The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Asma Alia, 2021-01-13 05:58:51

BUKU Dasar dan Ketetapan 2021 SMK TASEK PERMAI, AMPANG

BUKU Dasar dan Ketetapan 2021

BEA4612 0342961829 0342961009 [email protected]

BUKU DASAR DAN KETETAPAN SEKOLAH INI ADALAH HAK MILIK
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TASEK PERMAI,
JALAN PERMAI K, 68000 AMPANG, SELANGOR


SILA KEMBALIKAN KE PEJABAT SEKOLAH SEKIRANYA TIDAK LAGI
BERTUGAS DI SEKOLAH INI

TERIMA KASIH


BIL NAMA GURU NOMBOR TARIKH TARIKH
1 BUKU TERIMA PULANG
2
3
4
5
6
7
8

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 1

DASAR DAN KETETAPAN SEKOLAH


PANDUAN AM PENGURUSAN GURU DAN STAF SMK TASEK PERMAI


1. ARAHAN AM


1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah Am
Kerajaan. Oleh itu, semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am
tersebut.


1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihati supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan
dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.


1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesional keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion

dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.

1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan

cemerlang.

1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Moto, Visi, Misi, Falsafah, Objektif dan Piagam Pelanggan

Sekolah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-
2025) dan Wawasan 2020.

1.6 Semua guru dan staf sokongan dikehendaki meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada
kepentingan diri ketika bertugas.

1.7 Semua guru dan staf sokongan dikehendaki bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan
murid ketika belajar di sekolah dan menjaga harta benda kerajaan.

1.8 Semua guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan
dinamik serta cekap menjalankan tugas.




2. WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN


2.1 Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam Jadual Waktu Persekolahan/jadual
aktiviti sekolah yang telah ditentukan (Kokurikulum/Kelas Tambahan/Aktiviti rasmi sekolah).


2.2 Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali
menjalankan tugas rasmi di luar.




3. KEDATANGAN GURU (sila rujuk Pekeliling Am Bil 11 Tahun 1981 / )


3.1 Semua guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah sebelum/ pada 7.20 pagi.

3.2 Semua guru dikehendaki merekodkan masa kehadiran rasmi menggunakan Kad Perakam Waktu dan
Buku Kehadiran Kedua.

3.3 Catatan masa kehadiran rasmi pada Kad Perakam Waktu akan berwarna merah selepas pukul 7.30
pagi.

3.4 Guru-guru yang lewat hendaklah terus berjumpa Pengetua/Penolong Kanan (PK) yang menjalankan
tugas untuk memaklumkan sebab kelewatan dengan membawa bersama kad perakam waktu untuk
ditandatangani.

3.5 Rakam kehadiran dengan segera sebaik tiba di sekolah. Guru hendaklah merakam sendiri kehadiran ke
sekolah. Merakam kehadiran orang lain adalah satu kesalahan.

3.6 Guru dan staf akan diberikan surat pemberitahuan I dan II sekiranya sentiasa lewat. Warna kad
perakam juga akan berubah pada bulan berikutnya jika kelewatan tanpa sebab melebihi 3 hari.

SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 2


3.7 Guru bertugas harian hendaklah berada di sekolah 15 minit sebelum persekolahan bermula dan 15

minit selepas sesi persekolahan tamat.


3.8 Waktu pulang rasmi guru sesi pagi adalah pada pukul 2.30 petang. Walau bagaimanapun tertakluk
pada keperluan perkhidmatan dari semasa ke semasa. Guru wajib merakam waktu pulang dan buku
kehadiran kedua hendaklah merakamnya sendiri.


3.9 Waktu pulang rasmi kaunselor sesi pagi adalah sama seperti guru akademik yang lain iaitu pada pukul

2.30 petang. Walau bagaimanapun waktu-waktu bertugas tidak rasmi adalah bergantung kepada
keperluan sekolah dari semasa ke semasa dan persetujuan antara pihak pentadbir dan Guru Bimbingan
dan Kaunseling. Surat Siaran Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian
Pendidikan Malaysia, KP(BPSH-SPPK)601/ 3 Jld. 3 (23) bertarikh 17 Disember 2008 hendaklah
dirujuk.

3.10 Kad perakam waktu hadir dan pulang guru dan staf ialah Dokumen Audit Sekolah. Catatan buku
kehadiran guru dan staf ialah dokumen yang membantu Pengetua untuk membuat penilaian Prestasi
Tahunan.

3.11Guru-guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum/kelas tambahan perlu tandatangan kehadiran
bertugas pada buku yang disediakan.

4. KEHADIRAN UPACARA/ KEGIATAN SEKOLAH


4.1 Semua guru dikehendaki hadir untuk semua acara rasmi sekolah (dengan pakaian rasmi). Semua guru
diminta tidak mengasingkan diri di bilik guru semasa acara rasmi sedang berlangsung.

4.2 Guru-guru yang tiada tugasan rasmi dan berkelapangan diminta hadir menyaksikan perlawanan-
perlawanan/pertandingan-pertandingan yang melibatkan pasukan sekolah dan berlangsung di
kawasan sekolah.




5. KETEPATAN MASA


5.1 Guru-guru hendaklah sentiasa mengamalkan ketetapan masa pada waktu-waktu upacara berikut
supaya menjadi contoh yang baik kepada murid-murid seperti :

Ø Kedatangan ke sekolah
Ø Perhimpunan rasmi
Ø Masuk ke kelas
Ø Mesyuarat / Perjumpaan rasmi
Ø Aktiviti Kokurikulum
Ø (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1981)




6. KETIDAKHADIRAN GURU


6.1 Bagi mana-mana guru yang tidak hadir kerana kecemasan, cuti sakit dan sebagainya MESTI mendapat
kebenaran Pengetua terlebih dahulu dan memaklumkan kepada Penolong Kanan dan kemudiannya
menghubungi pejabat sekolah. Satu jadual gantian perlu disediakan.

6.2 Sijil Sakit hendaklah diserahkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan jika Pengetua tiada di sekolah
(sebaik sahaja guru kembali bertugas) atau dalam masa 3 hari waktu bekerja

6.3 Guru-guru yang menghadiri mesyuarat, taklimat, bengkel, seminar, kursus atau tugas rasmi
dikehendaki memaklumkan kepada Pentadbir/AJK Jadual Waktu selewat-lewatnya 1 hari sebelum
tarikh berkenaan atau serta merta jika mendapat arahan lewat daripada pihak penganjur.

6.4 Guru yang tidak hadir atas sebab urusan rasmi/Cuti Rehat/Cuti Rehat Khas perlu mencatat pada buku
Rekod Kehadiran Guru dan AKP jika mendapat makluman awal.


SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 3



7. CUTI REHAT KHAS




7.1 Guru diperuntukkan sepuluh (10) hari Curi Rehat Khas (CRK). (Rujuk SSP Bil 8/2017:Cuti Rehat Khas
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)


7.2 Kelulusan permohonan adalah atas budi bicara Pengetua. Kelulusan permohonan juga akan
dipertimbangkan dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.


7.3 Permohonan dibuat secara bersemuka dengan Pengetua.


7.4 Borang yang telah mendapat kelulusan daripada Pengetua dan sokongan daripada PKP diserahkan

kepada Pembantu Tadbir.

7.5 Isi permohonan secara on-line melalui HRMIS setelah mendapat kelulusan Pengetua.

7.6 Kes kecemasan (kemalangan, kematian atau musibah yang tidak dijangka) perlu dimaklumkan melalui

telefon/whatsapp kepada Pengetua dan perlu mengisi borang CRK berwarna merah jambu sebaik
sahaja kembali ke sekolah serta mengisi borang secara on-line melalui sistem HRMIS.


8. MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH


8.1 Guru-guru TIDAK dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah semasa waktu persekolahan kecuali atas
arahan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau
pihak sekolah. Guru perlu mendapat kelulusan Pengetua/PK bertugas terlebih dahulu jika ada urusan
peribadi/tidak rasmi yang penting dan tidak dapat dielakkan. Rekod Keluar Penjawat Awam perlu
diisi.

8.2 AJK Jadual Waktu Guru Ganti juga hendaklah dimaklumkan untuk urusan jadual gantian jika perlu.
Kelas tidak boleh ditinggalkan tanpa guru pada bila-bila masa.

8.3 Guru-guru yang meninggalkan kawasan sekolah kerana urusan rasmi atau peribadi dikehendaki
memaklumkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan. Perlu diingatkan bahawa hanya urusan yang
penting sahaja akan dibenarkan kecuali bagi kecemasan yang berlaku secara mendadak. Semua
permohonan ini hendaklah disampaikan kepada Pengetua sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh
urusan itu. Sekiranya tempoh masa bertugas pada hari tersebut tidak mencukupi separuh dari masa
bertugas cuti hendaklah dipohon.

8.4 Guru-guru yang meninggalkan kawasan sekolah atas urusan peribadi (temu janji doktor, dsbnya)
mestilah memohon cuti rehat khas/ cuti sakit (MC) sekiranya tempoh masa keluar melebihi 4 jam.
Sila catatkan masa keluar dan pulang dalam buku keluar/masuk di Bilik Pengetua. Punca kuasa: Surat
Edaran JPND.HRM 100-8/2/3 Jld 10(31) bertarikh 5 Mei 2015

8.4 Guru yang keluar dari kawasan sekolah kerana bertugas atau mengikuti seminar ataupun mesyuarat
dikehendaki mengisi Buku Rekod Kehadiran Guru dan AKP dan pada kad perakam waktu yang
disediakan di pejabat sebelum menghadiri kursus/seminar/mesyuarat.


