PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG
68000 AMPANG
SELANGOR DARUL EHSAN.
No. Pendaftaran SEL 497
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE – 49
SESI 2021/2022
SK AMPANG
( ASAS Excellent )
TARIKH :
23 JULAI 2022
MASA :
9.00 PAGI
TEMPAT :
DEWAN ASAS Excellent SK AMPANG
DIRASMIKAN OLEH :
YB DATO’ SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI
( MENTERI KANAN PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI /
ADUN Bukit Antarabangsa )
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
.................................................................................................................................................................
KATA ALU-ALUAN PENASIHAT PIBG 3
KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 5
ATURCARA MAJLIS 6
CARTA ORGANISASI AJK PIBG 2021/2022 7
SENARAI AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KE- 49 8 - 10
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49 11
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 13-18
SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA 19
LAPORAN AKTIVITI PIBG 2021/2022 21-22
PENYATA KEWANGAN BERAKHIR PADA 28/02/2022 24 - 26
USUL BARU MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 27
2
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
DARI MEJA PENASIHAT PIBG SK AMPANG,AMPANG,SELANGOR.
________________________________________________________________________________
Didoakan agar semua warga SK Ampang khususnya para ibu bapa dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Alhamdulillah , syukur atas nikmat Tuhan yang memberi rahmat dan keberkatanNya ,kita dapat bertemu
kembali di tahun 2022 dengan keadaan sihat walafiat untuk meneruskan agenda dan amanah yang
dititipkan kepada kita semua.
Terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian tuan puan, ibu bapa yang hadir dan yang memberi
sokongan padu untuk bersama-sama kami para guru bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam
merialisasikan motto sekolah MEMPERKASA AKADEMIK, MELESTARI SAHSIAH DAN MENJANA KEHEBATAN
SUKAN ( USAHA BAGAI JUARA )
Berbekalkan barisan pentadbir yang mantap bagi menerajui kepimpinan barisan guru-guru seramai 75
orang dan dibantu oleh 5 orang AKP di bahagian pengurusan demi memastikan kecemerlangan anak didik
seramai 1271 orang di SK Ampang.
Tatkala negara kita memasuki fasa peralihan endemik, kita masih lagi perlu mematuhi SOP yang telah
ditetapkan oleh pihak berkuasa, oleh itu pihak sekolah secara umumnya sentiasa memastikan SOP
berkenaan diikuti dan diamalkan oleh murid-murid ketika berada di sekolah. Pada masa ini, pihak sekolah
juga telah memastikan aktiviti –aktiviti yang dijalankan secara berkesan kepada murid-murid merangkumi
sudut akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Ia juga adalah hasil sokongan padu yang diberikan oleh
ibu bapa penjaga (PIBG) dalam menjayakan program-program yang disertai. Terima kasih diucapkan.
Saya bagi pihak warga sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi
kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Di harap kerjasama dan sokongan
terus diberikan demi meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah
murid. Sokongan dan dan bantuan yang diberikan selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013-2025) melalui anjakan yang kesembilan iaitu
‘Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas’.
3
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
Berdasarkan hasrat tersebut, jelaslah menunjukkan bahawa peranan dan tanggungjawab PIBG serta
ibubapa terhadap sekolah amat penting. Kemajuan sesebuah sekolah merupakan sebahagian daripada
tanggungjawab PIBG dan ibubapa. PIBG yang cemerlang akan dapat membantu pihak sekolah bagi
meneruskan kecemerlangan akademik dan ko kurikulum sehinggalah kepada kemenjadian murid yang
sebenarnya.
Akhir kata semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab bagi mendidik
anak-anak kita menjadi insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada
agama, bangsa dan Negara Malaysia.
ASAS Excellent
(Ampang School Always Successful & Excellent)
…………………………………………………
(YAZID BIN ZAKARIA)
Guru Besar
SK Ampang
4
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
KATA – KATA ALUAN YANG DI PERTUA PIBG
________________________________________________________________
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi kita bertemu kembali selepas negara kita
memasuki fasa peralihan endemik kini. Syukur juga dipanjatkan kerana kita dapat menjalankan Mesyuarat Agung
Kali -49 SK Ampang kali ini secara bersemuka, saya mengharapkan kita semua akan terus dapat membantu anak-
anak SK Ampang dari segi kebajikan murid dan pembangunan sekolah.
Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG
yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya juga berharap
dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti
PIBG sekolah ini. Kami AJK PIBG sesi 2021/2022 telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan cara yang terbaik.
Di dalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini
khasnya.Sumbangan tuan puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-program sekolah
bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini.
Saya juga menyeru kepada sekalian ibu bapa untuk sama-sama bersatu hati dan tenaga bagi menyahut
cabaran pendidikan era globalisasi masa kini yang dilihat sangat mencabar dalam kehidupan norma baharu kini .
Justeru itu, sama-sama kita mempertingkatkan usaha demi meningkatkan pencapaian yang lebih baik. Jika kita
mengekalkan semangat kerjasama secara berterusan, insya-Allah saya percaya kita akan terus mengecapi kejayaan
demi kejayaan pada masa akan datang. Sokongan dan bantuan tuan puan sentiasa kami perlukan bagi melancarkan
perancangan yang telah dibuat. Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh warga pendidik SK Ampang yang telah
melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab mendidik serta membimbing anak-anak kami.
Akhir kata, semangat kerjasama dan permuafakatan di dalam kalangan ibu bapa dan guru merupakan wadah
terbaik dalam menangani permasalahan demi kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Oleh yang demikian, saya
harap agar kita sama-sama berganding bahu bagi memastikan keunggulan pencapaian SK Ampang akan menjadi
kebanggaan kita semua pada masa akan datang. InsyaAllah.
Sekian, Terima Kasih.
........................................
(Encik Mohd Azmi Bin Aznal)
YDP PIBG SK AMPANG
5
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG PIBG SK AMPANG
KALI KE – 49
________________________________________________________________
8.30 Pagi
Pendaftaran kehadiran ibubapa penjaga Ketibaan Tetamu Kehormat
Ucapan aluan daripada pengerusi majlis.
Nyanyian lagu Kebangsaan ‘Negaraku’
Bacaan Doa ( En. Muhammad b. Abdullah )
Ucapan :
: Ucapan oleh En Yazid bin Zakaria
Penasihat PIBG / Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ampang
: Ucapan oleh En. Mohd Azmi b. Aznal
Yang DiPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Ampang
: Ucapan Perasmian oleh YB Dato’ Seri Mohamed Azmin B. Ali
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa Dan Industri merangkap ADUN Bukit
Antarabangsa.
: Penyampaian Cenderamata Penghargaan kepada Perasmi.
-REHAT -
..............................................................................................................................................................
10.00 Pagi
: Mesyuarat Agung PIBG Ke-49 SK Ampang
: Cabutan Bertuah
: Bersurai
6
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
CARTA ORGANISASI PIBG SESI 2021/2022.
PENASIHAT
EN. YAZID BIN ZAKARIA
YANG DIPERTUA PENOLONG KANAN KURIKULUM
EN. MOHD AZMI BIN AZNAL PN. HAIRDA BT. MD HAIRI
NAIB YANG DIPERTUA PENOLONG KANAN HEM
EN. HUSNI B. MD DAHRI EN TAHRAN NAZIM B. MOHAMAD TAHIR
SETIAUSAHA PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
EN. MOHD FAIZAL B. ABU SAMAH PN. HANIZA BT ZULKAPLI
BENDAHARI PENOLONG KANAN PETANG
PN. NOR AZIZAH BT ZAKARIA
PN. NORIHA BT MUHAMAD
AJK IBU BAPA AJK GURU
PN. ANITA ABD RAHMAN EN. MUHAMMAD ASYRAF B. MOHD
EN.ABDUL KADIR B. KHAMIS ADZHAR
PN. ZAINAB BT TAYIB EN. MOHD IKRAM HAKIMI B. AZIZAN
PN. SITI HAJAR FADHLON BT MD TAIB PN. SAADATUL AKMAR BT. MOHD SAAD
PN. NORASIAH BT ASIKIN PN. RAFIZAH BT. ABD AZIZ
PN. FADILAH BT. ISMAIL
JURU AUDIT IBU BAPA JURU AUDIT GURU
IR DR. SALWA BT. RAMLY
EN. AHMAD MUZAMIN B. MOHAMMED
YUSSUF
7
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49
SESI 2021 / 2022
PENASIHAT : Encik Yazid bin Zakaria (Guru Besar)
PENGERUSI : Encik Mohd Azmi b. Aznal (YDP PIBG)
NAIB PENGERUSI
: Encik Husni b. Md. Dahri (NYDP PIBG)
SETIAUSAHA Puan Hairda bt Md Hairi ( GPK Kurikulum)
BENDAHARI En. Tahran Nazim B. Mohamad Tahir (GPK HEM)
Pn Haniza bt Zulkapli (GPK Ko kurikulum)
Pn. Noriha bt Muhamad (GPK Petang)
: Encik Mohd Faizal b. Abu Samah
: Pn Nor Azizah bt Zakaria
Nama Bidang Tugas
Puan Hairda bt Md Hairi (PKP)
1.PENGACARA MAJLIS
Puan Saadatul Akhmar bt Mohd Saad Menjadi pengacara majlis.
