KENALI TUBERKULOSIS
Tuberkulosis dikenali sebagai Tibi, merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapatrawatan yang sempurna. Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi (Mycobacterium Tuberculosis) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian badan lain seperti selaput otak, tulang kelenjar, buah pinggang dan kulit.
TANDA DAN GEJALA Batuk berterusan melebihi 1 minggu Kahak berdarah Demam berpanjangan Hilang selera makan Berpeluh pada waktu malam Susut berat badan Kuman Tibi disebarkan melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.
Rawatan harian untuk dua (2) bulan pertama yang mengandungi empat (4) jenis antibiotik (fasa intensif), diikuti dengan sekurangkurangnya empat (4) bulan fasa sambungan yang mengandungi dua (2) jenis antibiotik Sekiranya ada, anda perlu dapatkan pemeriksaan: Ujian kahak yang dilakukan di klinik kesihatan atau hospital X-ray dada Pengesahan penyakit dan rawatan Tibi terdapat di mana-mana klinik kesihatan dan hospital kerajaan. Secara Sistem Directly Observed Therapy, short course (DOTS) Pesakit perlu mengambil ubat sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Pesakit perlu menelan ubat setiap hari dengan diawasi oleh penyelia DOT yang telah dilatih sepanjang tempoh rawatan.
Sesiapa yang batuk selama SATU (1) MINGGU ATAU LEBIH, hendaklah SEGERA berjumpa doktor untuk pemeriksaan kahak. Sekiranya disahkan sebagai pesakit TIBI, dapatkan RAWATAN SEHINGGA TAMAT untuk mengelakkan penyakit TIBI menjangkiti ahli keluarga anda. Ahli-ahli keluarga ataupun sesiapa yang BERDAMPINGAN dengan pesakit TIBI juga perlu menjalani pemeriksaan lanjut di KLINIK-KLINIK KESIHATAN atau HOSPITAL yang berhampiran. Bayi yang baru lahir hendaklah mendapat suntikan imunisasi BCG. Imunisasi BCG diberi di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta. TEMPAT KEDIAMAN hendaklah sentiasa dijaga dengan bersih. Pastikan cahaya matahari dapat memancar ke dalam rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman TIBI yang terapung di udara Semua tingkap mestilah DIBUKA pada siang hari supaya aliran udara berlaku. JANGAN MELUDAH KAHAK merata-rata kerana mungkin kahak tersebut mengandungi kuman TIBI.
www.infosihat.gov.my • www.myhealth.gov.my