IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
“KAMI GURU MALAYSIA”
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Dibidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
TEMA HARI GURU 2022
Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA merupakan amalan baik yang diamal dan dihayati sehingga
menjadi budaya dalam kehidupan di dalam dan di luar sekolah. Penerapan tersebut boleh
dilaksana secara bersepadu melalui pemikiran atau kognitif (cognitive), sosioemosi
(socioemotional) dan tingkah laku (behavioural) menerusi elemen SEJAHTERA, iaitu:
SEJAHTERA
Selamat, Seronok & Sihat
Etika & Empati
Jati Diri
Adab Sopan
Harmoni
Tekun, Teliti & Terampil
Eksplorasi
Rasional
Artikulasi
Sekolahku SEJAHTERA merupakan amalan baik yang diamal dan dihayati sehingga
menjadi budaya dalam kehidupan di dalam dan di luar sekolah. Penerapan tersebut boleh
dilaksana secara bersepadu melalui domain pemikiran (cognitive), sosioemosi
(socioemotional) dan tingkah laku (behavioural).
MATLAMAT SEKOLAHKU SEJAHTERA
Matlamat Sekolahku SEJAHTERA adalah untuk melahirkan insan sejahtera yang
menyumbang kepada kemakmuran keluarga, masyarakat, negara dan komuniti
global. Oleh yang demikian, penerapan elemen SEJAHTERA bermula dari peringkat
prasekolah dan berterusan sehingga peringkat menengah dan diamalkan sepanjang
hayat.
OBJEKTIF
Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan
dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum
guru dalam masyarakat Malaysia.
Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.Meninggikan
martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar,
persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan
mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.
LAGU TEMA HARI GURU
“Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA”
Verse:
Di sini bermula, mengenal dunia
Bersama guru tercinta
Seronok belajar, selamat sentiasa
Sekolahku SEJAHTERA
Pre-Chorus 1:
Kesihatan di utama, kebersihan di jaga
Sama perkasa etika, integriti di jiwa
Kita selami empati, bina kasih insani
Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni
Chorus:
Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Bangkitlah, Generasi pewaris negara
Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Gemilanglah,Malaysia di mata dunia
Post Chorus:
SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Ayuh kita jayakan Bersama
Pre-Chorus 2:
Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha
Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil
Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional
Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti.
LAGU “TERIMA KASIH CIKGU”
Tulus setiamu cikgu telah mengajar kami
Membekalkan ilmu untuk masa depan
Dari ABCDE 1, 2 dan 3 hingga aku tahu baca dan kira
Tak terhingga pengorbananmu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu
Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu
Kaulah pelita hidup bagi kami semua
Menuju jalan ke arah yang benar
Penuh ikhlas dan tulus membimbing dan mengajar
Untuk memastikan kami berjaya
Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu
Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu
Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu
Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih pada mu cikgu (terima kasih cikgu)
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku (terima kasih cikgu)
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu
Lyricist: Najwa Latif Composer: Najwa Latif
Unit Bestari / ICT
SK SERI LAKSANA