Puan NurShima Binti Mohd Razali Menyiapkan skrip.
2.PENDAFTARAN Menyediakan buku pendaftaran untuk ibubapa.
Puan Marliana bt Eswa (K) Merekodkan kehadiran.
Puan Normashitah bt Md Nashir Menyediakan meja pendaftaran dan mengemas
Puan Rohayawati bt Husain
Puan Nursaidah binti Abdullah selepas selesai.
Puan Rosmawati bt. Mat Daud
Puan Siti Salihah bt Azmi Menyediakan teks bacaan doa.
Bacaan doa sebelum majlis bermula
3.BACAAN DOA
Encik Muhammad bin Abdullah Mengiringi tetamu kehormat, melabel kerusi dan
menunjukkan tempat duduk tetamu.
4. PENGIRING TETAMU
Puan Hjh Aida binti Md Nasir (K) Menyediakan buku program yang lengkap.
Puan Siti Nor Mawarni bt Othman Menyerahkan kepada AJK Pendaftaran
En Ahmad Muzamin b Md Yussuf Menyediakan naskah untuk tetamu kehormat
5.BUKU PROGRAM 8
Mohd Faizal b. Abu Samah (K)
Puan Norhaizan Bt Abd Halim
Puan Rafizah bt Abd Aziz
Puan Nor Afiqah Syuhaidah bt Abdullah
Encik Asyraf b Mohd Adzhar
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
En Tahran Nazim b. Mohamad Tahir (GPK HEM)
1.Banner / Multimedia Penyediaan banner
Encik Shaiful Hazmie b. Abd Razak (K) Menyediakan kelengkapan audio, skrin dan
Ajk PIBG
komputer riba (jika perlu)
2.KEBERSIHAN Memastikan tahap kebersihan sekolah terutama
Tn Hj Ahmad Nazri Bin Othman (K) dataran dan dewan terkawal.
Encik Mohd Noorhaziman Lisa bin Ramli
Puan Suzilawati bt Yashim
Pekerja swasta
3. PENCATAT MINIT MESYUARAT Mencatat minit mengikut bahagian.
Puan Noradila bt Abdul Malik (K) Menyerahkan minit bertulis tangan yang mudah
Puan Syahirah bt Mahiyud-din
Puan Nurul Nabila bt Mohd Roslan dibaca dan sempurna kepada S/U PIBG dalam
Puan Ummi Sakinah bt Hj Ninggal tempoh 5 hari selepas mesyuarat dilaksanakan.
Puan Norazila bt Zainal Abidin
Puan Zuraina bt Hashim
Pn Haniza bt Zulkapli (PK Ko Kurikulum)
1.JURU FOTO
Encik Md Nurizwan bin Nordin (K) Mengambil foto yang difikirkan sesuai dan
Encik Mathn Raj A/L Elamurugu menyerahkan kepada AJK dokumentasi.
2. SIARAYA Menyediakan sistem audio untuk majlis di
Encik Mohd Shabri b Aluddin (K) dewan.
Tuan Hj Mohd Hakam b Mohamad
3.PERSIAPAN DEWAN (JUMAAT) Menyiapkan kelengkapan berkaitan dewan.
Encik Teo Hun Boon (K) Menyusun kerusi,meja, dan sofa.
