PRAKATA
Hakisan Tanah
Oleh : Siti Rahmah Binti Adam
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
Bentuk muka bumi dibentuk oleh proses-
proses hakisan. Air dan angin yang bertindak
tidak henti-henti ke atas pelbagai batuan
atau tanih dan membawa serpihan-serpihan
batuan tersebut dari sebuah tempat ke
sebuah tempat. Graviti sentiasa membantu
proses-proses seperti kemerosotan tanah,
runtuhan tanah dan fenomena-fenomena
yang berkaitan dengannya. Kemerosotan
tanah adalah pergerakan tanah secara
pelahan-lahan di kawasan cerun landai
disebabkan oleh tarikan graviti dan air yang
terdapat di dalam tanah atau tanah tersebut
telah tepu dengan air. Semua ini adalah
merupakan agen-agen hakisan geologi.
Punca-Punca
Hakisan Tanah
Oleh : Siti Rahmah Binti Adam
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
Hakisan Oleh Air
Hakisan oleh air boleh terbahagi kepada 4 kategori iaitu percikan, galur
atau lurah kecil , gerakan jisim dan hakisan sungai. Hakisan air bermula
dengan titisan hujan yang terdedah ke tanah dalam jangka masa yang
panjang akan mencungkilkan tanah, merosakkan penggranulan dan
percikannya bertindak sebagai agen pengangkutan bagi setengah-
setengah keadaan. Daya yang dihasilkan oleh titisan hujan adalah begitu
kuat sekali sehingga granul-granul tanah yang terkenal bukan sahaja
tercungkil tetapi juga mungkin terpecah-pecah. Di bawah pukulan titisan
hujan, tanah akan terdedah dan mungkin lenyap.
Hakisan galur pula adalah secara meluas. Contohnya pada satu
permukaan, terdapatnya lekukan-lekukan kecil di mana air boleh
berkumpul. Menurut kajian, sebahagian besar daripada mendak yang
tersingkir dari cerun bukit adalah akibat hakisan galur. Hakisan gerakan
jisim bergantung sebahagian besarnya kepada pembasahan jisim yang
bergerak iaitu pengaliran campuran batu dan tanah bersama air hujan.
Apabila bahan-bahan yang mengalir itu sudah banyak bercampur dengan
air, maka mulalah ia mengalir sebagai jisim yang likat.
Hakisan Oleh Angin
Hakisan jenis ini berlaku pada semua
jenis tanah dan serpihan-serpihan
batu ditiup oleh angin ke tempat lain.
Di kawasan lembap, hakisan angin
selalu diketepikan kerana kesannya
jarang sekali teruk berbanding dengan
kesan hakisan air. Bahan tanah yang
subur di permukaan ditiup angin
sehingga berpuluh-puluh kilometer ke
atas.
Hakisan Oleh Salji Dan Glasier
Hakisan glasier terhad kepada gunung-
gunung tinggi seperti ALP dan ROCKY
dan sedikit sebanyak di kawasan
garisan lintang tinggi. Hakisan salji
adalah keadaan yang menyebabkan air
yang terdapat dalam retakan di bawah
glasier mengalami pembekuan dan
pencairan yang membantu dalam
tindakan pemecahan.
HAKISAN OLEH PERBUATAN MANUSIA
Pertanian pindah, iaitu penebangan Pembalakan, penebangan pokok
pokok secara besar-besaran untuk untuk memenuhi keperluan
membuka tanah baru bagi aktiviti sekunder telah mendorong kepada
penanaman. Oleh itu, kawasan tersebut pembukaan tanah secara meluas.
terdedah kepada hakisan. Kawasan itu Kehilangan hutan menyebabkan
akan hilang perlindungan pokok . Ini akan berlakunya kehilangan kawasan
menyebabkan air larian permukaan tidak tandahan air . Apabila hujan turun
dapat meresap ke dalam tanah akibat dengan lebatnya, permukaan tanah
tidak mempunyai akar tumbuhan yang yang terdedah akan tercungkil dan
menyerap air dan juga tidak mempunyai menyebabkan hakisan tanah
akar tumbuhan untuk mencekam tanah. berlaku.
