The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by husaini.ibrahim, 2022-10-25 01:25:13

Pendidikan awal kanak-kanak

Projek tahun akhir

Keywords: pendidikan

LAMAN WEB
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK :

MENGENALI HAIWAN

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Kanak-kanak ditakrifkan sebagai seorang budak kecil yang berumur antara linkungan 3
hingga 12 tahun (Morrison, 2011). Morrison juga mentakrifkan bahawa program pendidikan
awal kanak-kanak sebagai sebuah program yang menyediakan perkhidmatan kepada kanak-
kanak dari usia sejak lahir hingga ke usia lapan tahun sama ada secara separuh atau sepenuh
masa di rumah, institusi, tadika atau sekolah rendah sebelum dimasukkan ke Tahun Satu
persekolahan. Ibu bapa merupakan guru pertama yang mengajar anak-anak tentang perkara-
perkara asas secara tidak formal (Murihah Abdullah, 2016). Sebagai contoh, mengenali huruf,
nombor, anggota badan, jenis tumbuhan-tumbuhan dan haiwan. Pembelajaran secara tidak
langsung ini banyak membantu perkembangan pengetahuan kanak-kanak melalui perbualan
seharian bersama keluarga ataupun kawan-kawan.

Terdapat dua peringkat pendidikan awal kanak-kanak berdasarkan tahap umur mereka.
Peringkat pertama adalah pendidikan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun manakala peringkat
kedua meliputi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Menurut undang-undang Malaysia,
pendidikan formal kanak-kanak berumur 4 tahun tertakluk kepada Akta Taman Asuhan
1984(308) manakala pendidikan formal kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tertakluk kepada
Akta Pendidikan 1996(550).

Sesetengah institusi pendidikan awal kanak-kanak mempunyai kurikulum mereka
sendiri. Mengikut Norhashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003), kurikulum adalah
rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disusun untuk mencapai sesuatu matlamat
pendidikan. Menurut Feldman (1991) pula, kurikulum merupakan asas untuk mengajar dan
memberi maksud ke arah pendidikan. Manakala Catron dan Allen (1999) menjelaskan bahawa
kurikulum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kurikulum nyata dan kurikulum tersembunyi.
Kurikulum nyata adalah pengajaran dan pembelajaran secara langsung berkenaan pelbagai
aspek perkembangan kanak-kanak seperti jasmani, emosi, rohani, intelek, merancang aktiviti
dan membuat penilaian. Kurikulum tersembunyi pula ialah perkara yang dipelajari oleh kanak-
kanak secara tidak langsung seperti tingkah laku kanak-kanak dan tindakan guru serta
pengaruh persekitaran (Nor Fauzian, 2015). Walau bagaimanapun, menurut Mohamad Jackie
et.al. (2016), menyatakan kurikulum yang digubal oleh kerajaan adalah sama tetapi isi
kandungannya adalah berbeza berdasarkan tahap keupayaan, gaya pembelajaran dan minat
kanak-kanak yang berlainan. Manakala semasa proses P&P, aktiviti pengajaran guru

seharusnya berdasarkan kepelbagaian kanak-kanak dalam aspek keupayaan, gaya
pembelajaran dan minat. Proses penilaian pula hendaklah yang berbeza-beza berdasarkan
tahap keupayaan, gaya pembelajaran dan minat kanak-kanak yang berlainan dan tahap
sokongan yang berbeza-beza.

Kaedah pembelajaran untuk pendidikan awal kanak-kanak kini telah dipermudahkan
dengan teknologi masakini. Penggunaan komputer menjadi semakin popular dan membantu
proses pendidikan berjalan. Teknologi dan penggunaan multimedia yang mempunyai unsur-
unsur grafik visual, perkataan, animasi video ataupun audio banyak membantu pembelajaran
kanak-kanak kerana lebih menarik dan sesuai untuk peringkat usia kanak-kanak yang masih
kecil.

1.2 Latar Belakang

Pembelajaran pada peringkat awal kanak-kanak merupakan sesuatu yang menyeronokkan.
Kanak-kanak memerlukan sesuatu untuk menarik minat mereka untuk belajar. Mereka sukar
untuk memahami kandungan pembelajaran kerana tidak dapat menggambarkan situasi atau
mengenali huruf mahupun haiwan. Ada kemungkinan kanak-kanak berasa bosan dan minda
mereka tidak boleh menerima sesuatu perkara terlalu banyak dalam satu masa. Bahan bacaan
yang sedia ada kurang menarik minat kanak-kanak dan mereka berasa tidak seronok semasa
pembelajaran sedang berlangsung.

