The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-11-15 09:29:28

FINAL BUKU PROGRAM WITH COVER

FINAL BUKU PROGRAM WITH COVER

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

B5 Komathi a/p Elangovan
Sekolah kebangsaan UluTiram, Johor

Penggunaan Postur Yoga Terhadap Murid Disruptif Dalam Meningkatkan
Kecerdasan Emosional
Faktor psikologi, sosial dan nilai diri murid merupakan salah satu punca berlakunya
masalah tingkah laku disruptif dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran.
Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka penggunaan amalan Yoga sebagai
pendekatan untuk mengurangkan tekanan, meningkatkan keyakinan diri dan
mengurangkan tingkah laku negatif murid di kelas tahun empat. Sorotan kajian
mendedahkan bahawa kemahiran pengurusan tingkah laku murid bertambah baik
apabila diberi alat pembelajaran tertentu. Seramai tujuh orang murid tahun empat,
sekolah rendah di bandar mengambil bahagian dengan melaksanakan amalan
Yoga sekali dalam seminggu; sebanyak 8 sesi. Tetapi, data hanya dikumpul bagi
seorang murid sahaja . Murid mengambil bahagian dalam amalan tersebut selama
20 minit yang termasuk teknik pernafasan, Yoga, dan relaksasi.
Pendokumentasian kualitatif dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian terhadap
murid dengan menggunakan borang kekerapan, dan kaedah temu bual dengan
aplikasi protokol temu bual. Pendekatan kuantitatif diukur melalui kawalan tingkah
laku dan kecerdasan emosional murid selepas pelaksanaan amalan Yoga dengan
menggunakan borang soal selidik. Maklumat yang dikutip dan ditriangulasikan,
menunjukkan perubahan yang ketara dalam kekuatan, keseimbangan, dan
ketahanan dalam diri murid yang menjelaskan peningkatan harga diri dan
kestabilan emosinya. Amalan Yoga dilaksanakan bagi meningkatkan tahap
kecerdasan emosional murid di samping mengawal tingkah laku mereka semasa
proses pengajaran dan pemudahcara. Malah, ia juga berupaya menggalakkan
murid untuk membangunkan keyakinan dan cinta akan dirinya.

Kata kunci : tingkah laku disruptif, amalan Yoga, kawalan tingkah laku

B6 Mohammad Amirul Anwar Bin Badrul Hisham1, Amirul Hakimi Bin Azmi2
Dan Mohd Idham Bin Mohd Yusof3
Faculty of Administrative Science and Policy Studies, Universiti Teknologi MARA
(UiTM) Seremban Campus123,

The Application Of Interactive Learning In UiTM Seremban Campus: An
Experience Among The Undergraduates Learners

In this new era, interactive learning is the most preferable learning approach in
universities as it combines a traditional classroom teaching with web-based
learning. Thus, there is an urge in measuring the quality of interactive learning via
students’ satisfaction. This study was conducted to discover the most influential
factor that leads to the effectiveness of interactive learning in UiTM Seremban
Campus by using the Khan’s Theory Framework. A set of questionnaire was
distributed to 354 undergraduate students from the Faculty of Administrative

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 50

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

Science and Policy Studies, Faculty of Computer and Mathematical Science and
Faculty of Sports Science and Recreation. The quantitative research method was
employed in this study while the results were analyzed using the SPSS version 23.
Results of the study have shown that there are 5 elements to ensure effectiveness
of interactive learning which are; a) institutional, b) pedagogical, c) technological,
d) evaluation and e) interface design. It is believed that these elements are very
important in ensuring the success of interactive learning in UiTM Seremban
Campus. The major findings for this literature have found that the institutional is
the most influential factor that leads to the effectiveness of interactive learning in
UiTM Seremban Campus. Unfortunately, the study does not provide a strong
correlation between the five elements with the effectiveness of interactive learning.
Thus, it is recommended that researchers conduct further studies with other
instruments to measure the effectiveness of interactive learning.

Keywords: Interactive Learning, Effectiveness,UiTM,

B7 Muhammad Zulfadhli Kamarudin1, Fakhirah Ab Aziz2, Haslinah Abdullah3
Sekolah Kebangsaan Kerubong, Melaka, 1,2; Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan3.

Creating An Active Reading Lesson Using The Whole Brain Teaching
Strategy

Reading is one of the five modules arranged for The Standard-Based English
Language Curriculum of the Malaysian national primary education. As an English
language teacher, it is sometimes difficult for me to obtain the pupils’ attention
when facilitating the reading module and it is also a challenge to ensure that they
are actively involved in the reading activity. This action research is conducted
among 37 Year 3 pupils in a primary school in Melaka. The objective of this action
research is to create an active reading lesson that ensures the pupils’ participation
by using the Whole Brain Teaching (WBT) strategy. Whole Brain Teaching strategy
is a classroom management and instructional system developed by Chris Biffle
(1999) based on neuroscientific principles regarding the brain. Three highlighted
beginner stages of the WBT which are Mirror Words, Teach-Okay and The
Scoreboard are chosen to be used for this research. The data was collected
through three methods which were observation, questionnaire and diary writing.
By applying the Whole Brain Teaching strategy, it improves the reading lesson as
the pupils passionately imitate the teacher during the Mirror Words stage thus
becoming active learners. Furthermore, by using WBT, it enables pupils to practice
collaborative learning as they cooperate with their partners checking each other to
prevent oral mistakes during the Teach-Okay stage. The use of Scoreboard in
WBT also creates a motivating learning environment that provides the pupils with
a sense of enjoyment in the lesson. Hence, this teaching strategy helps to achieve
the underlying pedagogical principles of English language curriculum to create a
meaningful and fun learning in the classroom. For further research, Whole Brain
Teaching strategy will be used in other modules such as listening and speaking

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 51

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

skills to ensure that it can benefit pupils throughout the English language class in
their primary schooling years.

Keywords: Whole Brain Teaching, active reading lesson, active learner,
collaborative learning, fun learning

B8 Norhayati Senek1, Abdul Razak Ismail2, Aini Haziah Fakarullah3
Pejabat Pendidikan Daearah Seremban1,3, Kolej Vokasional Port Dickson2

Penggunaan Trainop – Kad Dalam Mengatasi Masalah Mengecam Dan
Menyebut Huruf, Membunyikan Suku Kata, Membaca Dan Memahami
Perkataan, Dan Membina Perkataan Suku Kata Terbuka - Kvkv- Ketika
Belajar Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Linus Tegar Sekolah
Rendah.

Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan bahan TraInoP – Kad yang
digunakan untuk mengatasi masalah penguasaan murid Linus tegar dalam
kemahiran menyebut dan mengecam membaca dengan cara mencerakinkan dan
mencantum bunyi suku kata, memahami perkataan dan menyebut perkataan yang
melibatkan pola KVKV. Kajian ini melibatkan lapan buah sekolah di daerah
Bentong, 26 orang murid di sekolah SK(murid asli 17 orang),SJKC(7 orang) dan
SJKT(2orang). Pra Ujian dan Pasca Ujian digunakan untuk melihat perbandingan
dalam peningkatan kemahiran menyebut huruf, membunyikan suku kata dan
membaca perkataan suku kata terbuka. Rakaman video digunakan dalam kajian
ini. Bahan TraInoP-Kad digunakan dalam proses pelaksanaan kajian tersebut.
Berdasarkan pemerhatian satu senarai semak telah dilaksanakan bagi merekod
perkembangan pencapaian murid. Kajian ini telah berjaya meningkatkan
penguasaan murid. Pelaksanaan TralnoP-DiH Kad telah berjaya mencatat
keputusan berikut, seramai 17 orang murid telah dapat membaca 32 patah
perkataan suku kata terbuka pada akhir kem, memahami dan mengeja dengan
betul. 19 orang murid dapat mengeja dan menyebut suku kata terbuka pada hari
kedua kem membaca, 22 orang dapat mengecam dan membunyikan huruf pada
hari pertama kem membaca. Hasil daripada kaedah dan teknik TralNoP-Kad ini
telah berjaya meningkatkan penguasaan murid bagi pola suku kata terbuka dan
berjaya meningkatkan fokus murid serta keseronokkan dalam pembelajaran.

Kata Kunci:TraInoP-DiH Kad, , Data Penguasaan, LiNus Tegar, konstruk

B9 Azharizah Saimi
SMK Pulau Indah

Transformasi Pendidikan : Transisi Kerjaya Untuk Murid Berkeperluan Khas
Sebagai Persediaan Ke Alam Kerjaya

Mendapat peluang pekerjaan merupakan cabaran paling besar bagi golongan
berkeperluan khas di Malaysia, di mana laluan kerjaya untuk mereka adalah
kurang jelas. Walau bagaimanapun, transformasi melalui program transisi kerjaya

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 52

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

yang dijalankan untuk murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran dibuktikan
berjaya melatih mereka yang berkemahiran dan mampu bekerja melalui Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah menengah harian. Kajian ini bertujuan
untuk meneroka, memahami dan menjelaskan pelaksanaan transformasi melalui
program transisi kerjaya murid –murid berkeperluan khas di SMK Pulau Indah.
Seramai 3 orang murid telah menjalani program transisi kerjaya untuk tiga modul
yang berbeza; a) Transisi kerjaya yang di sokong oleh pelbagai disiplin (Guru,
Badan Sukarelawan dan Jawatankuasa Penduduk Setempat ; b) Transisi Kerjaya
yang disokong oleh guru dan Ibu bapa; c) Transisi Kerjaya yang disokong oleh
guru dan Ibu bapa. Berdasarkan dapatan kajian, antara amalan terbaik
berdasarkan pelaksanaan program transisi kerjaya murid berkeperluan khas
adalah sekolah, perancangan berpusatkan murid yang terlibat, penglibatan
keluarga, kolaborasi antara agensi dan pelbagai disiplin, struktur program,
perkembangan murid dan kesediaan pengalaman kerja murid. Amalan-amalan ini,
menjadi kunci kepada keberkesanan pelaksanaan program transisi bagi
mempersiapkan murid berkeperluan khas ke alam kerjaya. Ketiga-tiga modul
mempunyai impak yang positif kepada murid-murid sebagai persediaan
melangkah ke alam pekerjaan. Berdasarkan dapatan kajian beberapa cadangan
dikemukakan oleh penyelidik dalam memantapkan lagi pelaksanaan program
transisi kerjaya murid berkeperluan khas iaitu cadangan kepada pihak Bahagian
Pembangunan Kurikulum dalam merangka modul yang sesuai kepada golongan
ini.

Kata Kunci : Murid berkeperluan khas, Transisi kerjaya, modul transisi kerjaya

B10 Faziah Hashim@Ahmad1, Salbihana Samsudin2 , Rozita Rahmat3 dan
Tay Chong Seng4
IPG Kampus Tun Hussein Onn1,2,3,IPG Kampus Temenggong Ibrahim4

Kefahaman Dan Amalan Semasa Elemen Kbat Dalam Pelaksanaan PdP
Guru

Kajian ini bertujuan membincangkan kefahaman dan amalan semasa elemen
KBAT dalam pelaksanaan PdP guru melalui kajian kes. Kajian dengan reka
bentuk kualitatif ini melibatkan temubual separa struktur bersama guru-guru
dilaksanakan di enam buah sekolah rendah dalam Daerah Batu Pahat. Hasil
temubual ini disusun tadbir bagi menghasilkan tema dan jadual matriks berkaitan
kefahaman dan amalan semasa elemen pedagogi KBAT dalam kalangan guru.
Dapatan kajian menunjukkan kefahaman guru terhadap KBAT adalah menjurus
kepada aktiviti berkumpulan, teknik penyoalan yang mencabar pemikiran murid,
pelaksanaan pembelajaran Abad Ke-21 dan kebebasan murid berfikir mengikut
kreativiti mereka. Amalan semasa guru dalam pelaksanaan PdP pula meliputi
semua elemen pedagogi KBAT iaitu aspek pembelajaran aktif, berpusatkan murid,
persekitaran bilik darjah, strategi pengajaran dan alat berfikir. Keseluruhannya,
guru-guru telah melaksanakan PdP berasaskan elemen pedagogi KBAT, namun
kefahaman serta amalan semasa PdP khususnya aspek strategi pengajaran dan
alat berfikir masih boleh ditingkatkan dan diperluaskan lagi.

