The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kariyahalimatussaadiah, 2021-05-03 02:06:19

TOPIK 3 NILAI-NILAI ETIKA AGAMA

Rujukan pada semua

1

Bab ini akan menjelaskan etika mengikut perspektif agama,
perbezaan di antara moral, agama, adat dan undang-undang. Oleh
demikian, bagi seseorang individu yang berpegang kepada agama
perlu mempunyai sifat-sifat yang bermoral.

2

Menjelaskan etika dari perspektif 1
agama

2 Menerangkan perbezaan di antara
moral, agama, adat dan undang-undang

Menjelaskan sifat-sifat seorang 3
individu yang bermoral

3

Menjelaskan etika dari perspektif 1
agama

4

ETIKA DARI PERSPEKTIF AGAMA

12

AGAMA

34

5

DEFINISI ETIKA

MAKSUD ETIKA

 Sains moral yang mengkaji mengenal nilai-nilai
moral yang terdapat dalam masyarakat sama ada
baik dan buruk

 Etika bermaksud satu susunan peraturan tingkah
laku untuk melicinkan perjalanan sesuatu
pentadbiran atau pengurusan

ASAL ISTILAH

Berasal dari Bahasa Greek “Ethos” bermaksud satu
cara hidup

CONTOH ETIKA

Kod Etika Perguruan, Kod Etika Perubatan, Kod Etika
Guaman, Perakaunan dan sebagainya.

6

1. Fitrah 4. Survival tamadun
2. Keamanan dunia
3. Status Manusia
5. Kesempurnaan
peribadi

6. Penggalak
Kebaikan

7. Penghalang
Kejahatan

KEPENTINGAN
ETIKA

7

ETIKA
DARI
PERSPEKTIF
AGAMA ISLAM

8

Al-Quran dan Hadis menjadi panduan dalam
kehidupan. Sumber perundangan lain (Qiyas dan
Ijtihad)

Kandungan agama Islam merangkumi Rukun Islam
dan Rukun Iman.

Tiga konsep utama dalam ajaran Islam iaitu
Akidah, Syariah dan Akhlak

Manusia dilantik oleh Allah untuk menjadi khalifah
bagi mentadbir alam ini.

Semua manusia berasal dari keturunan Nabi
Adam.

Hukum dalam Islam merangkumi Wajib, Sunat,
Haram, Makruh, Harus.

Manusia adalah makhluk hasil gabungan roh dan
jasad.

Tumpuan utama kepada tingkahlaku, sahsiah,
akhlak serta hubungan dengan Allah.

9

ETIKA
DARI
PERSPEKTIF
AGAMA
BUDDHA

10

Diasaskan oleh Sidharta Gautama (Pemberi Cahaya)

Ajaran Buddha telah dikumpul dan diberi judul
“Khutbah Kebenaran”

3 ajaran asas ajaran ini ialah jalan tengah, jalan depan
dan empat kebenaran.

4 Kebenaran Mulia – Hidup penuh dengan
kesengsaraan, Sebab untuk kesengsaraan, Perlu
menamatkan kesengsaraan dan Cara menamatkan
kesengsaraan)

Setiap individu perlu hidup sederhana & jangan
melampaui kemampuan diri.

Jalan 8 Lapis Mulia – Kefahaman yang benar,
Pemikiran yang benar, Kata-kata yang benar, Tingkah
laku yang benar, Usaha yang benar, Kehidupan yang
benar, Kesedaran yang benar, Meditasi yang benar.

5 prinsip agama Buddha – Menghalang diri daripada

membunuh makhluk hidup yang lain, mengambil

sesuatu bukan hak milik, melakukan kesalahan

seksual, menipu dan mengambil bahan yang

memabukkan. 11

ETIKA
DARI
PERSPEKTIF
AGAMA HINDU

12

Kitab suci agama Hindu – Veda, Undang-undang
Manu, Mahabharata, Gita, Yoga Vasishtha dan
Ramayana.

4 Kitab – (Rig Veda, Yajur Veda, Sams Veda dan
Athar Veda

Kandungan dalam empat bahagian setiap Veda
– Samhita, Brahman, Aranyaka dan Upanishad)

Peranan etika Hindu adalah menyatukan
“Athman “ diri dengan Brahma

Etika Hindu dipengaruhi oleh “Dharmasutra”.

13

Penganut agama Hindu akan mendapat
kebahagian jiwa & rohani apabila bertindak
mengikut agama.

3 kategori Dharma adalah hormat orang yang
lebih tua, “rites” serta peraturan yang perlu
diikuti.

