1 UUSM SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA DAMAI 1 N0.2, JALAN PJU 10/1, DAMANSARA DAMAI, PETALING JAYA, SELANGOR TUGASAN MODUL 5 PENILAIAN DAN REFLEKSI
2 PENILAIAN & REFLEKSI MODUL 1-4 TS25 KOHORT 7 (2022-2023) PPD PETALING UTAMA
3 BIG IDEA Pembelajaran yang diperoleh daripada Modul Tugasan TS25 akan membolehkan SLT dan sekolah memacu perubahan dengan lebih berkesan
4 OBJEKTIF Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan setiap modul serta tugasan program Transformasi Sekolah (TS25) melalui penilaian kendiri. . Mengenalpasti elemen-elemen yang perlu ditambahbaik dalam tugasan program Transformasi Sekolah (TS25) melalui refleksi. Berkongsi amalan terbaik berdasarkan pengalaman sekolah. 1 2 3
5 KRITERIA KEJAYAAN Mencadangkan langkahlangkah penambahbaikan yang bersesuaian. Melaksanakan penambahbaikan yang bersesuaian.
6 ISI KANDUNGAN TUGASAN 1 Refleksi Modul 1, 2, 3 dan 4 TUGASAN 2 Kuiz Modul 1, 2, 3 dan 4 TUGASAN 3 Amalan Terbaik Sekolah Penandaarasan Program TS25
7 REFLEKSI BIMBINGAN DAN PEMENTORAN MODUL 1
8 REFLEKSI MODUL 1 BIMBINGAN DAN PEMENTORAN Arahan: Kongsikan pandangan anda dan isu serta penambahbaikan terhadap tugasan-tugasan Modul 1 yang telah anda laksanakan. Modul : Modul 1 - Bimbingan dan Pementoran Nama Sekolah : SK DAMANSARA DAMAI 1 Kod Sekolah : BBA 8271 Refleksi : Pembugaran TS25 (Guru, AKP, Ibu Bapa dan Komuniti) 1. Kekuatan : 1. Taklimat Penataran TS25 kepada MLT dilaksanakan pada 16 November 2022 dan MLT bersedia dengan perubahan. 2. Taklimat Penataran Peringkat Sekolah telah diadakan pada 21 Nov 2022. Para guru dan AKP bersedia menerima perubahan. 3. Warga sekolah telah memahami dan boleh menerangkan dengan jelas akan kerangka TS25 dan peranan mereka dalam mencapai hala tuju sekolah. 4. Ibubapa dan komuniti telah diberi penerangan ringkas tentang TS25 dan halatuju sekolah seiring dengan program transformasi ini semasa mereka menghadiri Majlis Sukaneka dan Kejohanan Sukan Tahunan pada November 2022. 5. Infografik dan Objektif, Matlamat serta Latarbelakang Program TS25 ditampal di papan kenyataan di lobi, bilik-bilik khas serta bilik darjah bagi memberi maklumat kepada warga sekolah serta pelawat yang hadir ke sekolah. 6. Infografik TS25 sekolah telah diedarkan secara atas talian melalui aplikasi Whatsapp oleh setiap guru kelas bagi memberi maklumat ringkas tentang TS25 kepada ibu bapa. 7. Penataran mengikut Modul serta taklimat bagi pelaksanaan tugasan dan toolkits diadakan secara berperingkat kepada AJK TS25 seramai 25 orang sebelum ianya dilaksanakan dan dihantar kepada PPD. 8. Menggantung bunting “Transformasi SKDD1 ke arah
9 TS25” di hadapan pagar sekolah untuk makluman Komuniti Damansara Damai dan pihak luar. 2. Kelemahan : 1. Banyak bahan modul dan toolkit perlu disemak dan difahami satu persatu sebelum setiap tugasan dimulakan dan ianya perlu diberikan taklimat penataran kepada guru-guru berkaitan. 2. Terdapat segelintir guru yang sukar menerima perubahan yang dirancang di sekolah. 3. Jalinan dan kerjasama dengan pihak luar yang masih berada di tahap rendah. 3. Penambahbaikan : 1. Pembugaran secara berfokus mengikut Panitia. 2. Taklimat kepada semua guru secara berperingkat mengikut Modul. 3. Hebahan secara media sosial. 4. Mewujudkan e-Dashboard bagi mengurus data sekolah berkaitan TS25 dan pelaksanaan Program TS25 di sekolah. 5. Melakukan pelbagai usaha untuk memastikan pemegang taruh memahami akan peranan mereka dalam membantu pihak sekolah mencapai matlamat yang ditetapkan. 4. Isu-isu Lain : 1. Guru-guru menggalas tanggungjawab dan tugasan sedia ada yang agak banyak dan padat, serta mempunyai masa yang terhad untuk turut sama melaksanakan Tugasan TS25 mengikut Modul. 2. SLT perlu menilai setiap tugasan sebelum dipertanggungjawabkan kepada guru yang arif untuk melaksanakannya. Sering berlaku, guru yang sama menjalankan tugasan yang berbeza.