Ini akan membawa kepada wujudnya
hakisan galur-galir.
Perumahan, penebangan dan Perlombongan, aktiviti
pembakaran hutan untuk membuka perlombongan dijalankan secara
tanah baru secara tidak terkawal bagi
menjadi tapak pembinaan. Tanah secara besar-besaran untuk memenuhi
lansung mendedahkan kepada hakisan.
Apabila hari hujan, tanah dan batu di keperluan masyarakat sekarang.
tapak pembinaan akan mengalir bersama
air hujan ke dalam sungai yang Akibat daripada aktiviti
berhampiran. Ini menyebabkan air sungai
menjadi keruh dan kotor perlombongan ini telah
menyebabkan tumbuh- tumbuhan
musnah dan secara tidak lansung
telah membawa kepada kerosakkan
ekosistem.
Isu-Isu Semalam, penduduk di taman
berkenaan mendakwa tiada sebarang
Hakisan Tanah tindakan susulan dibuat sejak kejadian
hakisan tanah melibatkan 10 rumah di
Oleh : Siti Rahmah Binti Adam taman perumahan itu pada 14 Mei lalu
IPG Kampus Temenggong Ibrahim walaupun beberapa agensi datang
meninjau keadaan hakisan tersebut
Isu 1: MBI Diminta Teliti Rungutan sedangkan hakisan masih berlaku.
Penduduk Taman Silibin Indah Menurut penduduk, layanan diberikan
kepada mereka tidak seperti diterima
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diminta penduduk di Taman Kelab Ukay,
Ampang, Selangor apabila masalah
mengambil tindakan secara teliti dihadapi diselesaikan segera apabila
mengenai rungutan penduduk Taman agensi dan menteri turun padang.
Silibin Indah di Ipoh mengenai isu Sementara itu, Zuraida berkata kerja-
hakisan tanah berhampiran kediaman kerja menaik taraf Gerai Rakyat yang
mereka kerana didakwa masih tiada melibatkan peruntukan berjumlah RM3
tindakan susulan sejak kejadian itu juta akan mengambil masa enam bulan
berlaku pada 14 Mei lalu. Menteri untuk disiapkan.
Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Zuraida Kamaruddin berkata Katanya pada peringkat
bagaimanapun pihak penguatkuasa permulaan, pihaknya menyalurkan
MBI perlu meneliti terlebih dahulu peruntukan berjumlah RM1 juta bagi
sama ada tanah kediaman itu tanah kerja-kerja awal menaik taraf gerai yang
pemilikan sendiri, kerajaan negeri berusia 50 tahun itu yang pada asalnya
atau tanah milik MBI sebelum gerai sewaan di bawah Projek Luar
sesuatu tindakan diambil. "Kami perlu Bandar (PLB). "Kami melihat ada
menyemak terlebih dahulu sebelum keperluan untuk diberikan peruntukan
tindakan susulan diambil kerana ada untuk menaik taraf Gerai Rakyat ini
perkara yang mengekang untuk kami kerana kami perlu pastikan dari segi
mengambil sebarang tindakan. penguatkuasaan itu penting, tidak akan
Bagaimanapun mengikut prosedur ada lagi (kewujudan gerai secara
operasi standard (SOP) pembinaan haram), kebersihan dan pengurusan
cerun adalah di bawah bidang kuasa gerai di sini sesuai dengan norma
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," baharu dan jangka masa panjang,"
katanya. Beliau berkata demikian katanya lagi. Beliau berkata 40 lot gerai
kepada pemberita selepas membuat akan dibina dengan fasa pertama
tinjauan tapak menaik taraf Gerai sebanyak 15 lot gerai akan dibina
Rakyat di Pekan Langkap di sini, hari terlebih dahulu dan pemilik gerai akan
ini. dpindahkan sementara di tapak pasar
malam berhampiran di sini.