Guru yang menghadiri seminar ataupun mesyuarat di sesi petang dibenarkan meninggalkan
sekolah pada pukul 12.30 tengahari atau lebih awal tertakluk kepada lokasi seminar ataupun
mesyuarat setelah mendapat kebenaran pengetua/PK yang bertugas.

8.5 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis (MMI) kepada murid-murid
melalui Galeri Bahan Relief untuk digunakan oleh guru ganti.




SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 4

9. PERHIMPUNAN SEKOLAH




9.1 Perhimpunan Mingguan : SPI Bil 4/1984

9.1.1 Perhimpunan mingguan yang diadakan pada hari Isnin adalah upacara rasmi sekolah. Oleh
itu, SEMUA guru dikehendaki hadir tepat pada masanya dan sentiasa menjaga ketertiban
dan dignity (maruah) upacara tersebut.

9.1.2 Guru-guru lelaki diwajibkan memakai tali leher pada perhimpunan ini. (Pemakaian Blazer
digalakkan).


9.1.3 Perhimpunan mingguan ini diadakan pada setiap hari Isnin walaupun dengan ketiadaan
Pengetua. Tugasnya akan diambil oleh PK. Waktu perhimpunan ialah 7.20 pagi - 8.10 pagi.


9.1.4 Jika hari Isnin merupakan hari cuti umum, maka tidak ada perhimpunan rasmi pada minggu
tersebut.

9.1.5 Perhimpunan rasmi ini dikendalikan oleh guru bertugas mingguan, AJK Disiplin dan
Lembaga Pengawas, AJK Siaraya dan kaunselor .

9.1.6 Pada Isnin minggu ketiga setiap bulan, perhimpunan bulanan kokurikulum akan
dikendalikan oleh Badan Unit Beruniform. Semua guru dan murid perlu memakai
pakaian unit uniform masing-masing dengan lengkap.

9.1.7 Untuk penyampaian hadiah/ sijil /sumbangan /penghargaan, setiap penerima hendaklah
disediakan berhampiran tempat penerimaan (pentas). Tempat hadiah hendaklah disediakan
dengan indah dan kemas. Penyampaian hadiah hendaklah dibuat terus menerus sehingga
selesai dan Guru Persatuan / Kelab Badan berkenaan diminta berada di tempat
penyampaian hadiah pada majlis ini.

9.1.8 Perhimpunan hendaklah dikendalikan sepenuhnya oleh murid termasuk juruacara dan
pembaca doa dengan bimbingan guru bertugas/kaunselor/guru pengawas/guru AJK Siaraya.

9.1.9 Perhimpunan harian dijalankan di Dataran Permai pada jam 7.20 pagi dikendalikan oleh
guru bertugas mingguan.

9.1.10 Setiap hari Jumaat sesi pagi akan diadakan Program Aspirasi Jumaat (Bacaan Yassin/Nilai
Murni dan Program Mentor Mentee) dari pukul 7.20 pagi sehingga pukul 8.05 pagi.
Semua guru dikehendaki bersama-sama murid untuk Program Bacaan Yassin di Dataran
Permai/Anjung Permai dan Nilai Murni di tempat yang sesuai.





10. MESYUARAT GURU / TAKLIMAT / DIALOG PRESTASI GURU (2i) / REFLEKSI / KURSUS
DALAMAN


10.1 Semua guru diwajibkan menghadiri semua mesyuarat guru / taklimat / dialog prestasi guru (2i) /
refleksi / kursus dalaman manakala kursus-kursus perkembangan staf, kursus dalaman serta
mesyuarat-mesyuarat panitia mata pelajaran dan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu adalah
wajib bagi guru-guru yang terlibat.

10.2 Kehadiran guru dalam semua mesyuarat / taklimat / dialog prestasi guru (2i) / refleksi / kursus
dalaman di atas akan direkodkan dan guru yang tidak hadir tanpa Sijil Sakit/tanpa kebenaran
pengetua/PK bertugas diminta memberi surat penjelasan.


10.3 Mesyuarat guru / taklimat / dialog prestasi guru (2i) / refleksi / kursus dalaman diadakan pada
hari Khamis atau hari lain perlu dihadiri sehingga selesai. Sekiranya tiada mesyuarat guru /
taklimat / dialog prestasi guru (2i) / refleksi / kursus dalaman, guru-guru boleh balik seperti biasa.






SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 5



11. MENGHADIRI MESYUARAT, KURSUS, SEMINAR, BENGKEL


11.1 Wajib hadir apabila diarahkan, misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan, PPD
atau ke sekolah lain.

11.2 Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya. Penggantian

hanya arahan Pengetua.

11.3 Beri perhatian dan tumpuan sepenuhnya untuk tujuan pelaporan kepada Pengetua.

11.4 Sediakan Minit Curai dan serahkan kepada pengetua/PK/GKMP berkenaan.

11.5 Mengadakan kursus dalaman kepada guru-guru lain mengikut keperluan. Maklumkan kepada
Pengetua/PK tarikh dan masa pelaksanaannya.

11.6 Dokumen yang diperoleh semasa taklimat hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah untuk
direkodkan dan disebarkan kepada rakan guru lain jika diarahkan/perlu.





12. URUSAN DENGAN PPD/JPN/KPM




12.1 Dapatkan kebenaran Pengetua/Penolong Kanan.

12.2 Sebaiknya semua masalah berkaitan pentadbiran dibincangkan di peringkat sekolah terlebih
dahulu.

12.3 Sentiasa berpakaian kemas, sopan dan menjaga imej guru dan sekolah.






13. PAKAIAN GURU (PUNCA KUASA SPI BIL 6/1985)



13.1 Guru-guru hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan bersih, sesuai dengan profesion keguruan
dan masyarakat timur serta menjadi contoh yang baik kepada murid-murid.

13.2 Guru lelaki dikehendaki memakai tali leher pada setiap hari Isnin perhimpunan rasmi sekolah
kecuali perhimpunan rasmi kokurikulum dan digalakkan untuk hari-hari lain.

13.3 Semua guru diwajibkan berpakaian baju batik pada setiap hari Khamis dan bagi guru lelaki
digalakkan memakai baju Melayu lengkap pada hari Jumaat (SPP Bil 1/2008).

13.4 Semua guru digalakkan memakai pakaian unit uniform pada setiap hari Rabu.

13.5 Baju tanpa lengan dan ‘skirt’ yang pendek adalah tidak sesuai dan tidak dibenarkan. Pemakaian
‘skirt’ hendaklah di bawah paras lutut. Guru perempuan tidak boleh memakai pakaian yang
nipis/jarang/ketat.

13.6 Selipar yang tidak bertumit tidak dibenarkan.

13.7 Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian sesuai
seperti seluar sukan panjang (Track Bottom), kemeja T berkolar, kasut sukan dan berstoking.
Pakaian yang sama juga hendaklah dipakai semasa latihan sukan dan permainan. Pakaian yang
ketat adalah dilarang (Punca kuasa SPI Bil. 9/2016).







SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 6

14. TANDA NAMA (SPA Bil 8/1983)



14.1 Semua guru diwajibkan memakai tanda nama pada tiap-tiap hari persekolahan pada majlis
rasmi di sekolah atau di luar sekolah. Ukuran standard bagi tanda nama yang sebenar berukuran
7.5 cm x 2.5 cm, plastik berwarna hitam dan satu nama sahaja.




15. PENULISAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) DAN RANCANGAN PENGAJARAN
TAHUNAN (RPT) MENGGUNAKAN eRPH DALAM GOOGLE DELIMA, KPM




15.1 Semua guru perlu menulis RPH dan RPT menggunakan eRPH dalam Google DELIMA, KPM dan guru
bertanggungjawab memastikan penghantaran mengikut masa yang ditetapkan.


15.2 Guru hendaklah sentiasa bersedia dan mampu menunjukkan RPH & RPT pada bila-bila masa

diperlukan semasa mengajar atau jika berlaku pemantauan.

15.3 Penulisan RPH dan dokumen RPT menggunakan eRPH hendaklah dibuat dengan teliti, kemas dan

lengkap mengikut ketetapan Ketua Panitia masing-masing dan memenuhi keperluan KSSM. Guru-
guru dikehendaki mengisi maklumat-maklumat lain seperti Sukatan Pelajaran, Rancangan
Pengajaran, senarai nama murid dalam kelas-kelas yang diajar, markah-markah ujian dan
peperiksaan, butir-butir diri guru dan perkara-perkara lain yang terkandung di dalam BRM/FRM.

15.4 Semua guru WAJIB menghantar RPH melalui eRPH mengikut ketetapan sekolah pada setiap
minggu mulai hari Jumaat dan selewat-lewatnya sebelum atau pada jam 11.59 pagi hari Sabtu
untuk disemak oleh Pentadbir TANPA GAGAL.

15.5 Jika didapati guru lewat menghantar eRPH melebihi 3 kali atau gagal menghantar eRPH
melebihi 2 kali tanpa sebab yang manusabah, guru akan dipanggil oleh pengetua/PK untuk
perbincangan dan tindakan yang sewajarnya mengikut peraturan KPM yang berkuat kuasa
sekarang.

