Pembangunan Bandar Yang Pesat Telah Memberi
Kesan Kepada Alam Sekitar.
PROGRAM MPU23012 PENGAJIAN ISLAM
NAMA NORZIHAN BINTI HUSAIN
PENSYARAH
TAJUK E-FOLIO Pembangunan Bandar Yang Pesat Telah Memberi Kesan
Kepada Alam Sekitar.
KURSUS DIPLOMA PEMASARAN
SESI DISEMBER 2020
BIL NAMA NO MATRIKS
1. MUHAMMAD NOR HAFIZAN BIN HAMJAH 06DPR20F1018
2. MUHAMMAD HARITH HAKIM BIN AZRI 06DPR20F1009
3. PUTRA IEAMAN QAYYIM BIN MOHD ISZLAN 06DPR20F1024
4. AHMAD AMIRUL IRFAN BIN AHMAD SAUPI 06DPR20F1006
5. DANIAL FITRI BIN MOHD KAMAL 06DPR20F1012
6. MUHAMMAD RAZIF BIN ALAUDDIN 06DPR20F1003
ISI KANDUNGAN
UNIT ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 KONSEP PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR
3.0 KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR
4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCERMARAN ALAM SEKITAR
5.0 PENUTUP
6.0 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN:
Alam adalah ciptaan Allah yang tidak ternilai harganya. Keindahan flora
dan fauna di Malaysia merupakan salah satu daya tarikan pelancong yang mampu
mendatangkan pulangan yang tinggi kepada pendapatan negara.
{https://www.facebook.com/102431288353503/posts/}. Selain itu juga,
Kementerian juga menekan mengenai pendidikan berkaitan alam sekitar yang
penting bagi mengingatkan kesedaran tentang dan kualiti alam sekitar.
Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan untuk mengawal
kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan.
{http://efoliopmdeepolisas2017}. Walau bagaimanapun, keindahan yang dicipta
suatu masa dahulu kini dicemari oleh tangan-tangan manusia yang sibuk
mengejar pembangunan tanpa mengambil kira kesan sampingan yang akan
diperolehi sama ada pada masa sekarang mahupun pada masa akan datang.
{https://www.facebook.com/102431288353503/posts/}. Sejak beberapa tahun
belakangan ini, kita sering dihebahkan dengan cerita-cerita mengenai
pencemaran alam sama ada ianya meliputi pencemaran udara, air, tanah mahupun
bunyi yang kebanyakkan datang dari perindustrian. Isu alam sekitar sudah
menjadi pokok perbincangan umum yang utama daripada pemimpinn hinggalah
kepada rakyat. Ini menunjukkan bahawa satu perkembangan positif wujud
dikalangan masyarakat Malaysia.
Berita berkaitan dengan pencemaran alam sekitar sering mendapat paparan
meluas sama ada melalui media cetak ataupun elektronik. Kini ramai individu
yang berani tampil bagi menyuarakan pendapat masing-masing mengenai isu
alam sekitar. Terdapat juga yang kecewa apabila mendengar cerita tentang
kemusnahan alam sekitar seperti pembakaran terbuka, pencemaran sungai dan
pembuangan sisa toksik.
{https://www.facebook.com/102431288353503/posts/}. Seterusnya, kerajaan
juga sangat mengambil berat untuk memelihara alam sekitar yang ada di Malaysia
dengan cara menanam semula tumbuhan, mengadakan hutan simpan dan lain-lain
agar pelancongan dari luar negara terus tertarik dengan Malaysia.{Penulis
tugasan}.Banyak juga tokoh-tokoh melayu menyuarakan mengenai isu tersebut.
Sebagai contoh, Tokoh Karam Singh Walia, pasti ramai yang terbayang
berkenaan wajah seriusnya, gerak tangan yang sentiasa turun naik dan
penggunaan bahasa kiasan, bidalan atau pantun di akhir penyampaian setiap
berita atau isu alam sekitar yang dilaporkannya. Kelantangan beliau dalam
membongkar setiap permasalahan ini menunjukkan bahawa kita perlu sedar dan
bangun untuk terus membanteras permasalahan ini dari meruncing.
{https://www.facebook.com/102431288353503/posts/}.