Isu 2: Tiga Faktor Mungkin Punca Bagaimanapun, katanya,
Tanah Runtuh Di Kemensah
struktur rumah asal kekal dan tidak
KUALA LUMPUR: Kedudukan kurang terjejas. Katanya, turut dikesan
stabil, pembinaan kolam renang tidak aliran sungai kecil di belakang
telap air di permukaan atau rumah terjejas tidak jauh dari lereng
kewujudan sungai di kaki tebing atau tebing yang runtuh itu.
menjadi antara tiga kemungkinan "Kawasan ini secara
awal kejadian tanah runtuh di Jalan khususnya mempunyai tiga elemen
Kemensah Heights di sini, semalam. pencetus utama iaitu pertama,
Difahamkan, kawasan runtuhan itu kedudukan yang tidak stabil di
berkemungkinan menunjukkan lereng bukit curam.
kegagalan sejak dari awal dan "Kedua ialah kewujudan
diburukkan dengan hujan lebat binaan tidak telap air di permukaan
berterusan. Pakar Geologi (kolam renang) dengan potensi
Kejuruteraan dan Mekanik Tanah dari kebocoran tanpa kesan. "Ketiga
Universiti Kebangsaan Malaysia ialah sungai yang berpotensi
(UKM), Dr Nor Shahidah Mohd Nazer, menghakis kaki tebing, sekali gus
berkata pemerhatian mendapati melemahkan cerun atau lereng,"
binaan kolam renang dan tembok katanya ketika dihubungi BH, hari
penahan di permukaan terganjak ini.
menuruni tebing.
Nor Shahidah berkata, hujan Dalam kejadian semalam,
berterusan menyebabkan tanah di seramai 103 penduduk di Jalan
kawasan itu yang berkemungkinan Kemensah Heights di sini, terpaksa
sudah mula menunjukkan ciri dipindahkan susulan runtuhan.
kegagalan lebih awal, akan bergerak
walaupun mempunyai kepadatan Setakat ini, mereka yang
litupan tumbuhan yang baik. Katanya, dipindahkan adalah penduduk 16 unit
binaan rumah di kawasan sensitif rumah bandar di Jalan Kemensah dan
seperti itu mengganggu proses lot banglo di Jalan 7, Kemensah
resapan hujan di permukaan, Heights Menteri Kanan Perdagangan
menyebabkannya tertumpu di Antarabangsa dan Industri, yang juga
kawasan telap air di sekitar kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
puncak dan tebing lereng. Bukit Antarabangsa, Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali, hari ini
"Peningkatan air di kawasan ini dilaporkan berkata, pihak berkuasa
menyebabkan berlaku peningkatan air memerlukan sekurang-kurangnya tiga
liang berbanding tanah sekitarnya, hari untuk melengkapkan kajian dan
lantas merendahkan kekuatan ricih laporan teknikal keadaan tanah di
lereng dan berpotensi gagal apabila situ.
mencapai nilai ambang kegagalan,"
katanya. Mengenai situasi di kawasan Katanya, langkah segera yang
itu, Nor Shahidah berkata, kejadian diambil adalah memasang besi
berkenaan boleh diklasifikasikan penghadang untuk menghentikan
sebagai tanah runtuh cetek di lereng pergerakan tanah.
curam dan dijana oleh hujan lebat
berterusan. Jelasnya, tanah runtuh
cetek merujuk kepada apa yang
berlaku di permukaan cerun iaitu
satah gelinciran hanya beberapa
sentimeter atau meter dari muka
cerun.
"Keduanya, jika tanah runtuh
berskala besar yang berlaku atau
satah gelinciran terletak lebih dalam,
keseluruhan unit rumah pasti
terganjak dan mengakibatkan
bencana lebih dahsyat," katanya.
Isu 3: Hakisan Tanah Berlaku Di Luar
Sempadan Rentis TNB
LAPORAN Utusan Malaysia bertarikh 16
Februari 2021 di ruangan Forum
bertajuk Runtuhan cerun ancam nyawa
kami dirujuk. Tenaga Nasional Berhad
(TNB) mengambil maklum isu yang
dibangkitkan mengenai kejadian
hakisan tanah berhampiran kawasan
rentis (right of way) TNB di Taman
Dataran Kinding SS1, Tanjung
Rambutan, Perak. Untuk makluman,
kejadian hakisan itu berlaku akibat
kerosakan tembok penahan cerun yang
dibina oleh pihak pemaju perumahan di
garisan sempadan rentis TNB. Jarak
menara penghantaran dengan kawasan
hakisan adalah kira-kira 70 meter.
