File Edit Format View BMMB1104
KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU BIU
APA ITU
PANTUN?
DEFINISI PANTUN
Mengikut sejarah, pantun merupakan sejenis puisi tadisional yang telah wujud sejak berzaman
lagi sebelum masyarakat Melayu mempunyai kemahiran untuk membaca dan menulis. Pantunjuga
dihasilkan untuk menyampaikan fikiran atau mengekspresikan perasaan terhadap seseorang mengenai
sesuatu perkara sama ada untuk berjenaka, memberi nasihat, bersuka ria mahupun menyindir.
Selain itu, serangkap pantun terdiri daripada empat baris , empat perkataan sebaris serta
mempunyai rima a,b,a,b beserta beberapa variasi dan pengecualian. Setiap rangkap boleh
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu rangkap pembayang dan juga rangkap maksud. Kebiasaannya,
setiap rangkap memerlukan beberapa rangkap lain supaya dapat melengkapkan keseluruhan idea
kerana ianya tidak dapat berdiri dengan sendirinya.
Menurut Harun Mat Piah (1989), pantun boleh dilihat berdasrakan aspek dalaman dan aspek
luaran serta struktur visualnya. Aspek dalaman pantun mengandungi unsur estetik dan isi yang
merujuk kepada tema dan persoalan. Unsur estetik pantun pula terbahagi kepada dua aspek.
Pertamanya, adalah yang dapat dikaitkan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu menurut
pandangan atau tanggapan masyarakat melayu. Kedua, unsur estetik perlu dilihat berdasrakan
perkaitan makna antara pasangan pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara abstrak
mahupun konkrit.
Akhir sekali, menurut Za’ba (1978), pantun ialah kepunyaan masyarakat Melayu dan menjadi
sebuah kaedah rangkapan yang tertua. Orang Melayu telah mahir berpantun dan berbalas-balas
pantun terlebih dahulu sebelum mereka mahir dalam surat-menyurat.
BENTUK PANTUN
2 KERAT 4 KERAT
Duduk diam dalam perahu, Anak merak mati tersangkut,
Mata pejam buat tak tahu. Mati dipanah Seri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang mati meninggalkan nama.
6 KERAT 8 KERAT
Bergayut-gayut si anak ungka, Korek perigi di parit seberang,
Cukup takut bila dimandi, Tepi parit tumbuh mengkudu,
Lari keluar masuk ke kota; Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri;
Sayang saudara masa bersuka,
Sayang emak sayang abadi, Tuan pergi dagang seorang,
Sayang kekasih masa bercinta. Tuan saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
Pandai-pandailah membawa diri
BENTUK PANTUN
10 KERAT 12 KERAT PANTUN BERKAIT
Sakit kepala rasa pening, Rotan sepatah dua patah, Orang berpadi di tanah liat,
Dalam peti ubatnya habis, Tarik kerakap batang padi, Di Mekah banyak buah pedada;
Mahu diminta pada siapa, Dibawa Sultan dari Judah,
Hanya dinding di kanan kiri, Padi yang jangan digemparkan, Mayat tiada dapat diloihat,
Bila jatuh diri berseorangan; Kalau gempar antara gugur, Seperti merekah rasanya dada.
Biala gugur masuk perigi;
Apabila hati semakin kering, Di Mekah banyak buah pedada,
Payah sekali mahu menangis, Tuan di Mekah di Madinah, Bunga tanjung di atas rakit;
Bersabar serta bertimbang rasa, Naik akhirat batu haji,
Hanya mementing diri sendiri, Tegak berdiri Rasulullah, Seperti merekah rasanya dada,
Semakin jauh tersimopang jalan. Kami yang di sini dilupakan, Terkenangkan diri ujian sedikit.
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi.
CIRI-CIRI PANTUN
Setiap rangka Bersajak silang
terdiri daripada (a-b-a-b) dan
( a-a-a-a)
4 baris
Setiap baris terdiri
daripada 8 sehingga
12 suku kata
Baris pertama Baris ketiga dan
dan kedua adalah keempat adalah
isi
sampiran
JENIS PANTUN
A. MENGHIBUR B. NASIHAT C. MENDUGA AKAL
Dalam semak ada kebun, Pohon mengkudu tumbuhnya rapat, Dalam semak ada kebun,
Dalam kebun ada para; Rapat lagi pohon mentari; Dalam kebun ada para;
Dalam gelak ada pantun, Kawan seribu mudah rapat, Dalam gelak ada pantun,
Dalam pantun ada bicara. Sahabat setia payah dicari. Dalam pantun ada bicara.
D. MELUAHKAN E. MENYAMPAIKAN F. MENYEDAPKAN
HASRAT SENI CAKAP
PERASAAN
Anak Cina bertimbang madat, Sirih berlipat sirih pinang,
Lubuk Kelah banyak ikan, Dari Pasak langsung ke Deli; Sirih dari Pulau Mutiara;
Tempat nelayan menebar jala;
Hidup di dunia biar beradat, Pemanis kata selamat datang,
Puas sudah saya hiburkan, Bahasa tidak dijual beli. Awal Bismillah pembuka bicara.
Siang malam terkenang juga.
JENIS PANTUN
G. MENYAMPAIKAN H. AGAMA I. BUDI
HASRAT TERSEMBUNYI
Banyak bulan perkara bulan, Payah kami menabur padi,
Anak Cina menjual kayu, Tidak semulia bulan puasa; Nanas juga ditanam orang;
Amoi cantik menjual kain;
Banyak tuhan perkara tuhan, Payah kami menabur padi,
Bagaimana bunga tak layu, Tidak semulia Allah yang Esa. Emas juga dipandang orang.
Embun menutik di tempat lain.
J. JENAKA K. PERCINTAAN L. PERPISAHAN
Elok berjalan kota tua, Apa guna pasang pelita, Pucuk pauh selara pauh,
Kiri kanan berbatang sepat; Jika tidak dengan sumbunya; Sembilu ledung ledungkan;
Elok berbini orang tua, Apa guna bermain mata, Adik jauh kekanda jauh,
Perut kenyang ajaran dapat. Kalau tidak dengan sungguhnya. Kalau rindu sama menungkan.
FUNGSI PANTUN
Menjadi alat untuk mendapat gambaran masyarakat seperti gambaran minda, pandangan hidup dan juga
harapan
Digunakan dalam kegiatan seni, adat istiadat dan keagamaan
Digunakan dalam pendidikan bagi tujuan menyindir , kiasan atau berterus terang.
Menjadi alat untuk mengungi kehalusan perasaan dan juga ketajaman minda seperti pantun peribahasa
dan pantun teka teki.
Menjadi alat hiburan serta bahan untuk berjenaka seperti pantun jenaka.
Menjadi alat komunikasi yang bertujuan untuk menyampaikan isi hati.
File Edit Format View BMMB1104
SEKIAN, TERIMA
KASIH
Semoga berjaya!