2.0 KONSEP PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR
Konsep pembangunan yang pesat dan alam sekitar ialah rata-rata diseluruh
negara boleh dilihat pembangunan sedang berlaku dan boleh dikatakan hampir
semua golongan masyarakat telah disentuh dengan proses pembangunan ini. Ia
selari dengan wawasan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara maju menjelang 2020. Pada tahap pembangunan yang sedang dialami
sekarang, ianya menjadi keutamaan di seluruh dunia sehingga alam sekitar
menjadi mangsa. Di dalam suasana pembangunan yang pesat ini, terdapat juga
kesan-kesan sampingan yang dikenalpasti terutamanya pemusnahan sumber alam
sekitar kerana binaan pembangunan terutama kepada kawasan-kawasan lama
yang mempunyai nilai-nilai pembentukan imej yang kuat bagi bandar-bandaraya
utama di Malaysia.
Tekanan ekonomi yang dijanakan oleh pembangunan-pembangunan
memberi kesan terhadap kenaikan nilai alam sekitar terutama sekali dikawasan-
kawasan lama di sesebuah bandaraya kerana perletakannya adalah strategik
ditengah-tengah bandar. Ini telah membuat kawasan-kawasan seperti ini mudah
terarah kepada bentuk pembangunan baru yang boleh melupuskan nilai-nilai alam
sekitar yang ada di kawasan-kawasan tersebut. Selain itu juga, manusia, haiwan
dan tumbuhan memainkan peranan yang penting dalam menentukan
keseimbangan alam sekitar. Kesan kepada alam sekitar akibat perbuatan manusia
begitu besar dan kini kita telah merasai perubahan tersebut. Secara umumnya,
kita dapat melihat bahawa terdapat 40% daripada muka bumi ini telah
dimusnahkan oleh kegiatan manusia yang tidak bertanggungjawab untuk
menjaga alam sekitar dan sikap manusia yang tidak peka terhadap isu sosial.
{http://perancangbandar.mbi.gov.my/index}
3.0 KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR
Kesan pembangunan
Pembangunan yang pesat telah menyebabkan banyak Kawasan bandar
berkembang untuk memenuhi kehendak kehidupan penduduk setempat dan demi
tercapainya matlamat negara sesebuah negara perindustrian baru. Pembangunan
yang disebutkan merangkumi pembangunan perumahan,perindustrian dan
pembinaan infrastruktur. Bagaimanapun, kesan daripapada pembangunan telah
menjadi salah satu punca major yang mengakibatkan berlakunya banjir.
https://www.scribd.com/doc/97335170/Kesan-Pembangunan
Kesan-kesannya
Aspek pertanian
Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya
penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan
asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut
menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah
runtuh di Malaysia.Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di
kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air,
menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan
lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Pembangunan pertanian menyokong US$30 bilion nilai jualan racun makhluk
perosak setiap tahun diseluruh dunia. Kira-kira 40% daripada jumlah ini
dibelanjakan di negara membangun untuk sebatian toksik seperti DDT,
orgonofosfat dan organoklorin.Menurut Repetto dan Baliga (1996), Malaysia
merupakan salah sebuah negara yang paling banyak menggunakan racun
makhluk perosak yang paling intensif di Asia. Jumlah racun makhluk perosak
yang digunakan bagi setiap hekter tanaman untuk tahun 1992 dilaporkan 9.2
kilogram/hektar iaitu hampir sepuluh kali ganda jumlah yang digunakan di
Thailand untuk tempoh yang sama.Selain menimbulkan masalah pencemaran air
akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat Malaysia yang menggunakan
penyembor serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak akan
menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila
menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan atau
menyembur racun makhluk perosak. (https://ahba.tripod.com/notakt06.html)
Aspek keselamatan dan kesihatan
Dalam kehidupan seharian, manusia sangat bergantung kepada alam sekitar
dan amat sukar untuk menyatakan bahawa keselamatan, kesihatan dan
kesejahteraan manusia tidak bergantung sepenuhnya kepada kemampanan alam
sekitar. Hal ini kerana alam sekitar yang mampan mampu menawarkan pelbagai
perkhidmatan kepada manusia, termasuklah suasana yang menjamin
kesejahteraan kesihatan.
Keselamatan dan kesihatan persekitaran dan manusia boleh terganggu apabila
alam sekitar mengalami kemerosotan, terutamanya akibat aktiviti pembangunan
yang dilaksanakan oleh manusia. Sebahagian besar daripada gangguan
keselamatan dan kesihatan tersebut berpunca daripada keadaan alam sekitar yang
mengalami perubahan, misalnya udara yang tercemar, sampah sarap, bahan
buangan toksik dan berbahaya, racun makhluk perosak, penggunaan baja sintetik,
hingar dan sebagainya.
