The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by smsyzam, 2022-08-10 08:50:36

TEKS UCAPAN PENGARAH MKN MLM APRESIASI

TEKS UCAPAN PENGARAH MKN MLM APRESIASI

TEKS UCAPAN

YBhg. Datu Dr Haji Azhar Bin Haji Ahmad
Pengarah Pendidikan Sarawak
MAJLIS APRESIASI GURU

SEMPENA HARI GURU KE-51 PERINGKAT
NEGERI SARAWAK TAHUN 2022

“Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA”

Bismillahirrahmanirrahim.
✓ Terima kasih saudara/saudari pengacara majlis.
✓ Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.
✓ Salam Keluarga Malaysia
✓ Salam menjulang Pendidikan Negeri Sarawak
✓ Salam Fly kenyalang Fly….Fly High

(SALUTASI)

1 Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya, kita
dapat bersama mengadakan Majlis Apresiasi Guru sempena Sambutan
Hari Guru Ke-51 Peringkat Negeri Sarawak bagi Tahun 2022. Pada
tahun ini kita bersyukur kerana dapat meraikan sambutan hari guru
secara bersemuka selepas 2 tahun diadakan secara alam maya.

2 Saya mengambil kesempatan ini, bagi pihak jawatankuasa Sambutan
Hari Guru mengalu-alukan kebersamaan, Yang Berhormat Datuk Amar
Haji Awang Tengah bin Ali Hasan Timbalan Premier Sarawak hadir
memeriahkan Majlis Apresiasi Guru pada malam ini.

3 Saya juga mengalu-alukan kehadiran semua Yang Berhormat, para
jemputan dan semua warga pendidikan seluruh negeri Sarawak yang
dapat bersama dan berpeluang hadir pada malam ini.

4 Pada tahun ini, kita mengamanahkan PPD Limbang dan PPD Lawas
sebagai Pengelola Sambutan hari guru peringkat Negeri kali ke-51.

Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian

5 Terlebih dahulu, saya juga dengan tulus hati ingin menzahirkan ucapan
SELAMAT HARI GURU dengan tema hari guru “Guru Tunjang Sekolah
SEJAHTERA” kepada semua guru di seluruh pelusok Negeri Sarawak
atas segala pengorbanan dan sumbangan bakti mencurahkan ilmu dan
memberi tunjuk ajar kepada anak-anak didik kita. Saya kira ucapan ini
masih belum terlewat lagi kerana jasa guru wajar dihargai pada setiap
masa. “Terima Kasih Cikgu” atas segala usaha dan kesungguhan dalam
menjalankan amanah dan tanggungjawab yang sangat mulia ini.

6 Kita sedar bahawa tanpa guru, siapalah kita pada hari ini. Oleh itu, guru-
guru merupakan insan bertuah kerana berada dalam lapangan yang
cukup mulia dan sentiasa signifikan sepanjang zaman. Sambutan
perayaan hari guru yang diadakan setiap tahun merupakan
penghargaan dan pengikhtirafan khas kepada guru yang diberi amanah
mendidik anak bangsa. Betapa beratnya amanah dan tanggungjawab
yang dipikulkan di bahu kita insan yang bergelar guru.

7 Bergelar guru bukanlah suatu yang mudah, oleh itu jadilah guru yang
mempunyai jiwa dan roh sebagai seorang guru. Jiwa dan semangat
yang kental dalam mendidik pastinya akan mendapat ganjaran pahala
di sisi Allah SWT.

8 Ilmu yang dicurahkan kepada setiap anak didik merupakan nilai yang
akan menjadi panduan dan pegangan kepada mereka. Oleh itu, sama-
sama kita mengucapkan “Terima Kasih Cikgu” atas jasa guru yang tidak
ternilai.