Justeru kanak-kanak akan berasa sukar untuk memahami kandungan pembelajaran yang
diajar dan tidak lagi berminat untuk meneruskan pembelajaran. Pencapaian akademik dan
pengetahuan mereka akan menjadi berkurangan kerana mereka tidak mendapat dorongan
untuk meneruskan pembelajaran.

Menurut Nurulhuda, beliau berpendapat bahawa kanak-kanak tidak mahu belajar kerana
sukar untuk memahami isi kandungan sesuatu pembelajaran tersebut. Kanak-kanak mula
hilang fokus dan tidak memberi tumpuan untuk belajar. Apabila mereka mula hilang minat
untuk belajar, seseorang kanak-kanak akan mencari sesuatu yang lebih menarik, contohnya
bermain permainan video, menonton televisyen atau bermain sesuatu yang boleh
menghiburkan dirinya. Selain itu, kanak-kanak memerlukan bahan bacaan yang dapat
merangsang emosi dan perasaan mereka agar pertumbuhan dan perkembangan emosi mereka
seiring dan seimbang dengan perkembangan jasmani, rohani, intelektual dan sosialnya.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kanak-kanak tersebut kurang berminat
terhadap pembelajaran. Antaranya ialah diri kanak-kanak itu sendiri. Sebahagian kanak-kanak
yang mempunyai minat dan kecenderungan terhadap sesuatu pengetahuan yang baru boleh
membina diri mereka dengan ilmu-ilmu yang banyak pada. Namun terdapat juga kanak-kanak
yang kurang mempunyai kecenderungan terhadap sesuatu ilmu atau pengetahuan yang
mungkin lebih gemar bermain berbanding belajar. Kanak-kanak masih dalam peringkat awal
pembelajaran dan tidak dapat menerima kandungan pembelajaran yang agak berat untuk
mereka. Apabila mereka menerima terlalu banyak maklumat dalam satu masa, mereka akan
menjadi agak sukar untuk menerima atau memahami sesuatu maklumat itu.

Faktor kedua ialah ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak.
Pendidikan awal kanak-kanak bermula dari rumah dengan didikan ibu bapa. Namun begitu
seringkali peranan ini gagal dilaksanakan yang disebabkan oleh masa serta tanggungjawab
untuk bekerja. Tanggungjawab ini menyebabkan pasangan ibu bapa menjadi terlalu sibuk
sehingga mengabaikan pembelajaran anak-anak dan mereka akan menghabiskan masa
dengan perkara yang tidak berfaedah. Ibu bapa juga menganggap bahawa kaedah
pembelajaran itu hanya untuk di sekolah dan tugas itu merupakan tugas guru di sekolah.
Perkara ini akan melemahkan daya ingatan dan kecerdasan pemikiran kanak-kanak tersebut
kerana mereka tidak mengetahui perkara asas dan ketinggalan.

Faktor terakhir ialah alat bantuan pembelajaran yang boleh membantu pembelajaran
kanak-kanak pada peringkat awal. Alat bantu yang sedia ada hanya akan menunjukkan
perkara yang sama sahaja. Ia tidak dapat merangsang pemikiran kanak-kanak apabila tidak
ada tindak balas. Antara contoh alat tersebut ialah buku, poster dan pelekat yang dilekatkan
pada dinding-dinding rumah. Isi kandungan pembelajaran tersebut tidak akan berkembang dan
mereka juga akan cepat bosan malah, mereka akan beralih untuk mencari perkara atau
permainan yang dapat menarik perhatian mereka. Oleh itu, alat bantuan pembelajaran juga
amat penting untuk pendidikan awal kanak-kanak apatah lagi dengan teknologi komputer yang
mampu menarik minat kanak-kanak melalui persembahan multimedia serta ciri-ciri interaktif
(Helm, 2016).

Sehubungan dengan itu, daripada faktor-faktor tersebut, kami memilih faktor alat bantuan
pembelajaran berbantukan komputer dalam kajian projek ini terhadap pendidikan awal kanak-
kanak. Sebuah program pembelajaran berasaskan komputer akan dibangunkan dengan
mengambil sebahagian daripada peringkat pembelajaran awal kanak-kanak. Projek ini memilih

tajuk mengenali haiwan untuk peringkat awal kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai
dan meningkatkan tahap akademik kanak-kanak.

1.3 Penyataan Masalah

Sebahagian daripada kanak-kanak mungkin kurang berminat dengan pembelajaran yang
hanya menggunakan buku dan papan putih. Bahan bacaan yang sedia ada kurang mempunyai
persembahan yang sesuai untuk kanak-kanak seperti gambar-gambar yang menarik dan
paparan yang berwarna-warni.

