Disediakan Oleh :
➢ EN. ARIFFSHAH BIN HASSAN (KETUA FASILITATOR)
➢ EN. MUHD ZULKHAIRI BIN ABDULLAH
➢ EN. MUHAMAD ESA BIN ABU BAKAR
➢ EN. MUHAMAD ABU HANDHALAH KAMIL
➢ PN. HAZLITA BT IBRAHIM
➢ PN. SITI AISHAH BT MAHMUD
➢ PN. HAZIZUN BT SULAIMAN
➢ PN. FARIZAN BT AHMAD
➢ PN. NAIMAH BIBI BT OTHMAN
➢ PN YEW WEI PIN
2
ISI KANDUNGAN M/S
BIL MODUL 4
1 ICE BREAKING 5
a) Name Game 6
b) Tag Nama Kreatif 7
c) 2 Truths and A Lie 8
d) Paired Sharing 9
e) Movie Ball 10
f) Simpulan Manusia
g) Extreme Rock, Paper & Scissors 11
13
2 PERSONALITI PEMIMPIN
a) Amanah dan Tanggungjawab 15
b) Pemikiran Kreatif dan Kritis 16
18
3 KONSEP KENDIRI PEMIMPIN
a) Leaders Tree 19
b) I Am The Best Leader 20
c) Leaders Spider Web 25
4 KOMUNIKASI EFEKTIF 26
a) Ceramah Asas Komunikasi 27
b) Mesyuarat JKK Kampung Kalut
c) Model Komunikasi PAC 28
30
5 TEAM BUILDING
a) Lead The Leader (I Got Talent)
b) World Product
6 PUBLIC SPEAKING
a) Anda Ada Satu Pilihan
b) Aktiviti Public Speaking
7 KEROHANIAN
3
MODUL 1 : ICE BREAKING
Tajuk : Name Game
Masa : 45 Minit
Alatan : Kertas, Pen/Pensil
Objektif :
1. Mempunyai komunikasi yang baik
2. Mengenali diri sendiri
3. Lebih kenal akan ahli ahli yang lain
Langkah-langkah:
1. Setiap ahli menuliskan namanya di atas sekeping potongan kertas.
2. Namanya didahului dengan satu kata sifat bermula dengan huruf
yang sama dengan huruf pertama pada namanya, dalam Bahasa
Inggeris atau Bahasa Melayu.
Falsafah:
1. Mempunyai komunikasi yang baik dalam satu pasukan adalah
penting.
2. Mengenali diri sendiri adalah salah satu cara mencapai kejayaan.
3. Kemahiran komunikasi adalah komponen penting dalam
kepimpinan.
4
Tajuk : Tag Nama Kreatif
Masa : 45 minit
Alatan : Kertas (Untuk tag nama), pensil
Objektif :
1. Mengenali diri.
2. Menjadikan ahli-ahli kumpulan lebih mengenali antara satu sama lain.
Langkah-langkah:
1. Setiap ahli kumpulan bebas menggambarkan nama mereka dengan
sebarang bentuk tulisan, lukisan, objek pada tag nama mereka.
Falsafah :
1. Mengenali satu sama lain adalah salah satu strategik kejayaan dalam
sesuatu organisasi.
5
Tajuk : 2 Truths & A Lie
Masa : 45 minit
Alatan : Tiada peralatan
Objektif
1. Mempunyai perspektif yang baik terhadap orang lain.
2. Berani berkomunikasi.
Langkah-langkah:
1. Setiap ahli kumpulan memikirkan dua perkara benar dan mencipta satu
fakta palsu tentang diri mereka.
2. Kemudian, ahli-ahli kumpulan cuba meneka yang mana satu benar dan
yang mana satu palsu.
Falsafah
1. Mempunyai perspektif yang baik terhadap orang lain adalah salah satu cara
untuk mempunyai minda yang positif.
2. Mempunyai sifat keberanian dalam berkomunikasi dapat menjadikan
seseorang untuk berjaya dalam organisasi.
6
Tajuk : Paired Sharing
Masa : 30 minit
Alatan : Tiada alatan digunakan
Objektif :
1. Menanamkan sifat berani.
2. Menjadikan mereka mempunyai sifat bekerjasama dalam kumpulan.
Langkah-langkah:
1. Semua bergerak dan memilih seseorang yang paling tidak dikenali atau
asing.