Encik Rozaiman Bin Mohamad Membuat susun atur dewan ketika mesyuarat
Encik Mohd Syappi bin Haris
Encik Muhamad Shyakir b Rahim berlangsung.
Encik Othman b Shaari
Encik Wan Muhammad Faris b. Wan Zawawi
4. MENGEMAS DEWAN Mengemas kerusi,meja, sofa dan meletaknya di
Encik Mohd Jais bin Kimin (K) dalam stor selepas majlis selesai.
Encik Mohd Yusran b. Yusuf
Encik Mohd Syamim Azri b. Mustapa EncikTeo Hun Boon EncikZuhaimi bin Sharif
Encik Khairul Ikmal b Muhammad 9
Encik Muhammad Afnan b. Sabudin
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
Pn Noriha bt Muhamad (PK Petang)
1. JAMUAN VIP
Puan Mazira bt Mukhtar (K) Menempah makanan dan minuman kepada VIP.
Puan Suzana bt Yacob Pastikan makanan mencukupi.
Puan Jalaha bt Salleh
Puan Nur Aina Fatehah bt Mokhzan
2.JAMUAN IBU BAPA Menempah makanan dan minuman mencukupi
Puan Nur Hidayah bt Yahya Ariff (K) kepada ibubapa.
Puan Siti Arfah bt Dardi
Puan Wengateswary a/p Rama Moorthy Membantu pengusaha kantin dalam kerja yang
Puan Tina Zuraini bt Mahamood berkaitan.
Dr Mahalachimi a/p Chelliah
Puan Norshafiza bt Shahidan Mengagihkan makanan selepas pendaftaran.
Puan Sarimah bt Isa
3.CENDERAHATI / CABUTAN BERTUAH Menempah cenderahati perasmi
Puan Norazurra bt Mohamed Saroji (K)
Puan Masrina bt Misran
Puan Norliza bt Abdullah
Cik Nur Ateeqa bt Kamarulzaman
4.PENTAS & TEMPAT MESYUARAT Menghias pentas.
Cik Kalaivani a/p Mahendran (K) Menyusun atur pentas.
Encik Ikram Hakimi b. Azizan Mengemas kembali pentas.
Puan Nordiyana bt Sar Menyediakan backdrop pentas.
Puan Maslina bt Senu
Puan Maznida Binti Mat Daud
Puan Suhaili bt Mahammad Saad
Cik Kavithaa a/p Vijayan
Pn Nur Haziratul Ainun bt Baharuddin
Pn Fadilah bt Ismail
5. DOKUMENTASI Menyediakan satu laporan aktiviti (bergambar)
Puan Mastura bt Ghani (K) selepas program tamat.
Puan Maisarah bt Kasmani
Puan Nur Zahidah bt Hamid
EncikMohdRosmainie bin Mohd Asp
10
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 49
SESI 2021 / 2022
1. Ucapan Pengerusi PIBG
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Agung PIBG yang ke – 48
3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG sesi 2021 / 2022
4. Membentang dan menerima Penyata Kewangan yang berakhir pada 28 Februari 2022 oleh
Bendahari Kehormat PIBG
5. Perbahasan usul/cadangan
6. Hal- hal lain dan Perkara berbangkit
7. Ucapan penangguhan
11
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE – 48
SESI 2020/ 2021
12
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
TARIKH MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 48
MASA
KAEDAH : 30 OKTOBER 2021
: 9.15 PAGI
: DALAM TALIAN (Google Meet)
1. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
(EN.MOHD AZMI BIN AZNAL)
1.1 En Mohd Azmi bin Aznal selaku Yang Dipertua PIBG SK Ampang mengalu-alukan dan
mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 48 secara dalam talian. Bacaan Al- Fatihah dimulakan sebelum
mesyuarat dimulakan.
1.2 Beliau memaklumkan kehadiran ibu bapa pada mesyuarat dalam talian kali ini seramai 218
orang.