15.6 Semua guru juga perlu mencetak dan menyimpan dalam fail maklumat Profil Peribadi dan
Senarai Tugas, Surat Aku Janji, Jadual Waktu Terkini, Senarai Nama Murid yang diajar dan Rekod
Markah/Pentaksiran Murid sebagai rujukan segera jika diperlukan dari semasa ke semasa oleh
pentadbir/pegawai KPM.

15.7 Semua guru perlu menyemak sebarang nota teguran dalam eRPH setiap minggu untuk penambah
baikan.

15.7 Penulisan RPH dan dokumen RPT adalah salah satu dokumen yang digunakan dalam membuat
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP).




16. PENYELIAAN / PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PUNCA KUASA SPI BIL.
3/1987)


16.1 Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia yang dilantik akan
menyelia / mencerap semua guru di dalam kelas yang diajar dari semasa ke semasa. Langkah ini
bertujuan untuk membimbing dan membantu guru-guru supaya pelaksanaan kurikulum berjalan
dengan berkesan.

16.2 Penyeliaan/pencerapan ini dibuat mengikut jadual yang akan dimaklumkan (jika ada) kepada guru-
guru terlebih dahulu atau tanpa diberitahu.





SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 7



17. GURU GANTIAN

17.1 Semua guru akan diberi waktu gantian dari semasa ke semasa apabila ada guru yang tidak hadir

kerana sakit, cuti tanpa rekod atau bertugas di luar sekolah.

17.2 Semasa waktu gantian, pastikan PdPcc berjalan seperti biasa dengan menggunakan bahan yang
telah disediakan atau bahan sendiri.

17.3 Guru yang diberi waktu gantian, wajib masuk ke kelas berkenaan. Guru berkenaan
bertanggungjawab sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini di dalam kelas semasa
ketiadaannya.

17.4 Guru sesi petang boleh di arahkan oleh pentadbir untuk bertugas di sesi pagi bagi menggantikan
guru yang cuti bersalin/cuti tanpa gaji/cuti sakit berpanjangan atas kepentingan perkhidmatan
dari semasa ke semasa.




18. PEMERIKSAAN KERJA BERTULIS


18.1 Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia boleh meminta buku
latihan / rampaian atau buku catatan murid-murid untuk diperiksa.

18.2 Pemeriksaan buku-buku ini dibuat mengikut jadual yang akan dimaklumkan kepada guru-
guru terlebih dahulu. Buku latihan hendaklah dicap untuk semakan ibu bapa/penjaga
sekurang-kurangnya dua kali setahun.

18.3 Guru-guru hendaklah memastikan kerja-kerja bertulis diberi seperti yang telah ditetapkan
oleh Panitia masing-masing dan perlu membuat pembetulan (Rujuk Standard 4 SKPMg2)



19. WAKTU TIDAK MENGAJAR (FREE PERIOD) (PUNCA KUASA SPI BIL. 3/1981)

19.1 Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1981 menjelaskan bahawa waktu free adalah waktu bekerja. Oleh itu perlu
digunakan untuk membuat perancangan, menyemak kerja murid, menyediakan BBB, membuat
rujukan PSS dan menulis persediaan mengajar.

19.2 Berbincang secara profesional dengan rakan sejawat mengenai masalah murid, PdPc, masalah
akademik, panitia dan kokurikulum/pertemuan khas dengan murid bermasalah (PLC).

19.3 Menggantikan guru mata pelajaran yang tidak hadir.

19.4 Elakkan budaya kedai kopi.

19.5 Peka dengan masa untuk masuk ke kelas/ kelas ganti.




20. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

20.1 Selain daripada tugas kurikulum, HEM dan tugas kokurikulum guru-guru juga diberi tugas-tugas
khas. Tugas-tugas khas ini hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.







SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 8



21. KEGIATAN KOKURIKULUM

21.1 Di samping mengajar guru-guru dikehendaki bergiat dalam memimpin murid-murid dalam
kegiatan kokurikulum. Tugas dan tanggungjawab ini hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi
dan cekap.

21.2 Sebagai Penasihat persatuan / kelab / badan beruniform / sukan dan permainan, guru hendaklah
memberi bimbingan aktif untuk menentukan arah kegiatan serta peningkatan arah pencapaian
badan-badan tersebut di samping sentiasa mengawasi disiplin, aktiviti dan kewangannya.

21.3 Mesyuarat / taklimat badan-badan kokurikulum tidak boleh diadakan semasa PdPc sekolah kecuali
dengan kebenaran pengetua.

21.4 Guru penasihat bertanggungjawab untuk memastikan semua kegiatan kokurikulum tidak
bercanggah dengan tujuan yang termaktub dalam perlembagaan yang diluluskan.

21.5 Guru penasihat hendaklah menghadiri semua mesyuarat / perjumpaan jawatankuasa badan-badan
kokurikulum dan aktivitinya dan menandatangani kehadiran dalam Buku Aktiviti Kokurikulum
yang akan disemak oleh Penolong Kanan Kokurikulum/ GKMP / SU Kokurikulum/ SU Sukan dan
Penyelaras Kokurikulum.

21.6 Keselamatan dan kebajikan murid-murid/ahli-ahli semasa kegiatan-kegiatan dijalankan adalah
tanggungjawab guru penasihat.



22. TUGAS MENGAWAS PEPERIKSAAN

22.1 Menjadi tanggungjawab semua guru dan merupakan arahan rasmi



22.2 Tidak boleh dikecualikan kecuali sakit yang serius atau berkursus

22.3 Guru yang dilantik diminta mencari pengganti sendiri sekiranya masih tidak dapat hadir
sebagai petugas peperiksaan. Guru hendaklah melengkapkan borang pengganti pengawas
peperiksaan dan diserahkan ke pejabat untuk tindakan.

22.4 Guru yang menolak sebagai petugas peperiksaan perlu melengkapkan dokumen penolakan
sebagai petugas peperiksaan kepada Pengarah Pendidikan Selangor melalui unit Penilaian dan
Peperiksaan PPDHL untuk memohon kelulusan.

22.5 Guru kaunselor hendaklah berada disekolah sepanjang tempoh peperiksaan PT3 dan SPM
berjalan serta tidak dibenarkan menjadi petugas peperiksaan. (Rujukan Surat Arahan
JPNS.HEM 600-3/5 JLD.9 (14)



23. SURAT / PEKELILING / BORANG UNTUK TINDAKAN

23.1 Bertindak dengan segera apabila diminitkan untuk tindakan.



23.2 Berbincang dengan pegawai atasan untuk mendapatkan maklumat lengkap.

23.3 Semua borang perlu ditaip dan perlu disediakan surat iringan.

23.4 Tindakan perlu selesai sebelum tarikh akhir dan elakkan menerima peringatan daripada pihak
berkenaan.






SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 9

24. PEMBELIAN BARANG / PERALATAN


24.1 Hanya Ketua Panitia dan guru-guru tertentu sahaja dibenarkan menguruskan pemesanan pembelian

barang/nota minta dan peralatan selepas mendapat kelulusan Guru Kanan Mata Pelajaran/ Penolong
Kanan dan Pengetua.

24.2 Semua pesanan hendaklah melalui Nota Minta yang disertakan 3 sebut harga syarikat berbeza akan
disemak oleh GKMP dan diluluskan oleh Pengetua.

24.3 Pastikan Delivery Order dicap dan ditandatangani oleh pembekal sebaik sahaja pesanan diterima.

24.4 Semua invois hendaklah ditandatangani oleh guru yang menerima pesanan dan direkod dalam buku /
kad stok dengan tepat dan kemas.

24.5 Semua pembelian kecil yang dibuat melalui Panjar Wang Runcit hendaklah tidak melebihi RM200.00.
Pembelian yang melebihi RM200.00 hendaklah dibuat melalui Nota Minta dan invois. Setiap resit PWR
hendaklah diserahkan kepada GKMP untuk tindakan selanjutnya.

24.6 Sebarang kemusykilan hendaklah dirujuk kepada Ketua Pembantu Tadbir ataupun Pembantu Tadbir
yang menguruskan Kewangan Sekolah. Guru akan dimaklumkan dari semasa-kesemasa jika ada
perubahan peraturan kewangan.


25. BUKU STOK / KAD INVENTORI

25.1 Guru Kanan/ Ketua Panitia dan guru-guru tertentu adalah bertanggungjawab menguruskan buku stok /
kad inventori bagi bahagian masing-masing.

25.2 Maklumat dalam buku stok / inventori hendaklah tepat, lengkap dan sentiasa dikemas kini.

25.3 Buku stok / kad inventori akan diaudit oleh Audit Dalaman dalam minggu terakhir tahun persekolahan
dan disemak oleh Audit Sekolah, Jemaah Nazir, Pengetua atau Penolong Kanan pada bila-bila masa.


26. PENGGUNAAN ALAT-ALAT

26.1 Penggunaan alat-alat seperti alat perakam audio dan video, radio, televisyen, LCD dan komputer
hendaklah digunakan dengan betul mengikut cara dan peraturannya.

26.2 Penggunaan alat-alat tersebut hendaklah mendapat kebenaran daripada ketua-ketua bahagian
berkenaan atau penjaga stok dan hendaklah direkodkan dalam buku yang disediakan. Tempahan awal
perlu dibuat untuk mengelakkan sebarang pertembungan.

26.3 Guru-guru bertanggungjawab untuk memastikan alat-alat ini digunakan dengan baik serta
memulangkan sebaik sahaja tamat digunakan dan dalam keadaan baik.

26.4 Jika rosak, alat-alat tersebut hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru-guru yang
dipertanggungjawabkan untuk dibaiki.