2. Setiap orang mesti mempunyai pasangan.
3. Kemudian, ketua akan mengumumkan satu topik untuk setiap pasangan
membincangkan supaya lebih mengenali antara satu sama lain.
Falsafah :
1. Mempunyai sifat bekerjasama dalam satu kumpulan merupakan strategi
membentuk organisasi yang baik.
7
Tajuk : Movie Ball
Masa : 30 minit
Alatan : Bola, layar untuk menayangkan filem.
Objektif :
1. Menjadikan mereka mempunyai semangat bersaing secara sihat.
2. Bijak berkomunikasi.
Langkah-langkah:
1. Sebiji bola akan dilantunkan dari seorang ke seorang dan sesiapa yang
menangkap atau terkena bola perlu menamakan satu filem.
2. Masa diberikan hanya 5 saat.
3. Sekiranya gagal, individu tersebut akan keluar kumpulan.
4. Peserta juga dikira kalah jika mengulangi nama filem yang telah pun
disebutkan dalam pusingan.
Falsafah :
1. Mempunyai pengetahuan lain adalah satu satu contoh orang yang
berjaya, kerana mempunyai sikap ingin tahu dan belajar perkara yang
baharu.
2. Semangat bersaing yang tinggi dapat menjadikan seseorang tidak mudah
akan putus asa.
8
Tajuk : Simpulan Manusia
Masa : 30 Minit
Alatan : Tiada alatan
Objektif :
1. Menanamkan sifat bekerjasama dalam satu kumpulan.
2. Mempunyai komunikasi yang baik dalam kumpulan.
Langkah-langkah:
1. Setiap kumpulan harus membentuk lingkaran yang ketat sambil saling
berhadapan.
2. Setiap orang harus memegang tangan rakan mereka yang berbeza.
Falsafah :
1. Bekerjasama dalam satu kumpulan merupakan strategi kejayaan dalam
organisasi.
2. Komunikasi yang baik dalam satu organisasi adalah penting bagi
mencapai sesuatu matlamat.
9
Tajuk : Extreme Rock, Paper & Scissors
Masa : 30 Minit
Alatan : Tiada peralatan
Objektif
1. Menjadikan mereka mempunyai sifat ingin bersaing secara sihat.
2. Menjadikan mereka berani untuk berkomunikasi.
Langkah-langkah:
1. Dimainkan secara berpasangan.
2. Yang kalah akan melaung-laung nama yang menang.
3. Yang menang akan menandingi ahli yang menang dari pasangan lain
sehinggalah pada hujungnya hanya terdapat 2 orang peserta akhir.
4. Anda akan mendengar laungan yang kuat untuk kedua-dua pemain.
Falsafah :
1. Mempunyai sifat keberanian dalam berkomunikasi merupakan strategi
dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi.
10
MODUL 2 : PERSONALITI PEMIMPIN
Tajuk : Amanah Dan Tanggungjawab
Masa : 60 Minit
Alatan : Belon, Maker Pen, Muzik.
Objektif :
1. Menguji keperibadian peserta.
2. Memupuk semangat kerja berpasukan dan kerjasama antara satu sama
lain.
3. Melahirkan pemimpin berfikiran jauh dan holistik.
Langkah-langkah:
1 Fasilitator memberi arahan kepada peserta untuk meniup belon diberikan.
( tiada halangan saiz besar atau kecil)
2. Peserta diminta untuk menulis nama mereka di belon tersebut ( boleh
ditambah nama ibu/bapa atau sebagainya)
3. Peserta diminta untuk membuat bulatan besar. Bila lagu dimainkan harus
digerakkan belon itu ke arah kanan mereka, (dilakukan sehingga peserta
tidak mendapat belon sendiri).
4. Fasilitator harus mempelbagaikan kaedah supaya ia nampak menarik.
5. Kemudian peserta diagihkan ke beberapa kumpulan kecil ( maksimum 15
orang). Mereka diarahkan untuk memilih satu belon terbaik yang mereka
ada. Belon selebihnya disimpan di tepi dahulu.
6. Peserta diarahkan untuk mengapungkan belon ke udara dengan hanya
meniup melalui mulut sahaja dan tidak dibenarkan menggunakan tangan
atau kepala.
7. Pastikan peserta mengapungkan belon ke udara melebihi 5 minit (boleh
dijadikan pertandingan antara kumpulan).
8. Selesai aktiviti tadi, peserta diminta untuk berada dalam kelompok yang
besar bersama belon (seorang peserta wajib mempunyai belon dan tidak
boleh belon mereka sendiri).