Siasatan TNB mendapati kejadian
hakisan itu tidak mendatangkan
sebarang ancaman terhadap integriti
struktur menara tersebut dan ia berada
dalam keadaan baik. Bagaimanapun,
TNB akan mengadakan perbincangan
bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
dan pihak pemaju bagi mengenalpasti
tindakan selanjutnya bagi membantu
menyelesaikan isu ini. Orang ramai
dinasihatkan untuk menghubungi talian
TNB CareLine 15454 sekiranya terdapat
sebarang kejanggalan kepada
pepasangan TNB.
Isu 4: Banjir Kilat Di Pulau Pinang Turut Isu 5: Cemas! 248 Penduduk Rumah
Akibatkan Hakisan Tanah Panjang Bantan, Betong Diancam
Hakisan Tanah
Beberapa kawasan di Pulau Pinang
dilanda banjir kilat pada Khamis, Seramai 248 penduduk Rumah Panjang
susulan hujan lebat berterusan hingga Bantan, Sungai Langit, di Ulu Layar,
lewat malam tadi. Antara kawasan Betong berdepan detik cemas awal pagi
terjejas ialah Jalan P Ramlee, Jalan Jumaat selepas berlaku hakisan tanah
Terengganu, Jelutong dan Paya yang hampir memusnahkan rumah
Terubong, termasuk beberapa kawasan panjang 37 pintu itu. Bagaimanapun
di Seberang Perai. Pengerusi dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu
Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat tidak melibatkan sebarang kemalangan
Penyayang dan Alam Sekitar Pulau jiwa. Menurut Jurucakap Balai Bomba
Pinang, Phee Boon Poh memaklumkan dan Penyelamat Betong, pihaknya
keadaan masih terkawal, bagaimanapun menerima panggilan mengenai kejadian
kerajaan negeri bersiap sedia itu sekitar jam 4 pagi tadi daripada
menghadapi kemungkinan banjir. Setiausaha Sulit kepada Timbalan Ketua
Katanya, pemantauan dari semasa ke Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas
semasa dilakukan pihak berkaitan, dan Uggah, Dr Richard Rapu. "Sekumpulan
bantuan juga telah digerakkan ke lokasi anggota bomba kemudian dikerahkan
terjejas banjir. Dalam masa sama, hujan ke lokasi kejadian untuk membuat
lebat dan angin kencang menyebabkan pemantauan dan mendapatkan
satu batu besar dianggarkan seberat maklumat kejadian. "Setiba sahaja di
500 kilogram (kg) terjatuh di tengah lokasi pihaknya mendapati berlaku
jalan dekat Paya Terubong kira-kira jam runtuhan tanah sepanjang 26 meter
10 malam tadi. Jurucakap Jabatan dan sedalam 40 meter di hadapan
Bomba dan Penyelamat Malaysia rumah panjang berkenaan," katanya.
(JBPM) Pulau Pinang berkata, hujan
lebat menyebabkan berlaku hakisan
tanah sehingga batu itu terjatuh ke
tengah jalan raya. Sepasukan anggota
dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)
Paya Terubong berjaya mengalihkan
batu itu menggunakan teknik
‘winching’. Katanya, setakat ini,tiada
kemalangan jiwa dilaporkan dan aliran
trafik telah pulih sepenuhnya.
Tambah jurucakap itu lagi, hakisan tanah itu berpunca daripada hujan
yang berterusan dan keadaan tersebut amat berbahaya kepada penduduk.
Justeru mereka dinasihati segera berpindah ke rumah panjang berhampiran
jika berlaku sebarang pergerakan tanah. Pihak Jabatan Kerja Raya Bahagian
Betong telah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan untuk tindakan
selanjutnya.