27. DISIPLIN MURID

27.1 Semua guru di sekolah ini bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid serta membuat teguran
apabila perlu kerana semua guru ialah guru disiplin (SPI Bil 10/2001)

27.2 Guru-guru mata pelajaran (termasuk guru-guru ganti) bertanggungjawab sepenuhnya terhadap disiplin
kelasnya dan dibenarkan mendenda muridnya yang melakukan kesalahan ringan seperti membuat
bising atau mengganggu rakan-rakan yang sedang belajar dengan hukuman yang sesuai dan berbentuk
positif. Hukuman berdiri di atas meja atau kerusi adalah dilarang. Hukuman yang berbentuk fizikal
dilarang sama sekali kecuali mereka yang diberi penurunan kuasa (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.8/1993).

SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 10



27.3 Guru-guru hendaklah memberi teguran dan nasihat atau amaran kepada murid-murid yang menggunakan

bahasa-bahasa kesat.

27.4 Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas untuk ke tandas atau urusan lain mesti mendapat

kebenaran terlebih dahulu sebelum Pas Keluar boleh diberikan. Hanya 2 orang murid sahaja dibenarkan
setiap kali untuk ke tandas.

27.5 Guru-guru yang membawa murid-murid ke Pusat Sumber atau mana-mana bilik khas atau mengajar
mata pelajaran RBT, Sains, SRT, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani yang memerlukan murid-
murid meninggalkan kelas hendaklah memastikan bahawa murid-murid berjalan dalam barisan dan
senyap untuk pergi dan balik ke kelas.

27.6 Setiap guru hendaklah sentiasa menegaskan kepada murid-murid betapa mustahaknya mengetahui dan
mematuhi Buku Peraturan Sekolah yang perlu dibawa setiap hari. Di samping itu, setiap guru hendaklah
memberi bimbingan kepada murid-murid melalui nasihat (Kaunseling) dan menjadi contoh yang baik
kepada murid.

27.7 Semua guru hendaklah melatih murid-murid supaya menjaga keselamatan harta benda sekolah pada
setiap masa.

27.8 Guru-guru yang mengajar waktu terakhir, hendaklah memastikan semua murid mengemaskan kelas,
menutup suis lampu dan kipas, memadam papan putih dan tiada buku tulis/buku teks ditinggalkan di
bawah meja/dalam kelas.

27.9 Perancangan mengajar yang sempurna dapat mengawal disiplin murid. Kurang persediaan di pihak
guru biasanya menjadi penghalang kepada disiplin yang baik dalam kelas.




28. KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH ( PUNCA KUASA SPI Bil 1/1996, SPI Bil 6/1997 )


28.1 Setiap guru bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan sekolah. Jadual bertugas murid hendaklah
disediakan oleh guru tingkatan dan dipaparkan. Guru Tingkatan hendaklah memastikan jadual ini
dipatuhi dan segala peralatan untuk menjaga kebersihan kelas hendaklah digunakan dengan baik dan
disimpan dengan selamat.

28.2 Guru Kanan / Ketua Panitia dan guru-guru lain yang mempunyai bilik-bilik khas seperti bilik RBT, SRT,
bengkel, kaunseling, makmal, bilik pendidikan seni, bilik koperasi, surau dan lain-lain,
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebersihan dan keceriaan bilik-bilik tersebut.

28.3 Kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan
murid.

28.4 Guru yang mengajar waktu terakhir hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan sampah-sarap
dikeluarkan daripada laci meja murid, papan putih dibersihkan, bakul sampah dikosongkan dan kelas
ditinggalkan dalam keadaan kemas dan bersih. Jika waktu terakhir murid-murid meninggalkan kelas
untuk ke bilik-bilik khas, guru waktu kedua terakhir akan bertanggungjawab.

28.5 Guru-guru yang mengajar waktu pertama, jika mendapati kelas mereka tidak bersih / dalam keadaan
kotor hendaklah melaporkan kepada Penolong Kanan HEM/ PK Petang untuk tindakan selanjutnya.



29. KESELAMATAN SEKOLAH

29.1 Sesiapa yang ingin berjumpa dengan guru atau murid mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran
Pengetua / Penolong Kanan / Penolong Kanan HEM / Guru Displin dan menandatangani buku yang
disediakan di pejabat.

SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 11


29.2 Pelawat-pelawat terutamanya wakil penerbitan atau insuran serta juru jual tidak dibenarkan masuk ke

bilik guru tanpa kebenaran Pengetua. Pas pelawat akan diberikan kepada pelawat-pelawat yang akan
berjumpa guru. Guru-guru hendaklah memastikan hal ini sebelum melayan / menerima sebarang
pelawat.

29.3 Murid-murid tidak boleh ditemu ramah / ditemu bual melainkan dengan kebenaran Pengetua. Pengetua
atau wakil perlu hadir sama.

29.4 Jika terdapat orang-orang yang disyaki atau orang-orang yang tidak berhak berada dalam kawasan
sekolah, perkara ini hendaklah dimaklumkan kepada pihak polis dengan segera.

29.5 Sebelum meninggalkan sekolah, setiap hari guru-guru hendaklah memastikan bahawa semua tingkap,
suis lampu dan suis kipas / alat pendingin udara ditutup atau pintu dikunci.

29.6 Murid-murid yang sakit dibenarkan balik hanya jika dijemput oleh ibu bapa / penjaga. Sebelum
membawa murid pulang, ibu bapa / penjaga dikehendaki mengisi butir-butir yang diperlukan dalam
buku/borang yang disediakan di pejabat sekolah.

29.7 Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa ditemani oleh guru semasa waktu
persekolahan. Jika murid sakit ibu bapa / penjaga tidak dapat dihubungi, guru bertugas pada hari itu
bertanggungjawab menghantar murid yang sakit ke hospital atau ke rumah.

29.8 Sebarang kegiatan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tertentu oleh organisasi
atau individu luar sama ada dengan cara tinjauan / pemerhatian / siasatan / temu duga / kajian /
penyelidikan ataupun membuat perhubungan dengan pihak sekolah tidak dibenarkan kecuali dengan
kebenaran daripada JPS dan Pengetua atau wakilnya. Maksud organisasi individu luar di sini ialah
organisasi atau individu bukan kerajaan yang tidak mempunyai kuasa atau yang tidak diberi kuasa
mengikut mana-mana peraturan Kementerian atau Jabatan Pendidikan ataupun undang-undang negara
bagi maksud yang tersebut di atas.




30. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

30.1 Semua guru diminta memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah.
Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada secara sengaja atau tidak sengaja hendaklah di
bawa ke pengetahuan pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya.

30.2 Guru Kanan/Ketua Panitia hendaklah memastikan adanya peraturan-peraturan bagi pengguanaan alat-
alat di bilik-bilik khas seperti makmal, bengkel dan lain-lain.



31. KUNCI

31.1 Semua kunci adalah disimpan di pejabat.

31.2 Hanya guru/ murid yang diberi kebenaran sahaja dibenarkan mengambil kunci dari pejabat.

31.3 Sebarang kunci yang diambil hendaklah direkodkan dalam buku yang disediakan.

31.4 Guru yang hendak menyimpan kunci-kunci bilik-bilik tertentu hendaklah mendapat kebenaran daripada
pihak Pengetua dan mencatat dalam buku yang disediakan. Guru tersebut bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap keselamatan kunci dan bilik berkenaan. Walau bagaimanapun, kunci ini
hendaklah dikembalikan ke pejabat sekolah sebelum cuti akhir tahun.






SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 12

32. PENGGUNAAN TELEFON SEKOLAH


32.1 Telefon sekolah untuk urusan rasmi sahaja.

32.2 Tiap-tiap panggilan yang dibuat oleh murid perlu mendapat kebenaran pengetua / PK dan

direkodkan dalam Buku Panggilan Telefon yang disediakan di pejabat.




33. KELAB GURU/PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

33.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan

kehadiran serta penyertaan dalam kegiatan kedua-dua badan ini adalah wajib.

33.2 Jumlah yuran keahlian Kelab Guru Staf (KGS) tertakluk kepada keputusan mesyuarat KGS



34. LAWATAN SAMBIL BELAJAR

34.1 Lawatan boleh dikelolakan oleh sesuatu persatuan/badan atau kelas jika selaras dengan tujuan

persatuan/badan atau kelas itu.

34.2 Setiap lawatan perlu mendapat kebenaran Pengetua dan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat. Pastikan

borang-borang yang telah ditetapkan mengikut Undang-undang Pelancongan sekolah-sekolah 1957 diisi
dengan lengkap dan diserahkan kepada Penolong Kanan HEM untuk dipanjangkan ke PPD sekurang-
kurangnya lima minggu sebelum tarikh lawatan.

34.3 Setiap lawatan perlu mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga sebelum borang
permohonan seperti dalam 16.2 dilengkapkan.

34.4 Setiap lawatan perlu ada dua (2) orang guru pengiring. Jika lawatan disertai oleh murid-murid
perempuan, seorang guru perempuan perlu ikut sama.

34.5 Alat-alat pertolongan cemas dan surat rawatan yang lengkap hendaklah dibawa bersama.

34.6 Lain-lain langkah yang difikirkan sesuai mengikut keadaan.

34.7 Tempat-tempat yang digalakkan untuk lawatan :-
i) Tempat-tempat bersejarah
ii) Industri-industri/kilang-kilang
iii) Tempat-tempat yang ada kaitan dengan mata pelajaran Geografi/
kawasan-kawasan pertanian
iv) Tempat-tempat yang boleh menambah pengetahuan am
v) Tempat-tempat yang boleh menambah pengetahuan Sains
vi) Tempat-tempat suci agama


34.8 Peraturan keselamatan hendaklah diterangkan dengan jelas sebelum lawatan. Contohnya jika melawat
ke laut aktiviti berenang adalah dilarang sama sekali melainkan ada kebenaran daripada guru pengiring
dan ada anggota penyelamat nyawa yang bertauliah.