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 53

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

Kata kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Kefahaman KBAT, Amalan
Semasa KBAT

B11 Juccy Then Yii Fen1, Zakri Abdullah, Phd2
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar1,2

Kebolehan Memahami Teks Berdasarkan Penggunaan Teknik Wdep Dalam
Kalangan Murid Tahun 3

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kebolehan murid-murid memahami teks
bahasa Melayu berdasarkan penggunaan Teknik WDEP. Teknik WDEP ini
merupakan akronim bagi perkataan Wants (Kemahuan), Doing (Membuat),
Evaluation (Penilaian), Plan and action (Perancangan dan tindakan) yang
menggambarkan keupayaan seseorang individu memilih tingkah laku mereka
sendiri. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan reka bentuk kajian
tindakan yang berpandukan Model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Sampel
kajian ini terdiri daripada dua orang murid Tahun 3 di salah sebuah Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) yang terletak di sekitar Daerah Seremban. Kedua-dua
sampel kajian ini dipilih dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan
(purposive sampling). Data kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan kaedah
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Secara keseluruhannya, dapatan
kajian menunjukkan bahawa teknik WDEP ini telah berjaya meningkatkan
kefahaman teks dalam kalangan peserta kajian melalui aktiviti penggunaan
puppet, penggunaan lukisan, memotong ayat, membaca dengan kuat, mengajar
rakan (peer teaching) dan refleksi kendiri. Hasil kajian ini diharapkan dapat
membantu guru-guru aliran perdana mengaplikasikan teknik WDEP dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kata kunci : teknik WDEP, memahami teks

B12 Husnul Rita Aris1, Nuralina Azlan2 dan Nurul Aini Abdul Wahab3
UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban1,2,3

Kajian Jenis Kecerdasan Pelbagai (Multi Intelligence) Dalam Kalangan
Pelajar UiTM Kampus Seremban

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui jenis dan pola kecerdasan
pelbagai yang dimiliki oleh pelajar-pelajar UiTM Kampus Seremban. Metodologi
yang digunakan adalah analisis deskriptif menggunakan perisian Microsoft Excel.
Responden adalah terdiri daripada 430 orang pelajar yang berada sedang
mengkuti pengajian bertaraf Diploma dan Ijazah Sarjana Muda daripada Fakulti
Sains Pentadbiran dan Polisi (FSPPP), Fakulti Sains Komputer dan
Matematik(FSKM) dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR). Sebanyak 35
item soalan merangkumi kecerdasan pelbagai (multi intelligence) yang
diperkenalkan oleh Harward Gardner telah diedarkan untuk dilengkapkan oleh

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 54

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

responden. Hasil dapatan kajian mendapati kebanyakan pelajar lebih cenderung
kepada kecerdasan ruang visual berbanding kecerdasan bahasa, matematik,
muzik, pergerakan badan, interpersonal dan intrapersonal. Kcenderungan mereka
adalah untuk belajar dalam bentuk gambar rajah, warna-warni, ringkasan dalam
bentuk gambar atau ringkasan tulisan serta dalam bentuk video. Justeru itu hasil
daripada kajian ini dapat membantu para pensyarah mengenali para pelajar
mereka dan serta membantu mereka persediaan dalam aspek pengajaran agar
lebih holistik dan komprehensif. Tambahan lagi, ini dapat meningkatkan lagi minat
dan kefahaman pelajar terhadap pembelajaran mereka. Di samping itu, dapat
membantu pensyarah memahami kecenderungan pelajar dalam pembelajaran.
Manakala, kajian lanjutan seterusnya akan dibuat berkaitan kecerdasan rohani
dan pengaruhnya dalam kalangan pelajar di UiTM Kampus Seremban.

Kata kunci: Kecerdasan pelbagai (Multi intelligence), pendidikan holistik

B13 Lala Septiyani Sembiring1, Yantri Maputra PhD2, Nadia Putri Wulandari3
Prodi Psikologi Fakultas Kedokteran Universitas Andalas Kampus Unand Limau
Manis, Padang Sumatra Barat 1, 2, 3

Orientasi Kewirausahaan Mahasiswa Yang Mendapatkan Pendidikan
Kewirausahaan

Pendidikan kewirausahaan sudah dikembangkan hampir di seluruh perguruan
tinggi di Indonesia dengan proses yang sangat bervariasi. Dengan adanya
pendidikan kewirausahaan diharapkan dapat meningkatkan orientasi
kewirausahaan mahasiswa. Penelitian ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran
orientasi kewirausahaan pada mahasiswa yang mendapatkan pendidikan
kewirausahaan. Sampel penelitian yaitu 159 orang mahasiswa D3 Tata Busana
Universitas Negeri Padang. Dimana program studi D3Tata Busana Universitas
Negeri Padang memiliki misi untuk membekali mahasiswa dengan jiwa
kewirausahaan. Pendidikan wirausaha diberikan dalam beberapa mata kuliah
dengan bobot praktik yang cukup besar untuk menjalankan kegiatan wirausaha.
Adanya kuliah umum mengenai kewirausahaan serta diberlakukan Program
Kegiatan Mahasiswa – Kewirausahaan (PKM-K). Pada penelitian ini orientasi
kewirausahaan diukur dengan menggunakan skala orientasi kewirausahaan yang
diadaptasi dari Bolton dan Lane (2012) terdiri dari 10 aitem (rix = 0,781). Orientasi
kewirausahaan mahasiswa yang tergolong tinggi sebanyak 95,6%. Berdasarkan
nilai mean dari setiap dimensi, dimensi proaktif merupakan dimensi tertinggi.
Sedangkan dimensi pengambilan risiko memiliki mean yang terendah.

Kata kunci: Pendidikan kewirausahaan,orientasi kewirausahaan

B14 Rohaidah Kamaruddin1, Tuan Nur Aisyah Tuan Abdul Hamid2
Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia

Enrique De Malacca Satu Penelitian Sejarah Bangsa

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 55

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

Enrique de Malacca atau Awang Hitam lelaki Melayu yang menjadi penterjemah
dalam kapal Trinidad kapal milik Ferdinand Magellan yang didakwa berasal dari
Melaka ialah orang pertama mengelilingi dunia. Kewujudan Enrique sebagai
manusia yang benar-benar hidup adalah berdasarkan laporan dalam bentuk diari
pengembara sezaman tentang pelayaran Magellan mengelilingi dunia yang
dikenali sebagai Primo Viaggio Intorno al Mondo (First Voyage Around the World).
Namun begitu, banyak lagi sejarah tentang Enrique de Malacca yang masih belum
dibongkar dengan lebih terperinci. Sehubungan dengan itu, objektif bagi kajian ini
adalah untuk mensahihkan kewujudan Enrique de Malacca sebagai satu dapatan
kajian yang boleh menjadi pengajaran dalam bidang sejarah, membuktikan
bahawa Enrique de Malacca adalah seorang Islam bukan seorang Kristian seperti
yang tercatat dalam catatan buku Pigafetta, 1522 Voyage of Magellan dan
memastikan Enrique tidak mati di Cebu, Filipina tetapi kembali ke Rembau.
Pengumpulan data bagi kajian ini adalah melalui kaedah kepustakaan dan kaedah
lapangan. Dapatan awal kajian ini telah menemui makam yang didakwa makam
Enrique de Malacca. Makam tersebut terletak di kawasan perkuburan lama di
Rembau. Kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan atau
bacaan kepada masyarakat dan dapat dijadikan sebagai ikon mithali yang boleh
dijadikan teladan oleh anak bangsa Melayu berasal dari Negeri Sembilan khasnya
dan khalayak dunia sejagat umumnya.

Kata kunci: Enrique de Malacca, Awang Hitam, Orang Pertama Mengeliling Dunia,
Sejarah Melayu

B 15 Supardi Saliman PhD1 & Yuhanida Milhani2
Yogyakarta State University1,2

The Implementation Creative Thinking In Social Studies Learning At SMP

This research aims at investigating the implementation of creative thinking
development in social studies learning at SMP (Junior High School) Tumbuh
Yogyakarta.This research is a descriptive qualitative research. Data collection
techniques in this research include observations, interviews and documentations.
Data presentation is performed using a descriptive method and validity of data is
carried out using triangulation technique. The data were analyzed using an
interactive analysis technique. The results of this research indicate that the
implementation of creative thinking in social studies subjects at SMP Tumbuh in
Yogyakarta is performed in some activities namely planning, implementation, and
assessment of learning. The social studies teacher at SMP Tumbuh Yogyakarta
has implemented several components of creative thinking as one of the principles
of CTL (Contextual Teaching and Learning) learning as a learning approach.

Keywords: learning, creative thinking, social studies, SMP

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 56

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

C1 Norazlan bin Ismail1dan Nur Ain binti Norazlan2
IPG Kampus Raja Melewar1, SK Tunku Munawir, Kuala Pilah2

Kesukaran Item Dan Kebolehan Murid Dalam Peperiksaan Bahasa Inggeris
Tahun 3 Menggunakan Model Rasch

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kebolehan calon dan
kesukaran item Peperiksaan Pertengahan Tahun Bahasa Inggeris Tahun 3 di
sekolah rendah. Satu set instrumen ujian sebanyak 20 item objektif aneka pilihan
telah digunakan dalam kajian tersebut. 28 orang responden terdiri daripada murid
tahun 3 sekolah rendah telah dipilih. Model Rasch telah digunakan sebagai
kerangka kajian. Data dianalisis menggunakan Winsteps 3.68.1. Dapatan kajian
menunjukkan nilai kesukaran item berada pada julat nilai 2.13 hingga 2.63.
Sebanyak 25% item berada pada tahap rendah, manakala 40% peratus item
berada pada tahap sederhana dan 35% item berada pada tahap tinggi. Manakala
nilai kebolehan calon berada pada julat 20.54 hingga 77.50. Tahap kebolehan
murid berada pada 5 tahap. 3.57% kebolehan murid berada pada tahap sangat
rendah, Tiada murid yang berada pada tahap rendah, 60.71% peratus tahap
sederhana, 35.71% tahap tinggi dan 3.57% peratus tahap sangat tinggi. Manakala
anggaran perbandingan tahap kebolehan murid dan kesukaran item menunjukkan
item kurang mencukupi untuk kebolehan murid tahap rendah dan sederhana. Akhir
sekali, didapati 10 item luar jangkaan yang dapat dijawab oleh 8 orang murid yang
menjalani peperiksaan tersebut.

Kata kunci: Model Rasch, kebolehpercayaan, item luar jangkaan, kebolehan
calon dan kesukaran item.

C2 Mohd Ali Bin Jaamat PhD
IPG Kampus Raja Melewar

Pembinaan Instrumen Kesedaran Kerjaya Ali (Inskka) Untuk Murid Sekolah
Rendah Dan Awal Remaja Di Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk membina Instrumen Kesedaran Kerjaya Ali (InsKKA)
berbentuk soal selidik khusus melihat tahap kesedaran kerjaya dalam kalangan
murid-murid yang berada di sekolah rendah dan pelajar di peringkat awal sekolah
menengah di Malaysia. InsKKA adalah terdiri daripada soal selidik kesedaran
kerjaya yang mengandungi 108 item bersama gambar-gambar dan soalan aneka
pilihan serta dibahagikan kepada 7 konstruk atau bahagian untuk mengukur
kemampuan murid yang berbeza-beza. Instrumen ini dibina berdasarkan
pendekatan Fadale.L.M. (1974) yang telah membina Career Awareness Inventory
(CAI) dan diterjemahkan oleh Rohany Nasir dan Dasimah Jalun (1986). InsKKA
diadaptasi dan disesuaikan dengan teori Pemilihan Kerjaya Holland (1973, 1985,
1996) serta berteraskan tiga teori perkembangan iaitu Teori Perkembangan
Kerjaya Super (1957), Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg (1971) dan Teori
Psikososial Eric Erikson (1963). Metodologi kajian ini adalah berbentuk kajian

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 57

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

kuantitatif pendekatan deskriptif bertujuan untuk membangunkan konstruk dan
membina item-item instrumen dengan menggunakan khidmat sekumpulan pakar.
Untuk tujuan itu 5 orang pakar dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling
serta Kaunselor yang bertauliah dan profesional dipilih untuk membangunkan 7
konstruk dan membina item-item baru yang bersesuaian dengan murid sekolah
rendah dan awal sekolah menengah di Malaysia. Sementara 15 orang pakar lagi
dipilih untuk menyusun dan memurnikan item-item instrumen sehingga menjadi
lengkap dan boleh digunakan untuk murid yang menjadi sasaran kajian. Instrumen
yang dibina sesuai diguna dan disasarkan kepada murid-murid tahun 5 dan tahun
6 serta pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 atau individu peringkat awal remaja
yang ingin melihat tahap kesedaran kerjaya dengan lebih tersusun dan seterusnya
memulakan perancangan melalui program intervensi secara lebih sistematik.
Akhirnya menjadi harapan saya InsKKA akan diaplikasikan di semua sekolah di
Malaysia sebagai salah satu Instrumen Psikometrik yang rasmi.