Kejadian BANJIR
Oleh : Nuramin Bin Nafek
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
Kejadian banjir didefinisikan sebagai suatu
keadaan di mana sesebuah kawasan
ditenggelami atau digenangi oleh air dalam
jumlah yang besar. Banjir merupakan satu
geobencana pasif iaitu bencana yang
berkaitan dengan aktiviti manusia. Banjir
berlaku pada kadar kecepatan yang sederhana
tetapi mempunyai saiz bencana yang besar.
[Keadaan banjir di Johor, 2 Januari 2021]
[Keadaan kawasan banjir di Kedah, Kedatangan banjir boleh
29 November 2020] dianggarkan dengan melihat
kepada jumlah curahan air hujan
dan bentuk muka bumi bagi
sesebuah kawasan setempat
contohnya seperti kawasan
dataran rendah atau kawasan
yang berbentuk cekung.
[Rajah Purata Hujan Tahunan 2009 hingga 2019 bagi 14
kawasan kajian di Malaysia.]
Namun begitu, kadangkala banjir juga dapat berlaku secara tiba-tiba akibat dari
angin ribut atau empangan air yang pecah. Kemampuan infiltrasi tanah yang
rendah menyebabkan tanah tidak mampu untuk menyerap air dalam kuantiti
yang banyak.
[Jabatan Meteorologi Malaysia, 19 Disember 2021]
Kejadian banjir ini dapat [Mangsa banjir di Malaysia,
menimbulkan pelbagai kerugian 21 Disember 2021]
iaitu secara fizikal, sosial dan
ekonomi (Rahayu, 2009). Banjir
juga adalah merupakan ancaman
alam yang paling sering berlaku
dan paling banyak menyebabkan
kerugian baik dari segi
kemanusiaan mahupun ekonomi
(IDEP, 2007).
BENCANA BANJIR DI YAN, KEDAH :
SALAH SIAPA? - BERNAMA
Melihat keadaan dan kejadian luar biasa Hujan lebat ini terutama hujan di kawasan
“kepala air” dari puncak Gunung Jerai sehingga puncak gunung menyebabkan limpahan air
mengakibatkan banjir besar ini, ramai yang sungai, sehingga membawa halangan kayu dan
menunding jari kepada isu pembalakan dan pokok sepanjang laluan air sungai. Hujan dan
kuari yang dikatakan aktif berjalan di sekitar cuaca lembab sepanjang minggu ini di sekitar
kaki gunung tersebut. Menurut kenyataan kawasan utara Semenanjung Malaysia, terutama
media oleh Ketua Setiausaha Kementerian kawasan yang terlibat dalam bencana ini,
Alam Sekitar dan Air (KASA) iaitu Datuk Seri menyebabkan kawasan tadahan air menjadi tepu
Zaini Ujang, taburan hujan lebat luar biasa iaitu tidak dapat menyerap dan menampung
dengan keamatan yang tinggi telah berlaku di dengan baik air hujan. Ditambah dengan faktor
sekitar Gunung Jerai dengan jumlah kumulatif keamatan hujan yang tinggi, kemungkinan
tertinggi hujan bagi tempoh 1 jam adalah 91 kawasan tadahan tersebut tidak dapat
mm serta Kala Kembali Purata (KKP) melebihi menampung lagi hujan yang lebat dan ianya
70 tahun. menyebabkan fenomena kepala air
Banjir:
salah siapa ?
” Most floods are caused by man,
not the weather: deforestation,
levee construction,erosion&
overgrazing all result in loss of
ecosystem services”
- Paul Hawken -
PUNCA
KEJADIAN
BANJIR
Punca utama kejadian banjir boleh
dibahagikan kepada dua: punca semulajadi
& perbuatan manusia
PUNCA SEMULAJADI
A. HUJAN
B. AIR PASANG
C. HAKISAN SUNGAI
PUNCA
DARI
MANUSIA
A. PEMBANDARAN (URBANIZATION)
Pembandaran yang tidak terkawal menyebabkan banyak
kawasan termasuk hutan dan bukit bukau telah
dimusnahkan. Kawasan tanah yang landai telah ditimbun
dengan mengambil tanah dari bukit. Terdapat juga sungai-
sungai kecil yang ditimbun untuk dijadikan tapak binaan.
