Sumber Rujukan:
https://iluminasi.com/bm/top-10-haiwan-haiwan-
paling-berbahaya-di-dunia.html
HAZA_ADAWIA
Lembu Afrika dikenali sebagai spesis haiwan yang hidup
berkelompok dan berhijrah dari satu tempat ke satu
tempat untuk makan dan minum dengan mencari padang ragut
dan sungai.
Haiwan ini tidak dianggap berbahaya sekiranya tidak
diancam namun akan bertindak sebaliknya apabila nyawanya
atau anaknya dalam bahaya. Hal ini boleh dilihat dengan
pelbagai video yang menunjukkan kehebatan haiwan ini
bertarung dengan singa afrika.
Lembu Afrika ini diberi jolokan nama "Black Death"
disebabkan sifatnya yang garang yang mampu membunuh
ketika diancam dan dibuktikan apabila haiwan ini
membunuh lebih banyak pemburu berbanding dengan haiwan
lain dengan strategi yang hebat.
Lembu ini akan melihat, mengepung dan akan merempuh
mangsanya tanpa rasa takut walaupun mereka sudah cedera.
Lembu Afrika ini juga akan menyerang kenderaan yang
bergerak
Dijumpai di tempat-tempat air laut yang suam dan
beriklim khatulistiwa, haiwan cantik ini
dikenali kerana cengkerang mereka yang seakan-
akan marmar putih dan coklat merupakan
cengkerang haiwan yang bernilai tinggi.
Siput kon ini boleh ditemui di pantai-pantai
yang airnya cetek, terumbu karang dan dibawah
pasir di pantai.
Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan tidak
mengambil atau memegang siput kon ini kerana di
cengkerang mereka terdapat duri tajam yang
mengandungi racun toksik yang kuat iaitu
"conotoxin", yang membuatkan mereka adalah siput
paling berbisa di dunia.
Sekiranya anda terkena racun siput ini,
segeralah ke hospital di bilik kecemasan.
"Conotoxin" ini akan memberhentikan sel saraf
daripada berhubung antara satu sama lain
yang akan menyebabkan lumpuh badan dengan
pantas.
Katak Emas Beracun ini hidup di Amerika
Selatan.Katak ini ditemui tinggal di
pesisiran pantai Colombia dan boleh membesar
sehingga 2 inci.
Racun di badan katak ini iaitu di kulitnya
dinamakan "batrachotoxin" adalah sangat
merbahaya kerana satu katak ini yang
mengandungi lebih kurang 2 microgram toksik
ini boleh membunuh sehingga 10 orang dewasa.
Apa yang memburukkan keadaan adalah
sekiranya seseorang atau haiwan menyentuh
kulitnya sahaja sudah akan terkena dengan
racun ini. Katak Beracun di Amerika Selatan
terkenal digunakan sebagai racun untuk
diletakkan di anak panah untuk memburu.
Dijumpai berenang di Laut Indo-Pacific di utara
Australia, haiwan lutsinar ini adalah haiwan
laut paling berbisa di dunia dan diakui oleh
National Oceanic and Atmospheric Administration.
Obor-obor ini mempunyai 15 sesungut di badannya
yang boleh memanjang sehingga 10 kaki panjang
yang dipenuhi dengan sel suntikan yang lebih
dikenali dengan nama "nematocytes" yang
mempunyai toksik yang sekaligus menyerang sistem
saraf, jantung dan kulit.
Walaupun ada antidot, racun obor-obor ini
sungguh kuat sehinggakan kebanyakan mangsa yang
terkena boleh strok dan lemas atau kegagalan
jantung untuk berfungsi. Walaupun mangsa sempat
ke hospital dan menerima antidot, kesan sakit
boleh lagi dirasai berminggu-minggu selepas
itu ditambah dengan parut akibat sesungut
obor-obor ini.
Ikan buntal memang terkenal di kalangan
masyarakat Malaysia kerana ikan ini terkenal
makan umpan pancing. Ikan ini ditemui
kebanyakannya di laut tropikal seperti Malaysia,
Filipina, China dan amat istimewa di Jepun.
Walaupun dianggap haiwan vertebrata kedua paling
berbisa di dunia selepas Katak Emas Beracun,
neurotoxinnya iaitu dikenali sebagai
"tetrodoxin" terdapat di kulit, otot, hati dan
organ dalaman ikan ini yang perlu dielak.
