Kelebihan
• Kualiti gambar cantik (HD)
• Kurang berat kerana nipis.
• Jimat tenaga elektrik sehingga 40%.
• Life span, TV LED kurang menghasilkan haba dan saiz panel jadi semakin
nipis serta mesra alam kerana menggunakan 'mercury free technology'.
• Warna hitam nampak lebih asli.
Keburukan
• 50% lebih mahal dari LCD. Namun harga itu semakin jatuh sehingga
sekarang.
LANGKAH KESELAMATAN
Terdapat garis panduan yang jelas dikeluarkan oleh Jabatan
Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan di bawah Kementerian
Sumber Manusia tentang cara penggunaan peralatan VDU
yang selamat bagi menjamin keselesaan dan keselamatan
pekerja. Masalah utama yang diakibatkan dengan
penggunaan komputer (VDU) adalah masalah visual dan sistem
musculoskeletal (pergerakan menggunakan otot dan tulang).
Antara sebab simptom tersebut adalah:
1. Duduk pada kedudukan yang sama, terlalu lama dan
penumpuan pada skrin komputer secara berpanjangan.
2. Kedudukan komputer yang tidak betul.
3. Pencahayaan yang tidak betul termasuk silau dan pembalikan
cahaya.
4. Kontras yang kurang baik pada skrin komputer.