1.3 YDP mohon ibubapa merujuk buku program melalui link yang disediakan.
1.4 YDP memberi peluang penasihat memberikan ucapan aluan kepada ibubapa.
2. PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT KE-47 OLEH SETIAUSAHA PIBG
(EN MOHD FAIZAL B. ABU SAMAH)
2.1 Setiausaha membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG Ke-47.
2.2 Hadirin merujuk halaman12-17 di dalam buku program.
2.3 Minit Mesyuarat Agung PIBG Ke-47 telah diterima.
Pencadang : Pn. Siti Hajar
Penyokong : En Shariman Affendy
3. PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2020
(EN. MOHD FAIZAL B. ABU SAMAH)
3.1 En. Mohd Faizal b. Abu Samah selaku Setiausaha Kehormat PIBG membentangkan laporan
aktiviti PIBG sepanjang tahun 2020 yang boleh dirujuk dalam muka surat 20-21 buku program.
Pencadang : Pn Rosmaria bt Baharin
Penyokong : En Md Salahuddin
13
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
4. PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN PIBG 2020 OLEH BENDAHARI KEHORMAT PIBG
(PN. NOR AZIZAH BT. ZAKARIA)
4.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2020. Penyata
dirujuk pada muka surat 23-28 buku program.
4.2 Penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2020 telah diterima.
Pencadang : En. Syed Munawwar
Penyokong : Pn. Nurul Hasnah
5. PEMBENTANGAN USUL MESYUARAT AGUNG 2021
5.1 Rumusan usul-usul yang diterima
5.1.1 Usul / Cadangan ibu bapa
Usul 1
- Pn Maznah bt Che Zan membawa usul berkaitan isu memperketatkan keselamatan murid-
murid di luar kawasan sekolah. Pembawa usul tidak hadir tetapi YDP memberi respon
perkara berikut : Untuk pengetahuan umum ibubapa bahawa pengawal keselamatan
ada ditempatkan di kawasan sekolah. PIBG juga telah mengambil insiatif
menyediakan pengawal lalulintas kepada murid-murid SK Ampang. Ini bagi
memastikan keselamatan murid terjamin dengan kehadiran pengawal lalulintas
sekolah.
Usul 2
- Memberi kebenaran kepada ibubapa untuk tidak menghantar anak ke sekolah kerana
kebimbingan dengan kes Covid. Respon GB terhadap perkara tersebut : Pihak sekolah
membenarkan ibubapa untuk tidak menghantar anak- anak ke sekolah atas
kebimbangan kes Covid atau murid tidak sihat untuk hadir ke sekolah. Surat
makluman ketidakhadiran perlu disertakan kepada guru kelas untuk tujuan rekod.
GB juga memaklumkan tentang penangguhan Ujian Covid kepada murid buat masa
ini.
Usul 3
- Pn Noridayu bt Tumarin membawa usul berkaitan hala tuju corak pembelajaran SK Ampang
dalam norma baharu bagi anak-anak yang perlukan kelas tambahan. Respon daripada
GPK 1, pada ketika ini, masih terdapat kekangan untuk adakan kelas tambahan
secara fizikal. Walaubagaimanapun, murid yang tidak mencapai tahap TP 3 diberikan
kelas tambahan dalam talian oleh guru mata pelajaran. Maklumat tambahan juga
disampaikan oleh GPK tentang sistem penggiliran akan diguna pakai pada sesi
pembukaan persekolahan nanti. Murid- murid juga akan dibekalkan dengan modul
untuk PDPR di rumah.
14
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
Perkara kedua yang dibangkitkan tentang keselamatan anak-anak waktu pulang dan ketika
hujan (jika banjir). Respon isu tersebut pihak sekolah akan buka pintu masuk utama
untuk anak-anak gunakan ketika pulang demi keselamatan mereka.
Usul 4
- Pn Nor Asikin bt Alias mohon pihak sekolah berikan data murid dan guru yang dijangkiti
Covid kepada ibubapa. (Pembawa usul tidak hadir)
- Respon GB pihak sekolah tiada kuasa untuk berikan data tersebut kepada ibubapa.
Hanya pihak KKM sahaja bertanggungjawab untuk mengeluarkan data tersebut.
Usul 5.
- Pn Mastura bt Tabrani membawa usul berkaitan lokar bagi setiap murid.
- Isu lokar ini perkara yang berulang telah dicadangkan kepada PIBG, pada masa ini
antara kekangan untuk menyediakan lokar bagi murid ialah kos dan selenggara yang
tinggi terpaksa dihadapi kemudian hari. Oleh itu cadangan ini tidak dapat dipenuhi
pada ketika ini.