9. Fasilitator harus memainkan peranan untuk mengulas aktiviti tadi dalam
bentuk keseronokan. Selesai membuat ulasan, di akhir aktiviti, peserta
diminta untuk memecahkan belon secara beramai-ramai. Fasilitator perlu
membuat provokasi supaya peserta dapat memecahkan semua belon.
10.Fasilitator harus mencari mana-mana peserta yang memegang belon dan
tidak memecahkannya. Jika ada mohon peserta tersebut tampil ke hadapan
dan meminta untuk memberitahu sebab dan kenapa tidak memecahkan
belon tersebut.
11
Falsafah :
1. Semangat berpasukan adalah personaliti kepimpinan yang harus ada dan
diterap dalam diri seorang pemimpin.
2. Berfikiran kritis dan kreatif adalah satu kaedah yang amat penting untuk
menyelesaikan masalah.
3. Tidak mudah dihanyut dengan keseronokan diri semata-mata tanpa lupa
akan tanggunjawab sebagai pemimpin.
12
Tajuk : Pemikiran Kreatif Dan Kritis
Masa : 60 Minit
Alatan : Lampiran lagu
Objektif
1. Melahirkan seorang pemimpin yang berfikiran kritis dan kreatif.
2. Memupuk semangat kerjasama yang tinggi dalam satu pasukan.
3. Melahirkan bakat kepimpinan dan menghilangakn rasa segan dan
malu dalam diri peserta.
Langkah-langkah:
1. Fasilitator harus mengayakan rentak lagu yang disediakan
(Lampiran 1).
2. Memastikan setiap peserta mengikut dan menghafal lirik dan rentak
lagu tersebut.
3. Bahagikan peserta mengikut kumpulan masing-masing. Kemudian
minta mereka untuk mencipta gaya baru lagu tersebut.
4. Fasilitator harus memainkan peranan untuk memastikan semua
peserta terlibat dan memberi kerjasama.
5. Setiap kumpulan harus mempersembahkan hasil usaha mereka.
6. Aktiviti diulang dangan kumpulan yang besar, peserta harus
melantik beberapa orang untuk menjadi ketua mereka. Selesai
mereka harus mempersembahkan hasil.
Falsafah
1. Semangat kerjasama harus ada dalam setiap orang bergelar
pemimpin.
2. Memupuk keberanian peserta untuk menonjolkan diri dengan
menghilangkan rasa malu dan segan.
3. Berfikiran kritis dan kreatif adalah satu kaedah yang amat penting
untuk menyelesaikan masalah.
13
LAMPIRAN 1
Jambatan goyang-goyang (2x)
Ku jatuh tenggelam (2x)
Lalu aku berenang (2
Habis basah baju ku (2x)
Ku tanggal semua (2x)
Lalu aku sidainya (2x)
Ku pakai semula (2x)
Cantik tak?????
Chow kuey teow (2x)
Roti canai chow kuey teow
Teh tarik , teh tarik
Roti canai chow kuey teow
Teh tarik , teh tarik
Sedap tak??
14
MODUL : KONSEP KENDIRI
Tajuk : Leaders Tree
Masa : 30 Minit
Alatan : Alat tulis
Objektif :
1. Melahirkan seorang pemimpin yang boleh bertoleransi dengan orang lain.
2. Melahirkan bakal pemimpin yang yakin diri serta menghormati pendapat
orang lain
Langkah-langkah:
1. Peserta diberi sehelai kertas A4 dan diminta melukis sepohon pokok yang
dibahagikan kepada dua bahagian. Peserta diminta menyenaraikan sifat
diri mereka dan meletakkan sifat negatif di sebelah kiri dan sifat positif di
sebelah kanan pokok yang telah dilukis. Setelah selesai fasilitator akan
meminta setiap peserta untuk berkongsi apa yang telah mereka senaraikan.
Setiap ahli kumpulan yang lain boleh memberikan pandangan terhadap apa
yang rakan kongsikan.
2. Pada akhir aktiviti fasilitator akan meminta ahli kumpulan untuk
memberikan ulasan apa yang diperolehinya sepanjang perkongsian
dilaksanakan. Sebagai penutup, fasilitator membuat kesimpulan bahawa
semua orang mempunyai kelemahan dan kelebihan tetapi setiap orang
boleh berusaha menjadi lebih baik.
