Si Hitam
Najma Nurazmina
Laila, seorang pelajar berasrama penuh yang berumur 16 tahun. Dia baru sahaja
berpindah dari MRSM Serting ke MRSM Kuala Kubu Bharu. Dia baru menyesuaikan diri
dan berkenalan dengan rakan sebiliknya iaitu Suri, Elisya dan Khadeeja. Mereka lebih
selesa dikenali sebagai Sue, Eli dan Deeja. Mereka berempat merupakan rakan
sekelas iaitu kelas 4 Permata. Sejak 3 bulan masuk di sekolah ini, pelbagai cerita
seram yang sudah dia dengar, ada yang kelakar dan ada yang misteri. Kata Eli, kisah
yang paling pelik ialah kisah tentang ‘Si Hitam’. Laila pun tertanya-tanya dalam hatinya
siapakah gerangan si hitam tersebut. Berjayakah dia temui kisah disebalik pelajar yang
digelar sebagai ‘Si Hitam’.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Laila
Kring…. Kring…..
Aku terdengar deringan jam loceng Sue. “Eishh, bisinglah jam dia ni. Ohh, sudah jam
5.15 pagi”, kataku seorang diri. Lantas aku bangun dari katil dan mengejut rakan-rakan
aku. Aku mengambil tuala dari ampaian bilik lalu beredar ke tandas. Semasa aku
sedang menggosok gigi, aku terasa seperti ada kelibat hitam yang lintas di belakangku.
Aku menoleh, dan tanpa disangka memang tiada sesiapa! “Imaginasi aku kot, lagipun
aku baru bangun tidur”, bisikku dalam hati.
Di kelas, aku dan Sue duduk bersebelahan. Sebelum Cikgu Nadia sampai, lebih baik
aku ambil kesempatan ini untuk berbual kosong bersama Sue. “Kau nak dengar cerita
tak, pagi tadi aku nampak kelibat hitam lalu dibelakangku, seram! “Entah-entah tulah si
hitam”, Sue membalas. Bangun, selamat pagi Cikgu Nadia! Adam, si ketua kelas
memberi arahan. Perbualan antara aku dan Sue terhenti di situ.
Waktu rehat sudah tiba, aku, Sue, Eli dan Deeja duduk semeja di dewan makan. Sue
membuka cerita yang belum habis di kelas tadi tentang si hitam. Deeja mencelah, “Aku
dengar cerita yang si hitam itu merayau-rayau di kolam ikan hiasan sekolah kita”. “Apa
yang si hitam buat? Tanyaku. Kami tersentak apabila ada seseorang menghentak meja
kami. Perbualan kami berakhir. Rupanya, geng Mc’Queen, mereka ialah kumpulan
pelajar popular di sekolah ini yang terdiri daripada pelajar yang nakal tetapi pandai.
Mereka suka mengenakan pelajar-pelajar baharu. Ahli kumpulan ini ialah Ferisya,
Suzzlyana, Nadiah dan Nabella. Mereka gemar dikenali sebagai Isya, Suzzy, Naddy
dan Bella. “Woi budak baru, kau pergi belikan kami mee goreng! Jerit si Isya, ketua
kumpulan mereka. Aku pun bergegas pergi membeli mee goreng untuk mereka. Tak
berani pula aku nak membantah bila dengar cerita pelajar yang dah kena teruk dengan
mereka. Mereka tidak pernah kena tangkap dengan guru sebab mereka pandai buat
kerja. Apabila geng Mc’Queen sudah dapat apa yang mereka mahukan, mereka
beredar tanpa mengucapkan terima kasih. Ini bukan kali pertama buat Laila tetapi
sudah beratus-ratus kali sejak hari pertama di sekolah ini. Sue, Eli dan Deeja meminta
maaf kepada aku kerana tak mempertahankan aku, tetapi aku faham sebab aku tidak
mahu mereka terima nasib yang sama seperti aku. “Tidak mengapalah”, jawab aku
perlahan. Kami pun meneruskan hari tersebut seperti biasa.
Pada petang hari, aku, Sue, Adam dan Naufal, si ketua kelas dan kawan karibnya
bercadang untuk mengulangkaji pelajaran di wakaf depan taman bunga. Eli dan Deeja
tidak mahu ikut kami kerana mereka ada perjumpaan Ahli Lembaga Koperasi. Aku
rapat dengan Adam dan Naufal disebabkan mereka yang tolong aku waktu awal-awal
aku masuk ke sekolah ini. Mereka bukannya sama dengan rakan sekelas lelaki aku
yang lain, mereka jenis yang baik orangnya. Sedang kami bercakap tentang topik Sains
iaitu ‘Light And Optic’, kami bercakap tentang warna. Naufal tiba-tiba menyampuk,
“Cakap pasal warna ni, aku teringat pasal si hitam tu”. Aku, Sue dan Naufal rancak
berborak tentang si hitam tu. Akan tetapi aku pelik bila melihat Adam tidak berminat
dengan topik perbualan kami. Apabila kami tanya Adam tentang si hitam, mesti dia
akan kata “Jangan kacau aku, esok nak kuiz dah. Lagipun bukannya topik tentang si
hitam tu masuk kuiz esok”. Kami terdiam mendengar katanya. “Betul juga kata si
Adam”, balas Sue. Kami pun kembali menyambung mengulangkaji pelajaran.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Adam
“Haishh, kenapalah mereka bertiga nak cerita tentang si hitam itu waktu aku bersama
mereka, tiada waktu lain ke mereka nak cerita. Sudahlah, malas aku nak layan dorang”,
bisik Adam seorang diri.