Kata kunci: Instrumen Kesedaran Kerjaya Ali (InsKKA), Guru Bimbingan dan
Kaunseling, program intervensi, konstruk, item.

C3 Nik Dzulkefli Ibrahim1 Zakri Abdullah PhD2 & Punitha A/P Nagan3
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

Teknik Tampalan Gam Dalam Penghasilan Kolaj Kolam Rangoli

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kebolehan murid menghasilkan Kolaj Kolam
Rangoli yang berkualiti dengan menggunakan beras warna dan gam. Berdasarkan
pemerhatian awal, didapati sebanyak 25% murid menghadapi masalah dalam
penghasilan Kolaj Kolam Rangoli. Sampel kajian ini melibatkan seramai 5 orang
peserta kajian dalam kalangan murid Tahun 5 di salah sebuah sekolah dalam
daerah Seremban. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada
protokol temu bual dan senarai semak pemerhatian. Data kajian ini telah dianalisis
dengan menggunakan statistik deskriptif (iaitu min, kekerapan dan peratusan) dan
analisis transkripsi temu bual. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa peserta-
peserta kajian mempunyai kebolehan untuk menghasilkan Kolaj Kolam Rangoli
dengan lebih menarik dan berkualiti. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa
terdapat peningkatan sebanyak 60% dalam aspek kemahiran, minat dan kualiti
hasil karya mereka. Berdasarkan keputusan kajian ini, difahami bahawa teknik ini
bukan saja memudahkan murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
menghasilkan Kolaj Kolam Rangoli dengan baik malah ia juga dapat membantu
murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC) menghasilkan kerja seni yang sama. Diharapkan juga hasil kajian ini dapat
dijadikan bahan untuk guru-guru merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP)
aktiviti kerja seni secara silang budaya.

Kata kunci : Kolaj, Kolam Rangoli, Kolaj Kolam Rangoli

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 58

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

C4 Noor Azzam Abdul Rahim, Manoriza Abdul Malek
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan

Penggunaan Password (Pw) Membantu Murid Memudahkan Pecahan
Dengan Tepat Dan Pantas

Kajian ini dijalankan setelah melihat lapan puluh peratus murid cuai dan membuat
kesalahan dalam memudahkan pecahan. Mereka tidak dapat menyelesaikan
soalan memudahkan pecahan dengan jawapan yang tepat dan pantas. Kemahiran
ini merupakan kemahiran asas dalam tajuk pecahan. Seramai 26 orang murid
tahun tiga, di sebuah sekolah di daerah Seremban, Negeri Sembilan telah dikenal
pasti menghadapi masalah ini. Mereka berada dalam kelas ketiga yang
merupakan kumpulan murid aras sederhana. Tinjauan awal telah dilakukan
melalui ujian pra. Hasil tinjauan awal menunjukkan kesemua murid tidak dapat
menyelesaikan soalan memudahkan pecahan dengan baik. Melalui pemerhatian
didapati 100% murid ini tidak tahu untuk menentukan nombor pembahagi untuk
pengangka dan penyebut. Mereka memerlukan masa yang lama untuk berfikir dan
untuk mencari nombor pembahagi tersebut. Pendekatan kajian ini melalui
kualitatif dan kuantitatif bagi pengumpulan data. Instrumen kajian sebelum,
semasa dan selepas kajian dibuat melalui pemerhatian, senarai semak, analisis
dokumen, ujian pra, ujian pasca dan temu bual. Teknik pengajaran dilakukan
melalui kaedah bimbingan guru secara berfokus. PW digunakan untuk membantu
murid memudahkan pecahan dengan tepat dan pantas berdasarkan jadual sifir 2,
3 dan 5 yang merupakan nombor pembahaginya. Dapatan kajian dalam ujian
pasca menunjukkan peningkatan yang mendadak, iaitu 85% murid boleh
memudahkan pecahan dengan tepat dan betul. Dapatan ini juga membuktikan
perkaitan yang signifikan bahawa penggunaan nombor PW dapat membantu
murid menyelesaikan masalah memudahkan pecahan dengan tepat dan pantas.

Kata kunci: Memudahkan Pecahan, PASSWORD (PW), pengangka, penyebut

C5 Lee Huan Qin1, Tay Chong Seng, Ph.D2
SJK(C) Hwa Nan1, IPG Kampus Temenggong Ibrahim2

Qualities Of A Good Teacher: Exploring Teachers’ Beliefs Towards
Educational Transformation

Education today requires teachers to be highly knowledgeable workers who
constantly improve their professional knowledge as well as that of their profession
to cope with the various demands of the society. Therefore, research on good
teacher qualities has important implications for educational transformation
nowadays. The objective of this study is to investigate the current perceptions of
teacher beliefs on the qualities of a good teacher and common beliefs among the
teachers with varied years of teaching experience. The study involved three
primary school teachers in Segamat with varied number of years in service. The
main data collection methods were semi-structured interviews and document

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 59

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

analyses. Data obtained was then analysed qualitatively to identify the themes that
emerged. The findings show three main themes related to good teacher qualities
such as a teacher’s character, professional skills and professional development.
Besides, there are some similarities and differences of the three teachers’ beliefs
in terms of good teacher qualities. There is a belief that teaching moral values with
care and patience is more important than producing great academic results. Future
research to explore responses from students, parents, and also on a larger sample
of teachers with varied years of teaching experience is encouraged in order to
explore further the qualities of a good teacher.

Keywords: Teacher Qualities; Good Teacher; Teacher Beliefs; Educational
Transformation

C6 Azlan Shaiful Baharum PhD 1, Siti Munyra Alhaj Md Zyadi 2
Universiti Sains Islam Malaysia 1, Sekolah Agama Menengah Hulu Langat (SKK)

2

Aplikasi Kaedah Qawalib Bagi Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat
Mudah Dalam Bahasa Arab Mua’siroh Murid-Murid Tingkatan Dua Sekolah
Agama Menengah Hulu Langat Cheras, Selangor

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah qawalib untuk
meningkatkan kemahiran membina ayat mudah dalam bahasa Arab Mu’asiroh
dalam kalangan murid sekolah menengah agama. Sampel kajian ini adalah 32
orang pelajar Tingkatan 2 Tarmizi yang sedang belajar di Sekolah Agama
Menengah Hulu Langat (Sekolah Kluster Kecemerlangan). Borang kaji selidik
diedarkan kepada sampel kajian untuk melihat respon mereka terhadap minat dan
keupayaan membina ayat dalam bahasa Arab. Hasil dapatan kajian mendapati
bahawa mereka berminat terhadap bahasa Arab tetapi kekangan dalam
mendapatkan perbendaharaan kata yang sesuai dan kekurangan perkataan untuk
membina ayat yang gramatis dalam bahasa Arab. Diharapkan dengan kaedah
yang dicadangkan pelajar dapat mengaplikasikan dan memperbaiki kelemahan
mereka.

Kata kunci: Kaedah Qawalib, Ayat Mudah Bahasa Arab, Tingkatan Dua, Sek.
Agama Men. Hulu Langat

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 60

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

C7 Nanthini a/p Ananthan,
IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Penggunaan Teknik Seni Bagi Mengurangkan Masalah Tekanan Dalam
Kalangan Murid Di Sebuah Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru

Kajian kes ini bertujuan mengenalpasti punca berlakunya tekanan dalam kalangan
murid sekolah rendah serta mengkaji tentang keberkesanan penggunaan teknik
seni dalam mengurangkan permasalahan ini. Seramai lima orang murid telah
dipilih berdasarkan inventori ‘My Stress VS1,’ Dr. Mazlan bin Hj.Aris kerana
didapati tahap stres mereka tinggi. Instrumen ini telah diberi kelulusan untuk
menggunakannya oleh beliau atas dasar perkembangan murid. Melalui inventori
tersebut, kajian ini jelas menunjukkan tahap stres murid yang tinggi (dalam
lingkungan 60 hingga 72) serta wajar diberi bimbingan secara khusus. Antara
punca dominan stres murid-murid (responden) adalah, gaya hidup, komunikasi
dan juga persekitaran. Pemahaman murid-murid mengenai tahap stres ini dapat
diperluaskan melalui borang penilaian kendiri. Borang ini telah digunakan bagi
membanding beza kesedaran murid mengenai pengurusan stres setelah teknik
seni dijalankan. Teknik seni ‘Life Tree,’ telah dijalankan bagi tujuan memberi
kesedaran tentang langkah-langkah mengatasi kekangan ini. Apabila murid sedar
akan cara-cara untuk mengurangkan tekanan yang dimiliki, mereka akan mudah
menghadapinya. Kelima-lima murid memiliki minat terhadap unsur kesenian. Hal
ini memudahkan pengkaji untuk meneroka dan membimbing murid secara
langsung. Keputusan pos inventori ‘My Stress VS1,’ dan borang penilaian kendiri
jelas menunjukkan distress (stres negatif) yang dimiliki oleh murid dapat diubah
kepada eustress (stres positif) setelah pelaksanaan teknik seni. Kaedah
penerokaan kajian ini berdasarkan imaginasi mental (mental imagery) dan juga
imaginasi berpandu (guided imagery). Penggunaan bahan rangsangan iaitu teknik
seni dapat mengembangkan daya pemikiran dan pengawalan emosi. Selain
menggunakan teknik seni, boleh juga menggunakan teknik pasir, refleksologi,
muzik dan sebagainya mengikut keselesaan serta minat murid bagi
mengurangkan masalah tekanan ini supaya lebih berkesan.

Kata Kunci : Murid sekolah rendah, mengurangkan masalah tekanan,
penggunaan, teknik seni

C8 Nur Faathinah Mohammad Roshdan
Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau

Challenges In Teaching And Learning Literature: Trauma Theory In The
Main Character Through Content Analysis

The term trauma is widely used to refer to psychological or emotional responses
resulted from traumatic events and experiences. The concept of trauma is now
applicable to not only the medical and scientific fields, but also in the literary field.
Thus, it poses challenges for educators in the teaching and learning of literature.
This study carries a significant contribution as it will be looking at the novel Ways

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 61

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

of Dying (1995) by Zakes Mda from the lens of trauma theory, in particular, using
both Cathy Caruth (1995) and Dominick LaCapra’s (2001) concept of trauma. The
objectives of this study are firstly, to find the presentation of the main character in
the novel and secondly, to identify the the presentation of the main character in the
novel as presented in the trauma theory. To achieve these objectives, a qualitative
page-by-page content analysis was applied. The findings show that the main
character presents elements of trauma and some of these elements are in line with
the concept of trauma. This study provides challenges for curriculum planners,
fiction writers and educators in the selection of novels to be used in the teaching
and learning of literature in schools.

Keywords: trauma theory, concept of trauma, literature, teaching and learning

C9 Shahril Sabudin1, Azlin Norhaini Mansor2 & Subahan Mohd. Meerah PhD3
SMK Desa Cempaka, 71800 Nilai, Negeri Sembilan1 dan Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia2,3

Faktor-Faktor Peringkat Guru Yang Mempengaruhi Budaya Sains Dan
Teknologi Murid: Satu Analisis HLM

Kemerosotan prestasi yang dicatatkan oleh murid Malaysia dalam ujian Trends in
Mathematics and Science Studies (TIMSS) dan Performance for International
Student Achievement (PISA) bagi tahun 2007 hingga 2015 serta penurunan
enrolmen murid dalam bidang sains dan teknologi di peringkat menengah atas
dibimbangi memberi impak kepada Dasar 60:40 yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Senario ini telah menimbulkan kebimbangan
hinggakan kualiti guru sains khususnya dalam aspek kemahiran pedagogi guru
turut dipersoalkan. Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti pengaruh Pedagogi
Produktif guru sains Tingkatan Dua terhadap Budaya Sains dan Teknologi dalam
kalangan murid-murid yang diajar. Kajian berbentuk deskriptif ini telah melibatkan
seramai 40 orang guru sains dan 800 orang murid Tingkatan Dua di sekolah-
sekolah menengah di daerah Seremban, Negeri Sembilan yang telah dipilih
menerusi teknik multistage sampling. Data-data yang diperolehi telah dianalisis
menggunakan perisian Hierarchical Linear Modelling (HLM) bagi mengenal pasti
pengaruh Pedagogi Produktif guru terhadap Budaya Sains dan Teknologi murid.
Analisis HLM menunjukkan bahawa 23% daripada perbezaan yang wujud dalam
tahap amalan Budaya Sains dan Teknologi murid-murid adalah disumbangkan
oleh faktor-faktor di peringkat guru iaitu jantina guru, umur guru, jenis sekolah yang
diajar oleh guru dan dimensi Kualiti Intelektual (salah satu dimensi di dalam
Pedagogi Produktif). Hasil kajian dengan menggunakan HLM ini telah
menunjukkan bahawa faktor guru sememangnya mempengaruhi kemenjadian
murid.