10 REFLEKSI MODUL 1 BIMBINGAN DAN PEMENTORAN Arahan: Kongsikan pandangan anda dan isu serta penambahbaikan terhadap tugasan-tugasan Modul 1 yang telah anda laksanakan. Modul : Modul 1 - Bimbingan dan Pementoran Nama Sekolah : SK DAMANSARA DAMAI 1 Kod Sekolah : BBA 8271 Refleksi : Proses Bimbingan dan Permentoran 5. Kekuatan : 1. Proses Bimbingan dan Permentoran telah dilaksana dengan lebih terancang, tersusun dan berfokus. 2. Kompetensi dan keyakinan coach dan coache dalam menyelesaikan isu semakin meningkat dengan mengaplikasikan teknik GROW dalam proses Bimbingan dan Permentoran. 3. Segala maklumat dan video proses permentoran ini telah disimpan bagi tujuan memudahkan pemantauan oleh pihak pentadbir. 6. Kelemahan : 9. Kurang kemahiran dalam teknik grow coaching & mentoring 10.Kekangan masa 7. Penambahbaikan : 6. Mengadakan Bengkel Coaching & Mentoring 7. Pembudayaan coaching & mentoring dalam setiap program/ aktiviti sekolah dan panitia. 8. Bimbingan berterusan kepada MLT 8. Isu-isu Lain : Tiada.
11 REFLEKSI MENERAJUI KEPIMPINAN MODUL 2
12 REFLEKSI MODUL 2 MENERAJUI KEPIMPINAN Arahan: Kongsikan pandangan anda dan isu serta penambahbaikan terhadap tugasan-tugasan Modul 2 yang telah anda laksanakan. Modul : Modul 2 - Menerajui Kepimpinan Nama Sekolah : SK DAMANSARA DAMAI 1 Kod Sekolah : BBA 8271 Refleksi : Profil Pemimpin Pertengahan 1. Kekuatan : 1. Mengenali dan memahami profil setiap pemimpin pertengahan dengan lebih dekat dan berkesan. 2. Menyimpan data profil pemimpin pertengahan secara Sistematik dan terurus. 3. Memudahkan pihak pengurusan sekolah untuk mendapatkan data profil pemimpin pertengahan. 2. Kelemahan : 1. Bilangan pemimpin pertengahan yang agak ramai menyebabkan kesukaran untuk mengumpul data profil pemimpin pertengahan dalam masa yang singkat. 2. Data profil pemimpin pertengahan terhad. 3. Penambahbaikan : 1. Masa yang mencukupi untuk pengumpulan data profil pemimpin pertengahan. 2. Menambahbaik beberapa perkara yang berkaitan dalam profil pemimpin pertengahan bagi mendapatkan data yang bersesuaian dan lengkap secara menyeluruh. 4. Isu-isu Lain : 1. Sesi Ice Breaking untuk lebih mengenali dan memahami antara pemimpin pertengahan. 2. Mewujudkan kumpulan sokongan di kalangan pemimpin pertengahan. 3. Meningkatkan motivasi dan kemahiran pengurusan di kalangan pemimpin pertengahan. 4. Mewujudkan budaya kerja cemerlang di kalangan pemimpin pertengahan.