Aktiviti seperti ini adalah faktor utama yang mendorong
kejadian banjir. Sebelum berlakunya pembandaran yang
tidak terkawal, anak sungai dan lembah berfungsi sebagai
aliran air semasa hujan. Namun, kini, apabila hujan, air
akan mengalir dari bukit ke kawasan bawah dan kemudian
air akan bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah
dan banjir kilat akan berlaku.
B. SISTEM SALIRAN KURANG EFISIEN
Sistem saliran kurang efisien berlaku apabila ketiadaan jaringan longkang-longkang yang didirikan dan kapasiti longkang
yang rendah untuk menampung aliran air yang banyak. Kedua sitem peparitan dan longkang yang tidak
diselenggarakan sehingga menyekat pengaliran air. Pembangunan pesat juga telah mengakibatkan dasar sungai
menjadi cetek , dimana pembuangan sampah secara tidak terkawal telah menghalangaliran sungai, pembukaan dan
penerokaan tanah tebing sungai, perumahan haram danlain-lain tujuan telah menyumbang kepada peningkatan kepada
kekerapan banjir
C. PENYAHUTANAN (DEFORESTATION) D. FENOMENA 'BACK WATER'
Penebangan pokok secara tidak terkawal atau Di kawasan bandar misalnya, manusia banyak
dikenali sebagai penyahutanan (deforestation) mengubah permukaan tanah daripada kawasan
juga merupakan punca utama banjir disebabkan telap air kepada kawasan-kawasan tidak telap
oleh manusia. Secara semulajadinya, pokok air melalui pembinaan jalan raya, bangunan, zon
berfungsi untuk menghalang hakisan tanah dan letak kereta dan sebagainya. Selain itu, banjir
juga kehilangan tanaman. Tumbuh-tumbuhan juga disebabkan oleh faktor lain seperti
juga diperkaya hasil daripada semakin banyak runtuhnya struktur empangan, ribut,
pokok. Ini juga menyekat aliran hujan yang tsunami,gegaran tektonik dan letusan gunung
besar, sekali gus mengelakkan banjir. berapi. Ini akan menyebabkan keadaan banjir
Walaubagaimanapun, dengan ketiadaan pokok, kilatdimana aliran air akan tersekat akibat dari
hutan tidak dapat menampung aliran air yang perubahan guna tanah dimana alur sungaidan
banyak akibat kekurangan akar-akar besar. Hal peparitan yang tersekat dan berkurangnya
ini akhirnya akan menyebabkan banjir lumpur keupayaan sungai melalui pemedapankelodak
yang sangat dahsyat. dan kejadian hujan rebut seperti hujan ribut
perolakan yang lebat
ISU BANJIR
di Malaysia
BANJIR DI SHAH ALAM RAGUT
SEMBILAN NYAWA
KEJADIAN BANJIR
LUMPUR DI BENTONG
KUANTAN: Seramai 35 orang termasuk
sembilan kanak-kanak berdepan detik cemas
apabila terkandas dengan satu kejadian
banjir lumpur ketika mengunjungi Chalet
Bobby Eco Camp, Bentong, Pahang pada
malam Sabtu.Pusat Gerakan Operasi,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(JBPM) Pahang, menerima laporan kejadian
tersebut pada Sabtu jam 10.40 malam dan
mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat
Genting Highlands dan Gombak ke lokasi
kejadian dengan bantuan dari Pasukan
STORM Negeri Pahang.Mayat seorang
daripada tiga mangsa yang dilaporkan hilang
dalam kejadian banjir lumpur di sebuah
chalet di Bentong pada Sabtu ditemui pada
Selasa.
Mangsa wanita warga emas berusia 66 tahun
itu ditemui kira-kira jam 10.15 pagi kira-kira
200 meter dari lokasi terakhir mangsa berada
ketika kejadian. Operasi mengesan tiga
mangsa di Bobby Eco Farm Resort Bentong
dan seorang di Telemong, Bentong
disambung semula pada 7 pagi ini. Di
Kuantan, anggota penyelamat masih mencari
Mohd Firdaus Supiardi, 26, yang dilaporkan
hilang selepas terjun dari jambatan dan
dihanyutkan arus deras di Sungai Belat dekat
Kampung Sri Damai pada 18 Disember.