Kata kunci: Pedagogi Produktif, Budaya Sains dan Teknologi, Pengaruh Guru,
Kemenjadian Murid, Hierarchical Linear Modelling (HLM).

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 62

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

C10 Yee Chin Yip1, Ahmad Murad PhD2, Margaret Anthoney3
Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia 123

Penggunaan Teknik Pembelajaran Aspek Kosa Kata Bahasa Mandarin
Dalam Kalangan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia

Perkembangan ekonomi China secara drastik telah membawa satu trend yang
amat mendorong untuk pembelajaran bahasa Mandarin terutama negara kita,
Oleh demikian pihak Universiti Sains Islam Malaysia telah mewajibkan para pelajar
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) mengambil bahasa Mandarin sebagai
bahasa asing, Penyelidik menyedari bahawa penggunaan teknik pembelajaran
adalah sangat penting dalam proses pembelajaran bahasa terutama aspek kosa
kata mesti dikuasai oleh pelajar dalam proses pembelajaran Bahasa Mandarin
sebagai bahasa asing. Sehubungan itu kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan
teknik pembelajaran aspek kosa kata Bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar
FPBU di Universiti Sains Islam Malaysia. Kajian ini berbentuk deskriptif dan
menggunakan cara kuantitatif dengan soal selidik sebagai instrumen kajian. Kajian
ini akan mengambil seramai 50 orang pelajar secara rawak di kelas bahasa
Mandarin FPBU malangnya dapatan dari kajian agak mengecewakan. Oleh
demikian penyelidik berasa para pensyarah harus mengambil tindakan yang lebih
agresif untuk mengatasi masalah ini. Melalui kajian ini penyelidik boleh buat
penjelasan bahawa murid terlalu bergantung kepada bantuan guru dan rakan
untuk menguasai kosa kata Bahasa Mandarin dalam proses pembelajaran. Di
samping itu dapatan kajian ini juga menunjukkan murid masih berada di peringkat
kurang berusaha dan kerterlaluan bergantung dengan pihak yang lain dalam
proses penguasaan kosa kata Bahasa Mandarin.

Kata kunci: Teknik Pembelajaran; Aspek Kosa Kata; Bahasa Mandarin

C11 Nurul Liyana binti Mahmod1, Shaliza Amira binti Sarif2, Suriyana Binti
Sulaji3
Kolej Komuniti Selandar, Selandar, Melaka

Implikasi Pelaksanaan Promosi Terhadap Pengambilan Pelajar Ke Kolej
Komuniti Selandar, Melaka

Perubahan pengambilan dua kali setahun yang dilakukan sebelum ini kepada tiga
kali setahun telah dilihat sebagai satu cabaran bagi Kolej Komuniti untuk
memenuhi aspirasi pembangunan negara di dalam pendidikan tinggi Malaysia.
Pelbagai strategi yang dilakukan oleh pihak pengurusan Kolej Komuniti dalam
meningkatkan enrolmen pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kaedah
promosi yang banyak menyumbang kepada peningkatan kemasukan pelajar bagi
tahun sebelum dan selepas pelaksanaan promosi iaitu dari tahun 2014 hingga
2017. Populasi kajian terdiri daripada pensyarah Kolej Komuniti Selandar dengan
seramai 42 orang responden dari lima program yang berbeza dijadikan sampel
kajian. Kajian rintis mencatat kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai indeks

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 63

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

sebanyak 0.654. Soal selidik telah dibangunkan dan dapatan kajian dianalisis
menggunakan Statistical Package for Sosial Science Version 17.0 for Windows
(SPSS). Skor min tertinggi adalah dari program KKSL Dekat di Hati yang
mencatatkan nilai min 4.12. Promosi di Pusat PLKN menunjukkan nilai min kedua
tertinggi iaitu sebanyak 4.07. Kaedah promosi dengan menggunakan data pelajar
dari Unit Pengambilan, kursus-kursus pendek, program anjuran kolej dan program
khidmat masyarakat berada di tahap sederhana dengan nilai min di antara 3.27
hingga 3.88. Hasil analisis menunjukkan pola peningkatan enrolmen pengambilan
pelajar dari tahun 2016 hingga 2017 berbanding pengambilan dari tahun 2014
hingga 2015. Dengan merujuk kepada pencapaian tertinggi iaitu program KKSL
Dekat Di Hati dan Promosi di Pusat PLKN ianya perlu diteruskan dan ditambah
baik dari semasa ke semasa. Hubungan ukhwah yang terjalin bersama institusi
perlu ditingkatkan dengan menganjurkan program yang memberi lebih impak
positif yang menyumbang kepada peningkatan kemasukan pelajar ke KKSL.

Kata kunci: strategi, enrolmen pelajar, kaedah promosi, pola peningkatan

C12 Zahiah Haris @ Harith PhD1 dan Mustapha Kamal Ahmad Kassim2
IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur 1,2

Pengajaran Dan Pembelajaran Bidang Ibadah Di Institut Pendidikan
Guru(IPG): Kaedah Dan Hasil Pembelajaran

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kaedah yang sesuai dan hasil pembelajaran
pengajaran dan pembelajaran bagi bidang Ibadah di Instititut Pendidikan Guru.
Kajian ini melibatkan 638 responden yang merupakan pelajar Kursus Perguruan
Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon
Utara. Kajian ini adalah pengkajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif.
Kajian ini memberi fokus kepada dua objektif kajian iaitu persepsi pelajar terhadap
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi bidang ibadah di Institut
Pendidikan Guru dan hasil pembelajaran pengajaran dan pembelajaran bagi
bidang Ibadah di Institut Pendidikan Guru. Dapatan kajian mendapati enam
kaedah yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran ibadah iaitu
perbincangan, amali, sumbang saran, simulasi, pembelajaran koperatif dan
pengajaran berbantukan komputer. Terdapat beberapa hasil pembelajaran bagi
bidang Ibadah iaitu mempertingkatkan amalan solat, menganalisis hubungan
ibadat dengan kehidupan seharian serta mengetahui dan memahami konsep
ibadat khusus dan umum. Kata kunci: Bidang Ibadah, Kaedah pengajaran dan
pembelajaran, Hasil pembelajaran dan Institut Pendidikan Guru.
Kata kunci: ibadat, ibadah, pengajaran pembelajaran

C13 Vivi Amalia
Universitas Andalas
Life Skills Among Adolescence

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 64

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

C 14 Anik Widiastuti
Yogyakarta State University

Analisis Model Pendidikan Kewirausahaan Di SMP It It Al-Khairaat
Yogyakarta

Pendidikan kewirausahaan (entrepreneurship) merupakan pendidikan yang
berorientasi kepada pembentukan pribadi yang mandiri, tangguh, cakap, dan
dapat berpikir kreatif dan inovatif. Dalam hal ini, peserta didik mendapatkan
sebuah pembelajaran mengenai nilai-nilai entrepreneurship yang keluarannya
adalah kreativitas dalam mendirikan usaha mandiri. Upaya membentuk jiwa
entrepreneur melalui program pendidikan kewirausahaan mulai digalakkan di
sekolah melaui intra dan ektra kurikuler. Di SMP IT Al-Khairaat Yogyakarta
memiliki salah satu misi yaitu memiliki peserta didik dengan karakter ketrampilan
khas melalui aktivitas berkebun, memanah, berenang, bela diri, berkuda,
kewirausahaan dan teknologi informasi. Program pendidikan kewirausahaan
menjadi salah satu unggulan dalam penyelenggaraan pembelajaran di SMP IT Al-
Khairat Yogyakarta karena sekolah ini mempunyai visi “A Life Skilss School”.
Metode penelitian ini menggunakan jenis penelitian deskriptif kualitatif. Teknik
pengumpulan data pada penelitian ini adalah observasi, wawancara dan
dokumentasi. Teknik penyajian data menggunakan deskriptif dan pemeriksaan
keabsahan data menggunakan trianggulasi metode sedangkan teknik analisis
data menggunakan analisis interaktif. Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa
model pendidikan kewirausahaan di SMP IT Alkhairaat, Yogyakarta terwujud
dalam mata pelajaran pengembangan diri yaitu kewirausahaan yang terbagi dalam
pembelajaran teori dan Experience Day. Kewirausahaan diajarkan dengan
Games, Story Telling, Praktek pembuatan produk, Market Day, dan Evaluasi
Bisnis. Program sekolah yang mendukung pembelajaran kewirausahaan antara
lain: Morning Motivation dalam bentuk Stadium General, SKS (Sekolah Karakter
Siswa), Kebun Pendidikan. Saran dan prasarana yang mendukung program
pendidikan kewirausahaan antara lain: aula masjid yang luas dan LCD, kantin
kejujuran, Alkha Bank, dan media pembelajaran yang dibuat oleh guru untuk
mengajarkan karakter entrepreneur. Program pendidikan kewirausahaan
dikatakan cukup berhasil karena sebagian siswa memiliki keinginan tinggi untuk
menjadi entrepreneur sejati, selain itu siswa merasakan senang dengan rangkaian
kegiatan pembelajaran kewirausahaan seperti: games, praktek pembuatan
produk, market day. Faktor pendorong program pendidikan kewirausahaan antara
lain: networking atau jaringan yang dimikiki oleh sekolah, visi kepala sekolah
mengenai entrepreneur yang cukup tinggi, fasilitas sekolah yang mendukung dan
visi mis yang relevan dengan program pendidikan kewirausahaan. Faktor
penghambat dari program pendidikan kewirausahaan antara lain: kegiatan
Experience Day yang belum berjalan maksimal karena ijin dari orang tua wali
siswa, keterbatasan perlengkapan untuk praktek pembuatan produk, dan guru
pengampu mata pelajaran kewirausahaan yang terbatas.

Kata Kunci: pendidikan, kewirausahaan, model

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 65

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

D1 Zaharilah Abdul Kadir1, Nur Farhana Mustahidin2, Zaharizah Abdul
Kadir3 & Roslimah Saat4
Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar,
Seremban, Negeri Sembilan1, Unit Teknologi Pembinaan Jabatan Kejuruteraan
dan Kemahiran Kolej Komuniti Jelebu Negeri Sembilan2, SK King George V
Ampangan Seremban, Negeri Sembilan3, Jabatan Ilmu Pendidikan Institut
Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan1 Jabatan
Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban,

Menggalakkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Murid Tahap Satu Sekolah
Rendah Dalam Aktiviti Membina Ayat Mudah

Guru bahasa kerap berdepan dengan situasi murid lemah dalam membina ayat.
Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa perlu menarik dan dapat
melibatkan murid secara aktif. Pengkaji telah membina bahan bercirikan inovasi
menggunakan peta pemikiran atau peta i-think Double Bubble Map (DBM) untuk
membanding beza (comparing & contrasting). Guru memberikan murid bahan
bergambar mengikut tema, murid diminta membuat banding beza dan membina
ayat mudah. Tujuan aktiviti banding beza untuk merangsang fikiran murid-murid
berfikir secara kreatif. Kajian tindakan digunakan untuk pengkaji mereflek masalah
yang guru hadapi, memungut dan menganalisis data dan melaksanakan
perubahan terhadap amalan guru berdasarkan dapatan yang diperolehi. Model
PDCA menjadi panduan dalam kajian dan sasaran kajian seorang guru bahasa
dan melibatkan empat orang murid tahap satu dalam kategori murid LINUS di
sebuah sekolah rendah di sekitar daerah Seremban. Kutipan data kajian melalui
pemerhatian dan temu bual. Dapatan menunjukkan aktiviti pembelajaran
menggunakan DBM, guru dapat membantu murid mempertingkatkan budaya
berfikir melalui perbandingan yang dibantu dengan bahan sokongan visual.
Meningkatkan minat murid berfikir secara kritis dalam pengajaran dan
pembelajaran. Suasana pembelajaran menjadi lebih aktif dan afektif, ini
berdasarkan dapatan menunjukkan murid boleh membina sepuluh ayat mudah
berbanding sebelum menggunakan DBM hanya empat ayat mudah yang murid
dapat hasilkan. Menggunakan peta pemikiran DBM memudahkan guru untuk
merangsang pemikiran murid dalam membina ayat mudah dalam subjek Bahasa
Melayu. DBM boleh merentas kurikulum untuk subjek Bahasa Inggeris dan subjek
yang memerlukan murid membuat perbandingan seperti subjek Sejarah, Sains
dan lain-lain lagi.