13 REFLEKSI MODUL 2 MENERAJUI KEPIMPINAN Arahan: Kongsikan pandangan anda dan isu serta penambahbaikan terhadap tugasan-tugasan Modul 2 yang telah anda laksanakan. Modul : Modul 2 - Menerajui Kepimpinan Nama Sekolah : SK DAMANSARA DAMAI 1 Kod Sekolah : BBA 8271 Refleksi : PInTaS dan OPPM 5. Kekuatan : 1. Penataran Modul 2 oleh MLT serta Taklimat PInTaS dan OPPM telah diadakan kepada semua AJK TS25 pada 31 Januari 2023. 2. MLT memberi bimbingan kepada SLT untuk melaksanakan PinTaS dan OPPM. 3. Rakan Elit telah membantu dalam menyemak PInTaS yang dihasilkan dan memberi tunjuk ajar kepada Puan Guru Besar untuk melakukan pembetulan kepada PInTaS yang telah silap dilakukan. 4. Puan Guru Besar telah mengadakan Taklimat PInTaS buat kali kedua kepada semua AJK TS25 5. Perbincangan menghasilkan semula PInTaS dengan membuat pembetulan daripada peringkat awal iaitu pengumpulan data, dibantu oleh PK Kokurikulum. 6. Ketua Panitia Subjek Teras telah menyemak semula dan memurnikan PinTaS yang telah disediakan secara sepasukan dan bersama. 7. Dalam penyediaan OPPM, pentadbir boleh merujuk kepada Pelan Taktikal dan juga Pelan Operasi yang telah disediakan berdasarkan Perancangan Strategik. 6. Kelemahan : 1. Kesilapan melaksanakan PinTaS oleh kerana tiada pengalaman melaksanakan PinTaS sebelum ini. Kesilapan bermula daripada peringkat awal iaitu interpretasi data. (kesilapan dalam mengumpul data dan telah dibuat pembetulan semula setelah mendapat tunjuk ajar oleh pihak rakan ELIT PPD)
14 2. Sebahagian guru kurang jelas hubungan antara Pelan Strategik dan PInTaS 7. Penambahbaikan : 1. Mengadakan bengkel menyediakan PInTaS dan OPPM kepada semua guru. 2. Melaksanakan bimbingan berterusan dalam melaksanakan PInTaS dan OPPM. 2. OPPM disediakan berdasarkan PinTaS dan menyebarkannya kepada warga sekolah. 3. Memantau pelaksanaaan intervensi menggunakan OPPM dan PinTaS dengan merekodkan eviden secara konsisten. 4. 5. Menilai perkembangan intervensi secara berterusan 8. Isu-isu Lain : 1. Penggunaan OPPM dalam pengurusan sesuatu projek atau program masih di tahap yang rendah.
15 REFLEKSI MODUL 2 MENERAJUI KEPIMPINAN Arahan: Kongsikan pandangan anda dan isu serta penambahbaikan terhadap tugasan-tugasan Modul 2 yang telah anda laksanakan. Modul : Modul 2 - Menerajui Kepimpinan Nama Sekolah : SK DAMANSARA DAMAI 1 Kod Sekolah : BBA 8271 Refleksi : PLC PANITIA BAHASA MELAYU 1. Kekuatan : 1. Perkongsian idea tentang sesuatu isu/intervensi dapat dilakukan. 2. Hebahan maklumat boleh dibuat secara individu atau berkelompok supaya berlakunya kecairan maklumat 2. Kelemahan : 1. Kekangan masa untuk perjumpaan guru setiap sesi. 3. Penambahbaikan : 1. Sesi perbincangan dan perkongsian idea dibuat pada satu sesi yang sama. 4. Isu-isu Lain : 1. Takwim/perancangan tahunan yang sangat padat.
16 REFLEKSI MODUL 2 MENERAJUI KEPIMPINAN Arahan: Kongsikan pandangan anda dan isu serta penambahbaikan terhadap tugasan-tugasan Modul 2 yang telah anda laksanakan. Modul : Modul 2 - Menerajui Kepimpinan Nama Sekolah : SK DAMANSARA DAMAI 1 Kod Sekolah : BBA 8271 Refleksi : PLC PANITIA BAHASA INGGERIS 1. Kekuatan : 1. Guru memberi kerjasama yang sangat baik. 2. Guru aktif melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan. 3. Aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan PdP guru di dalam bilik darjah. 4. Tempat yang sesuai, selesa dan kondusif untuk KP mengasakan sesi PLC dan berkongsi pengalaman dan idea bersama guru. 2. Kelemahan : 1. Tidak semua guru yang boleh melibatkan diri kerana ada urusan yang lain yang perlu dijalankan. 2. Bilik darjah yang kurang memuaskan semasa aktiviti dijalankan. 3. Kekangan masa. 4. Dana tidak mencukupi jika memanggil JU dari sekolah lain. 3. Penambahbaikan : 1. Untuk memastikan semua guru terlibat dengan aktif, KP perlu memberikan tugasan untuk mereka supaya mereka boleh berkongsi ilmu dan idea yang mereka miliki.
17 4. Isu-isu Lain : 1. Memastikan semasa PLC dijalankan tiada sebarang program lain dijalankan. Ini akan menyebabkan guru tersebut ketinggalan.