Kanak-kanak akan kurang memahami kandungan yang dipelajari disebabkan oleh bahan
bacaan yang tidak menarik dan membosankan. Hal ini akan membuatkan kanak-kanak tidak
lagi berminat untuk meneruskan pembelajaran. Menurut kajian Omar (2014), menyatakan
bahawa terdapat dikalangan guru-guru yang masih kurang berminat dengan penggunaan BBM
dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Kanak-kanak mungkin akan menghadapi kesukaran untuk menggambarkan sesuatu
situasi. Contohnya, ibu bapa atau guru ingin menggambarkan bunyi haiwan, tetapi
penyampaian tersebut tidak dapat digambarkan oleh kanak-kanak secara realiti. Pengendalian
BBM bergantung kepada kepakaran atau kemahiran guru dalam menggunakan bahan tersebut.
Tahap kesediaan guru dalam melaksanakan sesuatu alat bantu mengajar dengan
menggunakan laman web akan terjejas jika guru kekurangan kemahiran dan pengetahuan yang
mencukupi. Menurut Mat Som (2005), keupayaan dan kemampuan guru dalam melaksanakan
laman web dan menangani cabaran-cabaran tugas yang berkaitan dengannya memerlukan
pengetahuan dan kemahiran guru untuk membuat justifikasi. Menurut Daud et.al. (2006) yang
menyatakan bahawa amalan penggunaan laman web kurang kepelbagaian kaedah dalam P&P
mereka. Para guru masih juga mengamalkan kaedah pengajaran secara tradisional.

Pencapaian akademik dan pengetahuan mereka akan menjadi berkurangan kerana mereka
tidak mendapat dorongan untuk meneruskan pembelajaran. Hal ini terjadi apabila ibu bapa
sibuk dengan kerja masing-masing dan pembelajaran anak-anak terabai. Apabila ibu bapa
tidak mengambil peduli tentang aktiviti anak-anak, mereka terdedah melakukan aktiviti yang
tidak berfaedah seperti bermain permainan video.

1.4 Persoalan Kajian

1. Apakah masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak pada pembelajaran awal kanak-
kanak?

2. Bagaimanakah ciri-ciri alat bantuan pembelajaran berkomputer yang sesuai untuk
peringkat awal kanak-kanak?

3. Apakah kaedah bagi membantu pembelajaran awal kanak-kanak?

1.5 Objektif Kajian
1. Mengenalpasti masalah pembelajaran awal kanak-kanak.
2. Membandingkan ciri-ciri alat bantuan pembelajaran berkomputer untuk peringkat awal
kanak-kanak.
3. Membangunkan perisian berbantukan komputer untuk pendidikan awal kanak-kanak

1.6 Kepentingan kajian
Kepentingan kajian ini adalah untuk menarik minat kanak-kanak terhadap pembelajaran

dalam mengenali haiwan. Hal ini kerana, terdapat pelbagai bentuk persembahan yang dapat
dipaparkan seperti gambar-gambar haiwan yang menarik, bunyi-bunyi haiwan, paparan yang
berwarna-warni dan juga video. Cara persembahan ini akan membuatkan kanak-kanak berasa
gembira dan tidak bosan untuk meneruskan pembelajaran.

Kepentingan yang kedua adalah untuk membantu kanak-kanak dalam memahami sesuatu
perkara seperti mengenali haiwan. Mereka dapat membezakan jenis, nama, bunyi dan habitat
bagi haiwan-haiwan tertentu. Jadi, mereka akan mengetahui pelbagai jenis haiwan yang wujud
di dunia ini serta dapat membezakan ciri-ciri mengenai haiwan tersebut.

Seterusnya, alat bantuan pembelajaran ini dapat memudahkan ibu bapa atau guru untuk
mengajar kanak-kanak. Contohnya ibu bapa dapat menggunakan alat ini terhadap anak-anak
apabila mereka sibuk melakukan kerja rumah mahupun kerja pejabat di rumah. Jadi, anak-
anak tidak akan dibiarkan membuang masa mereka dengan perkara yang tidak berfaedah
seperti bermain permainan video dan menonton televisyen.

1.7 Skop Kajian
Kajian ini adalah mengenai pembelajaran awal kanak-kanak. Kumpulan sasar bagi

pengguna adalah untuk prasekolah yang berumur antara 5 hingga 7 tahun. .

