UNIVERSITI KUALA LUMPUR
MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE
TUGASAN
MPU34102
INTERGRITI DAN ANTI RASUAH
SEMESTER SEPTEMBER 2022
TAJUK:
SURUHAN PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM),
MALAYSIAN ANTI-CORUPPTION COMMISSION
DISEDIAKAN OLEH
1. MUHAMMAD DANIAL ASYRAF BIN AZMI (54221122162)
2. MUHAMMAD HAFIZ ISKANDAR BIN HISHAM (54221122039)
3. ZULHAFIZ BIN MOHD NASIR (54221122154)
4. MUHAMMAD HAKIM BIN MOHD KAMAL (54221122057)
5. MUHAMMAD HAZIQ BIN NORDIN (54214122003)
6. LUQMAN HAKIM BIN NURDIN (54214122108)
MAKLUMAT PELAJAR : AHLI-AHLI KUMPULAN
NAMA : MUHAMMAD HAFIZ ISKANDAR BIN HISHAM
NO. ID : 54221122039
KURSUS : B. BUSINESS TECHNOLOGY
NAMA : MUHAMMAD DANIAL ASYRAF BIN AZMI
NO. ID : 54221122162
KURSUS : B. BUSINESS TECHNOLOGY
NAMA : ZULHAFIZ BIN MOHD NASIR
NO. ID : 54221122154
KURSUS : B. BUSINESS TECHNOLOGY
NAMA : MUHAMMAD HAKIM BIN MOHD KAMAL
NO. ID : 54221122057
KURSUS : B. BUSINESS TECHNOLOGY
NAMA : MUHAMMAD HAZIQ BIN NORDIN
NO. ID : 54214122003
KURSUS : BET. MECHANICAL DESIGN
NAMA : LUQMAN HAKIM BIN NURDIN
NO. ID : 54214122108
KURSUS : BET. MECHANICAL DESIGN
1.0 DEFINISI RASUAH
Rasuah adalah satu jenayah yang mudah menular ke dalam sistem kehidupan masyarakat
sehingga boleh membinasakan sesebuah kerajaan, negara mahupun sesebuah tamadun.
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, rasuah membawa maksud sesuatu pemberian untuk
‘menumbuk rusuk’ iaitu bertujuan ‘menyogok’ atau ‘menyuap’ pihak lain.
Menurut SPRM, rasuah dapat ditakrifkan sebagai penerimaan atau pemberian suapan sebagai
upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu
perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Menurut Seksyen 2 Akta Pencegahan Rasuah
1997, suapan ini terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, jawatan, upah atau diskaun.
Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (2009) Akta 694, terdapat empat
kesalahan rasuah yang utama iaitu meminta atau menerima rasuah, menerima suapan,
mengemukakan tuntutan palsu dan penyalahgunaan kuasa.
Menurut Syed Husin Al Attas (1980), rasuah muncul sejak masyarakat tradisional lagi. Oleh hal
yang demikian, amalan rasuah ini perlulah dibendung dengan secepat yang mungkin dan oleh
agensi-egensi terlibat bagi melahirkan bangsa dan negara yang harmoni. Hal ini demikian
kerana kamus bahasa Melayu turut menegaskan bahawa rasuah adalah penyakit masyarakat
yang berbahaya dan jenayah tersebut adalah haram hukumnya.
2.0 RASUAH DARI PERSPEKTIF ISLAM
Menurut perspektif Islam, rasuah sebenarnya berasal dari perkataan Arab iaitu al-risywah.
Dalam Al-Quran, jenayah rasuah tergolong dalam kata umum batil yang juga meliputi perbuatan
jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Dalam Eksiklopedia Hukum Islam
pula, rasuah beerti perbuatan yang buruk atau tindakan menyelewengkan dana, kuasa, waktu
dan sebagainya demi kepentingan peribadi sehingga menyebabkan kerugian bagi pihak lain.
Menurut Al-Sya’rawi, setiap harta yang bersumberkan rasuah adalah haram termasuklah juga
seperti perbuatan riba, mencuri, penggelapan (harta awam), meragut serta merompak.
