Garvin
Colyn
01. 10. 2022
#herecometheGeorges
Aturcara
10:00 pagi Ketibaan keluarga dan tetamu jemputan
10:30 pagi Ketibaan rombongan lelaki
11:00 pagi
Upacara Pertunangan
12.30 tengahari Huraian Surat Perjanjian Pertunangan
1:15 petang Menandatangani Surat Perjanjian Pertunangan
Ibadat Pemberkatan Upacara Pertunangan
2:00 petang Penyerahan Berian dan Hantaran
Penyerahan Cincin Sogit ‘Langkah Bendul’
Doa Makan
Makan
Cake Cutting
Sesi Fotografi
Ibubapa Pihak Lelaki
Ibubapa Pihak Perempuan
Kedua-dua Ibubapa Pihak Lelaki dan Perempuan
Ibubapa dan Adik Beradik Pihak Perempuan
Ibubapa dan Adik Beradik Pihak Lelaki
Semua Keluarga Besar Pihak Perempuan yang hadir
Semua Keluarga Besar Pihak Lelaki yang hadir
Semua Rakan-rakan Pihak Lelaki yang hadir
Semua Rakan-rakan Pihak Perempuan yang hadir
Bebas
RSS
Ibadat Pemberkatan Upacara Pertunangan
Lagu Pembukaan
The Power of Your Love
1. Lord I come to You
3. Lord unveil my eyes
Let my heart be changed, renewed Let me see You face to face
Flowing from the grace The knowledge of Your love
That I found in You. As You live in me.
2. And Lord I've come to know 4. Lord renew my mind
The weaknesses I see in me As Your will unfolds in my life
Will be stripped away In living every day
By the power of Your love. by the power of Your love. ..
(Cho)
Chorus :
Hold me close
Let Your love surround me
Bring me near, draw me to Your side.
And as I wait, I'll rise up like the eagle
And I will soar with You
Your Spirit leads me on
By the power of your love.
1. PEMBUKAAN
P: Demi nama Bapa dan Putera dan Roh Kudus.
U: Amin.
P: Semoga rahmat dan damai Tuhan berserta saudara -
saudari sekalian.
U: Sekarang dan selama-lamanya.
P: Saudara Garvin dan Saudari Colyn, para ahli keluarga
dan hadirin sekalian yang dikasihi:
Pertunangan adalah langkah pertama kearah perkahwinan
bahagia. Walaupun sudah sewajarnya kita mengharapkan
saudara-saudari berdua ini nanti disatukan dalam
perkahwinan dan sama-sama menempuhi jalan hidup
bahagia, namun ajaran Gereja dengan tegas menyatakan
bahawa pertunangan itu bukan janji atau sumpah untuk
perkahwinan (Kanon 1062).
Kerana itu, jika kemudian ternyata bahawa Tuhan
menghendaki agar mereka memilih teman hidup yang lain,
maka mereka masing-masing bebas; tidak ada soal ingkar
akan janji atau sumpah setia.
Marilah kita bersama-sama menyampaikan doa restu untuk
saudara-saudari berdua ini, Kita memohon kepada Tuhan
untuk membimbing mereka ke arah perkahwinan yang
bahagia, sesuai dengan kehendak-Nya yang kudus dan
berguna bagi keselamatan mereka berdua.
P ; Marilah berdoa:
Allah yang maha Kuasa dan Kekal, kami mohon kepadaMu
agar sudilah membimbing dan memberkati saudara Garvin
dan saudari Colyn yang mahu mempersiapkan diri mencari
jalan kehidupan agar kelak mereka mengalami kebahagiaan
sejati berkat panggilan hidup yang sesuai dengan rencana
dan kehendak Tuhan.
Demi Kristus, pengantara kami.
U: Amin.
2. BACAAN KITAB SUCI
Bacaan I
Yes 66:10-14c
Aku mengalirkan kepadanya keselamatan seperti sungai.