Falsafah :
1. Kelebihan dan kelemahan merupakan suatu yang normal bagi seseorang
individu, tetapi usaha untuk meningkatkan lagi kelebihan dan memperbaiki
kelemahan adalah sifat orang yang bijak.
15
Tajuk : I Am The Best Leader
Masa : 45 minit
Alatan : Bahan-bahan maujud yang terdapat di sekitar
Objektif:
1. Melahirkan seorang pemimpin jelas dengan kelemahan dan kekuatan diri
sendiri.
2. Melahirkan bakal pemimpin yang yakin diri serta menghormati orang lain.
Langkah-langkah:
1. Setiap kumpulan diberikan masa 10 minit dan diminta untuk membina
sebuah kota kumpulan masing-masing dengan menggunakan 10 bahan
yang terdapat di sekeliling. Setiap kumpulan diberikan masa untuk
berbincang tentang kelebihan kota masing-masing untuk merebut gelaran
“Kota Terbaik Abad 21”
2. Setiap kumpulan akan membuat sesi perkongsian dan rakan-rakan yang
lain boleh memberikan pandangan terhadap apa yang rakan kongsikan.
Sesi soal jawab dibuka kepada ahli kumpulan lain jika ada.
3. Pada akhir aktiviti fasilitator akan meminta beberapa orang peserta untuk
memberikan ulasan apa yang diperolehinya sepanjang aktiviti
dilaksanakan. Sebagai penutup, fasilitator membuat kesimpulan untuk
berjaya seseorang itu perlu berusaha tanpa menjatuhkan orang lain.
16
Falsafah :
1. Setiap kejayaan seseorang itu pasti ada tangan-tangan yang menyokong
dibelakang dan sebagai seorang pemimpin kita perlu sentiasa melihat
kelemahan diri sendiri dan terima teguran sebagai satu penambahbaikkan.
17
Tajuk : Leaders Spider Web
Masa : 45 Minit
Alatan : Botol Air Mineral, Pewarna Makanan, Tali, Gunting
Objektif :
1. Meningkatkan kerjasama antara ahli kumpulan.
2. Meningkatkan rasa toleransi dan tolong menolong antara satu sama lain.
Langkah-langkah:
1. Setiap kumpulan akan diberi tali dan 1 botol air yang kosong. Setiap
kumpulan perlu membawa bersama botol air disepanjang aktiviti
berlangsung. Syarat yang ditetapkan, mereka tidak boleh memegang botol
air tersebut dengan tangan tetapi mesti menggunakan tali yang dipegang
oleh setiap ahli kumpulan. Setiap kumpulan perlu melepasi 5 stesen.
Tugasan akan diberikan disetiap stesen dan setelah selesai, fasilitator akan
memberikan token bergantung kepada hasil tugasan kumpulan. Fasilitator
juga akan menambah air berwarna ke dalam botol sebagai bukti telah
selesaikan tugasan dan mereka boleh bergerak ke stesen seterusnya.
2. Kumpulan pertama yang berjaya sampai ke stesen terakhir dengan kuantiti
air yang terbanyak akan dinobatkan sebagai juara
3. Proses - beratnya tugasan sebagai pemimpin, dan mereka perlu
menghadapi pelbagai rintangan dalam menjadi pemimpin yang berwibawa.
4. Refleksi oleh fasilitator
Falsafah :
1. Untuk berjaya sesuatu organisasi itu setiap ahli perlu bekerjasama antara
satu sama lain. Bersatu teguh bercerai roboh.
18
MODUL 4 : KOMUNIKASI EFEKTIF
Tajuk : Ceramah Asas Komunikasi
Masa : 45 minit
Bahan : Slaid pembentangan dan PA sistem
Objektif :
1. Peserta dapat memahami asas komunikasi yang berkesan.
2. Peserta dapat memahami bentuk-bentuk komunikasi.
3. Peserta dapat memahami kepentingan kemahiran berkomunikasi.
4. Peserta dapat memahami halangan yang wujud semasa komunikasi.
Langkah-Langkah :
1. Fasilitator menerangkan bahan berdasarkan slaid pembentangan.
2. Fasilatator menjalankan aktiviti komunikasi yang dijalankan dalam
kelompok besar (berdasarkan kepada kreativiti fasilitator).
Falsafah:
1. Manusia memerlukan komunikasi untuk membina hubungan yang baik.
19
Tajuk: Mesyuarat JKK Kampung Kalut (Kelompok Kecil)
Masa : 45 minit
Bahan : Sampul surat dan skrip kertas A4
Objektif:
1. Peserta dapat memahami kepentingan kerjasama dan toleransi semasa
mesyuarat.