Usul 6.
- Keadaan lalu lintas yang sesak dan berbahaya di kawasan luar sekolah. Perlu penyelesaian
untuk kurangkan risiko. (En Mohd Hilmi bin Sulong)
- Respon daripada YDP, isu kesesakan berkenaan adalah di bawah bidang kuasa PBT
dan pihak polis. Pihak PIBG sentiasa memantau dan telah menyediakan pengawal
lalulintas. Ibubapa diharapkan dapat sama-sama membantu menjaga dan menangani
isu keselamatan anak-anak ketika di luar kawasan sekolah. Pibg juga akan terus
meminta bantuan kepada pihak berwajib.
5.1.2 Usul-usul Lisan / Cadangan.
- En Shariman Sharani bertanyakan tentang keciciran murid dan emosi murid-murid ketika
PKP yang dikuatkuasakan kerana Covid. Respon YDP isu ini akan dibawa ke tengah
dan PIBG akan mencari ibubapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang psikologi
untuk membantu anak-anak ini.
- En Syed Munawwar membawa isu murid pulang ketika hujan, cadangan beliau membina
laluan berbumbung ke kawasan parking van sekolah. Isu kedua, berkaitan kawasan khas
untuk meletak van sekolah, berlaku kesesakan dengan kenderaan ibubapa lain di kawasan
tersebut. Respon YDP, kawasan tersebut tidak boleh diganggu kerana terdapat laluan
paip besar di kawasan tersebut. Hanya permohonan kebenaran kepada PBT sahaja
dapat memastikan kawasan itu dikhaskan kepada parking van sekolah. Cadangan
membina laluan berbumbung tersebut akan diusahakan, PIBG akan berusaha
mencari dana untuk pembinaan laluan berbumbung tersebut.
- Pn Nariatul Rabiah memberi pandangan tentang kaedah PDPR yang lebih berkesan melalui
Google Classroom daripada Google Meet. Beliau minta guru untuk membuat senarai nama
15
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
anak-anak yang gagal ikuti Google Classroom untuk pemantauan. Respon GPK 1 ialah
murid sekolah rendah ditetapkan oleh KPM untuk ikuti kelas dalam talian selama 2
jam sehari. Selain GC banyak kaedah yang boleh guru gunakan iaitu melalui
Whatapps dan Telegram. Ibubapa juga digalakkan untuk memantau kerja anak-anak
di dalam GC tersebut.
6. PEMBUBARAN BARISAN AJK PIBG 2019/2021
6.1 Encik Mohd Azmi Bin Aznal dengan rasminya membubarkan AJK PIBG bagi sesi
2019/2021
6.2 Encik Mohd Azmi Bin Aznal telah mencadangkan Encik Ahmad Muzamin bin Md
Yussuf sebagai pengerusi sementara untuk meneruskan agenda mesyuarat. Tiada
bantahan daripada hadirin
6.3 En Muzamin memberi pilihan kepada ibubapa untuk membuat undian pelantikan
barisan AJK PIBG yang baru :
I. Lantikan semula barisan AJK yang lama.
II. Lantikan AJK yang baharu.
6.4 Keputusan undian melalui poll GM menunjukkan 49 undi kekalkan barisan AJK lama
dan 6 undian adalah lantikan baharu. Dengan ini ahli mesyuarat sebulat suara
menerima undian untuk mengekalkan AJK PIBG yang lama.
6.5 GB memaklumkan bahawa barisan AJK guru akan dimaklumkan kelak.
6.5 Pengerusi sementara mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa yang
sama-sama mengundi untuk mengekalkan barisan AJK PIBG yang sedia ada.
Seterusnya, En Muzamin menyerahkan kembali kepada YDP baharu En Mohd Azmi
bin Aznal untuk meneruskan agenda mesyuarat.
7. UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2021/2023
7.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada pelantikan yang telah dibuat oleh ibubapa dalam
mesyuarat kali ini. Beliau bersyukur kerana ibubapa telah memudahkan proses pelantikan AJK
kali ini dan YDP amat berharap agar ibubapa semua dapat memberikan kerjasama yang baik
kepada barisan AJK PIBG yang dilantik ini. Bekerjasama sebagai satu pasukan merupakan
tiang utama dalam membina kecemerlangan anak-anak SK Ampang ini.
