The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-41085325, 2021-09-27 11:40:54

SEDERAP (150 x 210 mm)

SEDERAP (150 x 210 mm)

SEDERAP MELANGKAH
MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN SMK PALOH 2021
bersama
JAKOA, PIBG, dan PIBK

MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN
PROGRAM HOMEROOM
SERTA

MENANDATANGANI NOTA PERSEFAHAMAN

Dewan Komuniti Masyarakat Asli Pos Lebir
20 Oktober 2021
11.30 pagi

Ucapan Perasmian dan Pelancaran Program oleh:

YANG BERHORMAT ENCIK AMRAN BIN ARIFFIN

Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh

PENGENALAN

Sederap Melangkah dirangka untuk dijadikan projek intervensi di SMK Paloh Gua Musang
Kelantan bagi menangani isu perlaksanaan PdPr dalam suasana pandemik Covid-19. Projek
ini akan dilaksanakan bagi memantap dan meningkatkan kemahiran guru-guru
melaksanakan PdPr.

Guru-guru akan diberi bimbingan melalui dua sesi perbengkelan secara atas talian.
Pertama, penggunaan aplikasi Google Workspace iaitu Google Drive, Google Classroom dan
Google Meet serta aplikasi lain seperti Jamboard, Quizizz, Metimeter serta Wordwall. Kedua,
membangunkan kompetensi guru-guru Bahasa Inggeris sekolah ini melalui bengkel
perkongsian amalan terbaik dengan dibimbing oleh Guru Pakar Bahasa Inggeris.

Impak dari program Sederap Melangkah dapat menyelesaikan isu guru kurang mendorong
penglibatan murid dalam aktiviti PdPr dan amalan PdPc guru yang berpusatkan kepada
guru. Dibuktikan dengan dapatan data dari SKPMg2 Standard 4 (4.6.1 Guru kurang
melibatkan murid melibatkan murid dan 4.4.1 guru tidak dapat menimbulkan minat murid).
Manakala dapatan data perlaksanaan PdPr pula menunjukkan hanya 13% guru melaksanakan
PdPr secara atas talian, 15% melaksakan PdPr secara gabungan dan 72% melaksankan PdPr
dengan menggunakan modul.

Projek Sederap Melangkah juga akan mengupayakan kehadiran murid asli dalam kelas PdPr.
Faktor ini secara signifikan akan mempengaruhi tahap pencapaian akademik murid
berkenaan. SMK Paloh Gua Musang mempunyai 47 orang murid orang Asli dari tingkatan 1
hingga tingkatan 5 pada tahun 2021. Berdasarkan data Peperiksaan SPM 2020, 100% (14
orang) calon murid asli gagal mendapatkan mendapat sijil lulus SPM.

MATLAMAT

1. Meningkatkan Kualiti PdPr Guru melalui penggunaan pelbagai aplikasi Google Workspace
(Google Drive, Google Classroom,Google Meet) dan Jamboard, Quizizz, Metimeter serta
Wordwall dalam aktiviti pentaksiran.

2. Meningkatkan kualiti Guru Bahasa Inggeris melalui perkongsian amalan terbaik bagi
meningkat pencapaian GPMP dan tahap penguasaan MTM mata pelajaran Bahasa Inggeris.

3.Mengupayakan murid serta ibubapa memberi penekanan terhadap pencapaian pendidikan
dan kehadiran ke sekolah, khususnya dikalangan murid asli

4.Wujudkan jalinan dan jaringan antara sekolah dengan pemegang taruh serta pemimpin
masyarakat bersama memperkasakan pendidikan di SMK Paloh

OBJEKTIF

1. Meningkatkan bilangan guru melaksanakan PdPr secara atas talian secara bermakna

2. Mengupayakan guru sekurang-kurangnya 2 aktiviti dalam PdPr yang melibatkan murid
secara interaktif.

3. Meningkatkan kolaboratif antara guru Bahasa Inggeris dalam perkongsian amalan
terbaik bagi meningkatkan minat murid.

4. Mewujudkan rasa kebersamaan dan tanggungjawab antara sekolah dengan pemegang
taruh dalam menangan isu kehadiran dan pencapaian murid asli.

5. Meningkatkan kesedaran kepentingan membina jalinan dan jaringan yang erat antara
sekolah dan komuniti untuk menghasilkan sekolah berkualit berfokus kepada kemenjadian
murid.