2. Peserta dapat memahami perasaan dan menghormati pendapat orang lain.
3. Peserta dapat memahami kepentingan kemahiran berkomunikasi.
4. Peserta dapat memahami kepentingan penglibatan dan tanggungjawab diri
dalam menyelesaikan masalah.
5. Peserta dapat memahami perlunya menerima keputusan majoriti demi
kepentingan ramai.
Langkah-Langkah :
1. Kumpulkan peserta dalam bulatan yang terbentuk cantik dan selesa.
2. Fasilitator menerangkan perjalanan aktiviti dan mengagihkan keratan
kertas yang mengandungi peranan peserta dalam aktiviti ini. Fasilitator
perlu menjelaskan bahawa peserta perlu merahsiakan peranan yang perlu
mereka mainkan tanpa pengetahuan peserta lain. Pada pusingan pertama
fasilitator hendaklah memberi peranan yang bertentangan dengan
keperibadian peserta berkenaan
3. Pada pusingan kedua fasilitator memberikan peranan yang bersesuaian
dengan keperibadian peserta. Beri mereka masa selama 10 minit setiap
pusingan untuk menyelesaikan/membuat keputusan tentang isu yang
diberikan. Peserta perlu memaparkan nama peranan masing-masing agar
dikenali oleh peserta lain.
4. Setelah tamat masa yang diberikan, fasilitator bertanyakan perasaan
peserta semasa memainkan peranan masing-masing dalam kedua-dua
pusingan aktiviti ini. Fasilitator perlu menekankan etika ketika berbincang
seperti kemahiran berinteraksi, menghormati pendapat orang lain,
kerjasama, sifat toleransi, penglibatan diri dan sebagainya.
20
Falsafah :
1. Setiap dalam kalangan manusia perlu ada komunikasi untuk membina
hubungan yang baik.
21
LAMPIRAN
Watak Dan Peranan JKK Kampung Kalut
MAK BUYONG
Bangkang semua orang!
KONTRAKTOR
Anda mempunyai kepentingan supaya projek-projek yang dilaksanakan dapat
dikuasai oleh syarikat kontraktor anda. Oleh itu beri sokongan anda kepada En
Koporat. Marahkan Mak Buyong kerana sikapnya itu.
ANDARTU
Anda perlu menyokong Ratu Dangdut. Beri alasan anda. Tentang Alang Duda
sehabis-habisnya kerana dia tidak rela berkorban. Berusaha juga agar anda
terpilih sebagai pengerusi Jawatan kuasa. Anda selalu risau tentang jemuran kain
yang belum diangkat di rumah.
EN KOPORAT
Anda telah lama melibatkan diri dalam usaha-usaha kemasyarakatan. Dengan itu
anda merasakan andalah yang paling layak dilantik sebagai Pengerusi di dalam
perbincangan ini kerana pengalaman anda yang luas akan membantu menjayakan
program yang dirancangkan. Bangkang Andartu kerana pada pendapat anda dia
tidak layak menjadi Pengerusi.
PAK UDA
Lawan Ratu dangdut kerana cadangannya akan membawa akibat yang tidak baik
kepada masyarakat. Sebaliknya anda menyokong Pak Imam. Marahkan kerana
tidak menghormati Pak Imam. Marahkan Wak Surip kerana asyik nak layan
masalah pendengarannya sahaja. Sokong Mak Janda Perak.
22
PAK IMAM
Menegur penampilan diri Ratu Dangdut. Menentang penganjuran pesta yang
dicadangkan oleh Ratu Dangdut kerana akan menimbulkan banyak masalah
sosial. Pak Imam mahu rancangan pembangunan masyarakat dikendali oleh kaum
lelaki sahaja.
RATU DANGDUT
Anda tidak menyenangi Pak Imam kerana menganggapnya berfikiran ortodok.
Anda merancang supaya satu konsert dangdut diadakan bagi mengisi Tabung
Bantuan Pendidikan anak-anak daerah itu.
WAK LABIB
Anda perlu menenangkan semua orang dengan mengingatkan mereka supaya
bersabar….Anda hanya perlu berkata “SABAR…..SABAR….BERTENANG!!!
INGAT TUHAN BANYAK-BANYAK.
MAK ANDAM
Pada tanggapan anda pendapat En Koporat mempunyai tujuan dan mempunyai
kepentingan peribadi. Tentang cadangan En Koporat habis-habisan.