16
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
8. HAL –HAL LAIN.
8.1 Pertanyaan berkaitan vaksin guru. Respon GB, semua guru telah menerima vaksin kecuali
seorang guru yang menghidap penyakit kanser.
8.2 YDP memaklumkan bahawa cadangan membina susur gajah di berhampiran pintu keluar
sekolah akan diusahakan pada masa hadapan.
8.3 GPK memaklumkan bahawa jadual waktu persekolah akan ada perubahan pada sesi pagi
(tamat 30 minit awal) dan jadual PDPR akan digantikan dengan jadual PDPC.
8.4 Berkaitan Ko Kurikulum, aktiviti tersebut akan dijalankan di luar waktu persekolahan. Aktiviti ini
akan dijalankan apabila pihak sekolah menerima arahan daripada KPM.
8.5 YDP memaklumkan sekiranya ibubapa ada persoalan yang berbangkit, ibubapa digalakkan
untuk berhubung terus dengan YDP bagi mendapatkan penjelasan. YDP sentiasa menerima
cadangan dan pandangan daripada ibubapa.
8.6 Pentadbir memaklumkan berkaitan SOP di sekolah akan terus dikuatkuasa merangkumi
penjarakan tempat duduk, memastikan penggiliran kehadiran murid berlaku, waktu rehat murid
makan di kelas dan memastikan sistem pengudaraan yang baik di dalam kelas.
8.7 Murid –murid yang mengalami masalah pakaian uniform sekolah yang tidak muat diberi
kelonggaran untuk memakai pakaian yang sopan dan sesuai untuk ke sekolah.
8.8 YDP mencadangkan sumbangan PIBG (RM50.00) dan lalulintas (RM10.00) dikekalkan.
Cadangan tersebut diterima sebulat suara.
8.9 GPK HEM menerangkan tentang proses kuarantin kendiri yang perlu dilakukan oleh ibubapa
bagi memantau anak-anak yang mempunyai simptom dengan test kit saliva di pasaran. Ini bagi
memastikan penularan tidak berlaku di sekolah. Pemantauan secara berkala dapat
membendung penularan virus tersebut.
8.10Sekiranya anak positif, ibubapa perlu maklumkan kepada guru kelas untuk rekod dan proses
kuarantin wajib selama 10 hari perlu dilakukan selain memaklumkan kepada pihak KKM. Ujian
pengesanan perlu dilakukan sekali lagi setelah tempoh kuarantin tamat untuk memastikan
murid bebas negatif daripada virus tersebut.
8.11GPK Ko Kurikulum membentangkan perancangan aktiviti Ko Kurikulum pada tahun 2022. Untuk
makluman ibubapa, antara aktiviti yang dirancang adalah Sukan Tahunan, Merentas Desa, Kem
Kepimpinan, Pertandingan Kawad Kaki, BSSM – Program BAntuan Awak Kecemasan, Hari
Kemahiran Ko Kurikulum, aktiviti Perkhemahan dan lawatan dan Program Mencari Juara. GPK
mohon persetujuan ibubapa untuk menerima cadangan aktiviti yang dinyatakan. Cadangan ini
dipersetujui sebulat suara.
17
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
9.0 Ucapan Penangguhan
- YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru atas kesetiaan
bersama sehingga mesyuarat berakhir. YDP berharap setiap perkara yang telah
dibincangkan dapat memberi kebaikan kepada anak-anak di SK Ampang secara langsung.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.55 tengahari
Pencatat Minit : Disemak oleh,
1. Pn Norazzura bt Mohammad Saroji
2. Pn Nordiyana bt Sar …………………………….
3. Pn Rafizah bt Abd Aziz ( ENCIK MOHD AZMI BIN AZNAL)
Yang Di Pertua PIBG
Disediakan oleh, Sesi 2021-2023
SK Ampang
……………………………………
(ENCIK MOHD FAIZAL BIN ABU SAMAH)
Pemangku Setiausaha Kehormat PIBG
Sesi 2021-2023
SK Ampang
18
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
KEHADIRAN IBUBAPA DAN GURU
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE – 48
( SILA RUJUK QR CODE )
KEHADIRAN IBUBAPA MAT PIBG KE -48
19
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
PIBG
2021/2022
20
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2020 / 2021
________________________________________________________________
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2020/2021
Pihak PIBG telah mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa sebanyak 3 kali iaitu pada :
26 FEB 2022
14 JUN 2022
18 JULAI 2022
AKTIVITI :
SUMBANGAN MAKANAN MURID HARI GURU.
