SEMUT DENGAN BURUNG MERPATI
Selamat pagi, saya ucapkan kepada guru besar, guru-
guru dan rakan sekalian. Saya ______________________ dari
Kelas Dua Raya akan menyampaikan cerita yang bertajuk
Semut dengan Burung Merpati.
Pada suatu hari, semut minum air di tepi sungai. Tiba-tiba,
dia tergelincir lalu jatuh ke dalam sungai. Dia hampir lemas.
Burung merpati berehat di dahan pokok. Ketika itu, dia
ternampak semut yang hampir lemas itu. Dia menjatuhkan
sehelai daun ke arah semut.
Semut terus memanjat daun itu dan berterima kasih
kepada burung merpati kerana menyelamatkannya. Sebaik
sahaja sampai di tebing sungai, dia ternampak seorang
pemburu. Semut sangat risau kerana pemburu itu hendak
menembak burung merpati.
Tanpa membuang masa, semut terus memanjat kaki
pemburu itu lalu menggigitnya. Pemburu itu menjerit
kesakitan, ”Aduh!” Jeritan pemburu itu telah menyedarkan
burung merpati. Merpati terus terbang apabila melihat
pemburu di situ. Sambil terbang, burung merpati
memandang ke arah semut dan mengucapkan terima kasih
kerana menyelamatkannya.
Sekian, terima kasih.
ANJING YANG TAMAK
Selamat pagi, saya ucapkan kepada guru besar, guru-
guru dan rakan sekalian. Saya ______________________ dari
Kelas Dua Raya akan menyampaikan cerita yang bertajuk
Anjing yang Tamak.
Pada suatu hari, Sang Anjing pergi mencari makanan.
Sang Anjing terjumpa seketul tulang. Hatinya sangat gembira.
Sang Anjing menggonggong tulang itu. Sang Anjing segera
beredar dari situ. Sang Anjing lalu di atas sebatang titi.
Tiba-tiba, Sang Anjing terpandang bayangnya sendiri di
dalam air. Sang Anjing menyangka ada anjing lain yang
menggonggong tulang. Sang Anjing ingin merampas tulang
itu.
Sewaktu Sang Anjing membuka mulutnya, tulang yang
digonggongnya jatuh ke dalam air. Sang Anjing berasa
sangat menyesal. Bayang-bayang itu rupa-rupanya ialah
bayang-banyangnya sendiri. Itulah akibatnya jika tamak.
Sekian, terima kasih.
PENGGEMBALA DENGAN SERIGALA
Selamat pagi, saya ucapkan kepada guru besar, guru-
guru dan rakan sekalian. Saya ______________________ dari
Kelas Dua Raya akan menyampaikan cerita yang bertajuk
Penggembala dengan Serigala.
Pada zaman dahulu, ada seorang budak lelaki yang
suka menipu. Setiap hari dia menggembala kambing di
puncak bukit. Suatu hari, dia berasa bosan. Dia terfikir hendak
menipu orang kampung. Dia pun menjerit, ”Tolong! Tolong !
Serigala!”
Penduduk kampung terdengar jeritan lalu membawa
senjata untuk membantu. Apabila mereka sampai di bukit,
budak itu terus ketawa terbahak-bahak, ”Ha! Ha! Ha! Kamu
semua tertipu!” . Mereka pulang dengan perasaan marah.
Beberapa hari kemudian, seekor serigala muncul dan
membaham kambing budak itu. Dia menjerit meminta tolong
dengan kuatnya. Penduduk kampung terdengar jeritan itu
tetapi mereka tidak mempedulikannya.
Akhirnya, semua kambing penggembala itu habis
dimakan oleh serigala. Dia sangat menyesal di atas
perbuatannya dahulu.
Sekian, terima kasih.
SINGA DENGAN TIKUS
Selamat pagi, saya ucapkan kepada guru besar, guru-
guru dan rakan sekalian. Saya ______________________ dari
Kelas Dua Raya akan menyampaikan cerita yang bertajuk
Singa dengan Tikus.
Suatu hari, cuaca agak panas. Singa sedang berehat di
bawah sepohon pokok. Tiba-tiba, seekor tikus masuk ke
bawah pokok lalu terlanggar singa.
Singa sangat marah lantas menengking tikus sambil
menuding kukunya ke arah tikus. ”Tolong jangan makan saya,
Tuanku!” rayu tikus. ”Maafkan saya ! Saya akan membalas
budi Tuanku suatu hari nanti.” Singa tersenyum sambil
menyindir, ”Tubuh sekecil ini ingin menolong Beta. Baiklah,
kamu boleh pergi.”
Suatu hari, ketika merayau-rayau, tikus terdengar
ngauman singa. Dia segera berlari ke dalam hutan. Dia
ternampak singa terperangkap di dalam jaring.
” Sabar, sabar. Saya akan lepaskan Tuanku, ” kata tikus.
Si tikus mula menggigit jaring itu dengan giginya yang kuat
untuk menebuk lubang besar. Akhirnya, singa berjaya
melepaskan diri. ” Terima kasih, tikus. Kamu memang hebat , ”
puji singa.
Sekian, terima kasih.