Sesungguhnya Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 188:
أﻋﻮذ بﷲ ﻣﻦ اﻟﺸﻴﻄﺎن اﻟﺮﺟﻴﻢ
ِوَﻟَﺎ ﺗَ ۡﺄﻛُﻠُﻮٓاْ أَﻣۡ َﻮٲ َﻟﻜُﻢ َﺑﻴۡﻨَ ُﻜﻢ ِﺑﭑ ۡﻟﺐَـٰﻃِﻞِ َوﺗُﺪۡﻟُﻮ ْا ﺑِ َﻬ ٓﺎ ِإ َﻟﻰ ٱ ۡﻟ ُﺢڪَّا ِم ﻟِﺘَﺄۡ ُڪ ُﻟﻮ ْا َﻓ ِﺮﻳﻘً۬ﺎ ِﻣّ ۡﻦ أَﻣۡ َﻮٲلِ ٱﻟ َّﻨﺎس
َِﺑﭑ ۡﻟﺈِ ۡﺛﻢِ وَ َأﻧﺘُﻢۡ ﺗَ ۡﻌ َﻠﻤُﻮن
ﺻﺪق ﷲ اﻟﻌﻈﻴﻢ
“Dan janganlah kamu makan harta orang lain antara kamu dengan jalan yang batil, dan
janganlah kamu menghulurkan harta kamu memberi rasuah kepada hakim-hakim supaya kamu
dapat mengambil sebahagian daripada harta orang dengan cara berbuat dosa padahal kamu
mengetahui salahnya”.
Ayat di atas turut ditafsirkan oleh hadis Rasulullah SAW melalui sabdanya:
َﻟ َﻌ َﻦ رَﺳُﻮلُ اﻟ َّﻠﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﷲ ُ َﻋﻠَ ْﻴﻪِ وَ َﺳﻠَّﻢَ اﻟﺮَّاﺷِﻲ وَاﻟْ ُﻤ ْﺮ َﺗ ِﺸﻲ
“Rasulullah SAW telah melaknat (mengutuk) pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Riwayat
Abu Dawud 3580, al-Tirmizi 1337 dan lain-lain)
3.0 LATAR BELAKANG
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah
Rasuah, atau singkatannya BPR ialah sebuah pertubuhan kerajaan Malaysia yang mula
beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Akhirnya pada 1 Januari 2009,
ia digubal dan di olah semula untuk menjadi SPRM
Selain itu, sebelum tertubuhnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Badan Pencegahan
Rasuah (BPR) hanyalah sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri
(JPM) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan rasuah khususnya ceramah. Pada masa
itu juga, siasatan kes-kes rasuah dijalankan oleh Cawangan Jenayah Khas yang diletakkan di
bawah Polis DiRaja Malaysia manakala pendakwaan kes-kes rasuah dikendalikan oleh Bahagian
Pendakwaan iaitu dibawah Kementerian Undang-Undang.
Seterusnya, Pada 1 Julai 1973, Akta Biro Siasatan Negara 1973 telah diluluskan oleh Parlimen
dan dengan itu BPR bertukar nama kepada Biro Siasatan Negara atau BSN. Penukaran nama ini
bertujuan untuk memberi tugas yang lebih kuasa kepada Biro yang bukan sahaja menyiasat kes-
kes yang berkaitan dengan kepentingan negara. Inilah kali pertama jabatan ini ditubuhkan
melalui sebuah akta.
Namun demikian,Nama Jabatan ini kemudiannya ditukar kembali kepada nama asal iaitu Badan
Pencegah Rasuah atau BPR pada 13 Mei 1982 apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982
diluluskan oleh Parlimen dan dikuatkuasakan. Tujuan penukaran ini ialah untuk mencerminkan
dengan lebih tepat lagi peranan sesebuah badan itu sebagai sebuah institusi yang
dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah perbuatan rasuah.
Akhir sekali, Bermula pada 1 Januari 2009, SPRM beroperasi sebagai sebuah badan yang
mengambil alih sepenuhnya tugas BPR. Badan itu bertindak mengikut Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah 2009 yang digubal bagi menggantikan Akta Pencegah Rasuah 1997 dan
diketuai oleh seorang Ketua Pesuruhjaya.
4.0 FUNGSI SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH
Fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diperuntukkan di bawah Seksyen 7 Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu Menerima dan menimbangkan
apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di bawah Akta ini dan menyiasat mana-mana aduan
itu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu;
Seterusnya, Suruhanya Pencegahan Rasuah (SPRM) juga berfungsi sebagai mengesan dan
menyiasat kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini, sebarang percubaan yang disyaki untuk
melakukan apa-apa kesalahan dibawah Akta ini dan sebarang komplot yang disyaki untuk
melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.