MAK JANDA PERAK
Minta cepat ditamatkan mesyuarat kerana mahu menghadiri majlis pertunangan
anak saudaranya di kampong seberang. Marahkan Mak Andam kerana
menentang En Koporat. Sokong cadangan En Koporat dengan kuat dengan
harapan dapat menarik perhatian En Koporat.
ALANG DUDA
Anda menyokong penuh pembangunan yang hendak dilaksanakan tetapi tidak
bersetuju tanah anda diambil alih. Oleh itu bertindaklah dengan bijak supaya
23
anda tidak dianggap sebagai mementingkan diri dan tidak mahu berkorban bagi
pembangunan.
24
Tajuk : Model Komunikasi PAC
Masa : 30 Minit
Bahan : Slaid Pembentangan, PA Sistem
Objektif :
1) Peserta dapat memahami cara komunikasi berdasarkan model
Transactional Analysisis (TA).
Langkah-Langkah :
1) Fasilitator menerangkan bahan berdasarkan slaid pembentangan
2) Fasilitator menjalankan sesi soal jawab kepada peserta. Soalan kuiz
diberikan kepada semua peserta untuk menguji kefahaman peserta.
(Cadangan : Markah akan dikumpul secara kolektif dalam kumpulan)
Falsafah:
1) Setiap dalam kalangan manusia perlu ada komunikasi untuk membina
hubungan yang baik.
25
MODUL 5 : TEAM BUILDING
Tajuk : Lead The Leader (I Got Talent)
Masa : 15 Minit
Bahan- bahan : Kertas A4 dan Pensil
Objektif :
1. Mengetahui bakat setiap ahli kelompok.
2. Menerima kekuatan dan kelemahan ahli kelompok
Langkah-langkah :
1. Setiap Ahli kelompok berikan kertas A4.
2. Setiap ahli kelompok perlu menulis bakat masing-masing di dalam kertas
A4.
3. Melalui bakat yang ditulis oleh ahli kelompok perlu menjelaskan kerjaya
apa yang akan mereka ceburi apabila besar nanti.
4. Fasililator mengulas setiap bakat dan kerjaya pilihan ahli kelompok dengan
cara yang positif.
Falsafah :
1. Mengenal kekuatan dan kelemahan setiap ahli kelompok supaya setiap ahli
kelompok dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.
26
Tajuk : World Product
MASA : 1 Jam 30 minit
Bahan-bahan: Sampul, PA Sistem, Props, Kertas A4 dan kertas warna
Objektif:
1. Ahli kelompok berfikir secara menyeluruh dalam melaksanakan tugasan
yang diberi.
2. Melatih ahli kelompok menjadi lebih bertanggungjawab terhadap peranan
yang diberikan.
3. Menanamkan sikap keyakinan diri semasa berkomunikasi.
Langkah-langkah:
1. Peserta dibahagi kepada 8 kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan sampul produk, kertas A4, kertas
warna, dan kupon duit.
3. Setiap kumpulan perlu mencipta produk dan membuat persembahan iklan
selama 3 minit berkaitan produk yang mereka terima di dalam sampul.
4. Semua peserta di dalam kumpulan perlu terlibat dalam persembahan iklan.
5. Setiap peserta juga akan dibekalkan dengan kupon duit. Setelah selesai
semua persembahan iklan, setiap kumpulan perlu mempamerkan produk
mereka untuk dijual.
6. Setiap kumpulan perlu membeli sekurang-kurangnya 2 produk jualan
kumpulan lain yang menarik minat mereka. Peserta perlu memasukkan
kupon duit yang diterima dalam kotak yang disediakan dihadapan produk.
7. Produk yang berjaya memiliki jualan tertinggi di kira sebagai pemenang
dan berjaya menghasilkan ‘world product’
8. Fasilitator memberi sedikit rumusan hasil dari aktiviti tersebut.
FALSAFAH
1. Peserta perlu sedar kepentingan kerjasama dalam kumpulan, keyakinan
diri dan kreativiti sangat penting dalam menghasilkan sesuatu tugasan
dengan jayanya.
27
MODUL 6 : PUBLIC SPEAKING
Tajuk : Anda Ada Satu Pilihan
Masa : 1 Jam
Bahan : Kertas A4, Laptop, LCD Projector
Objektif :
1) Peserta dapat mencerna idea dalam masa yang cepat dan bernas.
