The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mama eL, 2020-04-05 20:13:13

MODUL 1 : ALAM SEKITAR

MODUL HEBAT BAHASA MELAYU

Keywords: HEBAT BACAAN

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu 1
Modul 1: ALAM SEKITAR

SMK DATO’ABDUL RAHMAN YA’KUB
MERLIMAU

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu

Modul 1:
ALAM

SEKITAR

HAZATUL ASRIFA BT HABU HASSAN
SMKDARY, MERLIMAU

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu 2
Modul 1: ALAM SEKITAR

Lirik Lagu HIJAU nyanyian Zainal Abidin

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari

Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran

Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo… anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi Youtube :
Keno make asak hok biso, weh https://www.youtube.com/watch?v=
Pase maknusio 5LzDsNrV194
Seghemo bendo-bendo di dunio

Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu 3
Modul 1: ALAM SEKITAR

SOALAN PEMAHAMAN

 PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH MAKSUD LAGU HIJAU?
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________

 KEPENTINGAN HUTAN KEPADA MANUSIA

PETA BULATAN

1. ____________________

4. ____________ KEPENTINGAN 2. ____________
HUTAN

3. ____________________

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu 4
Modul 1: ALAM SEKITAR

 SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA PENCEMARAN ALAM

PETA BUIH

SEBAB-
SEBAB
PENCEMARAN

 KESAN-KESAN PENCEMARAN
KESAN

PENCEMARAN

MANUSIA

ALAM SEKITAR

HIDUPAN LAIN

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu 5
Modul 1: ALAM SEKITAR

PETIKAN TEKS 1

PETIKAN UMUM : TEKNOLOGI HIJAU

SUMBER : : http://www.bharian.com.my/node/40615

Teknologi hijau ialah pembangunan dan aplikasi produk,
peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan
sumber semula jadi, dan meminimumkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia. Teknologi hijau merujuk produk,
peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria seperti
meminimumkan degradasi kualiti persekitaran, mempunyai
pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar, selamat
untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih
baik untuk semua hidupan, menjimatkan tenaga dan sumber
asli, dan menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui.

Umumnya, teknologi hijau memfokuskan kepada empat
kebaikan, iaitu dari aspek tenaga, teknologi hijau dapat
membantu mencari ketidakbergantungan tenaga dan
mempromosikan kecekapan tenaga negara. Teknologi hijau
merangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solar, hybrid,
dan lain-lain yang bersumberkan alam semula jadi. Teknologi
hijau terbukti lebih cekap kerana boleh menjana tenaga dalam
pelbagai keadaan dengan kos murah, selamat dan mesra
pengguna. Hal ini dapat dibuktikan melalui pengalaman dan
amalan di negara maju yang telah membangunkan industri ini
sejak sekian lama.

Teknologi hijau dapat membantu memulihara dan
meminimumkan kesan buruk kepada alam sekitar.

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu 6
Modul 1: ALAM SEKITAR

Pencemaran udara, air, bunyi, dan sebagainya akan
menjejaskan kualiti hidup rakyat jika dibiarkan berterusan.
Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif
terhadap alam sekitar adalah minimum malah dapat
meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian
hidup, meningkatkan kualiti udara dan air, mengurangkan
pembuangan bahan tercemar, dan melindungi sumber semula
jadi. Dari aspek ekonomi, teknologi ini mampu meningkatkan
pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi,
dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua kehidupan
manusia dan biodiversiti umumnya.

Teknologi hijau mempunyai potensi besar dalam memacu
pembangunan negara, justeru dapat membantu mengurangkan
kos operasi, meningkatkan nilai aset dan keuntungan.
Teknologi ini juga dapat meningkatkan produktiviti dan
kepuasan pekerja. Industri yang menggunakan atau
membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat
menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan.
Prestasi kitar hidup ekonomi juga dapat dioptimumkan. Kita
boleh juga meneroka peluang mengeksport produk 'hijau' yang
telah kita hasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau
amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh
diperbaharui. Dari segi komuniti, teknologi hijau dapat
meningkatkan kualiti udara, terma, dan bunyi persekitaran.
Contoh, penggunaan kereta enjin hibrid. Hal ini dapat
meningkatkan keselesaan dan kesihatan penghuni bandar,
mengurangkan masalah infrastruktur tempatan, dan
meningkatkan kualiti hidup.