Selain itu, SPRM juga meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk
memudahkan penemuan kesalahan di bawah Akta ini dan untuk menghasilkan kajian semula
amalan, sistem atau tatacara itu yang pada pendapat Ketua Pesuruhjaya mungkin membawa
kepada rasuah
Disamping itu, SPRM juga berfungsi sebagai mengarahkan, menasihati dan membantu sesiapa
sahaja atas permintaan orang itu tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh
seseorang
Akhir sekali, SPRM juga berfungsi sebagai Penasihati ketua badan-badan awam tentang
sebarang perubahan dalam amalan, sistem atau tatacara yang sesuai dengan penunaian
berkesan kewajipan-kewajipan badan-badan awam itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh
Ketua Pesuruhjaya untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah dan mendidik orang
ramai untuk menentang rasuah dan Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai
dalam memerangi rasuah.
5.0 BIDANG KUASA
SPRM diberi kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang berikut seperti dalam
Perlembagaan Persekutuan iaitu:
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694)
Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Kanun Keseksaan (Akta 574)
Akta Kastam 1967 (Akta 235)
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Akta 5)
Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593)
Akta Keterangan 1950 (Akta 56)
Akta Polis 1967 (Akta 344)
Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001
(Akta 613)
Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621)
Saman dan Waran (Peruntukan Khas) 1971 (Akta 25)
Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335)
Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576)
Akta Koperasi 1993 (Akta 502)
Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262)
Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668)
Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372)
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
Akta Syarikat 1965 (Akta 125)
Akta Penjara 1995 (Akta 537)
Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang-Orang Yang Tidak Diingini 1969 (Akta 7)
Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88)
Akta Senjata 1960 (Pindaan 1978) (Act 206)
Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947 (Pindaan 1977) (Akta
191)
6.0 ORGANISASI
Pada awal tahun 1959, usaha Malaysia (Malaya ketika itu) untuk memerangi rasuah telah
dijalankan oleh dua entiti, masing-masing memfokuskan kepada penyiasatan dan pencegahan.
Siasatan kes rasuah ditugaskan kepada Unit Jenayah Khas Jabatan Siasatan Jenayah Polis
Diraja Malaysia manakala Badan Pencegah Rasuah ditubuhkan di Jabatan Perdana Menteri
untuk menguruskan aspek pencegahan. Perkara berkaitan pendakwaan adalah di bawah bidang
kuasa Jabatan Peguam Negara
Memandangkan aktiviti pencegahan rasuah kemudiannya dijalankan oleh tiga agensi
yang berbeza, Kerajaan memutuskan untuk menyatukan tugas penyiasatan, pencegahan dan
pendakwaan di bawah satu payung dengan menubuhkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada
tahun 1967 dalam selaras dengan Akta Pencegahan Rasuah 1967. Pada tahun 1973, BPR
menukar namanya kepada Biro Siasatan Negara (NBI) selaras dengan kelulusan Akta NBI 1973,
menjadi jabatan penuh di bawah Kementerian Dalam Negeri dan dengan kuasa yang lebih besar.
untuk menyiasat kes rasuah termasuk yang berkepentingan negara. Selepas itu, dalam usaha
untuk mengkhususkan badan pencegah rasuah dari segi peranan dan fungsinya, NBI telah
dinamakan semula kepada BPR pada tahun 1982 dengan kelulusan Akta BPR 1982 sekali gus
menjadikan BPR sebagai entiti tunggal dan khas dalam memerangi rasuah di Malaysia.
Kemudian, pada 1997, Parlimen meluluskan Akta Pencegahan Rasuah 1997 untuk
memperkasakan peranan Badan Pencegah Rasuah sebagai agensi penguatkuasaan
pencegahan rasuah negara.
Contoh Organisasi SPRM
SPRM ialah salah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Sungguhpun ia
terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri tetapi itu hanyalah sekadar melibatkan urusan
kewangan dan kakitangan sahaja. Urusan harian BPR dilaksanakan secara bebas dan berkecuali
oleh pegawai-pegawainya di bawah pengawasan Ketua Pengarah tanpa campur tangan
daripada mana-mana pihak..
SPRM diketuai oleh seorang Ketua Pengarah yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di
Pertuan Agong di bawah Seksyen 3(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009, atas
nasihat Perdana Menteri Malaysia dan beliau dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Pengarah.
Ketua Pengarah SPRM pada masa kini adalah YBhg. Datuk Seri Azam bin Baki.
SPRM mempunyai 11 bahagian di peringkat Ibu Pejabat serta 15 buah pejabat peringkat negeri
diketuai oleh seorang Pengarah Negeri.