2) Melatih diri peserta untuk mengatasi gemuruh dan rasa gugup.
3) Dapat meningkatkan dan memantapkan kemahiran pengucapan awam
yang sedia ada.
4) Dapat menangani cabaran pengucapan awam dan penguasaan pentas
yang efektif.
Langkah-langkah :
1) Peserta diminta duduk dalam bulatan besar dan seorang peserta akan
memegang sebiji bola.
2) Fasilitator akan memainkan muzik dan peserta yang memegang bola
akan menyerahkan bola kepada rakan di sebelahnya dan begitulah
seterusnya sehingga muzik diberhentikan.
3) Peserta yang memegang bola ketika muzik diberhentikan akan ke
tengah bulatan untuk memilih SATU sahaja nombor daripada fasilitator.
4) Fasilitator akan memaparkan tajuk yang telah dipilih.
5) Peserta diberikan masa 5-10 minit sahaja untuk membentangkan tajuk
tersebut secara spontan.
6) Penilaian akan dilaksanakan oleh panel yang telah dilantik.
7) Aktiviti diteruskan sehingga tamat aktiviti
8) Di akhir aktiviti, wakil peserta akan dipilih untuk membuat rumusan
aktiviti secara keseluruhan.
28
Falsafah :
1) Sekiranya tidak mencuba kita tidak akan sedar dan tahu tentang potensi
diri sendiri.
29
Tajuk : Public Speaking – Kelompok
Masa : 2 Jam
Bahan-bahan : Kertas A4, Gambar, LCD, Laptop, Alat Tulis
Objektif :
1) Setiap peserta dapat mencerna idea dalam masa yang cepat dan bernas dan
saling membantu antara ahli kumpulan.
2) Melatih diri peserta untuk mengatasi gemuruh dan rasa gugup.
3) Dapat meningkatkan dan memantapkan kemahiran pengucapan awam
yang sedia ada.
4) Dapat menangani cabaran pengucapan awam dan penguasaan pentas yang
efektif.
Langkah-langkah :
1) Peserta diberikan masa (5-10 minit) dalam kumpulan untuk
membincangkan logo ahli kumpulan
2) Namun begitu, sedikit kelainan akan berlaku apabila fasilitator akan
meminta ahli kumpulan untuk membentangkan apa yang telah tersedia di
skrin layar.
3) Setelah masa tamat, fasilitator akan menjemput kumpulan untuk
membentangkan tugasan tersebut.
4) Situasi yang dijangkakan akan berlaku sedikit kekalutan. Untuk aktiviti
ini, setiap ahli dalam kumpulan perlu bercakap 2 minit seorang dan perlu
mengeluarkan idea masing-masing tetapi tidak boleh sama.
Falsafah :
1) Sekiranya tidak mencuba kita tidak akan sedar dan tahu tentang potensi diri
sendiri.
30
MODUL : KEROHANIAN
MODUL 1: PELAJAR ISLAM
➢ Pelajar Islam akan mengikuti 2 Kuliah Subuh Dan 2 Kuliah Maghrib
➢ Tajuk tazkirah subuh ialah “Jangan bersedih” dan “Kelebihan silaturahim”
➢ Tajuk tazkirah maghrib ialah “Pemimpin yang bertakwa” dan “Akhirat
matlamat kita”
MODUL 2: PELAJAR BUKAN ISLAM
➢ Cadangan aktiviti yang dijalankan ialah:
1. Coretan Hidupku
2. Pilih Kasih
3. Berterima Kasihkah Aku
4. Duniaku
Tajuk: Coretan Hidupku
Masa : 30 minit
Bahan-bahan : Kertas A4, Pen, Papan Putih, Marker
Objektif:
1) Mengimbau kembali pengalaman lepas sama ada suka atau duka.
Menghargai kejayaan dan kegagalan yang pernah dilalui menjadikan
pengalaman lalu sebagai pemangkin mencapai matlamat hidup.
Langkah-langkah:
1) Pelajar dikehendaki melukis graf hidup berdasarkan pengalaman
mereka sendiri.
2) Lajur (Y) mewakili perasaan dan lajur (X) mewakili umur.
3) Pelajar dikehendaki menyenaraikan peristiwa hidup bermula dari usia
dua belas tahun hingga sekarang.
4) Pelajar dikehendaki melukiskan graf tentang suka dan duka pengalaman
yang dilalui mengikut tahun dan senaraikan.