Katakunci: Peta i-think Double Bubble Map (DBM), membanding beza, ayat

mudah

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 66

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

D2 Zairinah Mohd Shukur1, Hapidah Ab. Razak2 Mohd. Zaidi bin Muhamad3,
Mohamad Zaini Ismail4
IPG Kampus Raja Melewar1, IPG Kampus Teknik2,SK Bangau,Temerloh
Pahang3 4

Gaya Pembelajaran Vak Dalam Kalangan Murid Tahun 4 Hingga 6 Di Sk
Bangau, Temerloh, Pahang

Kajian ini tentang gaya pembelajaran VAK yang dIPGalkan oleh murid di SK
Bangau, Temerloh, Pahang. Objektif utama kajian ini, untuk mengenal pasti gaya
pembelajaran VAK dalam kalangan murid tahun 4, 5 dan 6 di sekolah berkenaan.
Dalam kajian ini seramai 47 orang murid terpilih sebagai sampel kajian. Kajian ini
menggunakan kaedah kuantitatif iaitu statistik deskriptif mudah. Kajian ini
memfokuskan kepada gaya pembelajaran VAK yang diperkenalkan oleh Fernald,
Keller, Orton, Gillingham, Stillman dan Montessori (1920). Model gaya
pembelajaran VAK ini menerangkan tentang gaya pembelajaran yang dIPGalkan
oleh murid dalam proses pembelajaran sesuatu ilmu. Menurut gaya pembelajaran
VAK tiga gaya pembelajaran murid menjurus kepada gaya pembelajaran visual,
gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestatik. Hasil dapatan
menunjukkan bahawa murid lelaki cenderung menggunakan gaya pembelajaran
visual dan kinestatik. Manakala murid perempuan lebih menggunakan gaya
pembelajaran auditori dan visual. Kesimpulannya model gaya pembelajaran VAK
amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah
rendah bagi memahami murid dengan lebih mendalam.

Katakunci:: gaya pembelajaran VAK, visual, auditori, kinestatik

D3 Fairuzzah Harun PhD1, Mohd Muhsinul Nidzam Abdullah2, Syed Azman
Syed Ismail3
IPG Kampus Raja Melewar1,2, IPG Kampus Bahasa Melayu3

Elemen Amalan Akhlak Terhadap Masyarakat Bakal Guru Berasaskan
Kaedah Fuzzy Delphi

Berteraskan anjakan ketiga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025), Kementerian Pendidikan berhasrat melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai melalui pendidikan. Bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai, peranan guru dalam menerapkan nilai mulia dalam pembelajaran
di sekolah adalah sangat penting. Justeru, persediaan seorang guru yang mampu
memikul tanggungjawab untuk menerapkan nilai dalam diri murid mereka adalah
amat penting dan perlu ditekankan di awal pendidikan guru itu sendiri. Kajian ini
bertujuan membangunkan model amalan akhlak bakal guru di Institut Pendidikan
Guru. Penyelidik menggunakan kaedah kajian reka bentuk dan pembangunan
penyelidikan atau Development and Design Reasearch (DDR) dalam
menghasilkan kajian ini yang terdiri daripada tiga fasa utama iaitu fasa analisis
keperluan, fasa rekabentuk dan pembangunan dan fasa penilaian kebolehgunaan

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 67

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

model. Untuk tujuan artikel ini, pengkaji hanya melaporkan proses di fasa kedua
iaitu kesepakatan 13 orang pakar terhadap elemen amalan akhlak bakal guru
terhadap masyarakat. Proses tersebut bertujuan untuk: (i) mendapatkan
kesepakatan pakar terhadap item-item amalan akhlak diri, dan (ii) menentukan
kedudukan ranking item-item. Proses ini mengaplikasi kaedah fuzzy Delphi
berdasarkan soal selidik 7 skala likert. Data yang dikumpul seterusnya dianalisis
menggunakan penomboran segi tiga fuzzy. Kedudukan (ranking) setiap elemen
ditentukan menggunakan proses defuzzification. Secara keseluruhan, dapatan
kajian merumuskan bahawa panel pakar telah mencapai kesepakatan pakar bagi
semua item bagi elemen amalan akhlak terhadap masyarakat dengan nilai
defuzzification melebihi nilai α-cut=0.5 (nilai threshold adalah ≤ 0.2 dan
kesepakatan pakar melebihi 75%). Proses aplikasi kaedah fuzzy Delphi telah
menghasilkan sebahagian instrumen yang mantap dan boleh menyumbang dalam
membangunkan model amalan akhlak guru pelatih Muslim.

Kata kunci: Amalan Akhlak Terhadap Masyarakat, Bakal Guru, Fuzzy Delphi

D4 Alias binti Zakaria1, Rahmah binti Mohd Maulot2, Umi Nadzrah binti Ali
Othman3, Mayzatul Akmam binti Kamaruddin4, Norazlan bin Ismail5
IPG Kampus Raja Melewar

Aplikasi Kit Golek-Molek Dalam Aktiviti Seramik Di Sekolah Rendah

Tujuan Kajian Tindakan ini dilaksanakan adalah untuk memperihalkan
pelaksanaan aktiviti seramik dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah
rendah. Tinjauan awal melalui temu bual dan soal selidik di sekolah, didapati
aktiviti seramik kurang dilaksanakan di sekolah rendah. Antara masalah yang
dihadapi ialah murid tidak dapat menguasai teknik lingkaran, pengetahuan dan
kemahiran guru terbatas, kos yang terlalu tinggi, bekalan mentah sukar didapati,
sukar untuk menjaga keselamatan murid dan akhir sekali sukar untukmerancang
dan menyediakan alat dan juga bahan. Oleh sebab itu, pengkaji menyediakan Kit
Golek-Molek Seramik Kreatif (Kit GMSK) sebagai alat bantu mengajar aktiviti
seramik. Sebanyak dua buah sekolah rendah yang dipiliah iaitu SJKC Sin Hua dan
SK King George V untuk pelaksanaan kajian. Manakala seramai tiga orang guru
dan lima puluh orang murid dipilih sebagai peserta kajian. Kajian ini
menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, ujian bertulis dan analisis hasil
karya untuk mendapatkan data. Dapatan kajian menunjukkan pengajaran guru
menjadi mudah menggunakan kit tersebut. Mudah bagi mereka untuk
mendapatkan alat dan bahan serta kos yang murah. Pengetahuan dan kemahiran
guru dan murid meningkat. Kualiti produk/ hasil karya seramik yang berkualiti
dapat dihasilkan.

Kata kunci: seramik, kraf tradisional, teknik lingkaran

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 68

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

D5 Loi Lai Wah
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor,Bahau

Normal T.Z Cara Alternatif Mempelajari Kebarangkalian Taburan Normal
Dalam Subjek Matematik Tambahan

Normal T.Z ini merupakan cara alternatif untuk membantu pelajar mempelajari
subtopik taburan normal dalam mata pelajaran matematik tambahan. Normal T.Z
dapat membimbing pelajar membina persamaan kebarangkalian bagi skor-Z
dengan mudah. Terdapat dua objektif Normal T.Z, iaitu mencari kebarangkalian
bagi skor-Z dalam pelbagai julat. Kedua, mencari skor Z atau taburan normal, X
apabila kebarangkalian taburan normal telah diberi. Kumpulan sasaran kajian
adalah pelajar yang mendapat markah kurang daripada 40 dalam peperiksaan
pertengahan tahun . Seramai 15 orang pelajar dari kelas 5 efisien dan kelas 5
bestari telah dipilih. Menurut cara pembelajaran taburan normal dalam buku teks,
pelajar perlu melakar graf berbentuk loceng, mengaplikasikan konsep simetri
untuk menentukan julat skor-Z, melorek julat skor-z pada graf berbentuk loceng
dan membina persamaan taburan normal untuk mendapatkan kebarangkaliannya.
Dengan menggunakan kaedah inovasi Normal T.Z, pelajar hanya perlu
mendarabkan simbol ketaksamaan dan simbol skor-Z untuk membina persamaan
taburan normal untuk mendapatkan kebarangkaliannya. Tanda ketaksamaan “>”
mewakili positif manakala tanda ketaksamaan “<” mewakili negatif. Ujian pra dan
ujian pos diadakan untuk menguji keberkesanan inovasi Normal T.Z. Hasil dapatan
menunjukkan cara inovasi Normal T.Z lebih berkesan daripada cara biasa.

Kata kunci: Normal T.Z, kebarangkalian, taburan normal

D6 Mohd Amirul Ashraf Daud1, Mohd Syahiruddin Daud2, Abdullah Omar3
SMKA Dato Hj Abu Hassan Hj Sail1,2,3

Menghafaz Al Quran Menggunakan Mushaf Al-Huffaz Dalam Meningkatkan
Jumlah Hafazan 20 Orang Murid Yang Lemah

Mushaf Al-Huffaz merupakan sebuah mushaf al-Quran yang diinovasikan
berdasarkan keperluan subjek Hafazan al-Quran dalam Kurikulum Bersepadu
Tahfiz (KBT) Kementerian Pendidikan Malaysia bagi pelajar-pelajar Tahfiz Model
Ulul Albab (TMUA) di SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Pedas. Mushaf ini
dihasilkan dengan konsep memandu otak merakamkan kedudukan ayat mengikut
urutan kedudukannya di dalam setiap muka surat. Kaedah menggambar
kedudukan ayat dan memberi fokus kepada setiap awal ayat, akhir ayat dan ayat-
ayat hampir sama sebagai kata kunci penting ayat hafazan dapat membantu
mempercepatkan proses mengingat dan menghafaz bagi pelajar yang baru
mengenali bidang hafazan. Mushaf ini turut dilengkapi dengan tema ayat dan
mutiara kata dari setiap muka surat untuk pelajar memahami kandungan ayat al-
Quran secara umum dan meningkatkan motivasi diri. Pemilihan Juzuk 1 adalah

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 69

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

signifikan untuk pelajar baru tingkatan satu melatih kemahiran otak mereka
menggambar kedudukan ayat di dalam mushaf. Metodologi kajian ini adalah
dengan menganalisis data hafazan pelajar sebelum dan selepas menggunakan
Mushaf Al-Huffaz. Dapatan kajian selama sebulan penggunaan mushaf ini,
penyelidik mendapati peningkatan dalam jumlah bilangan muka surat hafazan
pelajar. Pengenalan kepada mushaf hafazan ini adalah penting sebagai garis
panduan untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran hafazan
dengan kaedah yang betul dan bersistematik. Penggunaan mushaf ini juga perlu
disebarluaskan penggunaannya kepada setiap pelajar yang sedang berusaha
menghafaz al-Quran sama ada di sekolah, maahad-maahad tahfiz, masjid dan
surau atau persendirian.

Kata Kunci: Mushaf Al-Huffaz, Tahfiz, al-Quran

D7 Umi Kalsom Takriff1 , Nirwana Mohd Rashid PhD2
IPG Kampus Raja Melewar1,2

Tahap Hubungan Sosial Pelbagai Etnik Dalam Kalangan Pelajar Mengikut
Semester Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Siswa bakal guru merupakan pewaris kepada kepimpinan negara serta pencorak
pemikiran masyarakat akan datang. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti
tahap hubungan sosial pelbagai etnik dalam kalangan pelajar mengikut semester
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan daripada segi kehidupan seharian yang
terbina dalam kalangan pelajar pelbagai etnik yang berlainan budaya, bahasa dan
agama. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan borang soal
selidik. Skop kajian ini tentang hubungan sosial daripada perspektif perpaduan
kaum. Penelitian dibuat daripada aspek perhubungan sosial toleransi, saling
bantu-membantu dan hormat-menghormati di antara pelajar-pelajar pelbagai
etnik. Data dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan. Hasil kajian ini
secara keseluruhannya didapati bahawa tahap hubungan sosial pelajar mengikut
semester adalah berada pada tahap positif. Pelajar mengikut semester
menunjukkan kecenderungan untuk memberikan persepsi yang lebih positif
terhadap hubungan antara etnik dalam menjalani kehidupan seharian daripada
aspek berkawan, menyiapkan tugasan akademik, tinggal sebilik dan bersedia
membantu pelajar berlainan etnik jika ada masalah. Keputusan ini menunjukkan
tanda-tanda positif ke arah sebuah Negara yang bersatu padu selaras dengan
matlamat Wawasan 2020 untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia.