Hal ini kerana "tetrodoxin" adalah 1200 times
lagi beracun daripada "cyanide" dan boleh
menyebabkan pening-pening, muntah, susah untuk
bernafas, lumpuh otot dan sekiranya tidak
dirawat dengan cepat boleh menyebabkan kematian.
Walaupun Ular Tedung ataupun ular daripada
keluarga kapak amat beracun namun Ular
Black Mamba adalah berbahaya ditambah
dengan kepantasannya bertindak balas.
Terdapat di kawasan savana dan berbukit di
Selatan dan Timur Afrika, spesis ini yang
boleh membesar sehingga 14 kaki panjang
adalah ular paling pantas, boleh bertindak
balas sehingga 12.5 miles perjam ataupun
20.12 km perjam!
Tapi haiwan ini hanya akan menyerang
apabila diganggu dan sekiranya diganggu
ular ini akan mematuk berkali-kali yang
racunnya itu boleh membunuh 10 orang.
Mangsa akan mengalami pendarahan
dalaman yang sekiranya tidak diberi
antidot dalam tempoh 20minit akan
menyebabkan kematian.
Buaya terkenal dengan sifatnya yang
garang, agresif dan senang marah
sekiranya terdapat sesuatu di dalam
kawasannya.
Antara kebanyakan spesis di dunia,
buaya laut masin yang paling besar dan
paling berbahaya di dunia terdapat di
kawasan Indo-Pasific bermula di India,
Asia Tenggara dan sehingga ke Selatan
Australia.
Buaya ini boleh membesar sehingga 23 Buaya laut masin ini boleh menyerang
kaki panjang dan mempunyai berat lebih dengan kekuatan gigitan sehingga
1 tan dan terkenal kerana telah 3700 psi. Manusia hanya mengigit
membunuh ratusan manusia setiap tahun. dengan kekuatan 200 psi.
Bayangkan???
Terkenal sebagai haiwan darat terbesar di dunia.
Haiwan ini banyak ditemui di kawasan taman
negara di Afrika dan juga terdapat di hutan
tropika seperti di Asia Tenggara.
Berdasarkan artikel daripada National Geographic
lebih kurang 500 orang mati setiap tahun akibat
serangan gajah
Badak air terkenal tinggal di sumber-
sumber air seperti sungai, tasik atau
lopak air yang dalam bagi menyejukkan
badannya dan banyak ditemui di
Afrika.
Walaupun badak air adalah haiwan
herbivor, haiwan ini sudah lama
dianggap haiwan paling berbahaya di
Afrika kerana sifatnya yang sangat
agresif terhadap manusia.
Ada juga berita yang mengatakan badak
air telah menenggelamkan bot dan
merosakkan kenderaan manusia kerana
sifatnya itu.
Haiwan ini telah direkodkan
menyebabkan kematian 500 orang
setiap tahun.
Daripada haiwan paling besar sehinggalah
kepada antara haiwan paling kecil di
dunia. Nyamuk terdapat di setiap benua di
dunia kecuali Antartika adalah serangga
yang amat-amat dibenci oleh manusia kerana
penyakit yang dibawanya.
Aedes, Anopheles dan Culex adalah punca
utama kepada penyakit malaria,
chikungunya, encephalitis, elephantiasis,
demam kuning, demam denggi dan paling
terbaru Virus Zika yang secara kolektifnya
telah membunuh 2 hingga 3 juta orang
setiap tahun.
World Health Organization telah mengatakan Nyamuk amat tertarik dengan suhu
separuh populasi manusia terdedah kepada badan dan karbon dioksida yang kita
risiko penyakit bawaan nyamuk ini. hasilkan dan cara mencegah haiwan
ini adalah menggunakan ubat nyamuk.
1. Mengapa badak air dianggap haiwan yang berbahaya? ______________________________.
2. Nyatakan sifat terkenal buaya. ______________________.
3. Berapakah kelajuan tindak balas ular balck mamba?. __________________.
4. Nyatakan penyakit bawaan nyamuk._________________________________________________.
5. Di manakah badak air tinggal? ___________________________________________________.
6. Namakan racun yang terdapat di kulit katak emas beracun._________________________.
7. Berapakah bilangan sesungut yang terdapat pada obor-obor kotak Australia? ________________.
8. Berikan nama jolokkan lembu Afrika. ______________________.
Disediakan oleh:
Puan Hazatuladawia bt Habu Hassan
Guru Bahasa Melayu
SK Datuk Haji Baginda Merlimau 77300 Melaka.
Sumber: https://iluminasi.com/bm/top-10-haiwan-haiwan-paling-berbahaya-di-dunia.html