Keselamatan dan kesihatan persekitaran adalah berkaitan dengan kualiti alam
sekitar. Sejak kebelakangan ini rekod kualiti alam sekitar di Malaysia
menunjukkan kemerosotan dari aspek kualiti air, udara, sampah sarap tanah dan
sebagainya. Menurut Profesor Datuk Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman, sebanyak
25 batang sungai di Malaysia telah dilaporkan tercemar. (Profesor Madya Dr.
Haryati Shafii) (https://news.uthm.edu.my/ms/2020/ )
Aspek suhu dan iklim
Proses pembangunan berlaku begitu pantas di Malaysia khasnya di bandar-
bandar utama sesebuah negeri. Proses ini telah membawa kepada pengurangan
kawasan hijau kerana dibangunkan dengan kawasan kediaman dan perniagaan.
dua kesan utama akibat daripada proses pembandaran iaitu pengurangan bilangan
tumbuhan hijau dan peningkatan dalam suhu ambien kawasan berkenaan.
Keadaan ini akan menyebabkan kawasan bandar tersebut semakin meluas dan
membesar saiznya.
Selaras dengan perkembangan pusat bandar baru ini, didapati aktiviti manusia
juga turut bertambah dan meningkat dengan ketara Aktiviti perniagaan,
perdagangan, pelancongan, pengangkutan dan sebagainya menyebabkan
perubahan pola suhu dan hujan harian di kawasan bandar. Pengoperasian industri-
industri ini juga akan melepaskan gas-gaspencemar ke udara seperti karbon
dioksida (CO2), nitrogen oksida (NO2), hidrokarbon reaktif (HC) dan lain-lain
(Goudie, 2006). Selain itu, peningkatan aktiviti ekonomi di kawasan bandar juga
akan menjadi punca dan daya tarikan pelancong. Kesesakan orang ramai
mengunjungi kawasan-kawasan perniagaan, perdagangan dan pelancongan ini
akan menambah lagi kemerosotan alam sekitar di kawasan tersebut. Keadaan
alam sekitar ini berbeza jika dibandingkan dengan kawasan pinggir bandar dan
luar bandar.
Keadaan ini adalah kerana, sifat tepu bina di kawasan bandar dengan aktiviti
pembangunan akan menghasilkan segala bentuk pencemaran sama ada secara
kekal atau pun bersifat sementara yang akan menjadi punca kepada peningkatan
suhu persekitaran berbanding kawasan pinggir bandar. Keadaan atmosfera
bandar yang mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kawasan sekitarnya
inilah yang mewujudkan kejadian fenomena pembentukan pulau haba n PHB
bandar dengan udara panas yang terdapat di kawasan pusat bandar dan kawasan
perniagaan bandar yang menyebabkan suhu di kawasan tersebut meningkat
beberapa darjah Celsius berbanding dengan Kawasan sekitarnya. Peningkatan
suhu ini juga membawa perubahan dalam kadar kelembapan bandingan yang
akhirnya menjadikan kawasan persekitaran begitu tidak selesa seperti lembap dan
hangat.
(https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/GEOG/article/download/474/332/).
Aspek ekonomi
Negara kita akan mengalami kemerosotan ekonomi jika negara kita
tercemar dari sudut alam sekitar ataupun jika negara kita tidak menjaga alam
sekitar tetapi lebih mengutamakan perbandaran yang pesat . Hal ini kerana, jika
bandar yang dibangun terlalu pesat maka negara kita akan kehilangan daya
tarikan pelancong ke negara kita. Ini sebabkan negara kita mempuyai keunikan
yang mampu menarik para pelancong dari luar negara datang ke Malaysia untuk
melihat keunikan dan keindahan negara kita. Sebagai contoh, di Sabah terdapat
banyak hutan-hutan yang mempunyai seribu keunikannya, jika kerajaan tidak
menjaga hutan-hutan tersebut, maka para pelancong akan kurang berminat untuk
melancong ke Sabah. Malah, bukan itu sahaja, jika ramai pelancong dari luar
negara datang melancong ke negara kita, sekaligus mata wang di negara kita akan
meningkat dan ekomoni negara kita juga akan meningkat.{Penulis tugasan}
Ini membuktikan bahawa, keunikan dan keharmonian alam sekitar boleh
membantu meningkatkan ekonomi negara. Bagi para pelancong, mereka sudah
biasa melihat keunikan bandar yang ada di dunia kerana di setiap negara
mempunyai keunikan bandar ataupun bangunan tetapi tidak semua negara
mempunyai keunikan alam semula jadi.Maka, kerajaan haruslah mengambil berat
mengenai isu penebangan hutan secara haram agar ekonomi negara tidak
terjejas.{Penulis tugasan}.