18 REFLEKSI MODUL 2 MENERAJUI KEPIMPINAN Arahan: Kongsikan pandangan anda dan isu serta penambahbaikan terhadap tugasan-tugasan Modul 2 yang telah anda laksanakan. Modul : Modul 2 - Menerajui Kepimpinan Nama Sekolah : SK DAMANSARA DAMAI 1 Kod Sekolah : BBA 8271 Refleksi : PLC PANITIA MATEMATIK 1. Kekuatan : 1. Perkongsian kemahiran, idea, pengetahuan dan kepakaran guru 2. Membina hubungan yang berkualiti 3. Menggerakkan dan menggunakan sumber-sumber sedia ada 4. Mewujudkan semangat kerja berpasukan 5. Menambah himpunan idea, bahan dan penambahbaikan dalam kaedah dan strategi mengajar 6. Kelemahan : 1. Kekangan masa guru 2. Tidak dapat dilaksanakan mengikut tarikh seperti mana yang telah dijadualkan dalam takwim panitia berikutan pertindihan tarikh dan masa program sekolah. 3. Sebahagian guru tidak jelas dengan kepentingan PLC 7. Penambahbaikan : 1. Memastikan takwim panitia sentiasa dikemaskini supaya tiada pertindihan tarikh dengan program sekolah. 2. Penerangan tentang PLC hendaklah berterusan agar kefahaman semua guru semakin meningkat. 3. Penekanan kepada teknik-teknik PLC seperti team teaching, lesson demonstration dan collaborative teaching
19 8. Isu-isu Lain : 1. Takwim pengurusan sekolah dan panitia yang agak padat
20 REFLEKSI MODUL 2 MENERAJUI KEPIMPINAN Arahan: Kongsikan pandangan anda dan isu serta penambahbaikan terhadap tugasan-tugasan Modul 2 yang telah anda laksanakan. Modul : Modul 2 - Menerajui Kepimpinan Nama Sekolah : SK DAMANSARA DAMAI 1 Kod Sekolah : BBA 8271 Refleksi : PLC Panitia Sains 1. Kekuatan : 1. Guru menunjukkan minat yang mendalam dalam PLC yang telah dilakukan. 2. Guru menunjukkan sikap yang positif untuk menyesuaikan diri kepada pembudayaan PLC 3. Sokongan yang kuat daripada barisan SLT terutamanya daripada GB dan PK 2. Kelemahan : 1. Kekangan masa guru 2. Ada sebilangan guru yang tidak dapat menerima dan kurang faham kepentingan PLC. 3. Ada PLC yang dirancang tidak dapat dilaksana mengikut perancangan kerana bertindih dengan program sekolah. 3. Penambahbaikan : 1. Mengenalpasti takwim panitia dikemaskini supaya tidak bertindih dengan program sekolah. 2. Penerangan tentang PLC dibuat secara berterusan di dalam mesyuarat, perjumpaan dan ladap panitia
21 4. Isu-isu Lain 3. 1.: Takwim pengurusan sekolah dan panitia yang agak padat
22 REFLEKSI MENERAJUI PEMBELAJARAN MODUL 3
23 REFLEKSI MODUL 3 MENERAJUI PEMBELAJARAN Arahan: Kongsikan pandangan anda dan isu serta penambahbaikan terhadap tugasan-tugasan Modul 3 yang telah anda laksanakan. Modul : Modul 3 - Menerajui Pembelajaran Nama Sekolah : SK Damansara Damai 1 Kod Sekolah : BBA8271 Refleksi : PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK 21) 1. Kekuatan : 1. Sebahagian guru telah didedahkan tentang PAK 21 pada awal kemunculannya sekitar tahun 2016 2. Sebahagian guru pernah ada pengalaman melaksanakan PAK 21 cuma tidak secara menyeluruh. 3. Ilmu dan pengetahuan yang diperolehi daripada pihak SISC+ tentang PdP PAK 21. 4. Analisis Keperluan Guru telah diadakan dan Bengkel PAK 21 dijalankan untuk semua guru 5. Amalan terbaik pedagogi ditingkatkan melalui pengetahuan Pelbagai GayaPpembelajaran. 6. Persediaan Kelas Fizikal PAK21 telah dijalankan serta pemantauan telah dilaksanakan oleh Unit PAK21. 2. Kelemahan : 1. Sebahagian daripada guru masih belum bersedia melaksanakan PAK 21. 2. Sebahagian guru belum bersedia dengan Kelas Fizikal PAK 21 (guru kelas tidak melengkapkan 13 item yang telah disenaraikan) 3. Kekangan masa, kekurangan bajet serta keadaan beberapa buah kelas yang tiada bekalan elektrik menyukarkan guru untuk melaksanakan kelas PAK 21. 4. Keadaan bilik darjah yang padat dengan bilangan murid dan kurang kondusif (pintu dan tingkap tercabut, LCD projektor lama yang tidak berfungsi masih tergantung).