34.9 Disiplin murid hendaklah dijaga rapi dan mereka mesti mengikut semua arahan guru pengiring
sepanjang masa lawatan.

34.10 Laporan lawatan hendaklah dibuat selepas setiap lawatan untuk diserahkan kepada Penolong Kanan
HEM/Kokurikulum dan difailkan dalam fail Persatuan/Badan berkenaan dan dihantar ke PPD.
(Semua murid-murid Tingkatan 5 masih dianggap murid sekolah sehingga 31 Disember tahun
berkenaan)


SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 13

35. MELANCONG/ MELAWAT KE LUAR NEGARA

35.1 Semua lawatan ke luar negara, sama ada rasmi atau tidak rasmi, sama ada dalam masa cuti sekolah atau
tidak, perlu mendapat kelulusan daripada Pejabat Pendidikan Daerah 5 minggu sebelum tarikh
lawatan.

35.2 Permohonan ke luar negara hendaklah diisi secara atas talian di URL
http://www.myarrehlah.my/elampiran3.php dan cetak borang sebanyak 4 salinan dan hantar ke
pejabat sekolah dalam masa 6 minggu sebelum tarikh lawatan untuk proses selanjutnya.



36. MELANJUTKAN PELAJARAN

36.1 Guru-guru yang ingin melanjutkan pelajaran, sama ada di Maktab Perguruan atau Universiti, di
Peringkat Diploma atau Iajazah Pertama atau Ijazah Lanjutan dan secara sepenuh masa atau sambilan,
perlu mendapat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri terlebih dahulu.

36.2 Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Pengetua.



37. PENGUMUMAN

37.1 Semua pengumuman adalah di bawah kelolaan Guru Bertugas Mingguan/kaunselor/AJK Disiplin
sekolah.

37.2 Pengumuman yang ditujukan kepada sebilangan murid sahaja/sesuatu badan tertentu seperti kelab atau
persatuan hendaklah ditulis di papan kenyataan yang disediakan.

37.3 Semua pengumuman penting hendaklah dibuat oleh Guru Bertugas Mingguan/kaunselor/AJK Disiplin
sekolah.

37.4 Guru Bertugas Mingguan/kaunselor/AJK Disiplin sekolah hendaklah terlebih dahulu menyemak
pengumuman yang diterima sebelum pengumuman dibuat untuk mengelakkan sebarang kekeliruan
tentang maksud pengumuman itu.

37.5 Pengumuman PENTING SAHAJA dibenarkan semasa waktu PdPc bagi Melindungi Masa Instruksional
(MMI) dan perlu mendapat kebenaran Pengetua/Penolong Kanan.



38. PENJUALAN PERNIAGAAN

38.1 Sebarang penjualan dan perniagaan persendirian di sekolah adalah dilarang. Hanya jualan yang
berkaitan dengan koperasi sekolah atau sesuatu aktiviti kelab/persatuan yang telah diluluskan sahaja
dibenarkan. Semua urusan jual beli hendaklah melalui koperasi sekolah.

38.2 Kelab/persatuan yang ingin mengadakan jualan hendaklah mengemukakan permohonan bertulis
melalui guru penasihat, lengkap dengan butir-butir mengenai jualan yang akan diadakan seperti tarikh,
masa, tempat, tujuan, anggaran perbelanjaan dan harga jualan.

38.3 Semua permohonan hendaklah sampai kepada Pengetua sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tarikh
jualan tersebut.


39. PERHUBUNGAN SESAMA GURU

39.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama rakan
sejawatan dan sentiasa mengawal tutur kata.


SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 14

39.2 Guru juga seharusnya mewujudkan semangat kekitaan dan saling membantu antara satu sama lain.
Semangat kekitaan ini perlu dipupuk supaya dapat menghasilkan kerjasama bagi memastikan kejayaan
semua rancangan dan program sekolah.

39.3 Jika menghadapi sebarang masalah berhubung dengan perkhidmatan dan tugas ikhtisas hendaklah
berunding untuk menyelesaikannya dengan mengikut hairaki kecuali urusan peribadi kerana ada
pertimbangan lain, iaitu:-
i) Rakan sejawat yang berpengalaman
ii) Ketua Panitia Mata pelajaran
iii) Guru Kanan Mata Pelajaran
iv) Penolong Kanan
v) Pengetua

40. PERMOHONAN PEKERJAAN LUAR SEBAGAI PENSYARAH/TUTOR SAMBILAN DI UNIVERSITI/

PUSAT PENGAJIAN TINGGI

40.1 Guru-guru yang ditawarkan sebagai pensyarah atau tutor sambilan di Universiti atau Pusat Pengajian
Tinggi perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Pendidikan Negeri.

40.2 Permohonan untuk menjadi pensyarah atau tutor sambilan ini hendaklah dibuat melalui Pengetua.

40.3 Kerja-kerja luar ini jika diluluskan tidak boleh mengganggu tugas-tugas sekolah sehingga
mengakibatkan kecekapan sebagai guru merosot.


41. SURAT RASMI

41.1 Ada surat yang diterima oleh pihak sekolah yang akan diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan.
Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan seperti yang dikehendaki dalam surat berkenaan.

41.2 Jika tarikh diberi untuk menghantar maklumat yang dikehendaki, guru-guru hendaklah memastikan
maklumat ini diserahkan kepada pejabat sekolah sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh tersebut
untuk disemak oleh Pengetua.

41.3 Jika surat ini dialamatkan kepada guru berkenaan “Melalui dan Salinan” kepada Pengetua, surat itu
boleh disimpan oleh guru berkenaan setelah tindakan diambil.

41.4 Jika surat ini dialamatkan kepada Pengetua tetapi diedarkan kepada guru untuk tindakan, maka guru
berkenaan hendaklah:
i) Menandatangani Buku Surat sebagai bukti penerimaan salinan surat tersebut, salinan asal
disimpan dalam fail di pejabat sekolah.
ii) Mengambil tindakan seperti yang dikehendaki.
iii) Menyerahkan maklumat yang dikehendaki kepada pejabat sekolah sekurang-kurangnya 2 hari
sebelum tarikh yang ditetapkan untuk semakan Pengetua. Satu salinan maklumat ini serta salinan
surat lampiran akan disimpan dalam fail di pejabat sekolah bersama surat asal yang diterima.
iv) Memaklumkan kepada Penolong Kanan atau Penolong Kanan HEM tentang tindakan yang diambil.
v) Menyimpan salinan surat yang diterima dan maklumat berkenaan dalam fail panitia atau fail
kokurikulum yang ada dalam simpanan guru berkenaan.


42. TAAT SETIA

42.1 Setiap guru diharap akan memberi kesetiaan sepenuhnya kepada sekolah.

42.2 Guru-guru hendaklah sentiasa menanam semangat taat setia dan sayang akan sekolah dalam jiwa
murid-murid.







SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 15

43. PENGGUNAAN TIME SLIP

43.1 Kemudahan cuti atau pelepasan bagi mendapatkan kemudahan rawatan perubatan TIADA
DIPERUNTUKKAN dalam Perintah Am / Surat Pekeliling / Surat Edaran yang berkuatkuasa.

43.2 Urusan mendapatkan rawatan dan perubatan adalah merupakan urusan persendirian pegawai. Pegawai
dibenarkan menggunakan time slip sekiranya masa yang digunakan kurang daripada 4 jam (staf
pejabat) atau separuh daripada peruntukan masa bekerja rasmi yang telah ditetapkan,

43.2 Pegawai hendaklah menggunakan CUTI REHAT KHAS @ CUTI TANPA GAJI mengikut mana-mana yang
layak diberikan kepadanya.


Punca kuasa:
Surat Edaran JPA (SARAAN) 262/6/2-11 (10) BERTARIKH 30.12.2008
Surat Edaran JPA (SARAAN)(S) 1619 Klt. 16 (7) bertarikh 09 Dis 2009
Surat Edaran KPM (PP) 0069 /6 / 3 / (68) bertarikh 30 Ogos 2009


44. PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPcc)

44.1 Guru mesti mengajar mengikut sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran sebagai persediaan untuk
murid-murid menduduki peperiksaan.

44.2 Latihan yang diberi kepada murid-murid mestilah mencukupi dan ditanda dengan kekerapan yang
munasabah.

44.3 Guru-guru mesti melayani murid-murid secara sama rata dan adil.

44.4 Penggunaan telefon bimbit semasa proses PdPc adalah DILARANG kecuali dalam hal-hal kecemasan.
Pastikan telefon bimbit dalam keadaan silent mode sepanjang proses PdPc.

44.5 Guru-guru hendaklah memastikan sukatan pelajaran habis diajar kepada murid-murid sebelum
peperiksaan awam seperti PT3, SPM dan STPM. Bagi murid-murid Tingkatan Peralihan, T1, T2 dan
T4 hendaklah memastikan sukatan pelajaran habis diajar 2 minggu sebelum peperiksaan akhir tahun.