Kring….. kring….
Nama yang tertera ialah ‘Ibu’. Lantas aku mengangkat telefon yang berdering.
“Assalamualaikum ibu, ada apa ya telefon Adam”. “Adam jangan lupa ya apa yang ibu
pesan”. “Baiklah ibu, Adam lupa pula, nanti Adam buat” Adam keluar dari biliknya
dengan membawa sehelai kertas kecil bertulis sesuatu dan 2 biji gula-gula. Adam pergi
ke suatu tempat yang tiada siapa tahu dan apakah tujuannya? Pernah menjadi bualan
hangat ketika dahulu tentang Adam yang selalu ke suatu tempat untuk berjumpa
seseorang pada waktu yang hampir senja. Cerita itu sudah semakin dilupakan apabila
Adam mengatakan yang sebenarnya cerita itu satu fitnah. Dia berkata yang dia pergi ke
belakang sekolah untuk memberi makan anak-anak kucing yang kelaparan.
Tepat jam 7 petang, Adam pulang ke biliknya semula. “Kau pergi mana Adam”, tanya
Naufal yang sedang memakai songkok untuk bersiap-siap ke surau Ar-Rahman.
“Macam biasalah”, ringkas dan padat jawapan Adam. Naufal tersenyum sambil
mengangguk tanda faham, “Ohhh”, balas Naufal. Adakah ini bermakna ada seseorang
yang tahu rahsia besar Adam. Tiba-tiba Naufal berkata, “Aku minta maaf sbb cerita
tentang dia masa kita belajar di wakaf tadi, ingatkan kau tak kesah”. “Yelah, nanti kau
jangan mula buka cerita lagi ya, aku tak suka orang cakap pasal dia”. “Okay bos,
malam ni aku belanja kau makan mee goreng eh”, pujuk Naufal. “ Hoorayyy, terima
kasih kawan baikku”, Adam gembira mendengangarkan perkataan ‘belanja’.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isya
“Selaku ketua kumpulan Mc’Queen, aku nak kita semua rahsiakan perkara ni dari
semua orang. Kalau aku dengar ada salah seorang dari kamu semua buka mulut
tentang perkara ni, jangan ingat kamu boleh lepas dari aku! Sejak kebelakangan ni, aku
dengar cerita tentang dia dah semakin popular. Lagi popular dari geng kita. Macam
mana boleh jadi macam ni!” marah Isya. Terkeju ahli kumpulan Mc’Queen yang lain bila
ketua kumpulan mereka membuat perjumpaan secara mengejut. Lepas itu, marah
bagai nak rak, sakit telinga dibuatnya. Boleh berdarah telinga kalau dia dah mula marah
dekat ahli yang lain. “Kami semua tak tahu pula yang cerita tentang dia boleh jadi
popular macam ini. Lagipun, kami tak pernah buka mulut tentang kejadian di tepi tong
sampah besar yang kat luar tu, mati kita kalau cerita itu tersebar”,kata Naddy. Suzzy
hanya mengangguk tanda setuju manakala Bella mengeluarkan pen dan mencatat
sesuatu di atas buku rasmi kumpulan mereka.. “Baiklah kalau begitu, girls you can go
now. That’s all for today”, kata Isya dengan berlagaknya. Suzzy dan Naddy bingkas
bangun dari tempat duduk masing-masing dan pergi bersiar-siar di luar koridor asrama
untuk mengambil angin. Bella masih memegang buku tersebut dan mengikut sahaja
kemana Suzzy dan Naddy pergi.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bella
“Suzzy, Naddy, aku nak ke tandas lah, sakit perut pula. Boleh tak kamu berdua teman
aku ke tandas?”, tanya Bella sambil memegang perutnya yang sakit. “Okey, jom Sazzy
kita teman Bella ke tandas, kesian pula aku tengok dia ni”, ajak Naddy. Bella pun terus
mengangkat kaki dan lari selaju yang mungkin untuk tiba di tandas dengan cepat.