24 3. Penambahbaikan : 1. Melaksanakan Peer Teaching bagi semua panitia. Bermula dengan perbincangan lesson plan, mengajar bersama, mengambil dan menonton video mereka sendiri dan akhirnya membuat refleksi tentang PdP yang dijalankan supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan. 2. Memperkasakan aktiviti Learning Walk di mana Ketua Panitia akan memilih guru senior untuk membuat pemerhatian selama 5-10 minit semasa PdP dijalankan oleh guru junior. 3. Setiap guru faham akan 47 aktiviti dalam PDP PAK21 serta dapat mengaplikasikan sekurangkurangnya satu daripada aktiviti tersebut dalam PDP harian mereka. 4. PLC dalam panitia berkaitan PAK21 dilaksanakan berterusan. 5. 4. Isu-isu Lain : 1. Kekangan masa dan wang/ sumber yang terhad. 2. Guru belum bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan PAK 21. 3. Guru kurang menguasai 47 aktiviti PdP PAK 21.
25 REFLEKSI MODUL 3 MENERAJUI PEMBELAJARAN Arahan: Kongsikan pandangan anda dan isu serta penambahbaikan terhadap tugasan-tugasan Modul 3 yang telah anda laksanakan. Modul : Modul 3 - Menerajui Pembelajaran Nama Sekolah : SK DAMANSARA DAMAI 1 Kod Sekolah : BBA 8271 Refleksi : PENULISAN RPH PAK 21 1. Kekuatan : 1. Taklimat penulisan RPH PAK21 telah dilaksanakan kepadas semua guru dengan mengambil kira Analisa Keperluan Guru. 2. Penulisan RPH yang seragam dengan menggunakan format RPH PAK21 bagi semua subjek. 3. Penulisan OP dan KK diberi penekanan dalam penulisan RPH. 4. MLT memahami pelaksanaan penjaminan kualiti PBD dan SKPMG2 Standard 4 5. Pemantauan penulisan RPH oleh setiap Ketua Panitia 2. Kelemahan : 1. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kurang diberi penekanan. 2. Aktiviti yang dirancang kurang berjaya menarik minat murid untuk melibatkan diri secara aktif. 3. Sesetengah guru masih keliru dengan perbezaan antara objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan. 3. Penambahbaikan : 1. Aktiviti yang dirancang perlu menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif yang berkaitan isi pelajaran. 2. Penulisan RPH perlu dikaitkan dengan kehidupan murid, isu lokal/ global. 3. Menjalankan CPD berterusan berkaitan penulisan RPH PAK21 4. Peer Teaching berjadual perlu dilaksanakan bagi menghasilkan RPH yang baik 5. Penggunaan ERPH bagi mengelak pembaziran masa dan bahan.
26 4. Isu-isu Lain : 1. Sebahagian kecil guru masih lagi menulis RPH ringkas yang tidak mengandungi elemen PAK 21 yang sepatutnya. 2. Guru mengambil masa yang lebih panjang untuk menulis RPH.
27 REFLEKSI PERSEKITARAN PEMBELAJARAN PROFESIONAL MODUL 4
28 REFLEKSI MODUL 4 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN PROFESIONAL Arahan: Kongsikan pandangan anda dan isu serta penambahbaikan terhadap tugasan-tugasan Modul 4 yang telah anda laksanakan. Modul : Modul 4 - Persekitaran Pembelajaran Profesional Nama Sekolah : SK DAMANSARA DAMAI 1 Kod Sekolah : BBA 8271 Refleksi : Konsep Persekitaran Pembelajaran Profesional 1. Kekuatan : 1. Modul 4 membantu dalam menyokong pembelajaran murid dengan lebih berkesan. Bagi perkembangan guru, modul ini membantu menjalankan program secara berterusan. 2. Pengurusan dan kepimpinan sekolah dapat memastikan program pembelajaran profesional guru terlaksana dengan jayanya sebagai suatu usaha berterusan ke arah kerja yang lebih berkesan dalam menyokong pembelajaran murid dari masa ke semasa. Sebagai contoh, guru yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan (guru koperatif) akan membantu dalam persekitaran pembelajaran yang efektif. 3. Modul 4 juga dapat membantu sekolah mengenal pasti konsep persekitaran pembelajaran profesional disamping membudayakan persekitaran pembelajaran yang profesional ke arah menjadikan sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran. 4. Modul ini juga memberi pengetahuan dan kemahiran yang baharu, pendedahan kepada guru tentang penggunaan data untuk menentukan aktiviti pembelajaran profesional, membimbing pemimpin pertengahan untuk bersama-sama melaksanakan TS25 serta memantapkan kerja sepasukan.
29 2. Kelemahan : 1. Sebelum ini, guru-guru tidak dapat membezakan Pembangunan Profesional dan Pembelajaran Profesional. 2. Pihak sekolah sebelum ini tidak dapat merancang sepenuhnya keperluan guru untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan. 3. Aktiviti yang dijalankan sebelum ini kurang berkesan dalam mengukuhkan pemahaman guru tentang TS25. 3. Penambahbaikan : 1. Kesediaan guru untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Ianya membantu persediaan yang baik untuk menyediakan perancangan tahunan. 2. Kesemua aktiviti dan aspek yang dijalankan perlu dilihat semula bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan ilmu yang dipelajari. 4. Isu-isu Lain : 1. Refleksi bagi setiap aktiviti perlu dijalankan untuk: a) menilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan b) melihat sama ada aktiviti yang dijalankan sesuai atau tidak c) melaksanakan penambahbaikan aktitiviti d) mendokumentasikan aktiviti yang telah dijalankan.