Punca kuasa : SPSK PK 03 –Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran





45. MASUK DAN KELUAR KELAS

45.1 Guru hendaklah menepati masa masuk atau meninggalkan kelas.

45.2 Guru waktu pertama hendaklah memastikan kelas berada dalam keadaan bersih, tersusun dan ceria
sebelum memulakan proses PdPc.
Guru waktu akhir hendaklah memastikan kelas / bilik-bilik khas berada dalam keadaan yang bersih,
45.3 sampah sarap dibuang, tingkap ditutup serta memastikan suis lampu ditutup dan meninggalkan
kelas HANYA selepas semua murid keluar dari kelas / bilik tersebut.


45.4 Guru-guru sebelum rehat hendaklah memastikan semua murid telah keluar kelas sebelum guru
meninggalkan kelas tersebut.

45.5 Guru-guru masa pertama, satu masa sebelum rehat dan guru masa akhir HENDAKLAH memastikan
murid tidak keluar kelas kecuali kes kecemasan.

45.6 Guru-guru mesti memberi pas kebenaran keluar kepada murid yang hendak keluar kelas.
(murid lelaki seorang, murid perempuan 2 orang untuk satu pas kebenaran keluar)


Punca kuasa : SPI Bil 2 / 1981 : Ketetapan Masa di Sekolah-sekolah

SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 16

46. KELAS-KELAS AMALI DAN PRAKTIKAL


46.1 Guru-guru masa akhir sebelum masa amali seperti Sains, KHB dan lain-lain dikehendaki memastikan
murid-murid beratur di luar kelas sebelum meninggalkan kelas.

46.2 Seboleh mungkin guru-guru amali seperti Sains, RBT, PJK dan lain-lain membawa murid masing-
masing ke makmal/ bengkel / padang untuk mengelakkan kes ponteng dalam kalangan murid.
Semua guru PJK WAJIB memakai pakaian sukan semasa PdPc Pendidikan Jasmani. Pakaian ini boleh
46.3 dipakai sepanjang hari (kecuali pada hari Isnin atau hari perhimpunan rasmi diadakan). Walau
bagaimanapun, guru harus mematuhi kriteria pakaian sukan iaitu T-shirt berkolar, track bottom,
stoking putih dan kasut sukan


Punca kuasa : SP Profesional KPM 11/68 , SPI Bil 6 / 1985
Surat Siaran KP /KPM/5 (49) bertarikh 26 Julai 2010 - Kebenaran Khas Kepada Guru-guru
dan Murid-murid yang Melaksanakan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
(PJK) Memakai Pakaian Rasmi Sukan Sepanjang Hari Berkenaan.




47. BILIK GURU


47.1 Bilik guru adalah tempat untuk guru.
47.2 Murid-murid dilarang memasuki bilik guru tanpa kebenaran.

47.3 Hanya Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan Pengawas dibenarkan menghantar buku latihan.

47.4 Bilik Guru mesti kelihatan bersih, kemas, tersusun dan ceria sepanjang masa.

47.5 Hanya Pembekal buku dan orang-orang yang berkaitan dengan buku/Alat bantuan mengajar serta
telah mendapat pas pelawat dan surat kebenaran masuk kawasan sekolah sahaja dibenarkan.

48. PENGGUNAAN MESIN FOTOSTAT DAN MESIN RISO SEKOLAH.


48.1 Semua guru dilarang menggunakan mesin fotostat sekolah untuk urusan peribadi.

48.2 Hanya bahan-bahan urusan rasmi sekolah sahaja yang dibenarkan untuk difotostat setelah
mendapat kelulusan Pengetua atau Penolong Kanan- Penolong Kanan yang berkaitan.


48.3 Hanya Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan Pengawas dibenarkan menghantar buku
latihan.

48.4 Bahan-bahan yang hendak diriso seperti soalan-soalan peperiksaan, latih tubi masa cuti,
gerak gempur peperiksaan awam seperti PT3, SPM dan sebagainya hendaklah mendapat
kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan berkaitan. Semua bahan-bahan yang hendak diriso
hendaklah mendapat pengesahan GKMP masing-masing.

Rujuk:SPI Bil 2/2004; Garis Panduan Untuk Pemberian Kerja Rumah kepada Murid sekolah









SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 17

PERIHAL CUTI MENGIKUT PERINTAH-PERINTAH AM





1. CUTI PENGGAL


Mengikut Perintah-perintah Am Bab C, guru-guru tidak berkelayakan mendapat cuti rehat. Sebagai ganti cuti rehat,
guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah dengan syarat bahawa guru-guru boleh dipanggil untuk
menjalankan tugas-tugas selain tugas-tugas mengajar biasa semasa percutian penggal sekolah bagi masa yang tidak
melebihi separuh daripada cuti penggal sekolah dalam satu tahun itu.



2. CUTI SAKIT


2.1 Kemudahan cuti sakit kerajaan boleh diluluskan mengikut Perintah Am Bab “C” manakala cuti sakit klinik

atau hospital swasta berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2006 sebagaimana syarat-
syarat berikut :-

i. Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang

dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika
memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kelendar atau



ii. Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalaman di hospital atau klinik swasta, sijil sakit
yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima
jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar dan



iii. Jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang boleh diberikan
adalah tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar, di mana 90 hari pertama boleh
diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha.


2.2 Kenyataan cuti dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah setiap akhir tahun untuk dicatatkan dalam Buku Rekod

Perkhidmatan.




3. CUTI SEPARUH GAJI


3.1 Cuti Separuh Gaji hanya boleh diberi atas sebab-sebab yang berikut sahaja iaitu :


i. sebab-sebab kesihatan guru itu sendiri dan perakuan sebuah Lembaga Perubatan.



ii. sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada guru itu dengan dokumen-dokumen sokongan
daripada pihak doktor.



iii. kerana membuat lawatan sambil belajar di seberang laut yang telah diluluskan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.


3.2 Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti separuh gaji kepada guru-guru bagi perkhidmatan yang melayakkan

atas kadar 30 hari bagi tiap-tiap satu tahun tetapi tidak melebihi 180 hari.





4. CUTI TANPA GAJI


4.1 Mengikut Perintah Am Bab C, Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.


4.2 Kelayakan Cuti tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180

hari.

4.3 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan mengikut suami/isteri bertugas keluar negara hanya boleh diambil sekali dalam

masa 4 tahun.



4.4 Sebarang Cuti Tanpa Gaji yang jatuh pada cuti penggal sekolah akan terus dianggap sebagai Cuti Tanpa Gaji.



4.5 Laporan cuti bersama surat kelulusan cuti dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah setiap akhir tahun.



4.6 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan
Negeri manakala Cuti Tanpa Gaji yang melebihi jumlah ini akan diluluskan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.



4.7 Permohonan Cuti Tanpa Gaji hendaklah dikemukakan 3 bulan sebelum tarikh bercuti. Permohonan yang
lewat akan ditolak. (Surat Siaran JPS, 28 November 2014)

SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 18

5. CUTI KE LUAR NEGARA


5.1 Semua guru yang hendak bercuti keluar negara dalam masa cuti penggal mesti mendapat kelulusan terlebih

dahulu daripada Pejabat Pendidikan Daerah.

5.2 Borang permohonan perlu dihantar selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh mula bercuti. Borang-borang

yang perlu diisi dan dilengkapkan adalah seperti berikut:-


i. 3 salinan Borang Menghadiri Persidangan, Seminar, Lawatan Rasmi dan Lawatan Persendirian Ke Luar
Negeri (Borang mengikut keperluan surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 1984); atau


ii. 3 salinan Borang Permohonanan untuk pergi ke Negara-Negara Komunis dan Negara-Negara Terhad (
China, Israel, Vietnam , Taiwan dan Korea Utara) Jika berkenaan ); atau


iii. 4 salinan Borang Permohonan untuk membuat Lawatan Keluar Malaysia dalam masa cuti Penggal
Persekolahan (Borang ini tidak digunakan untuk lawatan ke Israel, Taiwan, China, Afrika Selatan, Rusia
dan Negara-Negara Eropah Timur) jika berkenaan); dan


iv. 1 salinan Borang Perubahan Tarikh/Negara atau Pembatalan Permohonan/Polisi Perlindungan
Insuran Kesihatan Berada di Luar Negara atas Urusan Persendirian (Jika perlu).





6. CUTI REHAT KHAS : SPP Bil 8/2018


6.1 Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.


6.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh

10 hari dalam satu-satu tahun. Dalam menimbangkan pemberian cuti ini, ia hendaklah tidak menjejaskan
keberkesanan pengurusan PdPc di sekolah.

6.3 Garis panduan tentang permohonan dan pemberian Cuti Rehat Khas adalah seperti berikut:-

i. Menziarahi *ahli keluarga atau saudara terdekat yang sakit tenat atau kematian *ahli keluarga yang rapat
kepada guru itu.
“Ahli keluarga” ertinya suami atau isteri dan anak-anak guru itu.
“Ahli keluarga yang rapat” ertinya ibu bapa, adik- beradik, mertua, ibu dan bapa saudara, datuk dan nenek
kepada suami/isteri pegawai.

ii. Menyertai upacara atau perayaan agama yang dianuti oleh guru itu yang tidak diperuntukkan cuti umum
oleh kerajaan.

iii. Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya.

iv. Menunaikan fardu haji sekiranya tempoh selama 40 hari seperti yang tidak mencukupi.

v. Kursus suai kenal bagi kursus luar kampus.

vi. Majlis Konvokesyen bagi guru-guru atau ahli keluarga..


vii. Perkahwinan guru-guru atau anak-anak mereka.
.

viii. Mendaftar anak ke sekolah atau Institut Pengajian Tinggi (didalam atau diluar negara).

ix. Mengiringi ahli keluarga mendapatkan rawatan.