Langkah-langkah mengatasi pencermaran alam sekitar
Pencemaran alam merupakan isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat
sejak belakangan ini. Setiap hari terdapat laporan media tentang gejala
pencemaran alam. Hal ini telah menyebabkan pelbagai pihak berasa bimbang
akan gejala tersebut. Pihak kerajaan dengan pertubuhan bukan kerajaan telah
melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan alam sekitar terpelihara. Walau
bagaimanapun, gejala pencemaran alam masih lagi berleluasa seolah-olah tidak
ada penghujungnya. Jika ditinjau dengan mendalam, terdapat beberapa langkah
yang konkrit untuk menangani gejala ini
(https://eseispmstpm.blogspot.com/2013/11).
Langkah-langkahnya
Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek penjagaan
kebersihan persekitaran.Hal ini dapat disignifikan sebagai langkah menjaga alam
sekitar kita. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang telah dibina oleh
kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan?Hanya
segelintir sahaja kilang yang mematuhi piawaian kebersihan.Dalam kebanyakan
kes, pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai mahupun
ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa kawalan.Sikap pengilang ini
bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana
menyebabkan berlakunya pencemaran air.
Hal ini turut menyebabkan kepupusan hidupan akuatik kerana sisa toksik
daripada kilang-kilang mengurangkan peratusan oksigen di dalam air.Implikasi
daripada tindakan ini, undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak berkuasa
supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.Jika hal ini tidak
dibendung, masyarakat akan mengalami masalah kekurangan air bersih dan
sumber protein. Bukan itu sahaja, majoriti masyarakat akan mendapat penyakit
yang dikenali sebagai kwashiorkor akibat kekurangan protein.Bahan-bahan
buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh
mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar
semula yang telah disediakan.
(https://lauhweesian.weebly.com/langkah-langkah-mengatasi-pencemaran-
alam-sekitar.html).
Kesejahteraan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen kesedaran sivik
yang berterusan supaya rakyat dan dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana
“melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Melalui kempen kesedaran ini,
masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit
sebanyak langkah ini dapat menyedarkan manusia yang lalai tentang kebersihan
alam sekitar. Jadi, kempen kesedaran ini akan dapat mencapai matlamatnya
sekiranya semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar seterusnya dapat
membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa
bersih dan dijaga. Sekiranya masyarakat tidak mengendahkan sahutan kerajaan
dan bersikap mementingkan diri sendiri, pastinya negara kita akan tercemar.
Tegasnya, kempen kesedaran sivik juga penting dalam usaha untuk mengatasi
masalah pencemaran alam sekitar.
(http://tamayanthi.blogspot.com/2013/05/langkah-langkah-mengatasi-
masalah.html).
Bahaya pencemaran akibat penggunaan kenderaan bermotor telah lama
diberi perhatian serius oleh negara-negara maju. Di Amerika misalnya, satu Akta
Udara Bersih (Clean Air Act) telah diwujudkan untuk mengurangkan penghasilan
Hidro Karbon, Karbon Monoksida dan oksida-oksida Nitrogen tertentu.
Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar
bermangkin dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Kesan Plumbum
terhadap kesihatan juga boleh dielakkan sekiranya kita menggunakan minyak
tanpa plumbum. Tindakan tegas kerajaan Malaysia adalah perlu untuk
mengurangkan penggunaan dan penjualan minyak berplumbum demi menjamin
kesihatan masyarakat umum, terutamanya penghuni kota.Mencari alternatif
selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan
pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli
(natural gas) dan Propana. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa
bahan-bahan yang mengandungi kandungan oktana yang tinggi tidak
menghasilkan plumbum dan boleh mengurangkan sehingga 90% pengeluaran
Karbon Monoksida dan Hidrokarbon .
Selain itu, Kecekapan enjin juga meningkat daripada 6% kepada 15%
apabila menggunakan bahan-bahan ini sebagai bahan pembakar. Altertnatif lain
yang disebut ialah berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat
tertentu bukan sahaja menjimatkan tenaga dan wang, malahan adalah satu cara
yang lebih bersih dan bijak dalam memulihara alam sekitar daripada tercemar.
Selain itu, menyelesaikan seberapa banyak tugas dalam satu perjalanan juga
boleh menjimatkan penggunaan minyak. Akhir sekali kita seharusnya
mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor bagi perjalanan jarak dekat.
Penggunaan basikal, kenderaan awan ataupun berjalan kaki adalah lebih baik
untuk alam sekitar disamping memberi kesan yang positif terhadap kesihatan kita.
