PERSATUAN KOMUNITI
TAMAN ANGKASA NURI
(PPM-008-04-11022020)
MINIT MESYUARAT BIL (4)/ 2022
Tarikh : 25hb Mei 2022
Masa : 9.00 malam
Tempat : Balai Raya Komuniti Taman Angkasa Nuri
PPM-008-04-11022020| PKTAN_MINIT
KEHADIRAN
1. En. Noor Erwan Bin Idris Pengerusi
2. En. Kamarudin Bin Kadi Tim. Pengerusi
3. En. Wan Zulkharnain Bin Wan Rahman Pen. Setiausaha
4. En. Norha Bin Haniffa Ahli Jawatankuasa
5. Pn. Rohana Ahli Jawatankuasa
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan majlis dan kata aluan.
1.2 AJK sebulat suara bersetuju mesyuarat Agong akan dijalankan pada 18 Jun 2022 hari
Sabtu.
1.3 Pengerusi mencadangkan untuk menyediakan surat jemputan dan edar dari rumah ke
rumah.
1.4 Pihak persatuan akan menyediakan Jamuan mee siam bersamaan air mineral & Teh O.
1.5 Pihak persatuan ingin mengadakan dan membeli hadiah bagi cabutan bertuah.
Tindakan : Tindakan Setiasusaha dan Pengerusi
2. JAMUAN HARI RAYA BERSAMA SURAU AL-BARAKAH TAMAN ANGKASA NURI
2.1 Jamuan akan berlngsung pada 29 Mei 2022 Ahad pada pukul 7.30 sehingga 11.00 malam.
2.2 Pengerusi membentangkan belanjawan yang akan digunakan untuk majlis jamuan hari
raya
a. Sumbangan dari
i. YB Durian Tunggal En Zahari RM 300
ii. Sumbangan JPKK Gangsa RM 500
iii. Kedai Penyapu tmn Angkasa nuri (RM100)
PPM-008-04-11022020| PKTAN_MINIT
b. Persatuan Menyediakan:
i. 2 buah Khemah : RM160 x 2 = RM 320
ii. Bunting : Rm 80 x 1 = Rm 80
iii. Ayam 15 ekor : RM 500
iv. Char kuew tiaw: RM 250
2.3 Pengerusi mencadangkan setiap AJK menyumbang secara ikhlas RM 30 untuk
menampung perbelanjaan
2.4 Jemputan VIP : YB Zahari, Dato Jaafar (petron DT), YB Alor Gajah Pak Wan
2.5 Pertandingan pakaian sedondon dan teka jumlah kacang juga diadakan
Tindakan : Semua AJK
3. BAZAR RAMADHAN 2022
3.1 Pengerusi membentangkan kutipan dan kos Bazar Ramadhan 2022.mendaftar sebanyak
13 gerai AJK dari kaum wanita juga digalakkan untuk jadi sebahagian dari komuniti ini.
a. Kutipan Rm 3100
b. Bayaran/Kos : RM3370
i. MPHTJ utk permit : RM 165
ii. MPHTJ untuk lessen: RM 2145
iii. Sampul Raya : RM430
iv. Banner raya : RM 90
v. Banner promosi Bazar Ramadhan: RM240
vi. Penyedian tapak: RM300
Jumlah Bersih: RM 270
Tindakan : Makluman
PPM-008-04-11022020| PKTAN_MINIT
4. GOTONG ROYONG MINGGUAN MPHTJ BERSAMA YB TUAN ZAHARI BIN ABD KHALIL
ADUN DURIAN TUNGGAL
4.1 Gotong Royong membersihkan kawasan luar surau dan depan balairaya akan di adakan
pada 12/6/2022 jam 8.00 pagi
4.2 Pengerusi mencadangkan untuk menghantar surat ke MPHTJ untuk memohon bantuan
SWM dan pada JPKKK
Tindakan : Setiausaha semua AJK
5. HAL-HAL LAIN
5.1 Mengharapkan agar semua ahli jawatankuasa memahami objektif dan misi persatuan ini
ditubuhkan.
5.2 Mengharapkan semua AJK dapat bekerjasama dalam menjayakan Jamuan Hari Raya,
Gotong Royong dan Mesyuarat Agong yang bakal dijalankan
Tindakan : Semua AJK
6. PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana AJK yang hadir sudi melapangkan masa
dan mengharapkan ukhuwah sentiasa terjalin dan harmoni.
6.2 Pengerusi memaklumkan akan memanggil semua Ahli jawatankuasa untuk
membincangkan secara khusus program-program akan datang.
6.3 Mesyuarat ditangguhkan.
Mesyuarat tamat jam 10.40 malam. Disahkan oleh,
Disediakan oleh,
......................................... ............................................
(EN. WAN ZULKHARNAIN BIN WAN RAHMAN) (EN. NOOR ERWAN BIN IDRIS)
Penolong Setiausaha Pengerusi
PPM-008-04-11022020| PKTAN_MINIT