Alat bantuan pembelajaran yang digunakan adalah berasaskan komputer. Terdapat
pelbagai persembahan yang menarik seperti gambar, audio dan video.

Topik yang dipilih untuk pembelajaran alat bantu mengajar prasekolah ini adalah mengenai
haiwan dan habitatnya. Kajian ini dapat membantu kanak-kanak mengenali haiwan.

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Bab ini mengetengahkan tentang beberapa kajian terdahulu yang mempunyai kaitan
dengan objektif kajian ini. Dalam kajian ini, pihak pengkaji telah memilih tiga kemahiran yang
paling utama iaitu kemahiran mempelbagaikan strategi pengajaran, kemahiran membuat
penilaian pembelajaran dan kemahiran menggunakan teknologi maklumat (ICT). Di samping
itu, pendekatan menggunakan beberapa alatan mudah yang disarankan oleh pengkaji terdahulu
turut digunakan dalam kajian ini. Pelbagai isu akan diutarakan dalam kajian lepas yang
berkaitan dengan persepsi, kesedaran dan kepuasan orang ramai terhadap sesuatu program di
samping mengenalpasti sifat-sifat sesuatu perkhidmatan atau program dan peranan
perancangan dalam menentukan kejayaan sesuatu program. Teori-teori yang digunapakai
dapat dijadikan panduan bagi mengaitkan sejauh mana dapatan kajian menyokong teori-teori
sedia ada. Dalam bab ini juga membincangkan faktor-faktor yang penting dalam pembacaan
literatur yang merangkumi faktor amalan kesediaan guru terhadap penggunaan laman web dari
aspek kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran dan insentif. Manakala aspek kemahiran
mempelbagaikan strategi pengajaran, kemahiran penilaian pembelajaran dan kemahiran
penggunaan teknologi maklumat (ICT) merupakan faktor-faktor di bahagian kemahiran.

2.2 Alat Bantuan Pembelajaran Berkomputer

Dalam kajian Jasmi et al. (2011) menyatakan BBM berfungsi sebagai pemudah cara
untuk guru bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar.
Dalam kajian mereka juga menyatakan sebanyak 25 peratus sahaja penglibatan guru di dalam
bilik darjah. Justeru itu, pelbagai bentuk BBM yang boleh meningkatkan kefahaman serta
pencapaian pelajar. Menurut Ahmad Zanzali & Daud (2010) menyatakan bahawa penggunaan
buku teks, papan hitam dan kapur tulis sahaja tidak mencukupi sebagai kaedah pengajaran
guru dalam proses pembelajaran, bahkan guru perlu menggunakan teknologi dalam proses
pembelajaran bagi meningkatkan minat kanak-kanak terhadap sesuatu mata pelajaran yang
dipelajarinya serta kaedah tersebut juga merupakan pembelajaran secara interaktif terhadap
pelajar. Oleh itu, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran sahaja tidak mencukupi dan
menjamin berlakunya proses P&P dengan jayanya dan berkesan terhadap objektif pengajaran
tanpa menggunakan BBM. Oleh yang demikian, BBM memainkan peranan yang penting bukan
sahaja untuk menarik minat pelajar, bahkan untuk pelajar memahami sesuatu konsep dengan
mudah dalam P&P mereka. Setiap guru adalah sebagai fasilitator yang mana mereka harus
ketahui dan memahami bagaimana sesuatu kaedah atau teknik itu dapat membantu dalam
proses P&P serta merancang proses P&P berorientasikan pelajar (Zainal Azir, 2017).
Penggunaan BBM dalam proses P&P adalah untuk menarik minat pelajar terhadap sesuatu
topik yang akan mereka pelajari dengan menimba pengalaman yang menyeronokkan.

Selain itu, Mohamad Jackie et. al. (2016) menyatakan pengajaran berkualiti merangkumi
kepelbagaian kaedah pengajaran dengan menggunakan kaedah yang terkini dan

mengaplikasikan kaedah pengajaran secara hands-on. Para guru perlu menggunakan BBM
yang bersesuaian dengan keperluan pelajar. Tumpuan kepada isi kandungan pengajaran
hendaklah yang terkini mengikut perubahan persekitaran dan memperkembangkan serta
mengubah aspek selain isi kandungan pengajaran seperti perubahan terhadap kepercayaan,
sikap dan nilai mengenai kerjaya keguruan, kanak-kanak dan strategi pengajaran. Beliau juga
menyatakan penilaian merupakan sesuatu pengajaran yang berkualiti yang mana penilaian
terhadap pengajaran dari segi perkembangan jasmani, emosi, rohani intelek dan sosial.


Click to View FlipBook Version