SASARAN

Projek Bengkel Penggunaan Aplikasi dalam PdPr
-Semua Guru SMK Paloh seramai 56 orang
Projek Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik Bahasa Inggeris
-Guru-guru Bahasa Inggeris SMK Paloh
-Guru-guru Bahasa Inggeris SMK Chiku
-Guru-guru Bahasa Inggeris SMK Bandar Chiku
Projek Motivasi Ibubapa dan Murid Asli
-Ibubapa dan murid Asli SMK Paloh seramai 47 orang

https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2020/11/03/samuel-isaiah-role-model-teacher

AJK



BENGKEL PERTAMA

BENGKEL KEDUA

BENGKEL KETIGA

Dekati Orang Asli Batek




Dekati Orang Asli Batek

“Batek” atau nama gelaran lain seperti Batik, Ngok dan Batek Herb (Orang Hutan), adalah suku bangsa

Orang Asli. Majoriti kaum mereka kebanyakannya di Kelantan. Manakala sebahagian lagi di Pahang
dan Terengganu yang telah bercampur dengan Orang Asli dari suku bangsa Semoq Beri.
Mereka ini berasal dari suku Negrito yang boleh dilihat dari ciri-ciri fizikal seperti berambut kerinting
halus, berkulit hitam manis, serta bentuk wajah yang bulat dan lebar. Penghijrahan mereka ke
Malaysia bermula sejak beribu-ribu tahun yang lampau iaitu dari Indo-China dengan berjalan kaki
merentasi gunung-ganang. Mereka juga dipercayai mengakses jalan masuk ke kawasan pedalaman di
Malaysia melalui Thailand.

Gaya Hidup Kaum Batek

Cara hidup suku kaum Orang Asli Batek ini agak ketinggalan berbanding dengan suku kaum Orang Asli

Melayu Proto di mana mereka masih mengamalkan tradisi dan adat resam kaum mereka. Rumah
pondok mereka masih menggunakan daun-daun hutan, buluh, dan berupa seperti bangsal. Terdapat
lebih kurang 15 – 20 rumah pondok yang terdapat di dalam perkampungan mereka di Kampung
Dedari, Pahang.
Kelangsungan hidup mereka bergantung kepada aktiviti memburu dan mengumpul hasil hutan.
Keperluan ini membentuk pilihan mereka untuk hidup dekat dengan hutan yang bagaikan sebuah
pasaraya buat mereka.
Amalan turun-temurun Orang Asli Batek ini adalah hidup secara nomad iaitu berpindah-randah.
Walaupun begitu, mereka kini telah mula menetap di lokasi yang tertentu dengan membina rumah
sendiri. Pada waktu-waktu tertentu, mereka tetap juga mempunyai rutin bergerak masuk ke dalam
hutan atau di gigi-gigi sungai dan membina penempatan sementara untuk tujuan mengumpul hasil
hutan. Segala hasil hutan ini akan menjadi sumber pendapatan mereka yang dijual di pasaran luar
dan juga untuk kegunaan kehidupan harian mereka.

Amalan Agama Dalam Hidup

Suatu masa dahulu, Orang Asli Batek memiliki kepercayaan terhadap alam sekeliling atau semangat,

roh dari hutan atau dikenali sebagai kepercayaan animisme. Kini, mereka telah mendapat
pendedahan tentang kehidupan beragama dan semakin ramai yang memeluk agama Islam, Buddha
dan sebagainya.

https://tamannegara2u.com/orang-asli-batek-3/

PENUTUP
DAN
PENGHARGAAN

Program SEDERAP MELANGKAH, merupakan program yang mempunyai impak yang dapat
meningkatkan perlaksanaan PdPr dikalangan guru-guru SMK Paloh seterusnya memberi
suasana pembelajaran yang bermakna demi mencapai kemenjadian murid sekolah ini. Selain
itu melalui program ini, dapat membantu guru-guru Bahasa Inggeris menarik minat murid
untuk belajar dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran ini.
Melalui program ini juga, kesedaran kepentingan pendidikan dapat didedahkan secara terus
kepada golongan sasar iaitu Ibubapa murid Asli yang bersekolah di sekolah ini.

Pengerusi dan ahli jawatankuasa Program SEDERAP MELANGKAH memperkasakan
Pendidikan SMK Paloh 2021, merakamkan setinggi-tinggi penghargaaan dan ucapan jutaan
terima kasih, di atas Kerjasama serta sokongan dan sumbangan yang telah diberikan bagi
menjayakan program ini:

YB ADUN PALOH -En. Amran Bin Ariffin

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Gua Musang -En. Azuri bin hamzah

Pengetua SMK Paloh –En. Suhaimi bin awang

Pegawai JAKOA Daerah Gua Musang

Pegawai Kesihatan Daerah Gua Musang

Pengerusi PIBG SMK Paloh

Pemimpin Masyarakat Orang Asli Pos Lebir dan Aring

Barisan Penceramah

Barisan Penderma yang memberi sumbangan kewangan dan barangan Ibubapa dan murid
orang asli Pos Lebir serta semua pihak yang telah memberi kerjasama dan sumbangan
secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

TENTATIF MAJLIS


Click to View FlipBook Version