6.4 Semua permohonan Cuti Rehat Khas hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh bercuti
kecuali dalam keadaan kecemasan melalui atas talian HRMIS dan dihantar ke pejabat.

6.5 Dokumen-dokumen sokongan hendaklah disertai bersama borang permohonan.






SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 19

7 CUTI UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN


7.1 Kebenaran diberi dengan syarat guru berkenaan telah mendapat kebenaran secara bertulis daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia atau Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengikut pengajian berikut.

7.2 Permohonan untuk cuti ini (Cuti Tanpa Rekod) hendaklah diserahkan bersama salinan surat kebenaran
mengikut pengajian dan salinan jadual peperiksaan.




8 CUTI BERSALIN




8.1 Oleh sebab tempoh cuti bersalin agak panjang (90 hari) dan guru ganti sukar didapati, maka guru yang akan
mengambil cuti bersalin hendaklah menyelesaikan rancangan pengajaran mengikut jadual dengan
mengadakan kelas tambahan sebelum atau selepas bersalin atau menyediakan nota-nota pelajaran.


CUTI BUKAN HAK GURU TETAPI BUDI BICARA KETUA JABATAN (PENGETUA) TERMASUK CUTI
REHAT KHAS. Punca Kuasa - (SPI 3/2005 DAN PERINTAH AM BAB ‘C’)





DASAR DAN KETETAPAN PENGETUA



1. PENETAPAN DAN PELAKSANAAN HALA TUJU
1.1 Visi dan misi dijadikan asas, panduan dan rujukan untuk merancang dan melaksanakan program pemajuan sekolah.

1.2 Visi dan misi menjadi hala tuju dalam menggerakkan warga sekolah untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh sebagai
satu pasukan bagi mencapai matlamat sekolah.
1.3 Warga sekolah mengamalkan budaya berdaya saing dalam melaksanakan tugas.
1.4 Menyampaikan maklumat untuk tindakan warga sekolah seperti laman web sekolah/blog sekolah/ brosur/ buletin/e-mel
berkelompok/ media sosial (seperti facebook,WhatsApp dan lain-lain).
1.5 Warga sekolah memanfaatkan teknologi terkini seperti alat/peranti elektronik untuk memantau penyediaan/pelaksanaan
perancangan sekolah.
1.6 Warga sekolah menyediakan perancangan strategik yang lengkap merangkumi bidang kurikulum, kokurikulum dan sukan,
dan hal ehwal murid, kewangan, sumber manusia, kemudahan dan keperluan asas sekolah.
1.7 Perancangan yang disediakan berasaskan analisis SWOT (strength, weakness, opportunity, threat) /alat analisis lain yang
bersesuaian yang mengambil kira konteks sekolah.
1.8 Sasaran ditetapkan berdasarkan TOV (Take Off Value), potensi murid, isu yang dikenal pasti dan sumber yang ada.
1.9 Strategi yang dirangka membolehkan sasaran yang ditetapkan tercapai.
1.10 Pemantauan dan penilaian dirancang bagi memastikan program dilaksanakan dengan berkesan.

1.11 Hasil kerja warga sekolah berkualiti dan dilaksanakan melalui permuafakatan dan budaya kerja sepasukan.

SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 20



2. PENGURUSAN ORGANISASI


2.1 Program perkembangan staf dilaksanakan secara terancang dengan mengambil kira keperluan individu, kumpulan dan
sekolah dengan menggunakan khidmat kepakaran dalaman atau luaran secara berkesan.

2.2 Kemudahan fizikal dan kelengkapan asas sekolah mencukupi dan disusun atur mengikut kesesuaian dan keperluan warga
sekolah.

2.3 Kemudahan fizikal dan kelengkapan asas diperiksa dan diselenggara untuk memastikannya dalam keadaan selamat,
berfungsi dan digunakan secara optimum oleh warga sekolah.

2.4 Rekod penyelenggaraan sentiasa dikemas kini.

2.5 Kewangan sekolah diurus dengan mematuhi peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

2.6 Perbelanjaan dirancang berdasarkan peruntukan. Peruntukan kewangan dimanfaatkan sepenuhnya.

2.7 Data dan maklumat diperoleh dan disebar kepada warga sekolah. Data dan maklumat disimpan dengan kaedah yang
sistematik dan sesuai. Data dan maklumat dikemas kini. Data dan maklumat mudah diakses dan dianalisis.

2.8 Sumber pendidikan dan TMK yang pelbagai disediakan dengan mencukupi, terkini dan sesuai dengan keperluan
pendidikan. Sumber pendidikan dan TMK disimpan secara sistematik, mudah diakses dan diselenggara secara terancang.

2.9 Kepimpinan sekolah melaksanakan pemantauan terhadap penggunaan sumber pendidikan dan TMK secara terancang.
Suasana yang mesra dan harmoni diwujud dan dikekalkan untuk meningkatkan semangat bekerja dalam kalangan warga
sekolah.
2.10 Tanggungjawab dan tugas dilaksanakan oleh warga sekolah dengan semangat kekitaan dan kerja sepasukan.

2.11 Persekitaran fizikal yang ceria, selesa dan selamat mendorong warga sekolah menjalankan tanggungjawab dengan
bersungguh-sungguh.

3. PENGURUSAN SEKOLAH
3.1 PENGURUSAN KURIKULUM

3.1.1 Panitia mata pelajaran merancang dan melaksanakan program bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru.

3.1.2 Panitia mata pelajaran menggunakan peruntukan kewangan secara optimum untuk memastikan sumber pendidikan
disedia dan digunakan dalam meningkatkan kualiti pembelajaran murid.
3.1.3 Perkembangan prestasi murid dalam mata pelajaran serta status pelaksanaan program panitia dipantau, dinilai, dilapor
dan dibincangkan.

3.1.4 Kekuatan dan kelemahan pelaksanaan PdPc dikenal pasti.
3.1.5 Program/aktiviti kurikulum dirancang dan dilaksanakan untuk mata pelajaran dan melibatkan murid di semua tingkatan.

3.1.6 Pelaksanaan program/aktiviti mengambil kira isu pembelajaran dan menjurus ke arah peningkatan ilmu, kemahiran serta
pemupukan nilai dalam kalangan murid.
3.1.7 Program/aktiviti yang dilaksanakan sesuai dengan keperluan murid.
3.1.8 Pemantauan program/aktiviti dilaksanakan secara terancang.
3.1.9 Program/aktiviti yang dilaksanakan meningkatkan prestasi murid/ mata pelajaran.
3.1.10 Jawatankuasa Program Peningkatan Kurikulum/PBS merancang dan melaksanakan program bagi meningkatkan kualiti
pelaksanaan pentaksiran.
3.1.11 Aktiviti Penjaminan Kualiti iaitu Pementoran, Penyelarasan, Pemantauan dan Pengesanan dijalankan dengan terancang.
3.1.12 Keputusan pentaksiran/peperiksaan dianalisis bagi mengesan pencapaian, mengenal pasti isu, kekuatan dan kelemahan
murid.

SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 21



3. PENGURUSAN SEKOLAH

3.2 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)


3.2.1 Ketetapan berkaitan pelaksanaan HEM dibuat dengan mematuhi Akta Pendidikan, Peraturan Pendidikan, SPI, Surat
Siaran, dasar-dasar KPM dan mengikut keperluan sekolah.
3.2.2 Ketetapan berkaitan pelaksanaan HEM merangkumi pengurusan disiplin, bimbingan dan kaunseling serta kebajikan,
kesihatan dan keselamatan murid dibuat dan dipatuhi untuk memastikan pelaksanaan HEM yang berkesan.
3.2.3 Ketetapan tersebut dinyatakan secara tersurat dengan kemas kini sebagai panduan pengurusan HEM.

3.2.4 Peraturan sekolah dikuatkuasakan dengan berkesan dan data serta maklumat kes disiplin disediakan dan dikemas kini.

3.2.5 Program dirancang dan dilaksanakan menjurus ke arah peningkatan disiplin murid dan penyelesaian masalah yang
dikenal pasti. Pemantauan program dilaksanakan secara terancang.

3.2.6 Kemajuan disiplin murid dipantau secara terancang dan tindakan diambil dengan segera untuk memastikan isu/masalah
tersebut tidak berulang dan tidak merebak.
3.2.7 Disiplin kendiri dan amalan mematuhi peraturan sekolah berjaya dibentuk dalam kalangan murid.

3.2.8 Program pemulihan, pencegahan dan pembangunan murid dirancang dan dilaksanakan berdasarkan isu dan masalah
yang dihadapi murid.


3.2.9 Kerjasama dengan warga sekolah dan ibu bapa diwujudkan untuk mengenal pasti masalah di peringkat awal dan
mencegahnya daripada berlaku agar murid tidak terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat.
3.2.10 Pemantauan program bimbingan dan kaunseling dilaksanakan secara terancang

3.2.11 Murid mendapat perkhidmatan sesi kaunseling (individu/rakan sebaya/kelompok) mengikut keperluan
murid/perancangan unit B&K.

3.2.12 Keperluan murid dikenal pasti dan diberi bantuan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

3.2.13 Program kebajikan, kesihatan dan keselamatan dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan.

3.2.14 Prestasi murid yang menerima bantuan dipantau.

3.2.15 Maklumat berkaitan wabak atau penyakit yang berjangkit disebar luas untuk memberi kesedaran dan membolehkan
masalah ditangani segera.

