Bahasa Melayu SPM
Kertas 2
Soalan Nombor 3 :
Pengetahuan Dan Kemahiran Bahasa
LATIHAN BAHASA MELAYU DISEDIAKAN OLEH:
TINGKATAN LIMA CIKGU JUWARIAH BINTI IBRAHIM
e-Pembelajaran
SMK SEKSYEN 9
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN FASA KE-3 SHAH ALAM. SELANGOR
14 APRIL 2020 DI RUMAH MASING-MASING
SELASA #KITA JAGA KITA#
SOALAN ARAS RENDAH
SOALAN 3(a)
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan,atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
i. menanak
ii. menjerang
iii. mengukus
iv. mengelap
v. menggosok
vi. menyapu
SOALAN 3 (b)
Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa
mengubah maksud asalnya.
i. Saya telah menyerahkan laporan itu kepada pihak
pengurusan.
ii. Anda mesti menjelaskan yuran tersebut secepat
mungkin.
iii. Mereka ingin menyertai pertandingan nyanyian solo
pada minggu depan.
Soalan 3 (c)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan
ejaan. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
i. Kemasokan secara bertali arus pendatang asing ke negara ini jika
tidak dikawal akan mendatangkan masalah sosial yang kronik.
ii. Persatuan Pengguna kerapkali menganjurkan seminar pengguna
untuk manfaat ahlinya.
iii. Setiap pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengesan
struktur ayat yang menyalahi hukum tata bahasa.
SOALAN 3D
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i. Demi kepentingan sekolah, marilah kita berganding bahu untuk
mengikat masalah gejala ponteng dalam kalangan pelajar.
ii. Perdana Menteri berasa sangat gembira lantaran pertemuan singkat
antara dia dengan masyarakat di Kijal telah berlangsung dalam
suasana ramah-tamah.
iii. Kamal amat suka akan aktiviti sukan yang menduga mental dan fizikal,
terutamanya mendaki gunung dan sukan berkuda.
SOALAN 3(e)
Tulis peribahasa yang paling sesuai pada tempat kosong dalam ayat-
ayat yang berikut.
buah mulut berat hati isi hati
i. Saya_______________untuk ke majlis hari jadi Shahirah.
ii. Berita tentang seorang pemuda diberkas polis kerana terlihat
dalam pengedaran dadah menjadi_____________penduduk
kampung.
iii. Shima menangis sambil meluahkan_____________kepada saya.
SOALAN ARAS
SEDERHANA
SOALAN 3(a)
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
i. pulang
ii. kepulangan
iii. memulangkan
iv. jalin
v. terjalin
vi. menjalin
SOALAN 3(b)
Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi
ayat majmuk.
i. Saya mencubanya. Perkara itu amat sukar untuk
dilakukan.
ii. Buku itu tebal. Buku itu sebagai panduan Bahasa
Melayu SPM.
iii. Harga makanan di restoran itu murah. Keadaan
restoran itu tidak memuaskan.
SOALAN 3(c)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
i. Kegiatan kokurikulum mampu membantu murid menjadi cergas
dan aktif serta melahirkan pemikir yang bernas.
ii. Mutakhir ini banyak remaja lepasan SPM enggan untuk sertai
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
iii. Suraya tidak mahu menyerahkan geran tanah yang diminta oleh
abangnya kerana tanah itu berupa tanah pusaka keluarga
mereka.
SOALAN 3(d)
Dalam setiap ayat di bawah. terdapat satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan
dan betulkan kesalahan itu Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
i. Saya mewakili penduduk kampung ingin mengucapkan berbanyak terima
kasih atas kehadiran pengetua untuk merasmikan Program Sekolah
Penyayang.
ii. Di setiap akhir bulan, Ahmad menjelaskan bayaran akhbar yang
dilanggan setiap hari.
iii. Oleh sebab kepakarannya itu. Ali mampu membezakan di antara permata
yang asli dengan yang palsu.
SOALAN 3(e)
Baca ayat- ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian nyatakan
peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
i. Sia-sia sahaja ayah menasihati abang kerana nasihat ayah itu
langsung tidak dipedulikannya.
ii. Semua orang memuji tingkah laku Munira yang lemah lembut seperti
ibunya.
iii. Pelajar baharu itu berasal daripada kerabat diraja tetapi dia dapat
bergaul dengan pelajar-pelajar dalam kalangan orang biasa.
SOALAN ARAS TINGGI
SOALAN 3(a)
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
i. semak samun
ii. sampah sarap
iii. sunyi sepi
iv. desas-desus
v. cerai-berai
vi. gerak-geri
SOALAN 3(b)
Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud
asalnya.
i. Pihak polis telah dapat membendung kegiatan mat rempit
di sekitar bandar Kuala Terengganu.
ii. Mohd Sarbini telah didenda oleh guru kerana tidak
menyiapkan kerja rumah.
iii. Ibu telah mencuci kasut sekolah adik yang kotor terkena
lumpur.
SOALAN 3(c)
Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan ejaan dan tiga
kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga
.kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula
Golongan kanak-kanak dan remaja adalah berupa golongan yang terbesar
dalam penggunaan internet pada masa ini. Oleh yang demikian, mereka
merupakan golongan yang paling mudah menjadi mangsa kepada
penjenayahan cyber. Internet memberikan banyak faedah kepada kanak-
kanak dan remaja untuk menimba ilmu. Malah, mereka juga menggunakan
internet sebagai salah satu cara untuk berkumunikasi sesama mereka seperti
di ruang sembang dan di laman web sosial. Namun, remaja kini tidak sedari
tentang ujudnya bahaya dengan terdedahnya maklumat peribadi mengenai
aktiviti seharian mereka, contohnya melalui laman web sosial.
SOALAN 3(d)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i. Semua pelajar perlu sedar yang setiap kejayaan akan diperoleh jika
ada kemahuan, kesungguhan, dan tidak mengenal putus harap.
ii. Walaupun sibuk, Hasmami tetap mengulang kaji pelajaran oleh
kerana banyak isu yang belum dikuasainya.
iii. Media massa merupakan satu saluran komuniti yang berkesan
untuk menyalurkan berbagai maklumat kepada masyarakat.
SOALAN 3(e)
i. Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun,
dia belajar setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu.
Akhirnya, dia dapat menguasai pelajaran setanding dengan rakan-
rakan yang cemerlang.
ii. Pak Harun tidak bimbang akan perbalahan anak-anaknya yang
sudah berlanjutan selama enam bulan kerana dia yakin anak-
anaknya akan berbaik semula.
iii. Nora mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk
jawatan baharu yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia
meletakkan jawatannya sekarang kerana pendapatannya lebih
kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan
jawatan yang sedia ada.
Titipan doa mengiringi perjalanan menimba ilmu semua murid
kesayangan cikgu untuk mencipta kejayaan yang cemerlang.
Cikgu Juwariah Binti Ibrahim
SMK Seksyen 9, Shah Alam