30 REFLEKSI MODUL 4 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN PROFESIONAL Arahan: Kongsikan pandangan anda dan isu serta penambahbaikan terhadap tugasan-tugasan Modul 4 yang telah anda laksanakan. Modul : Modul 4 - Persekitaran Pembelajaran Profesional Nama Sekolah : SK DAMANSARA DAMAI 1 Kod Sekolah : BBA 8271 Refleksi : Kitaran Bimbingan Instruksional 5. Kekuatan : 5. SLT, MLT dan semua guru dapat memahami konsep sebenar Persekitaran Pembelajaran Professional serta boleh membezakannya dengan Pembangunan Professional. 6. Sesi coaching and mentoring yang dijalankan dapat diterima baik oleh guru-guru dalam mengatasi masalah yang telah dikenal pasti untuk meningkatkan kualiti PdPc guru. 7. MLT telah menunjukkan keyakinan yang baik sebagai Pembimbing Instruksional dalam mengaplikasikan The Impact Cycle semasa melaksankan tugas membimbing rakan-rakan guru. 8. Dapat kerja sepasukan, berkongsi ilmu dan membuat keputusan bersama. 9. Kerjasama daripada guru sangat baik sepanjang sesi bimbingan dilaksanakan. 6. Kelemahan : 4. Kekangan masa untuk MLT memantau rakan guru serta melaksanakan bimbingan kepada mereka. 5. Penyediaan dokumentasi yang membebankan guru. 6. Sesetengah guru yang tidak mengikut perubahan.
31 7. Penambahbaikan : 1. Program Pembangunan Professional akan disusun dengan lebih terancang dan bukan hanya berfokus kepada MLT semata-mata. 2. Pemantauan perlu dilakukan secara berterusan oleh SLT. 3. Mengkaji semula tugas bagi setiap guru. 4. Menjalinkan hubungan yang baik antara MLT dan guru. 8. Isu-isu Lain : 2. Terdapat segelintir guru yang merasakan perubahan minda dan budaya amalan yang cuba dilakukan hanya menambah atau mendatangkan masalah dan beban kepada mereka. 3. Sesetengah guru tidak mahu mengikut perubahann kerana selesa berada di tahap lama, iaitu zon selesa dan sukar untuk diarah.
32 KUIZ BIMBINGAN DAN PEMENTORAN MODUL 1
33 KUIZ MODUL 1 BIMBINGAN DAN PEMENTORAN Arahan: Baca setiap pernyataan di bawah dan tandakan pada ruangan BETUL atau SALAH. BIL. PERNYATAAN BETUL SALAH 1 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. / 2 Objektif-objektif Program TS25 adalah berfokuskan kepada: a) mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik; b) membangunkan kepakaran dalaman kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan c) membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan. / 3 Elemen utama yang membentuk kerangka dalam konsep Program TS25 iaitu: a) Persekitaran PdP yang bermakna; b) Guru berkualiti; c) Pemimpin berkesan; dan d) Sokongan PIBG & komuniti. / 4 Terdapat lima aspirasi murid seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu: a) pengetahuan; b) kemahiran berfikir; c) kemahiran memimpin; d) etika dan kerohanian; dan e) identiti nasional. / 5 Mentor adalah seorang individu dengan pengalaman dan pengetahuan yang luas serta komited untuk memberikan sokongan dan saranan kerjaya atau pekerjaan kepada individu lain yang kurang berpengalaman. /
34 BIL. PERNYATAAN BETUL SALAH 6 Coach adalah seorang individu yang membantu individu lain untuk berusaha berterusan dalam meningkatkan kompetensi atau prestasi kerja. / 7 Seseorang coach yang baik kebiasaannya mempunyai kemahiran dalam: a) membina rapport dengan coachee; b) mendengar; c) menyoal; d) memparafrasa; dan e) memberi maklum balas. / 8 Semasa sesi coaching, apakah yang sepatutnya berlaku? Coach mendengar situasi atau masalah coachee, mengajukan soalan, tidak memberi cadangan di mana keputusan muktamad dibuat coachee. / 9 Berikut adalah soalan yang sesuai di peringkat MATLAMAT (Goals - G). “Apakah yang ingin dicapai semasa sesi ini?” / 10 Berikut adalah soalan yang sesuai di peringkat REALITI (Reality - R). “Apakah yang akan dilakukan? Bilakah akan melakukannya?” /
35 KUIZ MENERAJUI KEPIMPINAN MODUL 2