Kata kunci:: Hubungan sosial, Pelbagai etnik, Pelajar, toleransi, hormat-
menghormati

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 70

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

D8 Margaret Anthoney1, Zoraida Mustafa2, Yee Chin Yip3, Mohd Salleh
Wasik4
Faculty of Major Language Studies.
Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan

Burnout Among Secondary School Japanese Language Teachers In Four
South States Of Malaysia

This study investigated the issue of burnout among secondary school Japanese
Language teachers in Selangor, Negeri Sembilan, Malacca and Johor. The sample
consisted of 30 teachers who were selected randomly from the various schools
which offers Japanese Language as a foreign language. The survey questionnaire
used was the Maslach Burnout Inventory (MBI). The purpose of the study was to
determine the Aras of burnout among Japanese Language teachers and the
influence of marital status and gender in the Aras of teacher`s burnout. The findings
would help school administrators take steps to avoid aggravating their burn Arass
and organize seminars, workshops or other activities that can help teachers cope
with burnout.

Keywords: Burn out, marital status, gender, emotional exhaustion,
depersonalization, reduced personal accomplishment

D9 Sharifah Sheha Syed Aziz Baftim PhD
Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan

The Representation Of Thinking Skills In The Assessment Of English
Course At Tertiary Aras

Higher order thinking skills (HOTS) has become an agenda in the education
system in preparing the nation to compete in this millennium age. Thus, it is
necessary to look into the infusion of HOTS in the instructional development to
ensure that the educational objectives are achieved in line with the strategies that
are put forth in the Malaysian Education Blueprint 2015-2025. The objective of this
study then is to investigate the Aras of thinking skills infused in the questions posed
in the assessment for students of Pre-diploma and Diploma in Science program at
selected institutions of higher learning. This study employed a mixed form of
mainly qualitative approach with a simple quantitative measurement of statistical
analysis. Content analysis was applied on the data collected with the use of
descriptors from Ghazali Mustapha’s COGAFF Taxonomy and Moore’s Mental
Operation Questions. The findings showed that there is a representation of HOTS
in the questions formulated in the exams but the emphasis given between the lower
order and the higher order thinking skills is not consistent. This leads to the
students not being fully tested according to requirements of the syllabus.

Keywords: HOTS, questions, assessment, higher institutions.

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 71

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

D10 Suriyana Sulaji, Nur Hidayah Ahmad Mustafa 2 dan Nurul Liyana
Mahmod3
Kolej komuniti Selandar, Melaka1,2,3

Kajian Kepuasan Majikan Terhadap Graduan Kolej Komuniti Selandar,
Melaka 2016

Kebolehpasaran graduan adalah indikator bagi kejayaan sesebuah insitusi dalam
usaha untuk mengeluarkan tenaga kerja yang berkualiti. Bagi sesebuah institusi,
pelajar adalah satu produk berharga yang perlu dibentuk dan disediakan sebaik
mungkin supaya segala keperluan bidang kerja dapat dipenuhi sepenuhnya. Kolej
komuniti Malaysia bertindak sebagai penyedia tenaga kerja separa mahir
berkualiti kepada negara memegang tanggungjawab yang besar untuk melahirkan
pekerja yang bukan sahaja berkemahiran, malah berpengetahuan tinggi dan
mempunyai kemahiran insaniah yang diperlukan oleh bidang kerjaya pada masa
kini. Kemahiran teknikal merujuk kepada kefahaman dan kecekapan dalam
sesuatu aktiviti yang khusus, terutama yang melibatkan kaedah, proses, prosedur
dan teknik. Pengetahuan pula merujuk kepada tahap kefahaman dan pengalaman
individu mengenai bidang kerja yang diberikan. Aspek kamahiran isnaniah yang
diuji pla merujuk kepada kebolehan yang memfokus kepada pembangunan
ketrampilan diri, personaliti dan kemanusiaan. Ketiga-tiga aspek ini iaitu
kemahiran, pengetahuan dan kemahiran insaniah dinilai oleh majikan dalam
menentukan kebolehpasaran graduan kolej komuniti. Sehubungan itu, satu kajian
kepuasan majikan telah dijalankan bagi mengukur persepsi majikan terhadap
lepasan Kolej Komuniti Selandar, Melaka dalam memenuhi aspek-aspek yang
dinyatakan di atas. Seramai 65 majikan telah dipilih dalam kajian ini dan kaedah
soal selidik telah dijalankan bagi mendapatkan persepsi majikan secara umum.
Dapatan kajian menunjukkan rata-rata majikan mempunyai persepsi yang baik
terhadap lepasan Kolej Komuniti Selandar dan konstruk-konstruk yang diuji
mendapat nilai min yang tinggi.

Katakunci: kebolehpasaran, kemahiran, kemahiran insaniah

D11 Nor Aisah Jamil1, Norhana Bakhary PhD2, Megat Affandi Ismail3 Mohd
Kashfi Mohd Jailani PhD4, Aresa Liyana bt Mohd Isa5
Pejabat Pendidikan Daerah Seremban1,2,3, IPG Kampus Pendidikan Teknik4,
SMK Taman Forest Heights5

Model Pengukuran Rasch Digunakan Dalam Proses Diagnostik Terhadap
Pentaksiran Sumatif Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 5
Pentaksiran Sumatif adalah sebahagian daripada penilaian yang dilaksanakan
secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan
maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.
Isu guru dalam melaksanakan pentaksiran ini adalah kaedah yang tepat dalam
mendiagnosis maklumat tersebut. Justeru, penulisan kertas ini merupakan satu
perkongsian amalan terbaik bagi melaksanakan proses kerja diagnostik terhadap
pentaksiran sumatif dengan menggunakan model pengukuran Rasch bagi mata
pelajaran Geografi tingkatan lima. Kajian ini memberi fokus kepada proses kerja

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 72

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

diagnostik terhadap kebolehpercayaan instrumen yang digunakan dalam
pentaksiran secara sumatif, tahap kemampuan, keupayaan dan kebolehan murid
serta tahap kesukaran item bagi konstruk yang diuji. Hasil kajian ini dapat
menunjukkan ketepatan dapatan proses diagnostik terhadap pentaksiran sumatif
yang dijalankan dengan menggunakan model ini. Berdasarkan dapatan proses
kerja diagnostik ini, memudahkan guru menentukan intervensi kemajuan murid
bagi tujuan peningkatan penguasaan terhadap mata pelajaran dengan tepat dan
berkesan.

Kata kunci: pentaksiran, proses kerja diagnostik, intervensi kemajuan murid,
pencapaian, dan model pengukuran Rasch.

D12 Siti Halijah Latip1, Asyandi Mohd Noor2, Muhammad Shazwan Sheikh
Abdul Razak3, Muhammad Zikri Rasid4
Kolej Matrikulasi KPM Labuan
Enhancing Student’s Motivation Towards Organic Chemistry Self-Driven
Practise

Mastering the organic chemistry, even at the matriculation Aras requires a lot of
memorisation. As memorisation requires a lot of practise, it is crucial that students
keep practising. This research seeks to find a solution to student’s lack of
motivation towards self-driven practise. The main objective of this research is to
provide a positive learning environment in order to create a fun and enjoyable
learning experiences. Elements of surprise, challenge and mystery were
incorporated into the practise to maintain and enhance student’s motivation to
learn and memorise important concepts. Data drawn from 22 students selected
as respondents for observations and interviews were analysed to study the attitude
and behavioural change towards chemistry self-driven practise after the
intervention. It was found that when the act of practising is fun and challenging,
student’s motivation to learn increased and instructional goals were achieved.

Keywords: motivation, organic chemistry, learning environment

D13 Siska Oktari
Universitas Andalas

Penggunaan Media” I Love Kabataku” Untuk Meningkatkan Minat
SiswaTerhadap OperasiMatematika Dasar

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 73

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

D14 Nur Diyana Daud1, Zahiah Haris@ Harith PhD2
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas1,2

Analisis Penilaian Siswa Guru Pismp Ambilan Jun 2015 Terhadap Bimbingan
Guru Pembimbing Semasa Praktikum

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penilaian siswa guru terhadap guru
pembimbing terhadap siswa guru semasa praktikum dilaksanakan di Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Kajian ini merupakan Kajian Kaedah
Gabungan (Mixed Method Research). Pengumpulan data triangulasi digunakan
bagi mendapatkan data yang berbeza-beza dari subjek yang sama. Kajian ini
melibatkan pengumpulan data secara kuantitatif melalui dokumen kualiti MS ISO
9001:2008, LAM PT 05-12 (Penilaian Terhadap Guru Pembimbing) dan
diperkukuhkan dengan data kualitatif iaitu penjelasan melalui set soalan terbuka
separa berstruktur. Data kuantitatif melibatkan siswa guru ambilan Jun 2015
(n=122). Manakala data kualitatif melalui soalan terbuka melibatkan 33 orang
siswa guru dari kumpulan yang sama yang terdiri dari 30 orang perempuan dan 3
orang lelaki. Data dianalisis secara kuantitatif iaitu menggunakan perisian
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 21 bagi borang penilaian
dan data kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kes. Kajian ini memberi
fokus kepada dua objektif kajian iaitu analisis penilaian siswa guru PISMP ambilan
Jun 2015 terhadap guru pembimbing serta cadangan penambahbaikan terhadap
bimbingan guru pembimbing semasa praktikum. Dapatan kajian melibatkan 2
konstruk yang terkandung dalamborang penilaian siswa guru terhadap
perancangan dan pelaksanaan guru pembimbing (LAM PT 05-12). Seterusnya,
terdapat 5 tema dalamcadangan penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti
bimbingan semasa praktikum oleh guru pembimbing.

Kata kunci : Siswa guru ambilan Jun 2015, penilaian praktikum dan guru
pembimbing

E1 Faridah binti Nazir PhD
Kuliyyah of Language and ManagementInternational Islamic University, Pagoh
Education Hub

Algoritma Sebagai Teknik Penyelesaian Masalah Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Melayu

Kajian telah dijalankan dalam kalangan 32 orang murid tahun 4 di sebuah sekolah
rendah daerah Seremban. Guru telah mengajar murid mata pelajaran Bahasa
Melayu menggunakan program scratch. Tema pengajaran dan pembelajaran
(pdp) guru ialah pertanian, manakala tajuknya ialah produk makanan daripada
pertanian. Pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai objektif agar murid-murid
dapat menyusun perkataan menjadi ayat dasar yang gramatis berdasarkan
program scratch. Murid-murid juga diminta menulis satu resepi kek menggunakan
teknik algoritma, iaitu satu siri arahan yang terdapat dalam program scratch.
Pengajaran dan pembelajaran berkonsepkan algoritma ini telah dijalankan dalam

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 74

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

lima langkah, iaitu set induksi; langkah 1; langkah 2; langkah 3; dan pengayaan
dan pemulihan. Murid-murid memahami konsep algoritma yang diajarkan dan tidak
memerlukan aktiviti pemulihan. Perkara ini secara tidak langsung menunjukkan
bahawa, konsep algoritma tentang cara menyediakan kek melalui program
scratch, telah dapat difahami sepenuhnya oleh murid-murid. Murid-murid juga
amat teruja dengan teknik algoritma dan program scratch yang dihasilkan. Mereka
kekal fokus sepanjang sesi pdp yang menunjukkan bahawa, penggunaan
algoritma dan program scratch adalah lebih baik daripada kaedah konvensional
untuk mengajar Bahasa Melayu.

