SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG,
BANDAR TASIK PUTERI, 48020 RAWANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2022
TINGKATAN 1 SBPI RAWANG
KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK
DI TAMAN DESA TEBRAU, JOHOR BAHRU, JOHOR
NAMA : AHMAD THAQIF BAIHAQI BIN IMRAN
KELAS : 1 JANNATUL FIRDAUS
NAMA GURU : PUAN KASMAWATI BINTI HARON
TARIKH HANTAR TUGASAN : 03 JANUARI 2023
PENGHARGAAN
Alhamdulilah dan syukur ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi 2022 dalam masa
yang telah ditetapkan.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua iaitu Tn. Hj. Nor Azam bin Abdullah dan pihak pentadbir sekolah kerana
membenarkan saya menjalankan Kerja Lapangan Geografi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru mata pelajaran Geografi iaitu Cikgu Kasmawati
binti Haron atas bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang saya menjalankan kerja lapangan ini. Tidak lupa juga, kepada ibu bapa saya kerana telah memberi
dorongan, sokongan tenaga dan moral serta galakan demi memastikan kajian dijalankan dengan sempurna.
Seterusnya, terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan saya yang telah banyak memberikan informasi dan maklumat yang sewajarnya kepada
saya bagi menyempurnakan kerja lapangan ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih saya tujukan kepada responden dan semua pihak yang terlibat dalam
proses membantu menyiapkan Kerja Lapangan Geografi 2022.
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian yang saya jalankan ini ialah Taman Desa Tebrau. Taman ini terletak tidak jauh dari taman perumahan saya. Ia merupakan sebuah
perbandaran yang terletak di Mukim Tebrau, Johor Bahru, Johor. Taman Desa Tebrau terletak di sepanjang Jalan Kota Tinggi dan hanya sekitar 14
kilometer dari pusat bandaraya. Bentuk muka bumi yang terdapat di Taman Desa Tebrau ialah tanah pamah. Kawasannya padat dengan
infrastruktur yang dibangunkan.
Pusat tumpuan adalah di Kawasan Tebrau City, terdapat pusat membeli-belah yang popular iaitu AEON Mall Tebrau City, Toppen Shopping
Centre, IKEA Tebrau City, Lotus’s Tebrau City, HeroMarket dan lain-lain lagi.
Taman Desa Tebrau juga mempunyai sekolah rendah dan menengah yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan. Selain itu,
pelbagai kemudahan asas yang ada seperti taman rekreasi dan permainan, restoran, stesen minyak, klinik kesihatan, hospital, pejabat awam serta
swasta, perhentian bas dan jalan raya sebagai perhubungan utama.
PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
Semasa menjalankan Kerja Lapangan Geografi 2022, saya telah menggunakan tiga kaedah kajian untuk menyiapkan tugasan ini. Kaedah
pertama ialah:
a) PEMERHATIAN
Saya menggunakan kaedah pemerhatian di sekitar Taman Desa Tebrau untuk mengenal pasti jenis-jenis sisa domestik di kawasan ini. Melalui
kaedah ini membantu saya mengumpul maklumat paling mudah dan cepat.
a) TEMU BUAL
Kaedah ini saya gunakan untuk mengumpul seberapa banyak maklumat secara lisan. Saya berjumpa dengan beberapa orang penduduk
taman dan menemu bual bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan pembuangan sisa domestik.
a) RUJUKAN
Saya telah mendapatkan maklumat tentang konsep sisa domestik dengan merujuk kepada Buku Teks Geografi dan bahan rujukan lain. Selain
itu, saya turut melayari Internet dan You Tube untuk mencari maklumat tentang pembuangan sisa domestik.
HASIL KAJIAN
I. Maksud Sisa Domestik
Menurut Wikipedia, sisa domestik ialah bahan-bahan buangan yang dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa makanan, botol, plastik, kertas dan
bahan logam terpakai. Sisa buangan toksin pula seperti minyak masak atau enjin, lebihan racun rumpai atau serangga dan hampas organik. Sisa domestik
terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Ianya dapat dikelaskan kepada bahan organik dan bahan bukan organik. Kebanyakannya sisa domestik
berpunca daripada aktiviti manusia dan selebihnya daripada tidak balas semula jadi alam sekitar.
