e-BERCERITA
PERISTIWA NABI MUHAMMAD
SAW DI GUA HIRAK
PUAN MASNURAH BINTI HASSAN BASHARI
Assalamualaikum WBT
Syukran Jazilan saya mulakan
Kepada Hakim hadirin sekelian
Kisah Al-Quran mari dengarkan
Peristiwa di Gua Hirak jadi panduan (lagu)
Nabi Muhammad SAW putera Abdullah bin Abdul Mutalib ibunya
pula Aminah binti Wahab Nasab Keluarga Baginda bertemu pada
Moyangnya Kilab. Baginda juga datang dari keturunan Nabi Ismail dan
Nabi Ibrahim.
Pada usia 40 tahun baginda memutuskan untuk
bermunajat di Gua Hirak. Gua Hirak terletak di
kawasan agak tersembunyi di puncak Bukit Nur.
Nabi Muhammad mula menyendiri
Mencari ketenangan dan beribadah
Mohon kepada Allah agar di jauhi
Dari kesesatan Masyarakat Jahiliah (pantun)
• Masyarakat Arab Jahiliah belum beriman kepada Allah SWT . Mereka
sering melakukan maksiat serta dosa-dosa besar. Berbeza dengan baginda
seorang yang baik dan sering memberi makan kepada fakir miskin.
Baginda juga suka melihat keindahan alam semesta dan kagum dengan
kebesaran Allah yang berkuasa.
• Firman Allah yang bermaksud (BISMILLAHIRAHMANIRAHIM)
• Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang yang
beriman dan beramal soleh, juga berpesan-pesan kepada kebenaran dan
kesabaran Surah Al- ASrh ayat 1-3
• Ya kawan2 Penindasan Yahudi terhadap rakyat Pelastin sebenarnya
mengajar kita supaya membantu dan menyayangi mereka
Di Gua Hirak inilah tempat Rasulullah SAW menerima
wahyu yang pertama kawan2 nak tahu apa yang berlaku
Ketika nabi sendiri di dalam Gua Hirak.
Beribadah kepada Allah beberapa hari
Jibril datang dan memeluk tubuh Nabi Muhammad
Nabi Muhammad Tekejut dan ketakutan
Jibril berkata Iqrak
Ku tidak tahu membaca
Malaikat Jibril menarik dan memeluk baginda dengan erat
sehingga Baginda seakan-akan lemas. Kemudian barulah
Malaikat Jibril melepaskan Baginda. Peristiwa ini berulang
sebanyak tiga kali. Malaikat Jibril a.s. mengajar baginda
membaca lima ayat pertama dalam surah al-Alaq yang
bermaksud seperti berikut
Ayat Al-Quran (Bismillahirahmanirahim)
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhan yang menciptakan. Dia
telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah
dan Tuhanmulah yang paling pemurah. Yang mengajar manusia
dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia
apa yang tidak diketahui.”
Dalam ayat ini menegaskan kepada kita bahawa Al-Quran sangat
penting sebagai panduan dalam kehidupan kita. Meninggalkan Al
Quran sudah pasti membawa kita kepada kesesatan.
Turunnya wahyu yang pertama
Turunya wahyu di Gua Hirak
Setelah Malaikat Jibril membaca 5 ayat tersebut dan diikuti oleh
Nabi Muhammad SAW , Malaikat Jibril pun berlalu pergi. dan Nabi
Muhammad SAW pulang ke rumah isterinya, Khadijah binti
Khuwailid dengan hati gementar dan ketakutan.
Waraqah sepupu khadijah menyatakan Peristiwa yang berlaku sebagai
bukti bahawa baginda adalah utusan Allah.
Firman Allah yang bermaksud (Bismillahirahmanirahim)
Tiadalah kami utuskan engkau Muhammad melainkan menjadi Rahmat
sekelian Alam. Surah Al- Anbiya ayat 107
Ya… Nikmat dan keamanan yang kita lalui hari ini wajib kita syukuri.
Turunnya wahyu yang pertama ,Turunya wahyu di Gua Hirak
Demikianlah kisah tentang peristiwa Nabi Muhammad SAW di Gua
Hirak
Wasalamualaikum…..