Kata kunci: Program scratch; Algoritma; Ayat dasar; Gramatis; Arahan

E2 Balakrishnan Govinthasamy PhD1, Pushpa T Rajagani2
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar1, SMK Mantin, Negeri Sembilan2

Penilaian Proses Pelaksanaan Kbkk Dalam Mata Pelajaran Sejarah Ting. 4
Kbsm Di Daerah Seremban, N. Sembilan: Kajian Kes Terhadap Seorang
Guru

Pelaksanaan penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK)
dalam KBSM sudah dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
sejak 1990-an. Kajian kes ini bertujuan untuk menilai keberkesanan aspek
pelaksanaan elemen-elemen KBKK khususnya dalam mata pelajaran Sejarah
Ting. 4 di sebuah sekolah menengah di daerah Seremban, N. Sembilan. Kajian ini
berfokus terhadap tanggapan guru tentang penerapan KBKK, cara guru membuat
perancangan untuk menerapkan KBKK, persediaan rancangan pengajaran guru
untuk menerapkan KBKK di sekolah, dan cadangan guru untuk menerapkan KBKK
dengan lebih berkesan dalam mata pelajaran Sejarah Ting.4. Berbantukan model
penilaian congruence oleh Stake, 1969 sebagai asas, pengkaji berfokuskan aspek
transactions dalam membincangkan hasil dapatan kajian ini. Seorang guru KBSM
yang mengajar mata pelajaran berkenaan menjadi peserta kajian. Meski pun
terdapat banyak peluang untuk menerapkan elemen-elemen KBKK dalam mata
pelajaran berkenaan, guru di SMK Dahlia ini kurang mengambil peluang untuk
menerapkan elemen KBKK yang telah ditetapkan oleh BPK. Kecuali komponen
berfikir secara kritis yang diterapkan secara meluas; komponen berfikir secara
kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran membuat keputusan
tidak dilaksanakan oleh peserta kajian ini. Hasil triangulasi data daripada guru
peserta kajian, Pengetua sekolah dan beberapa pelajar terpilih turut membuktikan
bahawa penerapan KBKK dalam kurikulum sekolah menengah di SMK Dahlia
dalam mata pelajaran Sejarah Ting. 4 KBSM tidak mencapai tahap yang
ditetapkan oleh BPK. Pelbagai masalah telah diutarakan dan pengkaji turut
mengetengahkan pelbagai cadangan kepada pihak yang berkenaan dalam
melaksanakan projek KBKK untuk memikirkan strategi-strategi tertentu dengan
segera agar projek ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan lagi.

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 75

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

Kata Kunci: Kemahiran Berfikir, KBKK, Penilaian Program, Kurikulum KBSM,
Sejarah Ting. 4 KBSM

E3 Alias Zakaria1, Nirwana Mohd Rashid PhD2 , Zaharilah Abdul Kadir3,
Habsah Yusof4
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban

Aplikasi Picit-Picit Jadi Batik Dalam Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran
Aktiviti Mencanting Batik

Penghasilan batik canting telah diperkenalkan dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di sekolah bagi memastikan warisan seni ini dikekalkan.
Aktiviti PdP batik canting dalam mata pelajaran seni masih menggunakan kaedah
tradisional iaitu melibatkan aktiviti pemanasan lilin dan pelbagai alatan lain. Walau
bagaimanapun tinjauan awal mendapati lebih 90% sekolah tidak melaksanakan
aktiviti PdP batik canting. Hasil temubual mendapati kebimbangan guru terhadap
aspek keselamatan pelajar, kurangnya pengalaman dan kos yang tinggi adalah
punca aktiviti batik canting tidak dilaksanakan. Sehubungan itu kajian aplikasi picit-
picit jadi batik (PPJB) yang melibatkan aktiviti mencanting tanpa pemanasan lilin
telah dilakukan bertujuan menambah baik amalan PdP guru dan murid. Kumpulan
sasaran terdiri daripada murid-murid sekolah rendah dan murid pendidikan khas.
Pengumpulan data kajian dilakukan melalui pemerhatian, temubual dan analisis
dokumen. Hasil kajian menunjukkan aplikasi picit-picit jadi batik yang tidak
melibatkan pemanasan lilin dan penggunaan api telah berjaya menjadikan aktiviti
mencanting batik sangat mudah, menarik, selamat dan menjimatkan masa. Malah
picit-picit jadi batik batik juga telah dapat menjimatkan kos operasi sebanyak 67%
serta dapat menjaga kelestarian dan kebersihan alam sekitar kerana proses
membatik tidak lagi memerlukan proses merebus kain untuk pembuangan lilin.

Kata kunci: batik canting, murid Pendidikan Khas

E4 Abd Razak bin Abu Chik PhD
IPG Kampus Raja Melewar

Memperkenalkan Inovasi Bengkel Bahasa Arab Berasaskan Kata Serapan
Bahasa Melayu Di Sekolah-Sekolah Seluruh Malaysia Dan Brunei
Darussalam

Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2015) mencatatkan terdapat lebih 1700 perkataan kata
serapan Melayu dalam pelbagai bidang berasal daripada bahasa Arab.
Sehubungan itu diperkenalkan modul yang mengaplikasikan pengajaran dan
pembelajaran bahasa Arab melalui pendekatan nahu berfungsi (al-Naḥw al-
Waẓīfiyy) berdasarkan kata serapan bahasa Arab ke bahasa Melayu. Kajian ini
bertujuan untuk memperkenalkan satu model modul latihan asas bahasa Arab
berasaskan kata serapan Melayu kepada bukan penutur Arab jati. Usaha
membangunkan modul seumpama ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya
oleh pihak yang berkaitan terutama institusi pengajian tinggi, sekolah, dan tenaga
pengajar bahasa Arab di nusantara dengan pendekatan yang lebih holistik dan
global. Dapatan kajian ini telah dibukukan dan dijadikan modul utama dalam

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 76

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

Bengkel Bahasa Arab yang diadakan di seluruh Malaysia dan Brunei Darussalam.
Bermula dari 2009 hingga Ogos 2018 lebih 45,000 peserta dari lebih 250 buah
institusi pendidikan telah mengikuti modul dengan jayanya. Berdasarkan
pemerhatian, soal selidik dan temubual didapati 90% peserta seronok
menggunakan pendekatan modul ini.

Kata kunci: Modul, bengkel, bahasa Arab, kata serapan, Melayu

E5 Nurul hidayah Mansor1, Athira Ayuni Asmadi2
Universiti teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan1, 2

Aplikasi Teknologi Media Dalam Pembelajaran Kursus Asas Takaful Di UiTM

Takaful merupakan sebahagian daripada industri kewangan Islam yang
berkembang pesat di Malaysia. Perkembangan ini memerlukan kelangsungan
pakar-pakar khusus terutamanya dalam industri takaful. Maka, ia merupakan satu
cabaran dalam dunia pendidikan untuk memastikan keberkesanan memahami
teori takaful yang dipraktikkan di industri takaful negara. Paradigma pendidikan
tradisional dilihat kurang dominan di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
takaful pada masa kini berikutan perubahan teknologi pendidikan yang pantas dan
perlu seiring dengan perkembangan semasa. Kajian ini mendapati pendekatan
aplikasi teknologi media di dalam P&P pembelajaran subjek takaful perlu diberi
perhatian bagi memastikan hasil pembelajaran (learning outcomes) yang berkualiti
dan dinamik. Justeru itu, pendekatan media dalam P&P subjek takaful yang
berkesan ini bukan sahaja akan memberi tumpuan kepada ilmu teori malah dunia
pendidikan mampu untuk terus menyumbang kepada kepakaran dan inovasi baru
yang dapat memastikan kelangsungan kejayaan industri takaful negara.

Kata kunci: Aplikasi teknologi media, pengajaran dan pembelajaran, asas takaful

E6 Mohd Nizam Bin Mad Tahir
SMK Dato’ Sedia Raja, Rembau

“Akal 2l” Meningkatkan Kemahiran Murid Mencari Pusat Putaran 900 Dengan
Kaedah “Akal 2l” Bagi Pelajar Tingkatan 5 Pendidikan Seni Visual (5PSV)

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran pelajar mencari pusat putaran
900. Seramai 18 orang murid Tingkatan 5 Pendidikan Seni Visual (5PSV) di sebuah
sekolah menengah di Daerah Rembau dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Sekolah tersebut mempunyai Lima Kelas Tingkatan 5 iaitu 5 Sains, 5 Akaun, 5
ERT, 5 Perdagangan dan 5 PSV. Tingkatan 5PSV adalah kelas terakhir. Objektif
kajian, pertamanya untuk menentukan tahap pencapaian murid dalam mencari
pusat putaran 900 dengan kaedah “AKaL 2L”. Keduanya, mengenalpasti bentuk
kesilapan murid dan akhir sekali mengetahui bagaimana cara mereka

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 77

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

mendapatkan jawapan. Tajuk putaran adalah salah satu sub-topik dalam tajuk
Penjelmaan subjek Matematik yang diajar kepada murid tingkatan 2, 3 dan 5. Hasil
pemerhatian dan pengalaman lepas, saya dapati lebih separuh murid-murid
tingkatan 5 menghadapi masalah untuk mencari pusat putaran terutamanya
mencari pusat putaran 900. Kaedah biasa yang diajar dan digunakan untuk
mencari pusat putaran 900 dengan kaedah membina garis berserenjang diantara
imej dan objek yang sepadan. Untuk membina garis berserenjang masalah yang
dihadapi oleh murid-murid adalah murid kurang jitu apabila melukisnya sehingga
menghasilkan persilangan 2 garis berserenjang yang tidak tepat. Terdapat juga
murid-murid yang tidak membawa dan memiliki set jangka lukis sehingga
kebanyakkan murid terus tidak berminat tajuk ini. Pelbagai kaedah dan strategi
pembelajaran alternatif digunakan termasuklah kaedah bucu kertas dan keadah
kertas surih namun tiada kesan yang maksimum. Hasil pemerhatian dan
pengalaman lepas juga saya mendapati disebabkan masalah untuk mencari pusat
putaran 900 ini, lebih 50% murid terus tidak menjawab soalan Penjelmaan yang
menyumbang 12 markah dalam kertas 2 Matematik SPM. Keputusan ujian Post
telah menunjukkan peningkatan 100% murid-murid mencari pusat putaran 900
dengan kaedah “AKaL 2L”. Murid-murid sangat berminat terhadap kaedah yang
digunakan dan yang paling penting murid-murid lebih berminat untuk belajar
subjek Matematik kerana kebanyakan pelajar, matematik dianggap sebagai satu
mata pelajaran yang sukar dan mengelirukan (Noor Azlan, 2005). Semoga hasil
kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

Kata kunci: AkaL 2L, Penjelmaan, Putaran, fun maths.

E7 Soo Kum Yoke1, Norwati Roslim PhD2, Nor Haniza Hasan3
Academy of Language Studies, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus
Rembau1,2,3

The Effects Of Digital Technology On Gen Y And Z: A Parental Perspective

Digital technology has become increasingly important. However, many studies
reviewed that there are positive and negative effects of using digital technology.
This study seeks to investigate the reasons for the use of digital technology among
children and its effects. This quantitative study uses questionnaires to investigate
the effects of digital technology among children in the Segamat District by means
of a survey conducted on their parents. The findings of this study is divided into 4
sections which are demographics, reasons why children use digital technology,
positive effects of using digital technology and negative effects of using digital
technology. The results have shown both the positive and negative effects of using
digital technology. Hence, it is recommended that digital technology should be
used for gaining knowledge and learning new things rather than playing games
excessively with parental supervision.

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 78

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

Keywords: digital technology, positive and negative effects

E8 Norshidah Abu Husin PhD¹, Fatimah Mustaffa PhD² ,Siti Kertini Abdul
Hamid³
Institusi Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka1,2,3

Sokongan Kesihatan Mental Institut Pendidikan Guru: Kajian Kes Di
IPGKPM, Melaka

Kesihatan mental yang baik merupakan harta yang tidak ternilai, suatu nikmat
hidup dan juga diantara keperluan asas bagi mencapai kejayaan dan
kesejahteraan dalam semua aktiviti kehidupan seseorang setiap hari dan
sepanjang hayat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memahami
pengalaman hidup siswi pendidik IPGKPM mengalami masalah kesihatan mental
kearah kejayaan akademi melalui kajian kualitatif teori asas (grounded teori).
Kajian ini melibatkan dua orang responden terdiri daripada siswi pendidik yang
dipilih oleh penyelidik menggunakan persampelan bertujuan. Rekabentuk kajian
kualitatif dan data kajian diperolehi melalui analisis temubual. Data kualitatif
dianalisis secara manual berbentuk tematik. Dapatan kajian menunjukkan sisiwi
pendidik IPGKPM mempunyai kesedaran tentang kepentingan pengetahuan
kesihatan mental dan kaedah pengawalan melalui sokongan psikososial.
Kesimpulannya kajian ini dapat membantu pihak Institut Pendidikan Guru dan
siswi pendidik bagi membina teori tentang bagaimana siswi pendidik bergantung
kepada perkhidmatan sokongan IPGKPM dan sokongan psikososial untuk
mencapai kejayaan akademik dan kegigihan terhadap matlamat akademik mereka

Kata kunci: Kesihatan Mental, Siswi Pendidik, Institut Pendidikan Guru.

E9 Yuslina Mohamed PhD1, Wan Azura Wan Ahmad2, Mesbahul Hoque3,
Zainal Abidin Hajib4 & Maziahtusima Ishak5
Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan.

