The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CikguMieylaJ, 2019-02-28 09:24:30

CONTOH KERJA KURSUS

PENGAJIAN AM

970914-15-5058

KAJIAN MENGENAI KEMUDAHAN DAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN
DI LAPANGAN TERBANG LABUAN,
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kepuasan pelanggan terhadap
kemudahan yang terdapat di Lapangan Terbang Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.
Kajian ini juga turut mengkaji persepsi pelanggan secara umum mengenai kemudahan di
Lapangan Terbang Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan. Seramai 20 orang responden
terlibat dalam kajian ini. Lokasi kajian adalah di Lapangan Terbang Labuan, Wilayah
Persekutuan Labuan. Kaedah kajian ini adalah menggunakan kaedah pemerhatian, soal
selidik dan temu bual. Data kajian dianalisis dan dipaparkan dalam bentuk kuantitatif dan
kualitatif dengan menggunakan kaedah diskriptif iaitu dalam bentuk peratusan dan
dipersembahkan melalui jadual, graf dan carta. Keputusan analisis menunjukkan bahawa
tahap kepuasan pelanggan terhadap kemudahan yang disediakan iaitu kemudahan
ruangan menunggu/tempat duduk, tandas, surau, tempat letak kenderaan, kemudahan
bagasi dan kemudahan kaunter berada pada tahap yang baik dan kebanyakan pelanggan
berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan di Lapangan Terbang Labuan. Pengkaji
mencadangkan kualiti kemudahan perlu ditingkatkan dengan memperbanyakkan ruang
tempat duduk khas dan troli bagasi khas kepada golongan OKU, penyediaan sistem
kawalan bagasi yang lebih cepat, tandas yang diselenggara tahap kebersihan mengikut
penjadualan yang sistematik, tempat letak kereta yang dilengkapi dengan sistem
keselamatan kenderaan, dan kaunter juga perlu dilengkapi dengan kaunter ‘Kiosk” untuk
golongan warga emas dan OKU.

i

970914-15-5058

SENARAI KANDUNGAN

Bil. Butiran Muka Surat

Abstrak i
Senarai Kandungan ii-iii
Penghargaan iv

1.0 Pengenalan 5-11
1-5 11-15

2.0 Objektif Kajian 16-44
5

3.0 Lokasi Kajian
4.0 Metodologi Kajian

4.1 Reka Bentuk Kajian
4.2 Instrumen Kajian

4.2.1 Pemerhatian
4.2.2 Soal Selidik
4.2.3 Rujukan
4.3 Sampel Kajian
4.4 Cara Pengumpulan Data
4.4.1 Dokumentasi
4.4.2 Perpustakaan
4.4.3 Pemerhatian
4.4.4 Soal Selidik
4.5 Cara Analisis Data
5.0 Dapatan Kajian
5.1 Demografi Responden
5.2 Analisis Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Kemudahan
Yang Terdapat Di Lapangan Terbang Labuan,
Wilayah Persekutuan Labuan

ii

970914-15-5058

5.3 Analisis Persepsi Pelanggan Secara Umum Mengenai

Kemudahan Di Lapangan Terbang Labuan,

Wilayah Persekutuan Labuan.

6.0 Rumusan/Kesimpulan 45-51

6.1 Tahap kepuasan pelanggan terhadap kemudahan

yang terdapat di Lapangan Terbang Labuan,

Wilayah Persekutuan Labuan.

6.2 Persepsi pelanggan secara umum mengenai kemudahan

di Lapangan Terbang Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.

6.3 Cadangan Penambahbaikan

6.3 Kesimpulan

Rujukan 52-54
Lampiran 55-63

iii

970914-15-5058

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, kajian
tindakan saya dapat disiapkan tepat pada masanya berkat daripada sokongan dan bantuan
daripada pelbagai pihak sehingga dapat membantu saya melaksanakan Kerja Kursus
Pengajian Am Kertas 4 (900/4) Penggal 2 Tahun 2016 yang bertajuk “Kajian Kemudahan
dan Tahap Kepuasan Pelanggan di Lapangan Terbang Labuan, Wilayah Persekutuan
Labuan”.

Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pensyarah puan Rohainah Hj Baniamin selaku penyelia saya di atas kesudian beliau
meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan
kerja kursus ini. Teguran dan tujuk ajar beliau amat dihargai.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pensyarah tingkatan 6
PraUniversiti di Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan, WP Labuan yang turut sama
membantu saya menyempurnakan kerja kursus ini.

Seterusnya saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya
kepada kedua ibu bapa saya iaitu Puan Saripa binti Hj Amin dan Encik Romiu bin
Sandalan serta keluarga saya yang telah memberikan bantuan daripada segi kewangan
dan buah fikiran sehingga saya mampu memyempurnakan hasil kerja khusus ini.

Jutaan terima terima kasih juga buat Puan Siti Ruslina binti Suib, Puan Animah
binti Jali, Encik Amran bin Haddi dan Encik Tan Lian Tze di atas kesudian dan
kerjasama dalam sesi temu bual yang dijalankan sehingga dapat membantu saya
menyempurnakan kerja khusus ini sebaik mungkin. Jasa baik tuan/puan amat saya hargai.

Tidak ketinggalan juga penghargaan buat rakan-rakan seperjuangan yang turut
sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan
kerja khusus ini dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

(MASHNIZAH BINTI ROMIU)

i


Click to View FlipBook Version