The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haikalis2005, 2022-09-16 12:15:19

TOKOH PAHLAWAN MELAYU

PERTANDINGAN BUKU SKRAP 2022

TOKOH
PAHLAWAN MELAYU

TOK KU PALOH

OLEH



MUHAMMAD HAIKAL ISKANDAR
BIN MOHD HASRUL IKRAM

DARI



5 PERAKAUNAN

LATAR BELAKANG

Sayid Abdul Rahman bin
Sayid Muhammad al-Idrus

Lahir: lahir 1233 H/1817 M

Wafat: Zulhijjah 1335
H/September 1917 M

Etnik: Melayu

Rantau: Semenanjung
Tanah Melayu

GELARAN

Tok Ku Paloh Engku Cik

Tuan Cik EngkPuaSloahiyid

SyTaeirkehngagl-aIsnluam

Pendidikan

Tok Ku Paloh telah belajar pelbagai bidang ilmu
daripada orang tuanya sendiri yang merupakan seorang
ulama besar yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam
urusan Islam di Terengganu

Beliau juga berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muham
Amin al-Fathani atau Tok Syeikh Duyung. Tok Ku Paloh
kemudiannya melanjutkan pelajarannya ke Mekah

Antara yang menjadi gurunya disana ialah Saiyid Ahmad bin
Zaini Dahlan dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah
al-Makki

Semasa melanjutkan pelajarannya di Mekah, Tok Ku
Paloh telah bersahabat dengan Syeikh Muhammad Zain
bin Mustafa al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdul
Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh
Nik Mat Kecik al-Fathani (kelahiran Sungai Duyung
Kecil, Terengganu)

Kegiatan Anti-Penjajah

Tok Ku Paloh ialah ulama yang tidak
takut menanggung risiko tinggi dalam
perjuangan demi mempertahankan
Islam dan bangsa Melayu. Beliau
melindungi pejuang-pejuang Islam dan
Melayu yang bermusuh dengan
penjajah Inggeris pada zaman itu. Ada
riwayat mengatakan Haji Abdul
Rahman Limbong dan Tok Janggut
yang terlibat mengetuai kegiatan anti-
penjajah juga adalah murid Tok Ku
Paloh.

Semangat jihadnya sungguh indah, menarik dan
ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan
oleh Muhammad Abu Bakar. Katanya: Dalam
Perang Pahang, penentang-penentang British
yang dipimpin oleh Dato' Bahaman, Tok Gajah
dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri
setelah mengalami tekanan daripada kerajaan.
Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku
Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama
tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru
kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga
diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu
untuk menentang musuh mereka di Pahang.
Hugh Clifford dalam pemerhatiannya
mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru
pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang
jihad. “Hasil semangat baru yang diperoleh
daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan
kekuatan, pasukan pahlawan menjadi lebih
besar dan tersusun

Perjuangan Dakwah

Setelah Tok Ku Paloh pulang
dari Mekah, beliau
memusatkan aktivitinya di
Kampung Paloh, Terengganu.
Menurut Muhammad Abu
Bakar, Kampung Paloh
didatangi orang daripada
pelbagai jurusan, bukan saja
dari sekitar Kuala
Terengganu, tetapi juga dari
Kelantan, Pahang dan Patani.
Diriwayatkan bahawa salah
seorang murid Tok Ku Paloh
ialah Sultan Zainal Abidin III

Keturunan Rasulullah SAW

Tokku Paloh adalah generasi
ke-32 daripada Rasulullah
SAW dan beliau datang dari
kabilah Al-Aidrus. Nasab
sebelah bapanya sampai
kepada Sayidina Hussein r.a.
anak Sayidatina Fatimah Az-
Zahrah r.ha. binti Rasulullah
SAW. lbu Tokku Paloh, Hajah
Aminah, ialah isteri pertama
daripada beberapa orang
isteri Sayyid Muhammad yang
terkenal dengan gelaran
Tokku Tuan Besar

Dengan itu, Tokku Paloh bukan
sekadar keturunan nabi yang mulia

tetapi juga berpendidikan dan
merawat dalam sebuah keluarga
agama yang kuat. Semua saudara

kandungnya juga mempunyai
keahlian dalam urusan agama dan
antara yang terkenal ialah Sayyid
Zain (dilantik sebagai Ketua Menteri
pada tahun 1864 oleh Sultan Omar),
Sayyid Ahmad (disebut Tuan Ngah

Seberang Baroh) dan Sayyid
Mustaffa (seorang sarjana, yang
juga seorang ahli dari Majlis Negeri;

adalah salah satu dari empat
perwakilan, diwakili oleh kerajaan
negeri ketika Sultan Zainal Abidin III,
melawat Siam pada bulan Ogos 1896)

Penulisan

Ahli sejarah, Datuk Misbaha ada
menyebut bahawa risalah ‘Uqud
ad-Durratain adalah karya Tok
Ku Tuan Besar, berdasarkan
cetakan tahun 1950 oleh ahli-ahli
Al-Khair dan cetakan pada tahun
1978 oleh Yayasan Islam
Terengganu (Pesaka, hlm. 91)

Tetapi pada cetakan yang jauh
lebih awal berupa selembaran
dalam ukuran besar yang diberi
judul Dhiya’ ‘Uqud ad-Durratain,
ia merupakan karya Tok Ku
Paloh.

MAKAM TOK KU PALOH

KESIMPULAN

Kepimpinan dan perjuangan Tok Ku
Paloh dalam menentang penjajahan
British di tanah air merupakan jihad
yang tidak boleh disangkal.
Kebanyakan ahli-ahli sarjana
menyatakan bahawa punca
penentangan di Tanah Melayu adalah
kerana pungutan cukai serta campur
tangan dalam pentadbiran. Akan
tetapi, perkara tersebut hanyalah
sebahagian daripada faktor
penentangan kerana punca utama
adalah cubaan penjajah menganggu
menyebarkan ajaran Kristian.

Oleh itu, perjuangan menentang
British merupakan jihad melawan
kafir dan selari dengan seruan
Khalifah Uthmaniyah untuk berjihad
melawan penjajah kufar

PENDEDAHAN SIFAT PERIBADI
&

RUPA PARAS TOK KU PALOH

BUKTI PEDANG PEMBERIAN TOK KU PALOH
KEPADA DATUK BAHAMAN

DARI CACATAN HUGH CLIFFORD

PENGHARGAAN

SAYA,MUHAMMAD HAIKAL ISKANDAR
INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA
KASIH KEPADA IBU SAYA KERANA
TELAH MEMBANTU SAYA UNTUK
MENYIAPKAN BUKU SKRAP INI.
DENGAN PELUANG INI SAYA INGIN
MENGUCAPKAN SELAMAT HARI
KEBANGSAAN YANG KE-65


Click to View FlipBook Version