Galeri
Berkongsi dan bertukar-tukar pandangan dengan para
pensyarah.
Galeri
Membina rakan pembelajaran dan pakar luar melalui
khidmat bakti dan pameran yang dibawa ke dalam
kampus.
Galeri
Membina rakan pembelajaran dan pakar luar melalui
khidmat bakti dan lawatan ke luar kampus.
Galeri
Membina rakan pembelajaran dan pakar luar melalui
kolokium secara bersemuka dan secara dalam talian
dengan pakar dalam negara dan luar negara.
Galeri
Mengaplikasikan dunia digital sebagai salah satu wahan
dalam PdP dan penghubung dengan dunia luar kampus.
Penutup
Kaedah pelaksanaan showcase bagi semester ini telah dibuat
perubahan agar pensyarah dan pelajar memahami apakah
sebenarnya pengertian pembelajaran bermakna. Berbanding
showcase berbentuk pembentangan semata-mata tidak dapat
menggambarkan pencapaian sebenar pensyarah dan pelajar
dalam amalan KPPB.
Hasil perubahan kaedah showcase kali ini telah berjaya
melibatkan lebih ramai pelajar dan pensyarah. Kreativiti
pensyarah dan pelajar juga dapat diserlahkan secara bersemuka.
Selain itu, pensyarah dan pelajar juga dapat memahami
keperluan amalan pembelajaran bermakna untuk menghasilkan
PdP yang berkesan.
Kaedah showcase ini akan ditambahbaik dari semasa ke
semasa untuk memastikan KPPB betul-betul difahami dan
diamalkan oleh semua warga kampus. Sebagai penambahbaikan
akan datang pihak luar juga akan diundang untuk melihat dan
menilai hasil amalan KPPB dan DLO di IPGKBM.
Akhirnya sebagai rumusan pelaksanaan showcase yang
telah dilaksanakan telah mewujudkan suasana yang ceria dan
menampilkan keupayaan sebenar pelajar serta tidak hanya
berada dalam talian semata-mata sekadar membentang dan
mendengar komen penilai. Tetapi kaedah ini telah menjadikan
pembelajaran satu semester lebih bermakna dan berkesan
daripada perkongsian yang dilakukan. Semoga kaedah showcase
begini akan diteruskan pada masa akan datang