Bacaan dari Kitab Yesaya:
Bersukacitalah bersama-sama Yerusalem,
dan bersorak-soraklah karenanya,
Hai semua orang yang mencintainya!
Bergiranglah bersama-sama dia segirang-girangnya,
Hai semua orang yang pernah berkabung karenanya!
Hendaknya kamu minum susu yang menyegarkan
dan menjadi kenyang, hendaknya kamu menghirup
dan menikmati susu yang bernas.
Sebab beginilah firman Tuhan:
Sungguh, Aku mengalirkan kepadanya
keselamatan seperti sungai dan kekayaan
bangsa-bangsa seperti batang air yang membanjir.
Kamu akan menyusu, akan digendong, dan akan
dibelai-belai di pangkuan.
Seperti seseorang yang dihibur ibunya,
Demikianlah kamu akan Kuhibur;
Kamu akan dihibur di Yerusalem.
Apabila kamu melihatnya, hatimu akan girang,
dan kamu akan seperti rumput muda yang tumbuh dengan
lebat.
Demikianlah sabda Tuhan.
U: Syukur kepada Allah
NYANYIAN
Sabdakan Tuhan
Sabdakan Tuhan, FirmanMu padaku
FirmanMu pelita hidupku
Hancurkan Tuhan kelalaian hidupku
Menerima berita FirmanMu
Cho: Hanyalah Tuhan pancaran hidupku
FirmanMu suci merobah hidupku
FirmanMu Tuhan, Firman yang hidup
FirmanMu Tuhan, Firman yang hidup
Hanyalah Tuhan ku yakin janjiMu
Keselamatan hidupku padaMu
Hanyalah Tuhan ku yakin janjiMu
Keselamatan hidupku padaMu
Cho: Hanyalah Tuhan pancaran hidupku
FirmanMu suci merobah hidupku
FirmanMu Tuhan, Firman yang hidup
FirmanMu Tuhan, Firman yang hidup
4. PEMBERKATAN CINCIN
P: Cincin-cincin (hadiah-hadiah) ini yang saling saudara-
saudari serahkan kepada satu sama lain adalah tanda dan
lambang cinta kasih dan sekaligus tanda serta penghargaan
akan bimbingan Tuhan ke arah perkahwinan yang bahagia.
P: Marilah berdoa.
Allah yang Maha Kuasa dan Kekal, sudilah menjadikan
cincin-cincin (dan hadiah-hadiah) ini sebagai lambang cinta
kasih Garvin & Colyn di antara satu sama lain. Semoga hidup
mereka berlandaskan cinta yang sejati dan murni.
Ya Tuhan, berkatilah mereka yang mengharapkan
bimbingan-Mu ke arah perkahwinan yang bahagia, supaya
mereka mengatur jalan hidup mereka sesuai dengan
kehendak-Mu yang kudus.
U: Amin.
(Cincin-cincin / hadiah-hadiah diperciki dengan air berkat. Sesudah itu
tunangan lelaki menyarungkan cincin itu pada jari manis tangan kanan
tunangan wanita; atau menyerahkan hadiah kepadanya. Sementara itu
pemimpin berkata)
P: Semoga Tuhan memberkati cita-cita yang kini saudara
nyatakan.
(Sesudah itu, tunangan wanita pula menyarungkan cincin pada jari
manis tunangan lelaki; atau menyerahkan hadiah kepadanya.
Sementara itu pemimpin berkata)
P. Semoga Tuhan memberkati cita-cita yang kini saudari
nyatakan.
3. BACAAN INJIL
Mat 18:1-5
Jika kamu tidak bertobat dan menjadi seperti anak kecil ini,
kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Surga.
Inilah Injil Suci menurut Matius:
Sekali peristiwa
Datanglah murid-murid kepada Yesus dan bertanya,
"Siapakah yang terbesar dalam Kerajaan Surga?"
Maka Yesus memanggil seorang anak kecil
dan menempatkannya di tengah-tengah mereka, lalu berkata,
"Aku berkata kepadamu:
Sungguh, jika kamu tidak bertobat dan menjadi
seperti anak kecil ini,
kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Surga.