5) Setelah semua pelajar selesai, minta mereka ceritakan tentang graf hidup
mereka dan ahli kelompok digalakkan bertanya soalan.
31
Falsafah:
1) Pengalaman suka dan duka yang dilalui akan mematangkan diri seseorang
untuk lebih berani, kuat dan mampu menghadapi cabaran hidup.
Lampiran
32
Tajuk : Pilih Kasih
Masa : 30 Minit
Bahan-bahan : Kertas A4, Pen, Papan Putih, Marker
Objektif:
1) Menghargai orang yang paling kita sayang. Membentuk jiwa pemimpin
yang boleh menerima kekurangan & kelebihan orang lain.
Langkah-langkah:
1) Pelajar diberikan sehelai kertas A4 dan pen. Pelajar diminta melipat
kertas A4 kepada empat bahagian dan mengoyakkannya.
2) Pelajar diminta menulis 4 nama individu yang paling disayangi.
3) Kemudian, peserta diminta untuk mengeluarkan satu nama yang paling
tidak penting yang telah disenaraikan dan nyatakan sebabnya di belakang
kertas sehingga tinggal sekeping kertas sahaja.
4) Akhir sekali, pelajar diminta menjelaskan kenapa nama terakhir sangat
penting dalam hidup mereka.
Falsafah:
1) Menghargai orang penting yang ada di sekeliling kita. Tidak berprasangka
buruk kepada ahli keluarga. Sebagai pemimpin, kita perlu menghormati
kelemahan dan kelebihan seseorang.
33
Lampiran NAMA 2
NAMA 1
NAMA 3 NAMA 4
34
Tajuk: Berterima Kasihkah Aku
Masa : 30 Minit
Bahan-bahan: Kertas A4, Pen, Papan Putih, Marker
Objektif:
1) Mensyukuri nikmat yang diperolehi. Menghargai kekurangan dan
kelebihan diri sendiri.
Langkah-langkah:
1) Pelajar diberikan sehelai kertas A4 dan pen.
2) Pelajar diminta melipat kertas A4 kepada dua bahagian dan di sebelah
kanan diminta menulis benda yang hidup serta di sebelah kiri diminta
menulis benda yang bukan hidup.
3) Pelajar diminta menyenaraikan fungsi benda hidup dan benda yang
bukan hidup.
4) Fasilitator meminta beberapa wakil kumpulan untuk membuat
pembentangan.
Falsafah:
1) Bersyukur dengan kurniaan Tuhan yang diberikan kepada setiap mahluk.
Menghargai kebolehan diri sendiri. Semua manusia ada kelebihan dan kita
perlu mengasah bakat dan kebolehan yang kita ada.
35
Lampiran : BENDA BUKAN HIDUP
BENDA HIDUP 1. KERETA
1. POKOK 2. ALMARI
2. LEBAH 3. KERTAS
3. SEMUT 4......
4......
36
Tajuk : Duniaku
Masa : 20 Minit
Bahan-bahan : Kertas A4, pen, papan putih dan marker
Objektif:
1) Melatih dan menggalakkan pelajar membuat pendedahan kendiri dengan
lebih terbuka dan mendalam.
Langkah-langkah:
1) Fasilitator memberikan sehelai kertas A4 kepada setiap peserta.
2) Fasilitator mengarahkan peserta melukis lambang diri di atas kertas
mengikut
Langkah berikut:
- Lukis satu bulatan besar pada kertas masing-masing
- Bahagikan bulatan kepada 3 bahagian dan nomborkan bahagian 1, 2 dan
3.
Bahagian 1- Lukis satu simbol melambangkan pengalaman diri anda masa
lampau.
Bahagian 2- Lukis satu simbol melambangkan diri sekarang.
Bahagian 3 - Lukis 1 simbol melambangkan diri masa akan datang.
3) Setiap peserta secara bergilir-gilir diminta menjelaskan kepada peserta
lain maksud simbol yang dilukisnya itu. Semasa penjelasan pembentangan
dibuat, peserta-peserta lain digalakkan bertanya dan berkongsi
pengalaman.
Falsafah:
1) Melalui simbol yang dilukis peserta merasa lebih selesa dan terbuka
mendedahkan dirinya. Perkongsian pengalaman dapat mempertingkatkan
kepercayaan kita kepada orang lain dan mewujudkan hubungan mesra.
37
Lampiran AKAN DATANG
PENGALAMAN DAN MASA
LAMPAU
SEKARANG
- TAMAT -
38