FRASA SENDI NAMA
Nama:Cha Feng Hong
Kelas:6 Atas Fatan
PENGENALAN FRASA SENDI NAMA
Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi
nama dan diikuti oleh kata nama atau frasa
nama sebagai pelengkap.
Frasa sendi nama tidak mempunyai
inti,keterangan,atau penerang.
Frasa sendi nama boleh digugurkan dan ayat
masih mempunyai makna yang lengkap.
BINAAN FRASA SENDI NAMA
Kata sendi
nama+Frasa nama
Binaan Frasa Sendi Kata sendi
Nama nama+Kata
arah+Frasa nama
Kata sendi
nama+Frasa
nama+Keterangan
Kata sendi nama+Kata
arah+Frasa
nama+Keterangan
BINAAN KATA SENDI NAMA +
FRASA NAMA
Contoh: di pusat latihan belia.
kerana adik angkatnya.
i. dengan ibu saya dari ibu pejabat.
ii. pada pagi itu di sudut kiri.
iii. dengan keretanya
iv. kepada para pelajar
KATA SENDI NAMA + KATA ARAH +
FRASA NAMA
Contoh: di dalam laci meja.
di atas bumbung.
i. di hadapan kilang dari pinggir bandar.
ii. ke utara negeri itu ke samping saya.
iii. ke tepi jalan
iv. di penjuru katil
KATA SENDI NAMA + FRASA NAMA +
KETERANGAN
Frasa sendi nama boleh diikuti oleh keterangan,misalyna
keterangan waktu,keterangan tempat,keterangan
pernyataan dan keterangan hal.
Contoh:
i. Saya ke aAmerika Syaripak pada bulan
lalu.(keterangan waktu)
ii. Gadis itu dari kampung dengan ayahnya.(keterangan
penyertaan)
iii. Merekaberbincang tentang masalah pendidikan anak-
anak desa. (keterangan hal)
KATA SENDI NAMA + KATA ARAH + FRASA
NAMA + KETERANGAN
Frasa nama boleh menerima kata arah sebelum frasa
nama.
Contoh:
i. Budak itu berlari ke tepi jalan dengan cepatnya.
ii. Ada corak menarik di tengah kain batik sutera buatan
Jepun itu.
iii. Mereka menetap di utara bandar itu sejak dua tahun
lalu.
iv. Lori itu terbabas ke kiri jalan dengan tiba-tiba.
v. Lukanya itu di hujung jari kaki di bahagian bawah.
POSISI FRASA SENDI NAMA DALAM
AYAT
Posisi FSN
dalam ayat
Sebagai Sebagai Sebagai Sebagai
predikat keterangan penerang pelengkap
FRASA SENDI NAMA SEBAGAI
PREDIKAT
Frasa sendi nama menduduki konstituen predikat
dalam ayat.
Contoh:
i. Pengurus itu di dalam bilik pengarah.
ii. Burung itu di dahan pokok rendang.
iii. Buku saya pada adik dia.
iv. Mereka sekarang di seberang laut.
v. Nasi masih dalam periuk.
FRASA SENDI NAMA SEBAGAI
KETERANGAN FARSA KERJA
Frasa Sendi Nama sebagai keterangan berfungsi
menerangkan kata kerja.
Contoh:
i. Adik dan ibu membeli buah itu di pasar malam.
ii. Dia dan adiknya bertolak pada petang semalam.
iii. Kami bersoal jawab tentang permasalahan negara.
iv. Ayah memotong dahan pokok dengan parang pajang.
v. Kamalia sanggup berkorban untuk masa depan
keluarganya.
FRASA SENDI NAMA SEBAGAI
KETERANGAN FRASA ADJEKTIF
Frasa Sendi Nama sebagai keterangan berfungsi
menerangkan kata adjektif.
Contoh:
i. Dia sopan santun seperti ibunya.
ii. Kita mesti berani demi perjuangan suci ini.
iii. Dia begitu lemah selepas waktu zohor tadi.
iv. Kamu harus rajin dari sekarang lagi.
v. Cuaca pagi itu amat cerah macam waktu tengah hari.
FRASA SENDI NAMA SEBAGAI
PENERANG
Frasa sendi nama boleh juga menjadi penerang
bagi kata nama atau frasa nama.
Contoh:
i. Buku-buku di kedai itu mahal harganya.
ii. Pekedai itu menjual sayur-sayuran dari Kundasang.
iii. Lagu itu lagu terbaharu Datuk Jamal Abdillah.
iv. Harga rumah teres di pinggir bandar masih rendah.
v. Gambar keluarga pada dinding rumah itu masih elok.
vi. Hadiah istimewa dari tunangnya itu mahal harganya.
FRASA SENDI NAMA SEBAGAI
PELENGKAP
Frasa sendi nama juga boleh menjadi pelengkap bagi
frasa kerja tak transitif berpelengkap.
Contoh:
i. Pengatin lelaki akan menetap di rumah pengantin
perempuan.
ii. Keluarga saya bermastautin di Kampung Melayu.
iii. Mereka berdua menginap di rumah kami.
iv. Cereta itu berkesudahan dengan episod sedih.
v. Kesetiaan mereka berpaut pada janji,
SOALAN
Binaan FSN X:Kata sendi nama
+ Frasa Nama +
Keterangan
Y:Kata Sendi
Nama+Kata arah
+Frasa Nama
1a.) Berikan satu contoh untuk setiap X dan Y.
1b.)Buat satu ayat untuk setiap contoh yang anda berikan
untuk jawapan (a) itu.
SOALAN
2.) Nyatakan binaan bagi frasa nama di bawah ini.
I untuk adik bongsunya
II di dalam bilik mandi
III ke tengah jalan dengan tiba-tiba
I: ……………………………………
II: …………………………………..
III: ………………………………….
SOALAN
3.) Yang berikut benar tentang frasa sendi nama,kecuali
A merupakan frasa eksonsentrik
B boleh menduduki konstituen predikat.
C menduduki frasa bukan utama dalam ayat
D boleh menduduki konstituen subjek dalam ayat
SOALAN
4.)Yang manakah ayat yang predikatnya bukan frasa sendi
nama?
A Roti bakar itu untuk pelanggan tetapnya.
B Lembu periharaannya itu di padang bola.
C Burung merbuk kesayangan Pak Man di damal sangkar.
D Gelandangan itu diberikan makanan percuma setiap
malam.
SOALAN
5.)
Kata sendi nama + Kata arah + Frasa nama
Ayat manakah yang mengandungi frasa sendi nama
yang unsur binaannya seperti di atas ?
A Di bilik mandi,kucing itu saya mandikan.
B Pak Cik Karim menghantar isterinya ke pasar besar.
C Kereta ayat saya diparkir di belakang sekolah rendah
itu.
D Penyambut tetamu itu bercakap melalui telefon hampir
15 minit.
JAWAPAN
1.) a.) X- pada zaman dahulu Y- di tengah sungai itu
b.) Ayat X -Pada zaman dahulu,manusia menggunakan
sungai sebagai alat perhubungan.
Ayat Y –Itik itu berenang di tengah sungai.
2.) I Kata sendi nama + frasa nama
Kata sendi nama + kata arah + frasa nama
II Kata sendi nama + kata arah + farsa nama + keterangan
III
JAWAPAN
3.)D – boleh menduduki konstituen subjek dalam ayat
4.)D – Geladangan itu diberikan makanan percuma setiap
malam.
5.)C – Kereta ayah saya diparkir di belakang sekolah
rendah itu.
Taniah & Combat For Excellent and “ A ”