“Hishhh, buku ni nak letak mana? Ahhh letak jelah dekat atas para tempat membasuh
baju tu, nanti aku ambillah”,bisiknya dalam hati. Setibanya Suzzy dan Naddy sampai di
hadapan tandas, mereka terdengar pintu dihentak kuat. Bella rupanya. Mereka tergelak
kecil. Sedang menunggu Bella di hadapan tandas, mereka hanya berbual-bual kosong.
Tiba-tiba, Bella sudah muncul di hadapan mereka. Bella tersengih kerana hajatnya
untuk membuang sudah tercapai. Mereka semua berlalu pergi dan menuju ke bilik.
Tanpa disedari, Bella lupa untuk mengambil semula buku itu.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Laila
“Haishhh, malam-malam buta pula mahu terkucil”, Laila mengomel seorang diri.
Selepas selesai membuang hajatnya, dia ternampak buku yang begitu comel di atas
para tempat membasuh baju. Dia mengambilnya lalu membaca muka surat pertama. Ia
tertera, ‘Jangan baca, hak milik Mc’Queen’. Laila teruja, sudah tentu banyak rahsia di
dalamnya. Dia tidak mempedulikan amaran yang tertera di muka surat pertama lalu
membacanya.
Dia terkejut apabila membaca bahagian yang tertulis tentang rahsia besar kumpulan
itu. Tajuknya ialah ‘Tragedi Si Hitam’. Dia mendapati bahawa punca si hitam itu menjadi
begitu misteri di sekolah itu ialah disebabkan mereka berempat. Ahli kumpulan
Mc’Queen mempunyai sejarah hitam dengan si hitam. Mereka pernah membuli si hitam
dengan cara yang menghayat hati kerana si hitam pernah tertumpahkan kuah mee
hailam pada pakaian Isya. Mereka pernah menyiram si hitam dengan air tong sampah
yang busuk. Mereka juga pernah meletakkan peluntur dalam baldi yang penuh baju
sekolah si hitam. Selepas itu, di buku tersebut ada tertulis tentang Adam. Suzzy pernah
melihat Adam bertemu dengan si hitam di belakang sekolah. Akan tetapi geng
Mc’Queen tidak menghebohkan cerita tersebut kerana mereka tahu yang mereka juga
akan berada dalam bahaya. Cerita tentang pembulian si hitam juga akan terbongkar.
Selepas sahaja Laila habis membaca, dia terus meletakkan semula buku tersebut
dalam keadaan yang asal agar si pemilik tidak yang buku tersebut sudah dibaca oleh
orang lain. Laila kembali ke biliknya dan terfikir apakah hubungan antara Adam dan si
hitam. Dia tidak sabar untuk menunggu hari esok dan bertanyakan sendiri kepada
Adam.
Keesokan harinya, setelah habis waktu kelas, dia duduk di hadapan Adam dan
bertanyakan tentang si hitam. Dia menceritakan semua perkara yang sudah dia baca.
Adam nampaknya tidak terkejut dengan tragedi itu.
Adam mula membuka cerita yang sebenarnya dia mempunyai hubungan
persaudaraan dengan si hitam. Setiap petang, Adam akan bertemu dengan si hitam di
belakang sekolah. Tujuannya ialah dia ingin memberikan sehelai kertas yang tertulis
kata-kata motivasi dan 3 biji gula-gula. Dia melakukan sedemikian kerana ia merupakan
amanat dari ibunya. Ibunya yang menyuruh Adam melakukannya supaya boleh
menaikkan dan memulihkan semangat si hitam. Rupa-rupanya nama sebenar si hitam
ialah Nur Raisya Eliza binti Muhammad Adnan.
Kata Adam, orang memanggil Raisya dengan gelaran si hitam kerana dia selalu
memakai pakaian yang berwarna hitam selain dari waktu sekolah. Dia jadi sebegitu
kerana dia mempunyai masalah di sekolah serta konflik dengan keluarganya. Adam
jualah yang menjadikan Raisya mempunyai semangat untuk terus menjalani kehidupan
seperti biasa.
Selepas habis bercerita semuanya, Adam dan Laila mengambil keputusan untuk
memberitahu Cikgu Nadiah. Cikgu Nadiah terus membuat laporan tentang kes ini. Kes
ini telah menjadi kes polis. Setelah berminggu-minggu, kes ini dibuktikan yang geng
Mc’Queen bersalah dan akan dikira sebagai jenayah bawah umur. Mereka berempat
dimasukkan ke sekolah juvana kerana melakukan kesalahan membuli. Akhirnya,
keadilan berpihak kepada Raisya. Raisya dipindahkan ke sekolah baharu dan diberi
sumbangan bagi meringankan bebannya. Raisya terhutang budi kepada Adam dan
Laila. Dia memberikan mereka berdua keychain yang dibuat sendiri sebagai tanda
persahabatan. Mereka bertiga menjadi kawan baik selama-lamanya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TAMAT