Kesan
BANJIR
Oleh : Che Muhammad Fakhri bin Che Lah
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
KEMUSNAHAN
HARTA BENDA
Banjir yang besar
menenggelamkan rumah,
menghanyutkan barangan dan
merosakkan barangan lain. Ini
membawa kerugian yang besar
kepada penduduk.
[Kemusnahan harta benda penduduk
selepas Bah Kuning 2014 di Kelantan]
KERUGIAN [Tanaman Cili yang rosak akibat banjir]
DALAM BIDANG
PERTANIAN
Air banjir yang bertakung terlalu
lama di Kawasan pertanian
menyebabkan tanaman mati. Antara
tanaman yang mudah mati adalah
getah, koko, kelapa sawit dan padi.
Haiwan ternakan seperti lembu, itik
dan ayam terbunuh kerana terperangkap
dalam banjir / kebuluran / penyakit.
[Tanaman Pisang musnah akibat banjir]
KEMATIAN Banjir juga mengakibatkan
kematian nyawa kerana
Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir lemas terutamanya di
Kawasan rendah dan arus
adalah kesihatan manusia. Banjir yang berlaku aliran air yang deras dan
menyebabkan takungan najis keluar bersama- kuat.
sama limpahan air. Najis yang bertaburan dan
bercampur dengan air akan dibawa ke merata
tempat mengakibatkan pelbagai jenis penyakit
seperti taun dan malaria. Penyakit lain seperti
denggi, penyakit leprosi (kencing tikus) banyak
merebak dalam musim banjir.
[Keratan akhbar Sinar Harian 19 Disember 2021]
[Keratan akhbar Harian Metro 20 Disember 2021]
PENINGKATAN [Kerosakan pada infrastruktur
PERBELANJAAN awam selepas banjir]
KERAJAAN
Banjir merosakkan harta awam
seperti jalan raya, bangunan, tiang
elektrik dan mengakibatkan
pelbagai jenis penyakit. Semua kos
untuk membaikpulihdan membiayai
kelengkapan perubatan selepas
banjir ditanggung oleh kerajaan.
Kos yang tinggi perlu ditanggung
oleh kerajaan. Juga, kerajaan perlu
menyediakan pelbagai keperluan
asas dan bantuan seperti makanan
dan minuman, ubat-ubatan dan
petempatan sementara untuk
mangsa banjir.
Langkah
Mengatasi
Oleh : Che Muhammad Fakhri bin Che Lah
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
TEROWONG SMART
Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir (SMART) yang dibina di kawasan
Kuala Lumpur mempunyai dua fungsi iaitu untuk laluan trafik kenderaan dan
menghalang banjir dari masuk ke bandaraya (dengan cara lencongan air).
Selain itu, SMART
menyediakan laluan
alternatif kepada
pengguna jalan raya dari
arah selatan Kuala
Lumpur ke pusat
bandaraya.
[Jenis mode operasi Terowong Smart mengikut
fungsi dan keperluan semasa]
PROJEK PENDALAMAN
SUNGAI
Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Sungai menjadi
cetek disebabkan oleh pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan.
Proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang
terdapat di sungai membolehkan sungai mampu mengalirkan jumlah air hujan
dengan banyak.
[Kerja mendalamkan Sungai Kelantan]
[Kerja mendalamkan Sungai Bertam]
MEMELIHARA HUTAN
Pemeliharaan hutan merupakan cara yang
baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan
boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu
menyerap air hujan daripada mengalir terus ke
bumi.
Aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah
yang tidak terkawal perlu dihentikan.
Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang
(sponge) dengan menyerap air hujan dan
mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak
sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis
dalam menentukan kebersihan dan kejernihan
air. Hutan mampu menyerap air hujan pada
kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan
kembali ke atmosfera melalui sejatan
pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja
pengurangan air hujan dapat dilakukan.
