Perang
mu'tah
Pengenalan Perang
Mu'tah.
- Mu'tah adalah sebuah dusun di wilayah syam, dari tempat ke baitul maqdis
yang boleh berjalan kaki ke sana selama dua hari.
-Perang Mu'tah merupakan perang terbesar yang pernah ditempuhi oleh
tentera islam khususnya ketika hayat Rasulullah SAW.
-Merupakan pertempuran yang sengit dan berat serta turut melibatkan
pertumpuran darah.
- Berlaku pada bulan Jamadil awal tahun ke lapan hijrah bersamaan bulan
Ogos atau September tahun 629 Masihi.
Sebab berlakunya
perang.
Penyebab dari pecahnya pertempuran ini adalah pembunuhan utusan
Rasulullah, yaitu al-Harits bin Umair al-Azdi, yang diutus kepada penguasa
Busra. Dalam perjalanannya, ia dicegat oleh Syurahbil bin ‘Amr al
Ghassani, Gubernur al-Balqa, dan sekutu Hiraklius. Al Harits ditangkap dan
dipenggal oleh al-Ghassani. Pembunuhan utusan dianggap sebagai sebuah
kejahatan besar dan harus mendapat pembalasan yang setimpal. Rasulullah
pun memerintahkan pengumpulan pasukan untuk menghukum Syurahbil.
Sebanyak 3000 pasukan berhasil dikumpulkan untuk melakukan ekspedisi ke
utara.
Pertempuran.
Tentara Islam dan tentara kufur saling berhadapan. Perlu kita ketahui,
tentara di medan perang dibagi menjadi lima pasukan, yaitu: pasukan
depan, belakang, kanan, kiri, dan tengah sebagai pasukan inti. Tentara
musuh dengan jumlah yang sangat banyak mengharuskan seorang tentara
dari sahabat melawan puluhan tentara musuh. Akan tetapi, tentara Allah
yang memiliki kekuatan iman dan semangat jihad untuk meraih kemulian
mati syahid tidak merasakannya sebagai beban berat bagi mereka sebab
kekuatan mereka satu banding sepuluh
Kesan Peperangan.
Sekembalinya tentera muslimin ke Madinah selepas berjuang di bumi Mutah,
mereka telah diejek oleh sebahagian penduduk Madinah dengan mengatakan
bahawa tentera muslimin telah lari dari peperangan. Sehingga ada
sesetengah tentera muslimin yang berasa malu dengan ejekan tersebut dan
tidak berani untuk keluar dari rumah atau ke masjid. Namun Rasulullah
s.a.w. cuba memberi penjelasan yang sebenarnya iaitu tentera muslimin
bukan lari dari peperangan tetapi mereka akan menyerang semula pada
masa akan datang.
Kesan Peperangan.
Manakala pihak musuh pula, mereka merasa gembira atas tindakan Khalid
bin al-Walid yang membawa tentera muslimin pulang ke Madinah. Ini
kerana mereka berasa gerun dengan ketangkasan dan strategi peperangan
tentera muslimin yang begitu sistematik. Mereka juga takut sekiranya
tentera bantuan dari Madinah akan datang bagi membantu tentera muslimin.
Pengajaran.
a)Berpandukan cara Rasulullah s.a.w. melantik pemimpin yang akan
berjuang di Mu’tah, maka seorang ketua itu seharusnya melantik pengganti
selepasnya dengan mengikut syarat dan etika dari segi kepimpinan yang ada
pada pengganti itu.
b) Dalam melantik seseorang pemimpin yang belum ditentukan lagi,
perlulah mendapat kata sepakat dari semua pihak atau memilih suara
majoriti.
c)Teladan dari peribadi Khalid bin al-Walid ialah walaupun beliau baru saja
memeluk Islam, tetapi beliau sanggup ikut sama berjuang dalam peperangan
Mu’tah dan sekaligus berjaya memimpin pasukan Islam dengan sempurna.
SEKIAN.