PEMBELIAN KERTAS A4.
MEMBELI MODUL LATIHAN AKTIVITI TAHUN 4,5 & 6.
SUMBANGAN KEPADA UNIT HEM – MAKANAN MURID
PROGRAM BAKAT MUDA
SUMBANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM.
SUMBANGAN HARI KANAK-KANAK
MENYEDIAKAN 3 UNIT PENAPIS AIR COWAY.
SOSIAL DAN KEBAJIKAN
KERJA KERJA SELENGGARA WIFI SEKOLAH. (BERKALA)
PEMBELIAN/ MEMBAIKI ROUTER SEKOLAH. (5 SET)
MENUKAR GANTI KIPAS DI BILIK DARJAH. (5 UNIT)
SUMBANGAN BANTUAN BANJIR KEPADA WARGA SKA.
MENYEDIAKAN PETUGAS LALU LINTAS.
GREEN SCREEN STUDIO (DEPOSIT)
SUMBANGAN BAIK PULIH KOMPUTER DI PRASEKOLAH.
PENYELENGGARAAN WATER SPRINKLER UNTUK PADANG SEKOLAH.
SUMBANGAN BAIK PULIH KELAS PEMULIHAN SEKOLAH (PENYAMAN UDARA
DAN MOZEK.
SELENGGARA PENGHAWA DINGIN BILIK BESTARI.
SELENGGARA DAN MENUKAR SALURAN PAIP SELEPAS METER. (BOCOR)
21
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
LAIN-LAIN AKTIVITI
MESYUARAT AGUNG PIBG
MESYUARAT AJK PIBG.
MAJLIS PERSARAAN GURU- GURU.
SUMBANGAN MAJLIS HARI GURU.
22
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
LAPORAN PENYATA KEWANGAN
PIBG
SESI 2021
DISEDIAKAN OLEH:
PN. NOR AZIZAH BT ZAKARIA
(BENDAHARI KEHORMAT)
23
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
SEKOLAH KEBANGSAAN
AMPANG 68000 AMPANG,
SELANGOR.
PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 28 FEBRUARI 2022
24
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
25
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
26
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
USUL-USUL / CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49
USUL BARU
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 49
USUL/CADANGAN IBUBAPA (Dikemukakan pada Notis Mesyuarat bertarikh 4 Julai 2022)
BIL USUL/CADANGAN PEMBAWA USUL CATATAN
1. Isu beg berat anak- anak. En Muhammad Ikhwan
Syazni b. Taarif
2. Pengurusan kenderaan bas/van sekolah En Andy Reza Rohadian b.
untuk elak kesesakan. Khairul Anwar
3. Cadangkan sumbangan PIBG kepada RM Pn Fifi bt Hj Adnan
100.00 untuk bantu pihak sekolah.
Seperti sekolah SBP nama pembawa usul
tidak perlu disebut ketika sesi perbincangan.
4. Projek “ Kebun sekolah bandar & Tong Pn Rashimah bt
Kompos” Rahibulsadri
27
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-49
PENGHARGAAN
PENASIHAT, YANG DIPERTUA DAN AHLI JAWATANKUASA
PIBG SESI 2021/2022 MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA
KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TELAH BERMURAH
HATI MEMBERI APA JUA BENTUK SUMBANGAN DALAM
MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK AMPANG KALI
KE-49 TAHUN 2022.
AJK JUGA MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN
TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA AHLI-AHLI
YANG TELAH MEMBERI KERJASAMA DAN KOMITMEN TINGGI
DEMI MEREALISASIKAN HASRAT DAN PERANAN PIBG BAGI
MENJANA KECEMERLANGAN SEKOLAH.
- Terima Kasih -
28