Etika agama Hindu – Dhruti, Ahimsa, Kahamaa,
Dharma, Damo, Stheyam, Showca, Mindriya
Nigraham dan Dheer)

Prinsip “Karma” penting dalam menerangkan
tindakan seseorang yang mempengaruhi
kehidupan masa hadapan.

14

ETIKA
DARI
PERSPEKTIF
AGAMA
KRISTIAN

15

Pengasas kepada agama Kristian adalah Yesus
Kristus (Jesus Christ / al-Masih).

Tuhan yang disembah dalam bentuk triniti – Tuhan
Bapa (God the Father), Tuhan Anak (God the Son)
dan Roh Kudus (God the Holy Spirit)

Kitab suci adalah Bible yang mengandungi 2
bahagian iaitu Old Testament & New Testament.

Buku “Proverbs” mengandungi beberapa nilai
seperti elakkan dosa, setia, jujur,patuh kepada
orang tua.

10 prinsip kitab Bible – Jangan ada dewa yang lain
daripada Tuhan, Jangan membuat dan menyembah
berhala, Jangan menggunakan nama Tuhan
sewenang-wenangnya, Ingati Hari Sabat, Hormati
ibu bapa, Jangan membunuh, Jangan Berzina,
Jangan mencuri, Jangan membuat tuduhan palsu
dan Jangan berhasrat memiliki harta orang lain.

16

2 Menerangkan perbezaan di antara moral,
agama, adat dan undang-undang
17

Perbezaan antara 4 konsep

MORAL AGAMA

UNDANG-UNDANG ADAT

18

PERATURAN MORAL PERATURAN AGAMA

1. Peraturan moral tidak dicatat di dalam Peraturan agama tercatat dalam

kitab (buku khas). Kitab.

2. Peraturan moral tidak menekankan Peraturan agama menyelitkan
kepada pembalasan dosa dan pahala. segala balasan dosa & pahala
kepada pelaku.

3. Peraturan moral tidak menetapkan Peraturan agama menetapkan
tempat serta waktu untuk tempat serta waktu sembahyang.
melaksanakan sembahyang.

4. Peraturan moral melibatkan hubungan Peraturan agama melibatkan

antara manusia dengan manusia hubungan antara manusia dan

sahaja. Tuhan.

5. Peraturan moral berubah mengikut Peraturan agama adalah tetap dan
keadaan dan kehendak kaum & tidak berubah.
kawasan tertentu.

19

PERATURAN MORAL PERATURAN ADAT

1. Peraturan Moral bersifat Peraturan Adat dipegang oleh satu-

sejagat. satu kelompok manusia sahaja.

2. Peraturan Moral dipatuhi Peraturan Adat hanya dipatuhi pada

sepanjang masa. masa-masa tertentu & ditempat

tertentu.

3. Peraturan Moral tidak dapat Peraturan Adat dapat membezakan
memberi gambaran dalam identiti sesuatu kaum.
mengenalpasti sesuatu
kaum.

20

PERATURAN MORAL UNDANG-UNDANG

1. Peraturan Moral ditentukan oleh Undang-undang diluluskan oleh

akal atau pandangan manusia. Parlimen setelah mendapat kuasa

daripada perlembagaan Negara.

2. Peraturan Moral tidak ditulis atau Undang-undang ditulis, dicatat serta
dicatat serta dikuatkuasakan oleh dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan.
mana-mana pihak.

3. Seseorang individu yang Seseorang individu yang melanggar

melanggar @ tidak mengikut undang-undang akan menerima

peraturan Moral akan dipandang hukuman dan denda daripada pihak

hina dan dikutuk masyarakat. berkuasa.

4. Dalam peraturan moral ada nilai Dalam udang-undang tidak

kasih sayang, kebahagian, dipertimbangkan perasaan kasih sayang,

kesihatan dan sebagainya. belas kasihan.

21

Menjelaskan sifat-sifat seorang 3
individu yang bermoral

22

SIFAT-SIFAT INDIVIDU YANG BERMORAL

Sifat-sifat moral seseorang individu boleh dilihat
melalui perlakuan yang menggambarkan sifat
pemikiran kejiwaannya.

Terdapat pelbagai pendapat dalam menentukan sifat-
sifat insan bermoral kerana masing-masing
mempunyai fahaman yang tersendiri.

Tiga prinsip utama telah dikemukakan sebagai
panduan menentukan insan bermoral iaitu Prinsip
Keadilan, Prinsip Alturisme dan Prinsip Autonomi.

