WATAK UTAMA
LILI
5. WATAK DAN PERWATAKAN
(i) Lili
Gadis berusia 17 tahun. Kehidupannya banyak dihabiskan di kota, menyebabkan dia
lebih selesa tinggal di rumah sahaja. Dia seorang yang pemalu dan sentiasa menjaga
pergaulannya dengan orang yang tidak dikenali. Selain itu, dia seorang yang sangat
patuh kepada ibu bapanya, buktinya sanggup menunaikan permintaan ibunya agar
pulang ke kampung sedangkan dia mahu menghabiskan cuti bersama-sama teman
sekelasnya. Dia seorang yang menghormati ibunya, buktinya meminta restu terlebih
dahulu sebelum pulang ke kampung. Dia amat menitikberatkan aspek penjagaan
kesihatan, buktinya dalam perjalanan ke kampung, masanya dihabiskan dengan
membaca buku mengenai panduan pemakanan sihat melalui sayur-sayuran dan
buah-buahan.
Kadang-kadang dia seorang yang pelupa, buktinya dia tertinggal buku
di dalam bas, mujur seorang pemuda memulangkannya. Dia seorang
yang taat kepada perintah agama, buktinya dia bersolat secara
berjemaah bersama-sama datuk dan neneknya. Dia juga seorang
yang ringan tulang, buktinya apabila tetamu datang di rumah datuk,
dia akan menyediakan minuman untuk tetamu tersebut. Segala
permasalahan yang dihadapinya tidak suka diluahkan, sebaliknya lebih
suka memendamkan perasaannya sahaja. Dia seorang yang suka
menulis diari, buktinya segala maklumat yang disampaikan oleh nenek
akan ditulis di diari. Dia seorang gadis yang pintar dalam pelajaran dan
mahir dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Cina, Thailand, Jepun
dan Latin. Dia alah kepada kucing.
Seorang yang mentaati ibu
bapanya.
Contohnya, Lili menunaikan permintaan ibunya
untuk pulang ke kampung walaupun sebenarnya
dia mahu menghabiskan cuti Bersama-sama
teman sekelasnya.
Seorang yang peramah.
Contohnya, Lili mudah mendapat kawan
baharu sebaik sahaja pulang ke kampung ,
iaitu Geetha dan Danel.
Seorang yang amat
menitikberatkan aspek penjagaan
kesihatan
Contohnya, Lili menghabiskan masa di
dalam bas dengan membaca buku
mengenai panduan pemakanan sihat
melalui sayur-sayuran dan buah-buahan.
Seorang yang taat akan perintah
agama
Contohnya, Lila bersolat secara
berjemaah besama-sama datuk
dan neneknya.
Seorang yang ringan tulang
Contohnya, apabila tetamu datang di
rumah, Lili akan menyediakan
minuman untuk tetamu mereka.
Contoh soalan berkaitan watak utama
1. Huraikan watak dan perwatakan watak utama yang terdapat
dalam novel yang anda kaji.
2. Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan
keistimewaan watak utama.
3. Pada pendapat anda, mengapakah watak utama sering
mendapat perhatian dan disukai oleh pembaca.
4. Jelaskan cabaran yang sering dihadapi oleh watak utama
dan bagaimana dia menyelesaikan masalah tersebut?