3.2.16 Pemantauan program kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid dilaksanakan secara terancang.

3.2.17 Rekod kesihatan murid diurus dengan kemas kini.

3.2.18 Murid memperlihatkan kekemasan diri, memperlihatkan keyakinan diri, memperlihatkan kemesraan, kesopanan dan
sikap hormat-menghormati.

3.2.19 Murid mengamalkan ketepatan masa dan kesegeraan

3.2.20 Murid menjaga kebersihan sekolah dan menjaga harta benda sekolah dengan tidak melakukan vandalisme.


SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 22


3. PENGURUSAN SEKOLAH

3.3 PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN SUKAN


3.3.1 Kelab dan Persatuan menggunakan kurikulum/panduan pelaksanaan, dan rancangan aktiviti tahunan yang disediakan.

3.3.2 Aktiviti Kelab dan Persatuan dirancang dan dilaksanakan berdasarkan matlamat, objektif persatuan dan keupayaan
murid bagi mengukuh dan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari.

3.3.3 Aktiviti yang dilaksanakan menarik dan mampu meningkatkan kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum.

3.3.4 Aspek keselamatan murid diberi keutamaan semasa melaksanakan aktiviti.

3.3.5 Peralatan dan kemudahan asas dimanfaatkan secara optimum.

3.3.6 Pemantauan aktiviti dilaksanakan secara terancang.

3.3.7 Rekod kehadiran, penglibatan, penyertaan dan pencapaian/prestasi murid disediakan dan dikemas kini.

3.3.8 Badan Beruniform menggunakan kurikulum/panduan pelaksanaan dan rancangan aktiviti tahunan yang disediakan.

3.3.9 Aktiviti Badan Beruniform dirancang dan dilaksanakan berdasarkan matlamat, objektif persatuan dan keupayaan murid
bagi mengukuh dan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari.

3.3.10 Aktiviti yang dilaksanakan menarik dan mampu meningkatkan kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum.

3.3.11 Aspek keselamatan murid diberi keutamaan semasa melaksanakan aktiviti.

3.3.12 Peralatan dan kemudahan asas dimanfaatkan secara optimum.

3.3.13 Pemantauan aktiviti dilaksanakan secara terancang.


3.3.13 Rekod kehadiran, penglibatan, penyertaan dan pencapaian/prestasi murid disediakan dan dikemas kini.

3.3.14 Kelab sukan dan permainan menggunakan kurikulum/panduan pelaksanaan, dan rancangan aktiviti tahunan yang
disediakan.

3.3.15 Penyertaan murid dalam kelab sukan dan permainan berdasarkan bakat, minat dan potensi.

3.3.16 Aktiviti kelab sukan dan permainan dirancang dengan mengambil kira aspek pengetahuan, kemahiran dan
pembangunan sahsiah murid serta dilaksanakan sepanjang tahun persekolahan.

3.3.17 Aspek keselamatan murid diberi keutamaan semasa melaksanakan aktiviti.

3.3.18 Peralatan dan kemudahan asas dimanfaatkan secara optimum.

3.3.19 Pemantauan aktiviti dilaksanakan secara terancang.

3.3.20 Rekod kehadiran, penglibatan, penyertaan dan pencapaian/prestasi murid disediakan dan dikemas kini.

3.3.21 Aktiviti sukan iaitu sukan dan permainan, merentas desa, sukantara, kejohanan olahraga tahunan dan kem sukan
dilaksanakan dengan berpandukan kurikulum/panduan pelaksanaan dan rancangan aktiviti tahunan.

3.3.22 Aktiviti yang dilaksanakan menarik, menyeronokkan, memberi pendedahan kemahiran asas dan meningkatkan
sosialisasi dalam kalangan murid.

3.3.23 Program sukan untuk semua dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun.

3.3.24 Program kecemerlangan untuk pasukan sekolah dan pelapis dirancang dan dilaksanakan.

3.3.25 Pemantauan program sukan untuk semua dilaksanakan secara terancang.

3.3.26 Aspek keselamatan murid diberi keutamaan semasa melaksanakan program sukan untuk semua.


SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 23

3.3.27 Rekod kehadiran, penglibatan, penyertaan dan pencapaian/prestasi murid disediakan dan dikemas kini.

3.3.28 Pentaksiran aktiviti kokurikulum dan sukan dilaksanakan bagi setiap murid yang berkenaan pada setiap tahun
berdasarkan dokumen berkaitan PBS dan skema pentaksiran yang ditetapkan oleh KPM.

3.3.29 Markah pencapaian murid dibuat secara adil dan keputusan dimaklumkan kepada pihak ibu bapa/penjaga/pihak lain
yang berkepentingan.

3.3.30 Data pentaksiran aktiviti kokurikulum dan sukan bagi setiap murid direkod dengan kemas kini dan disimpan dengan
sistematik. Evidens disimpan dengan lengkap sebelum direkod dalam SPPBS.


4. PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN


4.1 Murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran yang menjurus ke arah pencapaian objektif seperti
perbincangan /memberi respons terhadap soalan guru/membuat catatan/ kerja amali/membuat gerakan fizikal /arahan
guru.

4.2 Murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid/murid dengan guru/murid dengan bahan.

4.3 Murid memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu pembelajaran.

4.4 Murid dapat memberi respons dengan tepat terhadap arahan/soalan guru.

4.5 Murid memberi pandangan/idea yang sesuai atau mengemukakan soalan untuk mendapatkan maklumat tambahan
berkaitan tajuk pelajaran.

4.6 Murid dapat mencapai objektif pembelajaran.

4.7 Murid menghasilkan tugasan atau latihan (evidens) dengan kemas, mematuhi format dan prosedur.

4.8 Murid menyiapkan tugasan atau latihan (evidens) yang diberikan dan berjaya melaksanakan dengan betul.

4.9 Murid melakukan pembetulan bagi tugasan atau latihan (evidens) secara konsisten.

4.10 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang disediakan meliputi sepanjang tahun persekolahan berdasarkan sukatan dan
huraian sukatan pelajaran(HSP) /Dokumen Standard Kurikulum (DSK) terkini dan sesuai dengan takwim persekolahan.

4.11 RPH disediakan berdasarkan RPT.
4.12 Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan sesuai dengan keupayaan murid.

4.13 Aktiviti yang dirancang terarah untuk mencapai objektif pelajaran.

4.14 Peraturan Penskoran PBS disediakan dengan tepat.

4.15 Guru menyediakan sumber pendidikan yang sesuai sebelum PdPc bermula.

4.16 Refleksi dicatat bagi setiap pelajaran dengan merujuk objektif pelajaran.

4.17 Guru mewujudkan kesediaan belajar dalam kalangan murid.

4.18 Kaedah pengajaran sesuai dengan keperluan dan keupayaan murid.

4.19 Guru mengamalkan prinsip-prinsip pengajaran asas (berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid, mudah
kepada kompleks, konkrit kepada abstrak).

4.20 Aktiviti PdPc yang dilaksanakan menarik dan menjurus kepada pencapaian objektif.

4.21 Aktiviti pemulihan/pengayaan/pengukuhan dilaksanakan dengan berkesan.

4.22 Aktiviti PdPc memupuk nilai dalam kalangan murid.

4.23 Guru menyampaikan pelajaran dengan luwes mengikut situasi. Masa PdPc digunakan secara optimum.

4.24 Guru berkomunikasi dengan bahasa yang betul, mudah difahami, sebutan yang jelas, tepat dan nada suara yang sesuai.

SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’

DASAR & KETETAPAN SEKOLAH 24


4.25 Guru berkemahiran mendengar dan memberi respons kepada soalan murid secara lisan atau bukan lisan dengan
berkesan serta mampu memotivasikan murid dengan memberi pujian atau galakan.

4.26 Guru menggunakan sumber pendidikan yang sesuai dengan tajuk/objektif pelajaran dan tahap keupayaan murid.

4.27 Guru menggunakan sumber pendidikan untuk mewujudkan suasana yang menarik bagi meningkatkan minat murid dalam
pembelajaran.

4.28 Guru memberi penekanan kepada cara penggunaan yang betul dan aspek keselamatan dalam penggunaan sumber
pendidikan (jika berkaitan).
4.29 Guru memastikan kelas berada dalam keadaan kondusif untuk proses PdPc.
4.30 Guru berjaya mengawal tingkah laku murid dengan menegaskan pematuhan peraturan kelas serta memastikan murid
memberi tumpuan terhadap pelajaran.

4.31 Guru menegur salah laku murid (jika berlaku) dengan serta merta tanpa menjejaskan maruah mereka.

4.32 Susun atur kedudukan murid sesuai dengan aktiviti yang dilaksanakan dan ruang kelas digunakan secara optimum untuk
tujuan pembelajaran.

4.33 Guru bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam menyampaikan pelajaran.

4.34 Guru prihatin terhadap pendidikan murid dan bersikap adil serta bertimbang rasa terhadap pelbagai kumpulan
kebolehan murid dalam kelasnya.

4.35 Guru menepati masa, bersikap mesra, sabar dan mudah didekati.
4.36 Guru memperlihatkan perwatakan positif dan mengamalkan nilai murni yang boleh dicontohi murid.

SEKOLAH MENENGAH TASEK PERMAI
`TS25 – PERMAI TERBAIK’’


Click to View FlipBook Version