KATA KERJA (TRANSITIF DAN TAK TRANSITIF)
Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu
perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu oleh manusia, haiwan atau
benda.
Kata kerja terdiri daripada :
1.Kata kerja transitif
2.Kata kerja tak transitif
KATA KERJA TRANSITIF
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang
terdiri daripada frasa nama sebagai predikat dalam ayat.
Contoh ayat :
Kakak suka menonton drama.
(Kata kerja “menonton mesti disertai dengan objek, iaitu “drama” supaya
maksud ayat ini lengkap)
Emak sedang menjahit baju.
(Kata kerja “menjahit” mesti disertai dengan objek iaitu “ baju” supaya
maksud ayat ini lengkap)
Terdapat beberapa bentuk kata kerja transitif, iaitu:
Bentuk Kata Kerja Contoh Contoh ayat
Transitif
Terlanggar, termakan, Ibu termakan coklat
Kata kerja berawalan
ter- terpijak adik.
Kata kerja berawalan Mencuci, menendang, Adik menendang bola
meN-
Kata kerja berapitan memandu di padang.
meN…-i
Kata kerja berapitan Menaiki,mendekati, Amir menaiki bas ke
meN…._kan sekolah.
Kata kerja berawalan Mengemaskan, Profesor Ali
memper- memasukkan mengemukakan idea
yang bernas.
Kata kerja berapitan
memper-….-i Memperbuat, Buruh-buruh itu
Kata kerja berapitan memperlebar sedang
memper-….-kan memperlebarkan jalan
raya.
Memperbaiki, Dia mempelajari
mempelajari bahasa asing.
Memperkanalkan, Dia cuba
mempertemukan mempertemukan ibu
dan anak yang sudah
lama terpisah itu.
KATA KERJA TAK TRANSITIF
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya
dengan tidak memerlukan objek.
Ayat contoh :
Ayah sedang rehat.
(kata kerja “rehat” jelas menunjukkan perbuatan ayah tidak memerlukan
objek sebagai pelengkapnya)
Terdapat beberapa bentuk kata kerja :
Bentuk kata kerja Contoh Contoh ayat
Tak transitif
Duduk, mandi ,tidur Dia asyik mandi dari
Kata kerja tanpa tadi.
imbuhan Berjalan, bersenam
Adik berjalan menuju
Kata kerja berawalan Menyanyi, menangis ke kantin.
beR-
Tersenyum, Lili menyanyi sambil
Kata kerja berawalan termenung menari.
meN- Bersalaman,
berpelukan Wei Mun termenung
Kata kerja berawalan memikirkan nasib diri.
teR-
Mereka berpelukan
Kata kerja berapitan sebaik saja bertemu.
ber-….-an
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
Kata kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap ialah kata kerja yang boleh
berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.
Contoh ayat :
Mereka berdua asyik berbual.
Kata kerja tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan yang
berfungsi memberi maklumat tambahan
Contoh ayat :
Mereka berdua asyik berbual di dalam bilik.
Kata kerja tak transitif berpelengkap.
Kata kerja tak transitif berpelangkap ialah kata kerja yang mesti diikuti
oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
Perbezaan di antara pelengkap dengan objek atau penyambut ialah
pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan
maksud ayat manakala objek atau penyambut hanya hadir selepas kata
kerja transitif dan boleh dipasifkan.
Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ialah kata adjektif, frasa sendi
nama dan kata nama.
Contoh ayat:
1.Kehidupannya menjadi semakin miskin. ( kata adjektif )
2.Mereka sekeluarga tinggal di Johor.(frasa sendi nama )
3.Pengemis itu tidur berselimutkan surat khabar. (kata nama )