali ganda,
siapa yang selayaknya menerima sedekah dan sedekah perlu diberikan dalam keadaan terbaik.
5. Seterusnya, hukum berkaitan riba dan hutang dibincangkan pada Ayat 275-282.
Yang menariknya, mengikut kebanyakan ulama’ Tafsir, ayat 281 merupakan ayat yang terakhir diturunkan
manakala ayat 282 adalah ayat yang terpanjang di dalam
Quran yang menceritakan perihal hutang dan bagaimana mendokumentasinya (Perjanjian, Saksi dsb).
6. Di dalam Surah Ali-Imran banyak diceritakan tentang keluarga
dan makhluq pilihan ALLAH seperti keluarga Imran, Maryam, Nabi Isa, Nabi Zakaria dan Nabi Yahya (Ayat 35-55).
7. ALLAH mengajar doa bagi pasangan berkahwin yang masih belum
dikurniakan cahaya mata untuk mengamalkan doa Nabi Zakaria (Ayat 38).
8. Pada Ayat 55 dinyatakan dalil yang mengatakan bahawa Nabi Isa A.S. diangkat oleh ALLAH SWT ke langit.
9. Terdapat juga kisah berkenaan Mubahalah di antara NABI SAW dengan kaum Nasrani dari Najran (Ayat 61-62).
Mubahalah adalah perdebatan di antara 2 pihak yang masing-masing mendakwa benar,
dan masing-masing berdoa kepada ALLAH untuk tunjukkan mana yang benar dan mana yang salah.
Tetapi Mubahalah ini tak jadi kerana pihak Nasrani menarik diri kerana hakikatnya mereka tahu
RASULULLAH SAW berada di pihak yang benar.
10. Ayat 63 mengisahkan perintah ALLAH SWT kepada NABI SAW untuk mengajak Ahli Kitab agar bersatu dengan
kalimah Tauhid yang sama iaitu menyembah ALLAH yang SATU manakala pada Ayat 69-79
diberitahu tentang sifat Ahli Kitab, ada yang positif dan banyak yang negatif.
Mesej utama di dalam kisah ini adalah orang yang diberikan agama (ISLAM),
sepatutnya menjadi orang yang Rabbani (Orang yang paling berakhlaq
dan menjadi pendidik untuk diri, keluarga dan masyarakat).