(https://enviro2.doe.gov.my/ekmc/wp-content/uploads/2016/08/1403751824-
KERTAS%20KERJA%20SEMINAR%20PEMBANGUNAN.pdf)
Langkah seterusnya, kerajaan perlulah memperbanyakan perjagaan hutan
simpan agar negara kita tidak tercemar disebabkan oleh tangan-tangan manusia
yang tidak bertanggungjawab. Hal ini dapat menyelamatkan hutan-hutan yang
terdapat di negara kita yang sedang diambang kemusnahan. Ini juga dapat,
memelihara habitat flora dan fauna. Hal ini kerana, jika kerajaan tidak
menyelamatkan ataupun memperbanyakkan hutan simpan, maka akan banyak
habitat flora dan fauna akan pupus dan terancam. Pada era globalisasi ini, banyak
habitat flora dan fauna sudah terancam dan pupus. Sebagai contoh, populasi
Harimau Malaya dan pokok balak pada masa kini mencatatkan hampir pupus
kerana habitatnya terancam disebabkan projek-projek manusia yang ingin
membangunkan projek perbandaran yang pesat sehingga menganggu habitat
penghuni alam sekitar. Sehubungan itu, kerajaan mestilah menyiasat semula isu
ini dalam usaha melindungi alam sekitar.{Penulis tugasan}
5.0 PENUTUP
Akhir sekali, kami telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan mengenai
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan maksud pembangunan yang
pesat. Kami sedar bahawa keseimbangan alam sekitar meupakan perkara yang
penting dan ianya perlu di beri keutamaannya kerana bumi kita adalah
tanggungjawab kita. {https://www.facebook.com/102431288353503/posts}
Selain itu, kami juga dapat mengetahui tentang punca-punca pencemaran
dan kesan terhadap alam sekitar dan kesan pembangunan yang pesat. Kami juga
dapat tahu apakah itu kesan rumah hijau dan kesan buruk pemanasan global yang
sedang dialami di bumi ini.
{https://www.facebook.com/102431288353503/posts}
Seterusnya, kami juga dapat mengetahui mengenai kekejaman manusia
terhadap alam sekitar. Ramai pihak dari pengiat perusahaan tidak endah
mengenai alam sekitar malah mereka mempunyai sikap yang tidak peka terhadap
isu sosial. Ini kerana, mereka lebih mengutamakan keuntungan dan ketamakan
mereka tanpa memikirkan kesan terhadap alam sekitar dan hidupan yang
lain.{Penulis tugasan}
Disamping itu, kami juga mendapat kesedaran mengenai betapa alam
sekitar ini amat penting kepada dunia,negara dan manusia. Ini kerana, Allah SWT
mencipta alam sekitar dengan seribu kebaikan untuk dunia ini.Tetapi manusia
sendiri mensia-sia kan kebaikan yang diberikan oleh Allah SWT disebabkan sifat
ketamakan yang ada dalam diri manusia yang membuak-buak memikirkan
keuntungkan sahaja tanpa memikirkan alam sekitar.{Penulis tugasan}
Akhirnya, kami dapat mempelajari kepentingan dan kaedah memelihara
dan memulihara alam sekitar daripada pencemaran. Kami harap pada tugasan
yang akan datang, kami akan mendapat lebih banyak ilmu pengetahuan tentang
alam sekitar. {https://www.facebook.com/102431288353503/posts}
6.0 Rujukan
• http://efoliopmdeepolisas2017.blogspot.com/
• https://www.facebook.com/102431288353503/posts/e-folio-
pembangunan-bandar-yang-pesat-telah-memberi-kesan-kepada-alam-
sekitarnam/102477365015562/
• http://perancangbandar.mbi.gov.my/index.php/en/warisan/warisan/kesan-
pembangunan
• https://enviro2.doe.gov.my/ekmc/wp-
content/uploads/2016/08/1403751824-
KERTAS%20KERJA%20SEMINAR%20PEMBANGUNAN.pdf
• http://tamayanthi.blogspot.com/2013/05/langkah-langkah-mengatasi-
masalah.html
• https://lauhweesian.weebly.com/langkah-langkah-mengatasi-pencemaran-
alam-sekitar.html
• https://eseispmstpm.blogspot.com/2013/11/langkah-langkah-untuk-
mengatasi.html
• https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/GEOG/article/download/474/332/
• https://news.uthm.edu.my/ms/2020/03/kemerosotan-kualiti-alam-sekitar
• https://ahba.tripod.com/notakt06.html
• https://www.scribd.com/doc/97335170/Kesan-Pembangunan