36 KUIZ MODUL 2 MENERAJUI KEPIMPINAN Arahan: Baca setiap pernyataan di bawah dan tandakan pada ruangan BETUL atau SALAH. BIL. PERNYATAAN BETUL SALAH 1 Pemimpin tahap Reproduction dalam The Five Levels of Leadership ialah pemimpin yang diiktiraf oleh pengikutnya kerana dia membangun dan mengupayakan mereka. / 2 Sebagai pemimpin 3600 , pemimpin pertengahan perlu pandai memimpin dan memenangi rakan sekerja dan pegawai atasan tetapi bukan pegawai bawahan. / 3 Seorang pemimpin pertengahan perlu mahir membangun diri sendiri, mengurus orang lain dan membina kemahiran tugas-tugas utama. / 4 Pemimpin menggunakan data untuk menghasilkan makna terhadap tindakan yang akan diambil. / 5 Menganalisis data bermaksud aktiviti untuk mendapat gambaran keseluruhan tentang data dan mengenal pasti masalah/ isu/ lompang yang dihadapi oleh organisasi. / 6 One Page Project Manager (OPPM) boleh digunakan sebagai alat untuk merancang, mengawal, memantau dan mengkomunikasikan maklumat dan status projek. / 7 Dalam proses pelaksanaan PLC, ahli kumpulan mencari maklumat untuk mengenal pasti kelemahan dan puncanya dengan kaedah inkuiri. / 8 Jejak Pembelajaran atau Rondaan Pembelajaran (Learning Walk) digunakan sebagai alat untuk memerhati pengajaran guru dan aktiviti bilik darjah dalam masa kurang daripada 10 minit. / 9 Guru-guru dapat memperbaiki PdPc mereka serta merangsang minat dan pembelajaran murid melalui Lesson Study. / 10 Anggota kumpulan PLC sekolah terdiri dalam kalangan guru sekolah itu sahaja. /
37 KUIZ MENERAJUI PEMBELAJARAN MODUL 3
38 KUIZ MODUL 3 MENERAJUI PEMBELAJARAN Arahan: Baca setiap pernyataan di bawah dan tandakan pada ruangan BETUL atau SALAH. BIL. PERNYATAAN BETUL SALAH 1 Guru perlu merancang sesi PdP yang bermakna dan menarik agar murid berupaya untuk meneruskan pembelajaran kendiri. / 2 Guru berperanan sebagai pemudah cara yang berkesan bagi memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh. / 3 Kemenjadian murid seharusnya dioptimumkan melalui pengaplikasian teknologi dan keupayaan murid itu sendiri. / 4 Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan murid untuk membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. / 5 Penggunaan toolkits Pembelajaran Abad-21 (PAK-21) sesuai digunakan dalam bilik darjah dan dapat menggalakkan pelibatan aktif murid. / 6 Pembelajaran koperatif memberi galakan kepada murid berinteraksi secara pasif dan positif dalam kumpulan. / 7 Pembelajaran berasaskan projek merupakan kaedah pembelajaran yang mana guru merancang dan menyediakan projek untuk dilaksanakan oleh murid-murid. / 8 Tanpa kebergantungan persekitaran fizikal bilik darjah dan persekitaran yang kondusif sahaja tidak boleh menggalakkan proses pembelajaran. / 9 Kebolehan guru dalam mengenal pasti gaya pembelajaran membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang optimum. / 10 Penggunaan kaedah dan strategi yang sesuai dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan menarik. /
39 KUIZ KITARAN PEMBELAJARAN PROFESIONAL MODUL 4
40 KUIZ MODUL 4 KITARAN PEMBELAJARAN PROFESIONAL Arahan: Baca setiap pernyataan di bawah dan tandakan pada ruangan BETUL atau SALAH. BIL. PERNYATAAN BETUL SALAH 1 Tujuan utama pembelajaran profesional guru adalah untuk meningkatkan hasil pembelajaran murid. / 2 Berikut adalah contoh pembelajaran profesional: Guru A yang baru balik berkursus telah melaksanakan sesi perkongsian bersama rakan-rakan dan mengaplikasikan apa yang diperoleh dalam PdP. / 3 Analisis jurang persekitaran tidak diperlukan untuk menentukan bidang fokus pembelajaran guru. / 4 Kejayaan melaksanakan tugas sebagai pemimpin pertengahan adalah bergantung kepada kualiti peribadi pemimpin pertengahan itu sendiri. / 5 Pemimpin pertengahan berperanan dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran profesional melalui bimbingan instruksional. / 6 Pemimpin pertengahan iaitu pembimbing instruksional merupakan rakan kongsi pembelajaran guru untuk membantu mereka meningkatkan PdP ke arah keberhasilan dan kemenjadian murid. / 7 Kitaran Bimbingan Instruksional terdiri daripada tiga peringkat iaitu Kenal Pasti, Memahami dan Meningkatkan. /