[Hutan Hujan Tropika yang terdapat
di Malaysia perlu dipelihara dengan
sebaiknya]
MENGAWAL AKTIVITI
MANUSIA
Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan sampah
dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran
kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus
dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya.
Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa
bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.
[Pencemaran sungai dan parit hasil daripada pembuangan sampah merata-rata]
Projek Pembangunan Lembangan
Sungai Bersepadu (IRBM)
IRBM adalah proses penyelarasan dalam pemeliharaan, pengurusan dan
pembangunan sumber air, tanah dan sumber-sumber berkaitan merentasi semua
sektor di dalam sesebuah lembangan sungai. IRBM bertujuan untuk
memaksimumkan faedah sosio-ekonomi bagi sumber air secara mapan dan pada
masa yang sama memelihara dan mengembalikan semula ekosistem semulajadi
sumber air. Ia merupakan pengurusan mampan bagi tanah dan air mengikut
sempadan geografi semulajadi tanpa mengira sempadan pentadbiran. Objektif
IRBM ialah untuk memastikan air yang mencukupi, air yang bersih, mengurangkan
risiko banjir dan meningkatkan persekitaran.
[Pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) serta IRBM yang berlangsung di
beberapa negeri seluruh Malaysia. ]
RUJUKAN
Astro Awani. (2019, Oktober 25). Banjir kilat di Pulau Pinang turut akibatkan hakisan tanah.
Diambil pada Disember 20, 2021, daripada https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/banjir-kilat-di-pulau-pinang-turut-akibatkan-hakisan-tanah-220967
Astro Awani. (2020, Mac 20). Cemas! 248 penduduk Rumah Panjang Bantan, Betong diancam
hakisan tanah. Diambil pada Disember 20, 2021 daripada
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/cemas-248-penduduk-rumah-panjang-bantan-
betong-diancam-hakisan-tanah-234471
Astro Awani. (2020, Jun 2). Hakisan tanah: MBI diminta teliti rungutan
penduduk Taman Silibin Indah. Diambil pada Disember 20, 2021, daripada
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hakisan-tanah-mbi-diminta-teliti-rungutan-
penduduk-taman-silibin-indah-245303
Chong, S. C., Wong, I. Y., & Wong, W. Y. (2010). Hakisan Tanah. Diambil pada Disember 20,
2021, daripada http://mesra-bumi.blogspot.com/p/hakisan-tanah.html
Ilah Hafiz, A. (2021, September 18). Tiga faktor mungkin punca tanah runtuh di Kemensah.
Diambil pada Disember 20, 2021, daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/865729/tiga-faktor-mungkin-punca-
tanah-runtuh-di-kemensah
Utusan Malaysia. (2021, Februari 15). Hakisan tanah berlaku di luar sempadan rentis TNB.
Diambil pada Disember 20, 2021, daripada
https://www.utusan.com.my/rencana/2021/02/hakisan-tanah-berlaku- di-luar-sempadan-
rentis-tnb/
Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak. (2018, Januari 23). Pengurusan Lembangan
Sungai Bersepadu IRBM. Retrieved Disember 15, 2021, from Prtal Rasmi Jabatan Pengairan
Dan Saliran Negeri Perak: https://kpinc.perak.my/jps/index.php/ms/46-mengenai-kami/214-
pengurusan-lembangan-sungai-bersepadu-irbm
Ministry of Environment and Water. (2017, Mei 12). Integrated River Basin Management
Report. Retrieved Disember 12, 2021, from Department of Irrigation and Drainage Ministry of
Environment and Water: https://www.water.gov.my/index.php/pages/view/708
Norzanawati Kasa. (n.d.). What is SMART? Retrieved Disember 12, 2021, from
smarttunnel.com.my: https://smarttunnel.com.my/smart/what-is-smart/
Rahman, H. A., & Hashim, R. (2014). Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar di
Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Soon, N. K., Isah, N., Ali, M. B., & Ahmad, A. R. (2017). Effects of SMART Tunnel Maintenance
Works on Flood Control and Traffic Flow. Advanced Science Letters, 23(1), 322-325.
doi:https://doi.org/10.1166/asl.2017.7172