TRIO MEWANGI SDN. BHD. 1252661-D
No. 222-1, Persiaran Bukit Coral, Taman Bukit Coral,
70400 Seremban, Negeri Sembilan.
No. Tel: 018 4000204 Email: [email protected]
Rujukan kami: TMSB/001/11/18
Rujukan tuan:
Tarikh: 23 November 2018
Pengarah
Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah, Sektor Tenaga.
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,
Aras 2, Blok E4/5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,Kompleks Kerajaan Parcel E,
62668 PUTRAJAYA
(UP: Tuan Ir. Hizamul-din bin Ab. Rahman)
YBhg Tuan,
CADANGAN UNTUK MENGADAKAN PROGRAM MOTIVASI DAN
TEAMBUILDING UNTUK KAKITANGAN PASUKAN PROJEK KHAS BEKALAN
ELEKTRIK SABAH
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat sejahtera kepada YBhg. Tuan serta
keluarga. Saya mendoakan agar Ybhg. Tuan serta keluarga sentiasa diberkati dan dirahmati-
Nya.
2. Berhubung dengan tajuk di atas, kami Syarikat Trio Mewangi Sdn. Bhd. (TMSB)
mengemukakan cadangan untuk menganjurkan Program Motivasi & Team Building untuk
kakitangan jabatan tuan.
3. Bersandarkan kepada pengalaman kami sebagai penganjur dalam bidang motivasi
pekerja dan pelajar selama ini, kami terpanggil untuk berkongsi perkara tersebut bersama
jabatan tuan. Kakitangan yang kurang motivasi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya akan
menjadi beban kepada organisasi serta memberi masalah kepada pengurus atau penyelianya.
Kakitangan seperti ini dapat mempengaruhi pekerja lain untuk melakukan perkara yang tidak
sejajar dengan matlamat organisasi.
4. Program yang dicadangkan ini bertujuan bagi memotivasikan kakitangan agar
bermotivasi tinggi. Adalah jelas bahawa motivasi pekerja amat penting untuk menjayakan
rancangan-rancangan organisasi.
5. Bagi mencapai matlamat tersebut, terdapat beberapa perkara yang boleh meningkatkan
motivasi kakitangan. Beberapa perkara perlu dilalukan;
INVOICE