23

3 prinsip moral

PRINSIP KEADILAN PRINSIP AUTONOMI

Tindakan saksama dan Pertimbangan bebas
menghormati orang lain. dan kebebasan memilih.

PRINSIP ALTRUISME

Sebarang tingkah laku /
pertimbangan moral yang

melibatkan orang lain

24

Prinsip yang merangkumi konsep kesaksamaan
seperti dalam pemikiran, percakapan, perasaan serta
perlakuan.

Apabila membuat sesuatu keputusan dalam dilema,
kita boleh menggunakan prinsip moral yang paling
asas khususnya prinsip keadilan yang merupakan nilai
asas dan juga ibu kepada nilai-nilai murni yang lain.

25

CONTOH

Situasi di sekolah:
Guru Besar sentiasa menuruh guru X membuat kerja-
kerja pentadbiran sekolah. Kesannya guru X tiada
masa untuk diri dan keluarga sedangkan ramai guru
lain yang tidak mempunyai kerja sampingan lain.

Perkara ini membuktikan salah guna kuasa oleh Guru
Besar sehingga membawa kesan negative kepada
kehidupan guru tersebut.

26

CONTOH

Situasi di politeknik:
Puan Habsah adalah pensyarah bagi kelas DDT1A.
Beliau melayani pelajar dengan sama rata tanpa
mengira kaum, bangsa dan pangkat.

Puan Habsah juga tidak memilih kasih dan
memandang rendah terhadap pelajarnya yang lebih
pandai mahupun kurang cemerlang.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, Puan
Habsah memberi peluang kepada semua pelajar
untuk mengeluarkan pendapat dan menjawab soalan
yang dikemukakannya.

27

Pertimbangan atau tindakan seseorang tidak boleh
dikategorikan sebagai bermoral jika dia melaksanakan
sesuatu perkara disebabkan paksaan dari luaran atau
kepatuhan kepada autoriti secara membuta tuli.

Ini kerana individu tersebut tidak berupaya
bertingkah laku secara rasional dan adil.

Individu itu juga tidak melaksanakan tanggungjawab
moral tetapi hanya mematuhi perintah daripada
kuasa luar

28

CONTOH

Nazri memilih tidak merokok kerana dia sedar
bahawa merokok membahayakan kesihatan
Nazri tidak merokok bukan disebabkan dia takut
dimarahi oleh ibu bapa / guru tetapi kerana
kesedaran dalaman yang tinggi dan tidak mudah
dipengaruhi oleh sesiapan pun.

29

CONTOH

Ruba memilih tidak membuang dan membakar
sampah-sarap di merata tempat atau sesuka hati.

Ruba menyedari bahawa perbuatan tersebut akan
menyebabkan bumi kita “sakit”
Ruba juga mengetahui berkaitan melindungi alam
sekeliling dengan sempurna tetapi bukan disebabkan
takut akan dihukum atau dikenakan denda oleh pihak
berkuasa.

30

Prinsip ini merujuk kepada tingkah laku atau
pertimbangan moral yang melibatkan atau
berhubungkait dengan orang lain.

Jika perasaan ini digunakan semasa membuat
pertimbangan moral maka keputusannya adalah lebih
berperi kemanusiaan dan bermoral.

Pertimbangan akan lebih berperikemanusiaan dan
bermoral jika perhubungan itu berdasarkan belas
kasihan, simpati, mengambil berat kebajikan orang
lain

31

CONTOH

Seluruh dunia tanpa mengira bangsa dan agama
bersatu padu menyumbang tenaga dan wang ringgit
untuk membantu bencana yang terjadi di negara-
negara lain seperti mangsa Tsunami di Acheh, India,
Bangkok dan lain-lain.

Mereka menderma untuk meringankan bebanan yang
ditanggung oleh mangsa yang hidup dan anak-anak
yatim yang kehilangan ibubapa.

32

Sebagai kesimpulannya, pembetulan masyarakat Malaysia yang pelbagai
agama dan pengamalannya, perlu menekankan nilai-nilai etika dalam
kehidupan seharian. Oleh itu, semua masyarakat juga perlu saling hidup
dalam suasana harmoni, bertoleransi, saling menghormati di antara satu
sama lain. Kehidupan manusia yang menekankan sifat yang bermoral akan
menjadikan sebuah negara yang kaya dengan budaya, adat resam, agama,
Bahasa dan kebudayaan yang berbeza-beza sehingga mampu menjadi
daya tarikan masyarakat luar.

33


Click to View FlipBook Version