Kaedah PBL Pengajaran Bahasa Arab ASP (Ekonomi Dan Pelancongan) Di
Universiti Sains Islam Malaysia

PBL adalah satu kaedah pengajaran yang aktif berasaskan masalah yang
berpusatkan kepada pelajar. PBL telah diperkenalkan di McMaster University,
Canada yang merupakan kaedah pengajaran tradisional pada pada tahun 60an.
Sementara, Bahasa Arab untuk tujuan khas (ASP) adalah cabang linguistik
terapan yang telah terkenal sejak lebih 10 tahun yang lalu, terutamanya selepas
peristiwa keruntuhan WTC pada 11 September 2001. Dengan demikian, keperluan
terhadap ASP semakin meningkat. Seperti kita maklum pengajaran Bahasa Arab
masih lagi mengetengahkan kaedah yang klasik atau tradisional yang mana
keberkesanannya masih tidak memuaskan terutamanya di peringkat universiti, ini
dapat dilihat kepada ratusan graduan universiti tidak manpu berkomunikasi
Bahasa Arab dengan baik. Jadi, PBL dilihat sebagai satu kaedah yang dapat

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 79

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

menggalakkan pelajar untuk merangsang idea, mencari punca dan meyelesaikan
masalah bagi setiap isu atau permasalahan yang timbul dalam situasi tertentu.
Kaedah PBL adalah satu kaedah yang menarik dapat menarik minat pelajar untuk
mengusai bahasa arab dengan baik. Kajian ini akan membina satu kaedah PBL
bahasa Arab ASP dengan tujuan untuk membantu pelajar untuk mahir komunikasi
dalam bidang ASP Pelancongan dan Ekonomi, iaitu dengan menggariskan
langkah perlaksanaan PBL Bahasa Arab yang sistemetik khusus untuk ASP.
Kajian ini adalah kajian perpustakaan yang mana pengkaji akan merujuk kaedah,
teori dan perlaksanaan PBL dalam pengajaran untuk membangunkan PBL Bahasa
Arab yang bersesuaian mengikut situasi Pelacongan dan Ekonomi. Kaedah PBL
Bahasa Arab ini memberi ruang kepada pelajar untuk lebih mahir dan aktif dalam
komunikasi Bahasa Arab serta memberi impak positif terhadap perkembangan
Bahasa dalam kalangan pelajar.

Kata kunci: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL), Arabic for Spesific
Purposes (ASP), Bidang pelancongan dan ekonomi.

E10 Nila Anggreiny1, Septi Mayang Sari2, Meria Susanti3
Program Studi Psikologi Fakultas Kedokteran Universitas Andalas1,2,3

Studi Deskriptif Kesiapan Sekolah pada Anak Pendidikan Usia Dini

Proses pembelajaran membutuhkan kesiapan anak dalam segala aspek. Saat
memasuki Sekolah Dasar diharapkan anak sudah mampu melatih ketrampilannya
dalam belajar. Penelitian ini bertujuan untuk melihat gambaran gambaran
kesiapan sekolah pada anak pendidikan usia dini. Metode kuantitatif deskriptif
dengan teknik pengumpulan data menggunakan alat tes psikologi (NST). Hasil
penelitian menunjukkan 60.5 % anak siap untuk memasuki sekolah dasar, 23 %
dipertimbangkan untuk masuk sekolah dasar serta 16.5 % tidak siap untuk
memasuki sekolah dasar. Aspek yang paling banyak tercapai adalah aspek
ketajaman pengamatan (95.5%). Sedangkan aspek yang paling banyak belum
tercapai adalah aspek menggambar orang (44.3%) dan motorik halus (59.9%).

Kata kunci: kesiapan sekolah, pendidikan anak usia dini

E11 Yantri Maputra PhD 1 Septi Mayang Sarry, 2, Nila Anggreiny, 3
Universitas Andalas Padang1,2,3

Penanaman Pendidikan Karakter Berbasis Kearifan Lokal Di Sekolah
Menengah Atas

Penelitian ini bertujuan melihat penanaman pendidkan karakter berbasis kearifan local
(local wisdom) di sekolah menegah atas. Bentuk penelitian ini descriptive kualitatif.
Pengumpulan data melalui studi wawancara dan observasi. Data dianalisis melalui
perisian Nvivo. Hasil kajian menunjukkan bahwa penanaman pendidikan karakter berbasis
kearifan local di sekolah menegah atas dapat dilakukan dalam proses pembelajaran,

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 80

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

pengembangan budaya sekolah, seperti kegiatan rutin, kegiatan spontan, keteladanan,
pengkondisian, dan kegiatan ekstrakulikuler seperti pramuka, seni tari, dan seni budaya
local. Proses penanaman karakter berbasis kearifan local in dilakukan melalui beberapa
cara di sekolah, antara lain mengintegrasikan ke dalam pembelajaran budaya sekolah.
Kegiatan ekstrakulikuler.

Kata kunci: penanaman, pendidikan karakter, kearifan lokal

E12 Hapiz Bin Mahat , Jurimi Bin Kasran , Himawati Binti Hassan
Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat, Johor

Kaedah Engkol Dalam Mengatasi Kesalahfahaman Konsep Asas Matematik

Tahap 1 dalam sistem Pendidikan rendah di Malaysia merupakan titik awal bagi
seseorang murid untuk mengenal konsep asas Matematik. Kesalahfahaman
murid-murid tentang sesuatu konsep asas matematik akan mempengaruhi minat
seterusnya pencapaian mereka dalam mata pelajaran Matematik. Penguasaan
konsep asas matematik dalam kalangan murid Tahap 1 (khususnya Tahun 1)
memerlukan pendekatan yang sesuai. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
keberkesanan satu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik
yang dinamakan Kaedah Engkol. Penggunaan Kaedah Engkol dirancang dan
dilaksanakan beserta bahan bantu belajar yang bersesuaian dengan aktiviti PdP
(set induksi, perkembangan, pengukuhan, pengayaan, dan penutup). Ujian pra
dan ujian pos telah ditadbir untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah ini.
Sampel kajian melibatkan 10 orang murid Tahun 1 yang tidak menguasai konsep
asas matematik. Dapatan kajian telah membuktikan keberkesanan Kaedah Engkol
untuk memudahkan murid-murid menguasai konsep asas matematik dengan
mudah.

Kata Kunci : Pendidikan Rendah, Konsep Asas Matematik, Inovasi Matematik
(Kaedah Engkol )

E13 Shahlan Surat PhD1, Natasha 2, Shalinawati Ramli3,
Fakulti Pendidikan UKM1, Fakulti Perubatan UKM2, Fakulti Perubatan Universiti
Sains Islam Malaysia3,

Kreativiti Sains Dan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah

Hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) adalah
melahirkan masyarakat yang mempunyai fikiran kreatif dan kritis serta maju dalam
bidang sains dan teknologi. Maka, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti
kreativiti sains, kemahiran proses sains dan pencapaian akademik dalam kalangan
pelajar aliran sains sekolah menengah. Alat kajian yang digunakan ialah The
Torrance Test of Creative Thinking-Figural yang direka oleh Torrance. Seramai
120 orang responden telah dipilih secara rawak sistematik dan dianalisis
menunjukkan tahap kreativiti sains adalah tinggi dan didapati tiada hubungan yang

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 81

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

signifikan antara kreativiti sains dengan pencapaian akademik pelajar. Hal ini
bermakna pelajar yang mempunyai kreativiti sains tidak semestinya mempunyai
keputusan pencapaian akademik yang cemerlang dalam peperiksaan. Implikasi
kajian ini, guru perlu memperbaiki gaya pengajaran bagi menggalakkan
pemupukan kreativiti sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
pemupukan kreativiti sains amat penting bagi melahirkan pelajar yang mampu
berfikiran dengan lebih jauh dan “berfikir di luar kotak” sifatnya.

Kata kunci: Kreativiti sains, pencapaian akademik, kreatif, pengajaran dan
pembelajaran.

E14 Anita Sapura binti Shaari
IPG Kampus Ilmu Khas

Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Mengenal Warna Bagi Murid Masalah
Pendengaran Dengan Menggunakan Kaedah Kenal Warna Ikut Baju (KWIB)

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal warna
bagi murid masalah pendengaran dengan menggunakan kaedah KWIB. Seorang
peserta kajian tahap 1 di sebuah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas di negeri
Selangor telah terlibat dalam kajian ini. Fokus kajian ini memberi penekanan
kepada penggunaan kaedah KWIB dalam meningkatkan penguasaan kemahiran
mengenal warna merah, kuning, biru dan hijau bagi murid bermasalah
pendengaran melalui mata pelajaran Dunia Seni Visual. Pengkaji menggunakan
bahan maujud dalam melaksanakan aktiviti intervensi secara hands-on iaitu
melabelkan bakul mengikut warna, melipat baju dan memasukkan baju ke dalam
bakul mengikut warna baju. Kemudian, pengkaji menggunakan token ekonomi dan
pujian untuk meningkatkan motivasi peserta kajian. Selain itu, pengkaji
menggunakan ujian Pra dan Pasca, ujian pencapaian, pemerhatian dan temu bual
dengan pembantu pembelajaran murid sebagai kaedah pengumpulan data
intervensi. Dapatan intervensi telah menunjukkan peningkatan penguasaan
kemahiran mengenal warna setelah intervensi dijalankan. Peserta kajian berjaya
mendapat keputusan ujian pasca yang tinggi iaitu mencapai gred A setelah
mengikuti intervensi. Pengkaji mengharapkan lebih ramai guru menggunakan
kaedah KWIB dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Seterusnya, pengkaji
bercadang untuk meningkatkan tahap kesukaran intervensi dengan
menambahkan bilangan baju dalam intervensi supaya dapat merangsang fikiran
peserta kajian untuk membezakan warna baju.

Kata kunci : Kemahiran Mengenal Warna, Hands-on, Token Ekonomi, Masalah
Pendengaran

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 82

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

E15 Fazliza Che Amat, Ph.D1, Normee Abdul Rahman2, Ahmad Nadri Mat
Daud3 , Abdul Majeed Ahmad, Ph.D4
UiTM Cawangan Kedah1, 2, 3,4
Kesan Penggunaan Mynota Terhadap Amalan Refleksi Dan Kreativiti
Dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Kajian yang bertujuan mengkaji kesan penggunaan MyNota terhadap amalan
refleksi dan kreativiti pelajar. MyNota merupakan buku nota yang menggunakan
Kaedah Cornell. Seramai 21 orang pelajar dan 2 orang guru terlibat sebagai
sampel kajian. Data dikumpulkan dengan menggunakan penulisan pelajar dalam
ruangan refleksi pelajar yang terdapat pada buku MyNota dan dianalisis
menggunakan teknik analisis dokumen. Hasil analisis dokumen menunjukkan
kebanyakan pelajar dapat membuat refleksi dengan baik. Kebanyakan pelajar
membuat penulisan mengikut kefahaman masing-masing dengan menggunakan
pelbagai sumber rujukan. Analisis dokumen juga menunjukkan kemahiran
kreativiti pelajar dapat ditingkatkan dengan penggunaan MyNota. Daripada 21
orang pelajar, 4 orang pelajar dipilih untuk ditemu bual iaitu 2 orang pelajar lelaki
dan 2 orang pelajar perempuan. Guru Sains yang terlibat dan pengetua sekolah
berkenaan juga ditemubual untuk mendapat pandangan mereka tentang MyNota.
Dapatan temubual menunjukkan pelajar dan guru memberi pandangan yang
positif tentang MyNota dan akan meneruskan penggunaan MyNota dimasa
hadapan.
Kata kunci: Pendidikan Sains, kreativiti dan amalan penulisan refleksi

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 83

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

PELAN LANTAI

PETA LOKASI UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN,
KAMPUS SEREMBAN

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 84

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 85

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018
PELAN LANTAI SPPA 2018 (PUSAT KEGIATAN PELAJAR- ARAS 3)

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 86

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

PENGHARGAAN

Jawatankuasa Seminar Penyelidikan Pendidikan Antrabangsa 2018
(SPPA 2018) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada :
YAB Tuan. Haji Aminuddin bin Harun
Menteri Besar Negeri Sembilan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Universiti Sains Islam Malaysia
Univerisiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Universitas Negeri Padang Indonesia
Universitas Andalas Indonesia
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Perbadanan Perpustakaan Negeri Sembilan
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
Alumni Perguruan Raja Melewar

dan
semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam

menjayakan SPPA 2018

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 87

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

PENAJA

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 88

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

PUSAT ZAKAT DAN WAKAF USIM
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 89

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
KAMPUS SEREMBAN

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 90

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 91


Click to View FlipBook Version