Pengurusan SPRM
Pengurusan Tertinggi
Pengurusan Kanan
Pengurusan Tertinggi
Ketua Pesuruhjaya
Timbalan Ketua Pesuruhjaya
Pesuruhjaya
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pengurusan Kanan
Pengarah Negeri
Peringkat Ibu Pejabat SPRM
Bahagian Siasatan
Bahagian Perisikan
Bahagian Keselamatan
Bahagian Pendidikan Masyarakat
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am
Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan
Bahagian Perundangan dan Pendakwaan
Bahagian Dasar, Penyelidikan dan Perancangan
Bahagian Keutuhan Pengurusan
Bahagian Kecemerlangan Profesionalisme
Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat
Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia
7.0 CONTOH KES
Antara contoh kes yang boleh diambil adalah “Kes Rasuah RM2 Juta: Ku Nan Didapati Bersalah”.
Ini merupakan kes yang besar kerana ia melibatkan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan yang
menerima rasuah bernilai RM2 Juta. Pada 21 Disember 2020, Bekas Menteri Wilayah
Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih dikenali sebagai “Ku Nan”
didapati bersalah atas pertuduhan menerima rasuah bernilai RM2 Juta daripada seorang ahli
perniagaan enam tahun lepas.
Selepas itu, Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Mohamed Zaini Mazlan memutuskan bahawa
pendakwaan berjaya membuktikan kes Tengku Adnan melangkaui keraguan munasabah
terhadap Tengku Adnan.
Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai “Ku Nan” didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang
penjawat awam yang merupakan Menteri Wilayah Persekutuan. Tengku Adnan telah menerima
untuk dirinya seorang diri wang berjumlah RM2 Juta daripada ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin
Kong yang juga merupakan seorang Pengarah AKSB. Penerimaan rasuah itu dilakukan melalui
cek Hong Leong Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik
Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang mempunyai kepentingan beliau sendiri.
Ahli Parlimen Putrajaya itu didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan
Pusat Bandar Damansara pada 14 Jun 2016. Tengku Adnan dituduh mengikut Seksyen 165
Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 2 tahun atau denda atau kedua
-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Akhir sekali, Dalam penghakimannya, Mohamed Zaini berkata bahawa tiada keterangan yang
menunjukkan bahawa tertuduh mengeluarkan wang RM2 Juta daripada akaun Tadmansori
untuk perbelanjaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak.
Katanya, “Tidak diragukan lagi bahawa RM2 Juta tetap ada di dalam akaun Tadmansori untuk
kepentingan tertuduh malah tidak membayar perbelanjaan kedua-dua pilihan raya kecil dan
Tadmansori hanya digunakan sebagai pelindung kepada perbuatan jenayahnya.” Dengan
keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Tengku Adnan didapati bersalah dan
menyabitkan bersalah atas pertuduhan menerima rasuah bernilai RM2 Juta bagi
kepentingannya sendiri.
8.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang boleh diadaptasi di negara kita untuk mengelakkan
gejala rasuah daripada terus berleluasa .Peringatan yang serius perlu dilakukan kepada
masyarakat kini supaya mereka tidak terlibat di dalam gejala rasuah ini . Walaubagaimanpun
jika mereka masih melakukan aktiviti rasuah maka persatuan khas yang ditubuhkan untuk
mencegah rasuah akan melakukan siasatan kepada mereka yg terlibat dengan aktiviti rasuah ini.
Pemberi dan penerima rasuah ini sepatutnya dihukum dengan hukuman yang setimpal kerana
aktiviti rasuah ini adalah aktiviti yang memberikan akibat yang besar kepada negara seperti
pembangunan negara akan menjadi perlahan, hak rakyat dan fakir miskin akan terjejas dan
menyebabkan berlakunya kemalangan yang tidak di ingini.Semoga setiap masyarakat
bekerjasama melakukan tanggunggjawab masing-masing dan khususnya penguatkuasa khas
agar peratusan kes rasuah ini dapat dikurangkan.Kesannya masyarakat kita akan bertambah
integriti dan dipercayai oleh negara lain untuk melakukan pelaburan dan urusan lain yang boleh
meningkatkan imej negara di persada dunia.
9.0 BIBLIOGRAFI
1. suruhanjaya pencegahan rasuah Wikipedia
https://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Pencegahan_Rasuah_Malaysia
2. Suruhananjaya pencegahan rasuah Malaysia
https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=103&contentid=1079&cat=BM
3. Abdul Rauf Dato’ Haji Hassan, Kamus Bahasa Melayu - Arab, (Selangor: Oxford Fajar), 215
4.Ensiklopedia Hukum Islam. (Jakarta: Penerbit Ichtiar Baru Van Hocve jilid 2, 1999), 974
5.Muhammad Mutawaly al-Sya’rawy. Tafsir al-Sya’rawy. Akhbar yaum juz 6 (Kaherah: Al-Azhar,
1961), 3258
6. Rasuah RM2 juta: Ku Nan bersalah
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/12/655432/rasuah-rm2-juta-ku-nan-bersalah