I. Jenis-jenis Sisa Domestik di Taman Desa Tebrau
Daripada pemerhatian yang saya jalankan di Taman Desa Tebrau, saya mendapati terdapat dua jenis sisa domestik di kawasan ini. Salah satu ialah sisa
daripada bahan organik yang boleh diuraikan dan dilupuskan iaitu sisa makanan, buah-buahan mereput dan kertas. Manakala bahan bukan organik sukar
diuraikan dan dilupuskan iaitu tin, plastik, kaca dan besi buruk.
Sisa domestik pula terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Sisa pepejal ialah apa-apa bahan sekerap atau bahan-bahan lebihan lain yang tidak
dikehendaki daripada penggunaan apa-apa proses iaitu seperti sisa makanan, plastik, kertas, logam, perabot dan lampin pakai buang, pakaian dan kasut.
Manakala sisa cecair seperti minyak masak, minyak kereta dan kumbahan
Pembuangan sisa domestik atau sampah sarap dari rumah yang dibuang secara merata-rata tempat. Di antara punca pembuangan sisa domestik
yang sudah dikenal pasti adalah seperti sikap pentingkan diri sendiri, malas dan tidak mementingkan kebersihan, tidak mahu membayar yuran tapak
pelupusan sampah, kurang pendidikan tentang kesan terhadap alam sekitar dan penguatkuasaan yang kurang dari pihak berkuasa.
I. Kesan-kesan Pembuangan Sisa Domestik di Taman Desa Tebrau
Berdasarkan kerja lapangan yang telah saya jalankan, berikut adalah kesan-kesan pembuangan sisa domestik.
a) Pencemaran Bau dan Pencemaran Air
Melalui kajian yang saya lakukan, didapati penduduk menghadapi masalah pencemaran bau dan pencemaran air di persekitaran Taman Desa
Tebrau. Longgokan sampah sarap yang lama terbiar dan tidak dikutip mengeluarkan bau yang busuk dan membuatkan persekitaran Taman Desa
Tebrau kotor. Penduduk terpaksa menghidu bau busuk dari kawasan pembuangan sampah terutamanya selepas waktu hujan. Semasa kerja lapangan
dibuat terdapat penduduk membakar sampah-sarap secara terbuka menyebabkan udara tercemar. Selain itu, sumber air juga akan tercemar kerana
bercampur dengan dengan sisa domestik yang dibuang ke dalam sumber air.
a) Wabak Penyakit
Berdasarkan kajian saya juga, penduduk turut menghadapi masalah seperti wabak penyakit di persekitaran Taman Desa Tebrau. Sisa pembuangan
sampah sarap secara langsung dapat menjadi tempat penularan wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan seperti tikus, lipas, lalat dan nyamuk.
Sebagai contoh, demam denggi, malaria, rotavirus, zika dan kencing tikus.
a) Banjir Kilat dan Sistem Saliran Tersumbat
Selain itu, penduduk menghadapi masalah seperti berlakunya banjir kilat. Sikap tidak bertanggungjawab penduduk yang membuang sampah ke
dalam longkang, parit dan sungai akan menyebabkan aliran air tersekat. Apabila hujan lebat, jumlah air meningkat secara mendadak sehingga
menyebabkan berlakunya banjir kilat.
a) Peningkatan Kos Penyelenggaraan
Melalui pembuangan sisa domestik tidak terurus ini akan menyebabkan berlakunya kos penyelengaraan yang diuruskan oleh pihak kerajaan. Ianya
akan melibatkan pertambahan kos iaitu kos penyelenggaraan, tapak pelupusan, baik pulih kawasan pembuangan, perawatan air tercemar dan gaji
pekerja pembersihan. Sekiranya semua penduduk mempunyai kesedaran sivik peningkatan kos ini dapat ditangani dan kawasan persekitaran menjadi
bersih.
I. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK DI TAMAN DESA TEBRAU
Terdapar beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik di Taman Desa Tebrau. Antaranya ialah:
1. Mengamalkan Amalan 3R
Penerapan amalan 3R (Recyle, Reuse, Reduce). Reduce bermaksud mengurangkan bahan buangan disekeliling kita seperti kurangkan pembelian yang
tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Reuse ialah mengguna semula atau pelbagaikan penggunaan bahan buangan.
Contoh menggunakan semula bekas minuman dan mendermakan buku-buku dan pakaian. Recyle pula mengitar semula bahan buangan menjadi
produk yang baharu. Amalan ini dapat mengurangkan jumlah sampah yang dibuang serta dapat menjimatkan wang penduduk. Contohnya
penduduk taman boleh mengadakan pertandingan pengubahsuaian barang-barang terpakai.
1. Penguatkuasaan Undang-undang
Selain itu, penduduk mencadangkan agar diperketatkan Penguatkuasaan Undang-undang sebagai langkah pengurusan sisa domestik lebih teratur.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menguatkuasakan undang-undang berkaitan sisa domestik dengan mengenakan denda dan hukuman yang
lebih berat bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.
Akta pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam 2007 (Akta 672) dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 673)
dibuat untuk mengurangkan sisa domestik dengan baik dan sistematik. Oleh itu, penguatkuasaan ini harus diperketatkan lagi supaya masalah
pembuangan sisa domestik dapat ditangani supaya mewujudkan kesedaran sivik di kalangan masyarakat pentingnya menjaga alam sekitar.
1. Gotong-royong
Daripada respon penduduk juga, ada yang mencadangkan agar diadakan gotong-royong secara berkala. Ini akan mewujudkan kesedaran sivik
di kalangan penduduk agar tidak membuang sampah sarap merata-rata kerana melihat sendiri kesan dan akibat daripada pembuangan sisa
domestik yang tidak terurus ini.
1. Membeli barangan keperluan dengan bertanggungjawab
Setiap penduduk Taman Desa Tebrau haruslah bijak berbelanja dalam membeli barangan keperluan. Elakkan membeli barang yang dipakai
buang hanya setelah menggunakannya beberapa kali sahaja seperti beg, kasut dan lain-lain lagi.
RUMUSAN
Setelah menjalankan kerja lapangan ini, saya dapat mengetahui pelbagai jenis maklumat tentang sisa domestik yang terdapat di Taman Desa
Tebrau, Johor Bahru, Johor.
Selain itu, saya juga telah melayari Internet, membaca buku dan membuat temu bual untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang berkaitan
dengan kawasan kajian.
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa bekerjasama untuk mengurangkan sisa domestik. Ini penting bagi sesebuah kawasan kerana terdapat
beberapa kebaikan dan keburukan yang boleh membawa kepada kemajuan dan kemudaratan. Saya berharap semua penduduk Taman Desa
Tebrau dapat menguruskan sisa domestik dengan lebih sistematik untuk kebaikan bersama.
Tuntasnya, setiap individu dan masyarakat perlu berganding bahu untuk melestarikan alam sekitar bebas daripada sisa domestik. Kita
hendaklah sentiasa menyokong kempen alam sekitar seperti hari tanpa plastik dan lain-lain untuk kemakmuran bersama di masa mendatang.
LAMPIRAN
RUJUKAN
• BUKU TEKS GEOGRAFI TINGKATAN 1
Penulis: Hisham Azman bin Ibrahim dan Mohammad Khairun Fitri bin Ahmad
Penerbit: ERA VISI SDN.BHD, Bandar Sri Permaisuri, 56000, Cheras, Kuala Lumpur
Tahun Terbit: 2017
• TEMU BUAL
- Telah menemubual 10 orang responden penduduk kawasan berdekatan.
• INTERNET
- https://www.academia.edu/7500078/TAJUK.KAJIAN
- https://www.permohonan.my/pencemaran-alam-sekitar/
• YOU TUBE
- https://youtu.be/uCuKzSZQcIM
- https://youtu.be/hssc7gOj1uY