UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS
SMKBBST
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2009:
Penguatkuasaan Larangan Membawa
dan Mengguna Telefon Bimbit oleh
Murid di Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2009: Penguatkuasaan
Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh
Murid di Sekolah
Untuk makluman ibu bapa dan penjaga serta pelajar-pelajar
SMKBBT,
Adalah dimaklumkan bahawa membawa dan mengguna telefon
bimbit di sekolah adalah merupakan satu kesalahan disiplin.
Peraturan ini adalah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2009
yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rujuk SPI Bil2/2009
Olehitu, semua pelajar SMKBBST adalah dilarang sama sekali
membawa telefon bimbit ke sekolah.
Sekiranya pelajar ingkar, bagi kesalahan membawa telefon bimbit,
telefon bimbit akan dirampas dan disimpan oleh pihak sekolah
sehingga hujung tahun persekolahan semasa. Hanya ibu atau bapa
sahaja dibenarkan untuk mengambil kembali telefon bimbit itu.
Pelajar yang melakukan kesalahan kali pertama akan diberikan
amaran dan menandatangani Surat Aku Janji tidak mengulangi
kesalahan tesebut, manakala untuk kesalahan kali kedua pelajar
akan dilarang untuk menggunakan kemudahan sekolah, asrama
dan tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam program serta
aktiviti sekolah. Sebagai tambahan lagi, telefon yang dirampas akan
disemak kandungannya dan sekiranya didapati terdapat bahan-
bahan (gambar/video) terlarang, pelajar akan dikenakan hukuman
rotan kerana kesalahan berat seperti di dalam Surat Pekeliling Bil.
7/2003 (Mencetak, menerbit, mempamaer, mengedar atau
menyimpan rencana, majalah atau rakaman dan multimedia
terlarang)
Harap maklum. Terima kasih.
DISIPLIN TERAS KEJAYAAN