41 8 Semasa proses bimbingan instruksional, pembimbing instruksional akan membuat pilihan bagi pihak guru yang dibimbing. / 9 Pengupayaan pemimpin pertengahan melibatkan usaha-usaha memupuk perubahan sikap guru dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif. / 10 Pembimbing instruksional perlu mengarahkan guru untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang realiti semasa, mengenal pasti matlamat, memilih strategi mengajar untuk memenuhi matlamat, memantau kemajuan dan menyelesaikan masalah sehingga matlamat dipenuhi. /
42 AMALAN TERBAIK SEKOLAH PENANDAARASAN PROGRAM TS25
43 SENARAI SEMAK AMALAN TERBAIK SEKOLAH PENANDAARASAN PROGRAM TS25 Arahan: Berdasarkan sekolah penanda arasan yang dilawati (latihan bersemuka)/ video amalan terbaik yang ditonton (latihan dalam talian), sila tandakan (/) pada ruangan yang berkenaan. NAMA SEKOLAH: SK BANDAR UTAMA DAMANSARA 2 BIL. PERKARA YA TIDAK CATATAN (A) Pembelajaran Murid 1 Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara aktif. / 2 Peningkatan pencapaian murid diurus secara terancang. / 3 Masa pelaksanaan PdP diurus secara terancang. / 4 Disiplin murid diurus secara terancang. / 5 Suasana kelas dikawal dengan baik. / 6 Murid diberikan peluang untuk mengemukakan idea dan pendapat. / 7 Murid terlibat dalam pembelajaran koperatif/ kolaboratif secara aktif. / (B) Kualiti Guru dalam PdP 8 Guru merancang pelaksanaan PdP secara profesional dan sistematik. / 9 Guru menerangkan tentang objektif pembelajaran kepada murid. / 10 Guru menerangkan tentang kriteria kejayaan kepada murid. / 11 Guru mengawal proses pembelajaran secara terancang. / 12 Guru mengawal suasana pembelajaran secara profesional dan terancang. /
44 BIL. PERKARA YA TIDAK CATATAN 13 Guru membimbing murid secara profesional dan terancang. / 14 Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. / 15 Guru melaksanakan penilaian secara sistematik dan profesional. / (C) Amalan Profesional 16 Pengetua/ Guru Besar mengurus sumber manusia secara terancang. / 17 Pengetua/ Guru Besar membangunkan sumber manusia. / 18 Pengetua/ Guru Besar menguruskan aset kerajaan secara terancang. / 19 Pengetua/ Guru Besar mengurus kewangan secara terancang. / 20 Pengetua/ Guru Besar menguruskan sumber pendidikan bagi menyokong peningkatan kualiti pendidikan. / (D) Kepimpinan Sekolah 21 Pengetua/ Guru Besar menetapkan hala tuju sekolah. / 22 Pengetua/ Guru Besar mengetuai penyediaan Pelan Intervensi Transformasi Sekolah (PInTaS). / 23 Pengetua/ Guru Besar mengetuai pemantauan operasi sekolah. /
45 BIL. PERKARA YA TIDAK CATATAN 24 Pengetua/ Guru Besar menerajui aktiviti instruksional. / 25 Pengetua/ Guru Besar menangani masalah I’m operasi di sekolah. / (E) Perubahan Persekitaran 26 Persekitaran fizikal diselenggara secara sistematik. / 27 Suasana sekolah yang selesa dan harmoni diwujudkan secara terancang. / 28 Persekitaran sekolah mempamerkan kerjasama sekolah dan ibu bapa. / 29 Persekitaran sekolah mempamerkan kerjasama sekolah dan agensi luar. / 30 Persekitaran sekolah menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif. /
46 AMALAN TERBAIK SEKOLAH PENANDAARASAN PROGRAM TS25 INSPIRASI AMALAN TERBAIK KELEMAHAN Pengurusan fail yang sistematik Penglibatan semua MLT dalam ahli panitia Kemenjadian murid Ruang showcase yang terhad Bilangan murid Sekolah satu sesi Kesediaan dan pengetahuan sedia ada murid Ruang showcase yang terbuka KEKUATAN KESESUAIAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
47 AMALAN TERBAIK SEKOLAH PENANDAARASAN PROGRAM TS25 LAMPIRAN BERGAMBAR
48 LAMPIRAN BERGAMBAR
49 LAMPIRAN BERGAMBAR
50 LAMPIRAN BERGAMBAR