PENYALAHGUNAAN
TEKNOLOGI
MAKLUMAT (ICT)
DALAM KALANGAN
BELIA
MPU23012 PENGAJIAN ISLAM
PENSYARAH: MOHD NORFAEEZWAN BIN BUJANG
AHLI KUMPULAN :
NURFAIEZA BINTI NURDIN
20DSK21F1002
NUR SABRINA BINTI MOHAMAD SALLEH
20DSK21F1003
2
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN 4-5
PENGENALAN 6-7
PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
FAKTOR 8-9
CONTOH 10-12
KESAN 13-16
KESIMPULAN 17-18
RUJUKAN 19
3
PENGHARGAAN
4
Assalamualaikum kami ucapkan kepada sesiapa yang
membaca e-folio ini. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat
Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya kami
dapat menyiapkan sebahagian daripada tugasan MPU23012
Pengajian Islam di Politeknik Mukah, Sarawak.
Setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan
kepada pensyarah bagi kursus MPU23012 Pengajian Islam
iaitu Sir Mohd Norfaeezwan yang telah memberikan
bimbingan dan pengajaran sehingga tugasan ini disiapkan.
Penghargaan dan terima kasih juga kami ucapkan kepada
rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan sokongan
dan dorongan dalam menyiapkan tugasan e-folio ini.
5
PENGENALAN
6
Teknologi maklumat merupakan sesuatu kemudahan yang
dicipta untuk membantu manusia menjalankan kerja-kerja
seharian. Tetapi pada masa kini, kemudahan yang disediakan
ini semakin tidak dihargai. Manusia penyalahgunakan
kemudahan yang sepatutnya dihargai ini. Antara
penyalahgunaan yang sering berlaku ialah, penyebaran virus,
plagiat, pornografi, pengertak, pencerobohan,ganguan mental
dan seksual, ancaman,fitnah dan pemalsuan maklumat, mail
bombing atau pengeboman emel, pemlsuan kepala emel, sebar
emel sampah dan banyak lagi.
Golongan belia kebanyakannya terlibat dalam pelbagai
masalah di dalam negara. Kes jenayah siber dan masalah
sosial semakin bertambah dari semasa ke semasa. Masalah
moral dalam kalangan masyarakat seperti penyebaran fitnah,
perlakuan seks secara bebas, pornografi berleluasa dan
sebagainya semakin meningkat. Masalah keruntuhan akhlak
ini disebabkan oleh faktor penggunaan teknologi dan internet.
7
FAKTOR
PENYALAHGUAAN
TEKNOLOGI
MAKLUMAT
8
FAKTOR KECANGGIHAN TEKNOLOGI 9
Kecanggihan teknologi telah memberi perubahan yang lebih baik dalam
kehidupan. Kecanggihan teknologi merupakan salah satu faktor
penyalahgunaan ICT di kalangan belia. Golongan belia lebih gemar
menghabiskan masa mereka dengan melayari laman sosial seperti, twitter,
facebook dan bermain permainan dalam talian. Mereka lebih gemar
berinteraksi dengan media berbanding bergaul dengan keluarga. Hal ini
menyebabkan hubungan kekeluargaan semakin renggang.
faktor persekitaran
Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah diri, dan
memberi pendidikan kepada anak-anak. Seterusnya, ibu bapa juga bertanggungjawab
memastikan asas-asas nilai murni dalan kalangan anak-anak. Seperti yang kita tahu,
ibu bapa sibuk dengan kerja dan tidak mempunyai masa bersama anak- anak di
rumah. Hal ini menyebabkan anak-anak berasa bosan dan terpinggir semasa berada di
rumah. Mereka akan lebih suka untuk bersama dengan rakan-rakan mereka pada
masa lapang yang menyebabkan mudah untuk melakukan perkara negatif kerana
kurangnya pengawasan dari ibu bapa.
FAKTOR individu
Seseorang yang mempunyai pengalaman dalam penggunaan ICT memberi
peluang kepada individu tersebut melakukakn sesuatu yang baru. Perasaan
ingin mencuba sesuatu yang baru menyebabkan mereka terjebak dalam
penyalahgunaan kerana mereka tidak mematuhi etika penggunaan
teknologi yang betul. Hal ini kerana, golongan belia tidak suka dikongkong
dalam setiap perkara yang mereka lakukan kerana inginkan kebebasan
dalam membuat sesuatu.
faktor pengetahuan
Seseorang individu yang mempunyai pengetahuan yang lebih
tinggi dalam penggunaan internet akan menyumbang kepada
masalah jenayah siber. Hal ini kerana, penceroboh menggunakan
internet untuk menceroboh sistem. Sebagai contoh, mereka
menceroboh laman web sesebuah organisasi dan mencuri
maklumat-maklumat yang penting untuk dijual.
