The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sebuah cerita pendek yang mempunyai nilai murni dan pengajaran.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nickname10han, 2022-02-26 08:39:03

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Sebuah cerita pendek yang mempunyai nilai murni dan pengajaran.

Ini adalah cerita
pendek fiksyen
dan rekaan semata - mata.
Sebarang yang berlaku
hanyalah untuk

menunjukkan
nilai murni dan pengajaran

bagi pembaca.

Cerita Ini mengisahkan dua beradik
yang masih belajar di kolej yang

tidak begitu rapat. Si adik baru
bermula penggal pertama kolej

bernama akim. Abangnya yang
bernama Izzue pula sudah
dipenghujung penggal.



Ibu bapa mereka adalah pasangan
usahawan berjaya yang

berpendapatan tinggi. Namun mereka
jarang sekali bersua muka dengan

anak2 mereka di rumah kerana
kesibukan bekerja di pejabat masing

- masing.

BAPA

Akim adalah seorang yang berjimat
cermat dan selalu menabung bila
berkesempatan. Dia juga bekerja

secara sambilan "freelance" secara
online untuk pendapatan tambahan.
Setiap bulan, dia akan simpan duit
pendapatannya itu di bank.



Manakala, abangnya Izzue adalah
seorang yang boros berbelanja
membeli koleksi barangan berjenama
yang disimpan dirumahnya. Dia juga
selalu riak dan menunjuk kepada
kawan - kawan dengan barangan itu.

Meskipun, dia menggunakan duit
poket ibu bapanya.



Suatu hari, keluarga Akim mendapat
berita bahawa rumah mereka terbakar
kerana litar pintas. Segala barangan

mewah yang disimpan izzue telah
hangus dijilat api. Hanya sebahagian

daripada barangan rumah yang
terselamat.



Akibat daripada kejadian tersebut,
rumah mereka musnah dan bisnes ibu
bapa mereka terpaksa diberhentikan
buat sementara. Sumber pendapatan

mereka merudum dan hutang yang
perlu dibayar semakin bertambah.



Izzue mengalami masalah
kemurungan akibat daripada
kehilangan koleksi mewah serta
punca pendapatan dari ibu bapanya.
lantas, dia menyesal atas sikap

borosnya selama ini. Dia
tidak mampu berbuat apa-apa untuk

membantu keluarganya.



Walau bagaimanapun, selepas
beberapa hari berlalu, AKim membuat

keputusan untuk membantu
keluarganya itu. dengan sikapnya
yang sangat murah hati dan rendah
diri, dia memberi duit simpanan bank
yang dikumpul kepada keluarganya.



Akim berpendapat bahawa,
menggunakan duit untuk membantu
keluarga adalah lebih penting dari
memuaskan keperluan diri. Akhirnya,
mereka semua menjadi lebih rapat,

dan ibu bapa mereka berjaya
menyambung kembali perniagaan
mereka dan memiliki rumah baru.



Kesimpulannya, kita janganlah boros
dan fikirlah selalu tentang masa

hadapan kita. Sikap berjimat cermat
adalah sikap yang sangat baik untuk

diamalkan bersama dengan sikap
bersedia untuk membantu orang dalam

kesusahan.
terutama sekali ahli keluarga kita.

-TAMAT-


Click to View FlipBook Version