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu 7
Modul 1: ALAM SEKITAR

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu 8
Modul 1: ALAM SEKITAR

SOALAN PEMAHAMAN

 APAKAH MAKSUD TEKNOLOGI HIJAU?
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________

 APAKAH KEBAIKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU?
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________

 PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH CARA UNTUK MEMBERI
KESEDARAN KEPADA MASYARAKAT TENTANG PENGGUNAAN
TEKNOLOGI HIJAU?
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu 9
Modul 1: ALAM SEKITAR

PETIKAN TEKS 2

PUNCA-PUNCA JEREBU

Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan
berkembang ini, masyarakat pada hari ini sering berhadapan
dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkai gajah yang
tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi. Fenomena jerebu ini
seolah-olah telah termaktub dalam takwim ramalan cuaca
negara kerana telah acapkali melanda negara kita. Pada tahun
2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah
menyebabkan jerebu yang teruk di Semenanjung Malaysia
terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala
Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat
kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua-dua kawasan
itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun 2006,
masalah jerebu turut berlaku sekali lagi. Masalah jerebu yang
banyak mengundang kontroversi ini, sebenarnya disebabkan
oleh beberapa punca, persis kata orang tua-tua, “jikalau tiada
angin, masakan pokok bergoyang ”.

Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah
jerebu ialah pembakaran hutan secara besar-besaran.
Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika
memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-
tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu meningkat .

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu 10
Modul 1: ALAM SEKITAR

Hal ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global
yang sedang berlaku di muka bumi ini. Di negara jiran kita,
Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak
Indonesia ingin membina infrastrukturyang baharu seperti
bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal ini mengakibatkan
pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup
dari Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa
jerebu bersama-sama ke negara kita. Natijahnya, udara kita
semakin tecemar sementelahan pula Indeks Pencemaran
Udara di negara kita melebihi paras berbahaya. Oleh itu,
pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu serta
bahan yang telah separuh bakar berterbangan di atmosfera lalu
berlakulah jerebu.

Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran
secara terbuka tanpa kawalan juga menyebabkan keadaan
jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh
pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah
sarap. Sesetengah rakyat negara pula melakukan pembakaran
terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka
telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat
pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula.
Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah dengan membakar
sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap daripada

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu 11
Modul 1: ALAM SEKITAR

pembakaran terbuka itu yang sedikit demi sedikit membawa
kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang
membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan
sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Mereka
tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan
berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan
meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran
terbuka ini melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan
jerebu.

Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang
bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga telah
mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia,
terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya. Kenderaaan
yang tidak dilengkapi pengubah pemangkin telah
menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium
dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas
menyebabkan kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan
asap pencemar. Gas-gas pencemar ini merupakan bahan
terampai yang memenuhi udara. Gas-gas yang dibebaskan
pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan sebaliknya
terperangkap dalam lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang
terperangkap ini bagai selimut yang menutupi bumi.
Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu 12
Modul 1: ALAM SEKITAR

menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos
kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan
terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke
angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan
berlakulah jerebu di negara kita.

Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada
kegiatan industri yang tidak terkawal. Hal ini berlaku demikian
kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang
perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi
kemajuan negara. Malangnya, sikap pengusaha kilang yang
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara
telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak
sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk
mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang
dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang
dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen
yangboleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini
bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang
memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga
menyalurkan asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang
yang tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur tertentu akan
memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi.

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu 13
Modul 1: ALAM SEKITAR

Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam
yang memberi kesan yang buruk kepada manusia. Fenomena
jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah
menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu
yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya
akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-
langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada
di luar kawalan persis kata orang tua-tua, “sebelum nasi
menjadi bubur”. Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat
perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang
ketandusan nilai cinta akan alam sekitar. Oleh itu, semua
wargabumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan
masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya
masyarakat sejagat dapat hidup dengan selamat. Tidak
gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika
langkah-langkah pencegahantidak dimulakan dan dilakukan
dari sekarang kerana pepatah melayu ada berbunyi, “sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu 14
Modul 1: ALAM SEKITAR

PUNCA-PUNCA JEREBU

PETA BULATAN

1.____________________

4. ____________ PUNCA 2. ____________
JEREBU

3. ____________________

PADA PENDAPAT ANDA, SEBAGAI SEORANG MURID,
APAKAH CARA-CARA YANG ANDA LAKUKAN UNTUK
MEMULIHARA ALAM SEKITAR AGAR KEKAL BERSIH DAN
TERPELIHARA?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________


Click to View FlipBook Version