CONTOH
PENYALAHGUAAN
TEKNOLOGI
MAKLUMAT
10
virus hak cipta
Penyebaran virus antara salah satunya
penyalahgunaan teknologi maklumat yang berlaku
di kalangan belia. Menyebarkan virus mampu
merosakkan sistem, data, perisian dengan sengaja
dan lebih teruk lagi apabila ia melumpuhkan
rangkaian komputer. Antara contoh medium
penyebaran virus adalah melalui disket, pen drive
atau media storage yang lain, jaringan WLAN dan
sebagainnya, melalui internet, software yang
freeware dan shareware.
pornografi Penyalahgunaan dari segi hak cipta ialah memuat
turun sebarang perisian atau dokumen tanpa
kebenaran. Ramai dalam golongan belia tidak
mengetahui bahawa memuat turun perisian atau
dokumen tanpa izin ialah salah di sisi undang-
undang hak cipta. Sebagai contoh, pelajar
menggunakan internet untuk menyiapkan tugasan
mereka dengan cara mengambil hasil kerja orang
lain.
Pornografi ialah sebuah laman web lucah atau tidak
sopan. Kebanyakan masalah pada hari ini ialah
golongan belia lebih cenderung melihat video
berunsurkan pornografi. Terdapat juga golongan
yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan
video lucah di internet.
11
ancaman dan fitnah
Ancaman dan fitnah sering berlaku dalam
dunia teknologi maklumat pada masa
kini. Antara contoh yang dapat dilihat
adalah fitnah yang sering menjalar di
kalangan belia yang membawa kepada
perceraian, pergaduhan dan sebagainya
sehingga boleh membahayakan nyawa
pemalsuan maklumat
Pemalsuan maklumat ialah memberikan
maklumat yang tidak sahih kepada
sebarang borang, kontrak atau
permohonan secara atas talian. Hal ini
berlaku kerana, mereka ingin
mendapatkan jalan mudah untuk
mendapatkan sesuatu yang diinginkan
12
KESAN
PENYALAHGUAAN
TEKNOLOGI
MAKLUMAT
13
membentuk kolonialisme baru dunia
Kolonial baru dan tatacara baru dunia merupakan rancangan kuasa
Barat untuk menakluki semula kebebasan yang telah dicapai oleh
negara-negara membangun. Ini kerana negara membangun yang
masih lemah dari segi teknologi maklumat tidak dapat menyekat
perkembangan teknologi maklumat yang mengancam kemerdekaan
yang dicapai. Bukan itu sahaja, wujudnya penjajahan bentuk baru,
khususnya melalui internet terhadap negara membangun merupakan
agenda politik yang mengancam kemerdekaan negara membangun.
penyebaran bahan-bahan negatif
Keupayaan jaringan bebas menyelusup kemana-mana sahaja
tanpa sebarang batas dan sempadan menyebabkan senang
untuk bahan-bahan negatif seperti gambar pornografi tersebar
luas. Bukan itu sahaja, ada juga segelintir menyebarkan
fahaman-fahaman tertentu seperti penghinaan terhadap
agama, unsur-unsur yang bercanggah dengan kesopanan
budaya kita dan banyak lagi perkara yang negatif.
14
pengaruh negatif dalam kalangan belia
Contohnya, pelayaran laman web yang berunsur pornografi yang
semakin serius di kalangan belia. Ini berlaku kerana mudahnya
untuk mencari gambar-gambar pornografi tanpa diketahui orang
lain yang mana akhirnya telah menyebabkan mereka ketagihan
dalam pencarian gambar pornografi yang boleh menyebabkan
berlakunya gejala- gejala social seperti pergaulan bebas, bohsia,
pembuangan bayi, rogol dan kes- kes jenayah yang lain.
ancaman terhadap penggunaan teknologi
maklumat
Antara ancaman yang dihadapi oleh pengguna teknologi
maklumat ialah fenomena penggodam komputer. Kebiasaannya,
mereka yang suka menceroboh sistem rangkaian komputer,
mencuri maklumat atau data penting dan menghantar kod jahat
atau virus bagi menggangu sistem rangkaian komputer lain
seterusnya menyebabkan kerosakan teruk.
15
penapisan maklumat siber yang sukar
Penapisan terhadap teknologi maklumat, terutama internet
bukanlah suatu yang mudah memandangkan pertumbuhan
bilangan pengguna yang menyertai industri ini setiap hari.
Bukan itu sahaja, internet juga tidak mempunyai badan-
badan penapis yang rasmi. Dalam hal ini, penapis utama
ialah pengguna itu sendiri.
16
KESIMPULAN
17
Kesimpulannya, teknologi boleh membawa kesan positif atau
kesan negatif terhadap kalangan belia. Kewujudan kedua-dua
kesan tersebut adalah bergantung kepada tujuan dan cara
bagaimana pengguna mengaplikasikan teknologi sama ada
dengan cara yang betul atau salah dan sesuai atau tidak sesuai.
Internet sendiri tidak boleh membezakan mana yang benar
atau salah. Dengan ini, belia perlu betul-betul menpunyai akal
dan berfikiran waras untuk menilai apa yang boleh lakukan
dan apa yang tidak boleh lakukan melalui teknologi.
18
rujukan
https://nilaimasyarakatmalaysia.files.wordpress.com/2016/03/efolio-
penyalahgunaan-teknologi-maklumat-dan-komunikasi-dan-
hubungkait-dengan-prinsip-moral.pdf
http://bravogroup214.blogspot.com/2012/10/penggunaan-teknologi-
dalam-kalangan.html
https://anyflip.com/tqmhi/nhcn/basic
https://fliphtml5.com/jfuzs/gzcr/basic
https://sainsteknoict.blogspot.com/2020/03/kesan-positif-negatif-ict-
dalam-dakwah.html
19