Sedangkan barangsiapa merendahkan diri
dan menjadi seperti anak kecil ini, dialah yang terbesar dalam
Kerajaan Surga.
Barangsiapa menyambut seorang anak seperti ini dalam
nama-Ku,
ia menyambut Aku."
Demikianlah Injil Tuhan
U: Terpujilah Kristus
HOMILI / PENGAJARAN SINGKAT
(Tema :Dasar hidup yang bahagia ialah mengamalkan cinta
kasih. Bacaan dijelaskan dengan beberapa contoh kehidupan
yang nyata)
5. DOA UMAT
P: Marilah kita sekarang mendoakan saudara-saudari yang
bertunang ini :
Ya Tuhan, penuhilah kedua-dua Garvin dan Colyn yang
bertunang ini dengan berkat ilahi-Mu, supaya mereka
menjadi bahagia. Kami mohon:
U: Kabulkanlah doa kami, ya Tuhan.
P: Ya Bapa di Syurga, kami bersyukur atas kasih yang
telah bersemi dalam hati Garvin dan Colyn dengan
bimbinganMU agar setiap ujian dan kesulitan mematangkan
hubungan cinta mereka dengan lebih bersungguh- sungguh.
Kami mohon;
U: Kabulkanlah doa kami, ya Tuhan.
P: Ajarilah mereka dengan SabdaMU, supaya mereka dapat
mengatur hidup dan segala kesulitan mereka sesuai dengan
kehendak-Mu yang kudus. Kami mohon:
U: Kabulkanlah doa kami, ya Tuhan.
P: Nyalakanlah dalam hati mereka erti cinta kasih dan
belas kasihan yang tidak akan padam. Kami mohon:
U: Kabulkanlah doa kami, ya Tuhan
P: Lindungilah mereka, seperti Engkau telah melindungi
Maria dan Yosef di masa pertunangan mereka. Kami mohon:
U: Kabulkanlah doa kami, ya Tuhan.
P: Semoga mereka menjadi sukacita bagi ibu bapa
mereka dan menerima ganjaran daripada Mu karena
menghormati mereka. Kami mohon:
U: Kabulkanlah doa kami, ya Tuhan
P: Allah yang Maha Kuasa dan Maha Baik, sudilah
mengabulkan doa-doa kami bagi saudara-saudari berdua
ini. Bukalah pintu belas kasihan-Mu dan berilah mereka harta
kebaikan-Mu yang tidak terhingga. Peliharalah mereka dan
seluruh golongan muda dengan bantuan rahmat-Mu.
Demi Kristus, pengantara kami.
U: Amin.
6. PENUTUP
P: Semoga saudara-saudari dilimpahi berkat Allah yang
Maha Kuasa dan semoga cinta kasih-Nya dicurahkan dalam
hati saudara-saudari. Demi Kristus, pengantara kami.
U: Amin
P: Saudara-saudari sekalian, semoga rahmat Allah yang
Maha Kuasa menyertai kita semua.
Demi nama Bapa dan Putera dan Roh Kudus.
U: Amin
P: Dengan ini upacara pertunangan sudah selesai. Damai
Kristus menyertai kita semua.
U: Syukur kepada Allah.
Lagu PeNUTUP
Engkau Yang Dipilih Allah Bapa Yang Di Surga
Engkau yang dipilih Allah Bapa yang di surga
Untuk melahirkan Putra-Nya yang kudus
Engkaulah bunda Kristus
Bunda sang penebus segala dosa manusia
Bunda Maria perawan yang tiada bernoda
Hatimu bersinar putih tiada bercela
Engkau Bunda Almasih
Yang diangkat ke surga penuh kemuliaan
Reff:
Ave Maria, Ave Maria
Terpujilah Bunda terpujilah namamu
Sepanjang segala masa
Ave Maria, Ave Maria
Syukur kepada-Mu Tuhan yang Pengasih
Selama-lamanya