9 Dalam tempoh dua tahun ini, tidak dapat dinafikan bahawa para guru
terpaksa menghadapi liku-liku yang agak sukar, namun kalian tetap
berusaha menjayakan pembelajaran sepanjang tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP). Guru jugalah yang sentiasa berusaha keras
sebagai wadah penyampai ilmu dalam norma baharu sepanjang
tempoh penularan pandemik COVID-19.

10 Saya sesungguhnya amat mengagumi kegigihan dan kreativiti guru
menggunakan pelbagai medium baharu bagi memastikan kelangsungan
penyampaian ilmu dapat diteruskan sepanjang tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Walaupun berhadapan dengan
pelbagai masalah terutamanya dari segi capaian internet dan kecaman
masyarakat, namun semua pihak khususnya warga pendidik telah
berjaya mengharungi cabaran yang tidak pernah berlaku di negara kita
sebelum ini sehingga terwujudnya ‘norma baharu’ dalam kehidupan
kita semua.

11 Oleh itu, sewajarnyalah usaha dan pengorbanan guru sebagai barisan
hadapan negara mendapat penghargaan daripada semua pihak. Saya
percaya bahawa penghargaan terhadap guru bukanlah semata-mata
hanya pada tarikh 16 Mei setiap tahun kerana tarikh ini hanyalah
sebagai simbolik penghargaan tetapi sesungguhnya jasa guru
hendaklah kita hargai sepanjang masa.

Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian

12 Pada kesempatan ini, saya ingin mengongsikan beberapa kejayaan
murid-murid dan warga Pendidikan Negeri Sarawak dari segi
pencapaian peperiksaan SPM 2021.

13 Pencapaian SPM pada tahun 2021 dari segi peratus Layak Sijil ialah
88.29% peningkatan sebanyak 0.46 berbanding pencapaian SPM 2020,
87.83%. Dari segi Gred Purata Negeri ialah 5.17, penurunan sebanyak
-0.10 berbanding pencapaian GPD tahun 2020 ialah 5.07. Untuk
makluman Yang Berhormat, Calon SPM 2021 merupakan calon kohot
pertama yang menggunakan format SPM baharu berdasarkan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

14 Saya mewakili seluruh warga pendidikan Negeri Sarawak mengucapkan
Tahniah dan Syabas kepada semua sekolah atas kejayaan yang dicapai

oleh murid, guru dan warga sekolah dalam bidang akademik &
kokurikulum . Semoga kejayaan-kejayaan ini akan menjadi pendorong
untuk seluruh warga Pendidikan agar terus cemerlang dan gemilang
bukan hanya di peringkat negeri, malahan peringkat kebangsaan dan
seterusnya peringkat antarabangsa.
15 Oleh itu, pada malam ini kita akan menyampaikan beberapa Anugerah
bagi menghargai dan mengikitiraf jasa, pengorbanan, komitmen dan
pencapaian guru-guru kita di seluruh negeri Sarawak.
16 Kepada Kerajaan Negeri, terima kasih tidak terhingga atas segala
sokongan, komitmen dan segala inisiatif untuk sama-sama mencapai
hasrat kegemilangan Pendidikan Negeri Sarawak bagi melahirkan
modal insan yang cemerlang dan gemilang dalam semua aspek
Pendidikan, dan sahsiah untuk menyokong inisiatif pembangunan
negeri Sarawak yang kita cintai.
17 Sebelum saya mengakhiri ucapan, sekali lagi saya mewakili seluruh
warga Pendidikan negeri Sarawak merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Amar
Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak atas
kesudian untuk bersama memeriahkan majlis kita pada malam ini.

Begitu juga kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat, dif-dif
jemputan dan semua yang hadir pada malam ini.
18 Akhir kata, semoga guru dan pendidik sekalian terus bersatu hati dan
bertekad untuk memartabatkan profesion keguruan demi pendidikan
generasi pewaris negara. Ayuh, laksanakan amanah ini dengan jujur,
ikhlas dan berintegriti. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat-Nya….
Aamiin.
19 Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamu'alaikum
warahmatullahi wabarakatuh.


Click to View FlipBook Version